Home Cerpen Umum Batasan
Batasan
Pena Kertas
14/11/2019 11:58:37
142
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

Batasan

"Iniduitnya, Pak Lemal. Baki, Pak Lemal simpanlah." Ahmad memberikan sekepingwang RM10 bersama menghadiahkan sebuah senyuman ikhlas yang sentiasa menjadikegilaan ramai gadis di Kampung.

 

"Terimakasih, Mad. Oh ya! Jadi betulkah ,Kelas Mengaji ditangguhkan pada malamesok?" tanyalah Pak Lemal kepada Imam Surau, Ahmad.

 

Ahmadmembalas senyuman kerana masih ada yang mahu mengikuti aktiviti kerohanian.

 

"Betul.Dua hari lepas saya tak dapat mengajar, ibu saya ada janjitemu bersama Dokterdi Hospital."

 

Pak Lemalmengangguk faham. Ahmad meminta diri terlebih dahulu kerana ibunya mahukansegera barangan dapur yang dipesan untuk membuka juadah tengah hari nanti.

 

Aziramemberhentikan motosikalnya betul-betul di hadapan kedai runcit satu-satunya adadi Kampung Lipis.

 

Helmet dikepala, dibuka dan masukkan ke dalam bakul motorsikalnya. Sudah menjadikebiasaan sebagai wanita, Azira membetulkan tudung dan menilik wajahnya agarkemas baru dia akan masuk ke dalam kedai Pak Lemal.

 

Matanyatidak terkelip melihat  satu susuk tegaplagi mempunyai kekacakan wajah yang mampu buat iman tergugat. Siapa tidakmengenali imam Surau, Ahmad.

Tubuh Aziraseakan dipaku bumi.

 

Ahmadberpaling dari Pak Lemal, terserempak dengan seorang gadis cantik yang menjadikegilaan ramai lelaki bujang, sedang memerhatikan gerak-gerinya dengan matatidak berkelip. Lalu, dengan perasaan sangat malu kerana diperhatikan sepertiitu, Ahmad menundukkan kepalanya segera menuju ke kereta milik arwah ayahnda.

 

Aziramelihat Ahmad tundukkan kepala ketika mereka mengadap satu sama lain membuatkanhatinya sedikit kecewa. Namun tetapi, fikirannya masih kekal ingat akan wajahkacak tersebut sehinggalah timbul sebuah perancangan yang di'taja' makhlukterkutuk iaitu Syaitan Iblis.

Sambiltersengih, Azira masuk ke dalam kedai Pak Lemal.

 

****

Setelah sajaSolat Isyak berjemaah, Ahmad bangun mendirikan solat sunat taubat 2 rakaatsebelum memulakan rutin hariannya setiap malam dengan menyedekahkan Al- Fatihahdan Yassin buat ayahnya di Syurga Firdaus.

****

Habismembaca Surah Yassin, Ahmad menadahkan kedua tangan yang akan menjadi saksi diAkhirat kelak.

 

"YaAllah, Ya Tuhanku. ENGKAU lindungilah daku daripada bisik-bisikkan Syaitan yangdirejam."

 

Lalu,bacaandoanya diakhiri dengan surah An-Nas.

 

Sehingga lahsampai di ayat 4 dan 5,

 

Allah SWTberfirman:

مِنْشَرِّالْوَسْوَاسِۙ الْخَـنَّاسِ

"Darikejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, "

 

(An-Nas114:Ayat 4)

 

الَّذِيْيُوَسْوِسُفِيْ صُدُوْرِالنَّاسِ

"Yangmelemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -"

(An-Nas114:Ayat 5)

 

****

 

"Subhanallah,Alhamdulillah,Walailahaillallah, Allahuakbar... " Kumat-kamit  zikirullah menemani sepanjang perjalanan Ahmadke rumah. Berjubah putih menerangi lorong kegelapan. Gerak-geri Ahmad dilihatdengan penuh berhati-hati. Segaris senyuman penuh makna diukir cantik di wajahyang sedang hendap dibalik tirai. Langkahnya segera menghampiri pintu danberlari keluar rumah menuju ke arah Ahmad. Perjalanan Ahmad terganggu malahterkejut dengan kegesahan kelibat itu. Secara tiba-tiba saja menghampiridirinya pada lewat malam begini.

 

“ Ahmad!Tolong Zira. Ada ular di dalam bilik Zira. Zira takut. Cepat lah tolongbuangkan ular tu!”  gesa Azira denganwajah mainannya. Ahmad memandang isi rumah Azira yang sunyi lagi kosong.Membuatkan hatinya begitu berat ingin menghulurkan bantuan.

“ Kenapatidak menghubungi pihak Bomba?”

Aziramenggaru kepala yang tidak gatal memikirkan alasan mahu balas soal Ahmad.

“Ala,pejabatBomba jauh dari kampung kita. Awak nak saya mati di telan ular? Awak sanggupbiarkan wanita terseksa tanpa dilindungi?”

Ahmad tiadapilihan,hanya menuruti saja Azira masuk ke dalam rumah yang tiada penghuniselain Azira.

“Baiklah,cepat kita buang ular itu dari rumah.”

Dengar sajarespon Ahmad, bersorak gembira hati Azira. Kerana...

****

“Engkaupenipu! Mana ada ular di sini!” marah Ahmad kerana Azira memperdayakan dirinya.Ahmad berpaling menuju ke pintu bilik mahu keluar dari situ tapi...

“Ahmad,sudah lama saya menyimpan hati pada awak. Dengan kelakuan dan baik budi  awak buat hati saya terpaut. Tolong, hanyasatu malam saja. Saya janji tak akan buat apa-apa. Tolong.” Azira cuba memautlengan kiri Ahmad,pantas Ahmad menarik dan menjauhi dirinya dari Azira.

“Astaqfirullahhad-azim. Berdosa Azira. Kita tak boleh. Masih ada punya batas kukuh di antarakita. Bawa istiqfar banyak-banyak.” Nasihat Ahmad cuba berlembutkan hati Azirayang sudah parah!

“Ya,sayatahu. Tapi Cuma satu malam saja awak tidur disini.” Azira cuba memaksa lagidengan menghampiri lebih dekat. Ahmad melarikan diri menuju ke pintu. Baru sajamemulas tombol, Azira cuba mengugut pengaruh fikiran Ahmad.

“ Awak mahukeluar? Awak lupa? Orang kampung lebih memuliakan wanita.”

“Apa yangcuba mahu sampaikan sebenarnya?”

“ Cuba awakbayangkan, orang kampung tahu awak masuk rumah saya pada lewat malam. Awak imamsurau. Pasti tak ada yang percayakan awak lagi.”

Sungguhberat hati Ahmad mahu membuat pilihan. Sehinggalah berfikir dua dan tiga kali,akhirnya Ahmad beri kata putus tetapi dengan syarat.

“ Baiklah.Tapi hanya satu syarat, Saya mahu ke bilik air dahulu.”

*****

Ahmadterduduk termangu di atas mangkuk tandas. Fikirannya rungsing memikirkan jalankeluar dari masalah ini. Hampir mahu menitis airmatanya demi maruah danjanjinya patuh perintah kepada Allah SWT.

“Ya Allah,YaTuhanku. Bantulah hambaMu ini.”

Ahmadmendongak ke siling atas ada sebuah tingkap kecil untuk beredaran udara. Malangsekali, saiz tingkap tersebut agak kecil berbanding tubuhnya. Namun hatinyatetap tidak putus berzikir dan selawat mudah-mudahan pertolongan dariNYA memberikanbuah fikiran solusi masalah yang dihadapi.

Setelah15minit berfikir,natijahnya Ahmad dapat juga solusinya.

*****

“Argh!Keluar kau dari sini! Busuk! Jijik gila! Keluar!” Azira menolak kasar tubuhAhmad ke luar rumah hinggan jatuh tergolek Ahmad di muka pintu.

Ahmad segerabangun mengutip seliparnya dan berlari pergi jauh dari rumah Azira. Sambilfikirannya berputar imbas kembali kejadian yang terjadi sebelum dirinya dihalaubegitu kejam.

****

Ahmad tiadapilihan lain hanya dengan dia perlu menekan perutnya berisi sisa makanansehinggalah Ahmad membuang air besar. Setelah selesai membuang di dalam mangkuktandas, Ahmad menyeluk tangannya dan sapukan keseluruhan muka dan lengan dengannajis yang baru saja dibuang.

Ya Allah, dengan ini Aku sanggup dilumurinajis daripada Aku terus dilumuri najis dosa...’

****

Sampai sajaAhmad di rumahnya,segera Ahmad masuk ke dalam bilik air membasuhsebersih-bersihnya wajah yang dilumuri najisnya sendiri dan mengambil wudukuntuk mendirikan solat sunat tanda kesyukuran atas bantuan Ilahi melindungidirinya daripada terjerat ke ‘penjara’ tipu daya syaitan iblis.

Selesai sajamembaca doa, Ahmad masih setia beristiqfar sehinggalah pasangan matanyaterlelap dalam lena yang damai.

Kisah inidiaspirasikan daripada kisah seorang wali Allah SWT yang bernama Syeikh AlMiski RH. Pada malam itu,selepas beliau tidur dalam keadaan sedih. Beliaubermimpi, bertemu dengan Rasulullah SAW. Syeikh memeluk erat Baginda seerat-eratnyakerana perasaan yang maha rindu. Pada masa yang sama juga,melepaskan rasasedihnya. Baginda datang dengan wangian semerbak kasturi yang harum baunya.Pada keesokkan paginya, Syeikh mendapati dirinya masih dilekat bau harumkasturi ketika beliau didatangi Rasulullah SAW. Wangian tersebut kekal semerbaksehingga akhir hayat.

 

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pena Kertas