Home Cerpen Umum Cerita Kita
Cerita Kita
Pena Kertas
23/2/2020 12:32:24
385
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

Pada suatu ketika dahulu, tersebut kisah sebuah permulaan seorang pemuda tampan dan seorang gadis menawan. Mereka mulanya berkenalan di atas titian di kawasan pinggir Sungai Kasih yang memisahkan dua buah perkampungan Indra dan perkampungan Jitra. Setiap waktunya langit mendung angin bertiup,pasti mereka bersiap sedia berjumpa di titian yang menyambungkan perjalanan kedua-dua kampung tersebut.

Apa yang lebih merapatkan mereka,adalah personaliti yang berbeza. Akan tetapi, minat merekasama.

Pemuda yang tampan baik sifatnya bernama Romeo seorang yang pemalu malah segan mahu mendekati mana-managadis di kampungnya,Jitra. Manakala,Gadis yang menawan peramah orangnya bernamaJuliet amat dikenali dengan seorang yang petah berkata-kata. Maka,tidak hairanlah Romeo begitu rasa selesa dalam jangka pendek pabila berkenalan denganJuliet.

Lama kelamaan, hubungan mereka yang asing berubah menjadi sebuah persahabatan yang akrab. Hari bertukar hari, pesta keramaian akan tiba pada waktunya tidak lama lagi. Maka,di kampung Indra memutuskan untuk mengadakan pesta besar-besaran pada waktu malam. Juliet begitu gembira setelah mendapati khabar berita tersebut. Lalu, seperti biasasewaktu petang mereka akan bertemu di titian itu untuk berkongsi cerita dan bergurau senda.

Juliet memberitahu bahawa kampungnya akan mengadakan pesta keramaian besar-besaran pada malamesok. Juliet menjemput Romeo untuk menjadi pasangan menghadiri di pesta tersebut. Disebabkan Romeo begitu selesa dengan Juliet, Romeo bersetuju menjadipasangan Juliet untuk menghadiri pesta keramaian. Hal ini telah memutuskan buatkali pertama buat sejarah hidup Romeo.

Siang bertukar malam,tibalah pesta keramaian bermula. Ramai penduduk kampung Indra malah tidak lupa juga penduduk kampung Jitra yang turut menghadiri pesta tersebut. Juliet tetapteguh menunggu Romeo di tengah titian sambil memegang obor di tangan kanan dan matanya tetap melilau mencari susuk tubuh Romeo dalam berpusu-pusu orang yang berjalan ke arah kampung Indra. Masa tetap berlari tanpa henti. Masih setiaJuliet menunggu. Tiba-tiba Juliet merasakan ada helaian kain yang membaluti tubuhnya. Juliet memandang ke arah belakang,senyuman manis terukir diwajahnya di bawah cahya bulan penuh yang terang memberikan lagi kuasa mampu membuat sesiapa saja melihatnya terasa begitu terpesona.

“Ini ku hadiahkan selendang merah buat kamu.Maaf kelewatanku buatmu tertunggu-tunggu.” Kata Romeo sambil membalas senyuman. Entah kenapa saat itu dengan bersaksikan Tuhan dan bulan bersinar dalam kemalapan mereka di titian bersama sungai Kasih yang kekalmengalir, Juliet merasakan sesuatu yang luar biasa tak pernah dia rasakan dalam hidupnya.

Tanpa membuang masa,mereka bergegas ke pesta keramaian yang sedang rancak dengan muziknyanyian,kanak-kanak kecil berlari keriangan dengan pelbagai pertunjukkan yangmenakjubkan. Dalam keseronokkan melihat keasyikkan mereka membuat pertunjukkan,Juliet mengajak Romeo bernyanyi bersama dengannya. Lalu,Romeo turut menyertaiJuliet.

Juliet memulakan nyanyian membuatkan semua yang menyaksikan terkesima dengan suaranya yang merdu. Begitu juga dengan Romeo, terasa kakinya dipaku bumi terkaku mendengar kemerduan suara Juliet. Tidak sama seperti selalu berhari dia mendengar celoteh Juliet yang ada sedikit kasar. Romeo rasakan hatinya telah dicuit oleh gadis menawan dihadapannya.

*****

Pada pertengahan tahun,perkampungan Jitra dan Indra dilanda hujan yang sangat lebat. Sudah hampirseminggu mereka tidak bertemu di titian kerana bimbang arus air sungai yang mengalir deras bertemankan angin kencang yang kuat menghentam bumi.

Disebabkan kekuatan angin yang bertiup menyebabkan titian yang menyambungkan kampung Jitra dan Indra terputus. Titian tersebut dibawa arus air yang deras mengalir terus hanyutke dalam sungai Kasih. Beberapa minggu selepas ribut hujan melanda,perkampungan mereka kembali sedia kala. Namun tidak pada perasaan Romeo dan Juliet. Perasaan mereka tidak lagi seperti selalu. Sesuatu perasaan yang ingin memiliki dan dimiliki. Mereka tidak dapat berjumpa lagi kerana titian yang menyambungdua perkampungan itu telah dibawa arus yang deras. Perasaan sedih jelas terpancar di wajah mereka.

Suatu petang, Juliet tetap setia menunggu kedatangan Romeo di seberang sungai Kasih. Walau pun mereka tidak dapat berkomunikasi seperti selalu, tapi dapat bertemu memandang dari mata ke mata sudah cukup memadai. Juliet masih menyarungkan kepalanya dengan selendang merah yang dihadiahi Romeo saat pesta keramaian.

Sambil Juliet duduk dipinggir sungai Kasih, Juliet termenung seketika. Terlihat helaian daun kering terapung-apung dipermukaan air sungai. Juliet tersenyum penuh makna,fikirannya telah mendapat satu ilham untuk membantu dirinya terus berkomunikasi denganRomeo yang berada jauh di seberang. Juliet membalingkan sebotol plastik yang diisi keratan surat yang ditulisnya ke dalam sungai untuk dihanyutkan ke seberang dimana Romeo berada.

Romeo mengejar botol tersebut lalu membukanya dan membawa keluar keratan surat yang tulis Juliet.

“Setia kasih kumenunggumu untuk bertemu.”

Tersenyum terukirdibibir Romeo jelas hatinya mengatakan,Juliet juga sedang menaruh perasaanuntuknya juga.


Adakah mereka dapat bertemu semula?


BERSAMBUNG....

 

IDEA ASAL :CHE RUSLAN

PENULIS: PENA KERTAS 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.