MUARA HATI 2 – PSIKO
“Selamat pengantin baru, Aimi. Selamat pengantin baru,
Rasyid,” ucap Haikal. Dia tersenyum lebar melihat kedua mempelai itu.
“Terima kasih, Haikal. Datang sorang je? Syifa mana?”
“Ada, kat belakang tu. Jalan lambat sikit. Maklumlah, dah
sarat,”
“Ye ke?” laju Aimi memanjangkan leher mencari kelibat Syifa.
“Alahai, comelnya bila Syifa mengandung,”
Haikal ketawa. “Cemburu ya?” dia mengusik.
“Tak payah nak cemburu sangat sayang. Nanti bila awak
mengandung pun boleh comel macam tu,”
“Apa awak ni!” merah padam wajah Aimi diusik begitu. Apa
lagi, bertambah kuat tawa Haikal dan Rasyid.
“Apa yang kelakar sangat tu?” sapa Syifa yang baru tiba.
Bersama Syasya. Haikal menggeleng spontan. Aimi tersenyum melihat kelibat Syifa
dan Syasya.
“Dah berapa bulan kandungan tu, Syifa?”
“Dah masuk tujuh bulan,”
Telefon bimbit Syasya berdering. Syasya melihat seklias.
Dahinya berkerut. Siapa pula yang telefon ni?
“Helo,”
Talian terputus. Syasya hampa. Namun dimaniskan wajahnya
untuk bersembang dengan Aimi dan Rasyid.
“Haikal dan Syifa tak lama lagi akan jadi ibu dan ayah. Aku
pun dah kahwin dengan pilihan keluarga aku. Kau bila pulak nak jamu kami dengan
nasi minyak kenduri kahwin kau?” tanya Aimi.
Syasya buat muka geram. Dia tahu
pertanyaan itu ditujukan buatnya.
“Dia belum ada calonnya lagi,
Aimi,” balas Syifa bagi pihak Syasya.
“La, muka comel macam Nora Danish
pun tak ada calonnya lagi?”
“Muka macam Nora Danish la yang
orang takut nak dekat!” sampuk Haikal lalu dia ketawa besar. Mereka yang lain
turut tergelak. Apa lagi, makin panjanglah muncung Syasya.
“Jangan la risau Syasya. Ada jodoh kau kat luar sana tu.
Yang lebih baik dari Haikal yang gedik ni,”
“Hamboi! Sempat lagi tu mengutuk suami sendiri!”
Syifa tergelak.
“Dah, tak payah nak gaduh. Apa ni, patutnya harini pengantin
yang kena usik. Ni aku pulak yang kena. Apakah?”
Bertambah kuat tawa mereka semua.
Menjelang petang, barulah mereka meminta diri. Haikal pandang
Syifa. “Boleh jalan lagi ke ni?”
“Insya Allah, bang. Tadi tu sebab kaki kebas, itu yang minta
tolong Syasya tu,” Syifa senyum. “Tapi,
sekarang dah okey,”
“Alhamdulilah. Mana Syasya ni?” mata Haikal melilau mencari
Syasya. “Ha, itu pun dia. Syasya!”
Syasya menoleh. Telefon bimbit ditekap ke telinga.
“Kereta aku kat sinilah. Apa yang kau buat kat hujung jalan
sana?”
“Abang, kan Syasya tengah guna telefon tu. Tunggu la dia
kejap,” Syifa tersenyum ke arah Syasya
yang masih menggunakan telefon.
Syasya menoleh, membelakangi Haikal dan Syifa.
“Awak ni siapa?” Syasya bersuara serius.
“Takkan awak tak ingat kot? Siapa je yang pernah mengasihi
awak separuh mati?”
Syasya terkedu.
“Atau…. Awak dah jumpa cinta lain?”
“Remy…..,”
*****
“Cik…..,”
“Ya?” Syasya segera menoleh. Dia melihat seorang lelaki yang
wajahnya agak dikenali.
“Safee Sali?”
Lelaki itu tertawa. “Dah ramai yang cakap macam tu. Tapi
hakikatnya bukan. Saya bukan Safee Sali,”
“Oh, bukan ye?” ada nada kecewa pada kata-kata Syasya.
Ingatkan boleh la mengorat…..
“Saya nak tanya ni, mana bilik Puan Latifah?”
“Bilik Puan Latifah? Awak ada temujanji ke dengan dia?”
Lelaki itu tersenyum. “Saya anak saudara dia,”
Spontan Syasya bangun. “Oh…… bilik Puan Latifah, awak jalan
sini, terus….. lepas tu belok kanan. Bilik dia di sebelah kiri. Jangan masuk
sebelah kanan, itu tandas wanita,”
“Kenapa bilik dia dekat dengan tandas? Tak bau ke nanti?”
Syasya tersenyum. “Dia yang minta bilik dekat dengan tandas.
Katanya, senang nak ambil wuduk bila nak solat,”
Lelaki itu mengangguk faham. “Oh, begitu. Terima kasih ya.
Nama awak?”
“Syasya,”
“Saya Remy,” lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil
menghulurkan tangan. Namun tidak disambut Syasya.
“Maaf. Bukan mahram,”
“Ops, maaf,” cepat-cepat Remy menarik tangannya. Di
sapu-sapu perlahan. Malu…..
“Saya pergi dulu. Assalamualaikum, adik manis,” ujar Remy
seraya berlalu dari situ. Sempat dia mengenyit mata ke arah Syasya yang termangu di mejanya.
*****
“Syasya,”
“Iya?”
Syasya yang sedang leka menyiapkan kerjanya menoleh dan
terus bangun apabila melihat kelibat Puan Latifah. Remy yang berdiri di sebelah
ibu saudaranya itu, tersenyum memandangnya.
“Kenalkan, ini Remy, pengurus baru syarikat kita. Awak akan
berada di bawah arahannya. Jadi saya harap, kamu berdua dapat bekerjasama
dengan baik,”
“Baik, puan,” Syasya tunduk sedikit bagi menghormati wanita
itu namun dia dapat menangkap sengihan Remy yang dia sendiri tidak tahu untuk
apa.
“Baik, Remy, kita berkenalan dengan staf lain pula. Mari,”
Puan latifah mengiringi Remy untuk berkenalan dengan staf
yang lain. Syasya meneruskan kerjanya sehinggakan…..
“Syasya,”
Syasya mengangkat muka. Dahinya berkerut. Apa yang Safee
Sali celup ni buat kat sini?
“Awak taknak pergi makan ke? Dah pukul satu ni,”
Pantas Syasya melihat jam tangannya. Patutlah pejabat sunyi,
fikirnya. Sunyi?
“Jom kita pergi makan tengah hari sama-sama!”
“Jom!”
Remy terkejut. Peramah pula gadis ini tiba-tiba…..
Setibanya di kedai makan…..
“Awak nak makan apa?”
“Entah la, saya pun tak ada selera nak makan sebenarnya,”
“Aik? Tadi bukan main lagi nak ikut bila saya ajak. Sekarang
dah tak ada selera?”
Syasya tidak menjawab. Mana mungkin dia ingin memberitahu
perkara yang menghantuinya itu.
“Ke awak takut kita kena tangkap basah?”
Syasya terkejut. Macam mana dia tahu? Dia pandang Remy tidak
berkelip. “Macam mana awak….!”
“Tengok muka cuak awak tadi, saya dah dapat tangkap dah.
Daripada saya cari pasal, baik saya bercinta dengan awak betul-betul. Boleh
tak?”
Aik?
“Awak, saya cakap betul ni. Kita bercinta nak? Saya rasa
saya dah jatuh hati dengan awak,”
Aik?
*****
“Kau okey, Syasya?”
“Hah?” Syasya terkejut. “Kita kat mana ni?”
Syifa tersenyum lalu menggeleng perlahan. “Tengok tu,
termenung lagi. Haikal singgah stesen minyak pun kau tak perasan,”
Syasya mengeluh kecil. “Aku banyak fikir agaknya,”
“Hujung minggu pun fikir pasal kerja?”
“Bukan pasal kerja,”
“Habis tu? Pasal apa?”
Syasya diam. Tidak menjawab soalan Syifa.
“Teringatkan kisah lalu?”
Syasya pandang Syifa melalui cermin pandang belakang. Dia
nampak Syifa senyum nipis.
“Kau masih ingatkan dia?”
“Jangan merepek. Dia dah mati,”
“Tak salahkan, ingatkan dia?”
“Apa yang kau cakap ni, Syifa?”
“Gaya kau maam kau rindukan dia,” Syifa membetulkan
tudungnya apabila melihat Haikal ingin mamsuki kereta. Haikal terus
menghulurkan sesuatu pada Syasya.
“Apa ni, Haikal?”
“Syifa cakap, kau tak sihat. Jadi aku belikan Panadol dan
Minyak Cap Kapak untuk kau,”
“Terima kasih,” Syasya bersuara perlahan.
“Tak ada apalah. Kau kan dah banyak bantu aku dan Syifa,”
Syasya pandang Syifa dam membuat isyarat mulut ‘terima
kasih’.
Syifa kenyit mata. Syasya senyum.
*****
“Balik ni karang, mandi. Basahkan kepala tu. Biar terbuka
sikit liang peluh kepala kau tu. Biar cepat sihat!”
“Ye la! Kau ni cakap macam suami aku pulak,” gumam Syasya
perlahan. Namun dapat didengari Haikal.
“Apa? SUami? Tak apalah, aku dah ada Syifa,” Haikal sekadar
mengusik. Syifa di sebelah sudah menjeling manja.
“Aku pun tak ingin la nak kahwin dengan kau. Wek,” Syasya
menjelir lidah. Haikal dan Syifa tertawa besar sebelum mereka meminta diri.
Syasya hanya menghantar mereka dengan pandangan mata dan senyuman. Hilang
sahaja mereka dari pandangan, senyuman itu turut lenyap. Lambat-lambat dia
mendaki tangga menuju ke rumahnya di tingkat tiga.
“Siapa je yang pernah menyayangi awak separuh mati?”
“Remy….,”
“Atau… awak dah jumpa cinta lain?”
“Tidak!”
“Syasya,” demi dia mendengar suara orang memanggilnya, dia
segera menoleh. Tersenyum dia apabila melihat Kak Nor, jiran sebelahnya.
“Baru balik?” Kak Nor menegur. “Pergi kenduri ke buat
kenduri?”
“Leka sembang tadi kak. Maklumlah, dah lama tak jumpa,”
Kak Nor mengangguk. “Ni, ada orang datang sini cari kamu
tadi,”
“Cari saya? Siapa, kak?”
“Ala, lupa pula akak nak tanya nama dia. Yang pasti, dia tu
lelaki. Kacak orangnya. Muka dia ada iras Safee Sali,”
Riak wajah Syasya berubah. Namun Kak Nor tidak mendengarnya.
“Teman lelaki kamu ya?”
Laju Syasya menggeleng. “Kawan lama. Ada dia pesan apa-apa?”
“Dia minta nombor telefon kamu. Akak pun bagi la. Lepas tu
dia bagi surat ni pada kamu,” jawab Kak Nor sambil menghulurkan sepucuk surat
kepada Syasya. “Akak balik rumah dululah. Nak masak makan malam untuk
anak-anak,”
Azan Maghrib berkumandang sebaik sahaja Syasya melangkah
masuk ke dalam rumah. Lantas dia terus mandi dan membersihkan diri sebelum
menunaikan kewajipan terhadapNya. Kemudian dia mencapai Al-Quran. Hampir
setengah jam dia mengasingkan diri dari dunia luar, berzikir dan memuji Sang
Pencipta.
Hanya ketika dia ingin memperbaharui wuduknya untuk solat
Isya’, barulah dia ternampak surat yang tadinya diletak di atas meja. Sekilas,
perbualan dengan Kak Nor petang tadi singgah di cuping telinganya.
“Dia minta nombor telefon kamu,”
Pantas Syasya mencapai surat di atas meja lalu membacanya.
‘Aku takkan mati selagi kau tak mati sekali’
Spontan Syasya mencampak surat itu ke lantai. Di ruang
mindanya Cuma ada satu wajah, satu nama.
Remy!
*****
“Assalamualaikum, Encik Nizam!” sapa Syasya yang kebetulan
bertembung dengan Encik Nizam di pintu masuk pejabat.
“Eh, Syasya! Apa khabar? Saya dengar awak cuti seminggu?
Kenapa?”
Syasya tersengih. “Bukan cuti encik, tapi MC. Demam panas
sampai masuk hospital. Doktor takut saya dijangkiti denggi. Sebab tu saya
ditahan di wad,”
“Denggi? Kawasan rumah sewa awak ada kes denggi ke?”
“Ada. Tiga kes. Saya yang pertama,”
“SubhanAllah…,” tergeleng-geleng Encik Nizam melihat Syasya
yang masih tersengih. “Dan awak masih nampak ceria?”
“Encik Nizam, saya kan dah sihat. Kalau saya buat muka sakit
walaupun dah sihat, nanti sakit tu datang balik. Biar kita buat muka sihat,
nanti sakit pun takut nak datang dekat,”
Encik Nizam tergelak. “Patutlah awak jarang sakit. Okey,
saya akan gunakan petua awak tu. Saya pun tak nak sakit,”
Syasya tersengih lagi. Secara tidak sengaja dia memandang
bilik Remy yang terletak tidak jauh dari mejanya. Dia ternampak wajah Remy
seperti menahan marah. Ada apa yang tidak kena ke? Syasya mengatur langkah
menuju ke bilik Remy.
Pintu diketuk. Tombol dipulas. “Remy, ada yang tak kena ke?”
“Kenapa kau layan Nizam tu?”
“Layan? Nizam? Oh, Encik Nizam. Saja berbahasa dengan dia.
Nanti orang kata kita sombong pula,”
“Ke kau nak mengorat?” Remy mendekati Syasya.
“Apa ni? Mengorat? Awak, saya tak ada hati dengan Encik
Nizam tu. Anak dah tiga dah pun. Lagipun, saya kan sayang awak? Awak cemburu
ek?”
“Memang aku cemburu!” Remy menumbuk dinding. Syasya
terkejut. Remy merapatinya.
“Hanya aku cinta kau seorang!”
Syasya telan liur.
*****
‘Hanya Aku Cinta Kau Seorang!’
Syasya membaca seklias nota yang dihantar Remy. Dalam
hatinya terdetik rasa takut. Apa yang aku patut lakukan sekarang?
“Syasya,”
Syasya mengangkat muka. Terkejut dia melihat wajah Encik
Nizam penuh dengan lebam.
“Encik Nizam kena rompak ke?”
“Tak. Tolong bagi surat ni pada Puan Latifah,” Encik Nizam
menghulurkan sepucuk surat kepada Syasya.
“Surat apa ni?”
“Surat perletakan jawatan saya?”
“Encik Nizam nak letak jawatan? Tapi kenapa?”
“Sebelum nyawa saya melayang masa kerja sini, lebih baik
saya berundur,”
“Nyawa?” Syasya tidak faham.
“Tak apalah. Tolong bagi surat ni pada Puan Latifah,” Encik
Nizam tergesa-gesa berlalu apabila melihat kelibat Remy tidak jauh dari tempat
mereka berdiri. Remy menghampiri Syasya.
“Kenapa tu?”
Syasya angkat bahu. “Tak tahu. Tiba-tiba dia hendak
berhenti,”
“Biarkanlah dia. Sekurang-kurangnya dia tak kacau Syasya
lagi,” Remy mengelus lembut rambut Syasya. Senyumannya, sukar untuk Syasya
tafsirkan.
*****
“Kenapa awak bawa saya ke sini? Sunyi la,” Syasya meluahkan
rasa apabila Remy memberhentikan keretanya di sebatang jalan bukit yang sunyi
dan gelap.
“Awak jangan risau. Saya takkan buat perkara yang
bukan-bukan dengan awak,” Remy tersenyum sinis. Syasya semakin risau.
“Syasya, awak tahu kan, yang saya sayang sangat pada awak. Kalau
boleh, saya nak sehidup semati dengan awak,”
Masa ini barulah Syasya sedar. Lelaki ini bahaya!
“Awak nak buat apa ni?”
“Ramai sangat orang yang sukakan awak, Syasya. Saya
cemburu,”
“Awak, saya sayang awak sorang je la,”
“Saya tak percaya. Awak kena buktikan,”
“Buktikan? Buktikan apa?” lelaki ini sudah gila!
“Awak kena buktikan dengan saya, awak sanggup semati dengan
saya,”
“Awak ni gila!”
“Memang! Memang aku ni gilakan kau!” brek tangan dilepaskan.
Kereta meluncur laju menuruni bukit.
“Remy! Jangan bunuh aku!”
Namun semuanya sudah terlambat…
*****
“Syasya!”
Syasya membuka matanya perlahan-lahan. “Aku kat mana ni?”
Syifa memegang erat tangannya. “Kau kat hospital. Kau
kemalangan tadi. Kereta yang kau naik tadi berlanggar dengan lori,”
Spontan dia teringatkan seseorang. “Remy?”
Tiada siapa pun yang menjawab soalan itu. Suasana sunyi
sepi.
“Syasya,”
“Aku tak nak jumpa dengan sesiapa. Tolong tinggalkan aku!”
“Syasya…,”
“Tolonglah!” Syasya merayu. Akhirnya seorang demi seorang
keluar dari wad kecemasan itu. Syasya menangis sepuas-puasnya.
*****
Syasya tersedar apabila Azan Isya’ berkumandang. Dia
mengurut dada perlahan. Disapu airmata yang mengalir di pipi. Dia merenung
telefon bimbit yang terletak elok di atas meja.
Remy kini kembali!
Syasya memejam mata. Dia kena buat sesuatu!
*****
“Syasya! Aku nak tanya sikit,” belum sempat Syasya ingin
melabuhkan duduknya setibanya di pejabat, Haikal telah menyerangnya.
“Tanya sikit? Dua perkataan je,”
“Tanya banyak?”
Tiga perkataan je,”
Haikal geram.
“Haikal, kita semua tahu yang kita banyak kerja kat sini.
Jadi, kalau kau nak tanya soalan yang tak ada kaitan dengan kerja, sila tulis
atas kertas yea. Nanti tengah hari baru kau tanya,”
Dahi Haikal berkerut. “Kenapa kena tulis atas kertas pula?”
“Takut kau terlupa,” Syasya senyum manis.
“Tak payah buat muka comel sangat la. Tengah hari ni kau
belanja aku makan,” bebel Haikal sambil menapak ke mejanya. Syasya hanya mampu
menggeleng melihat telatah lelaki itu. Nasib kau la Syifa dapat suami macam ni,
sempat dia mengutuk dalam hati.
Mereka terus leka menyiapkan kerja mereka. Menjelang tengah
hari barulah Haikal menegurnya.“Kau tak nak keluar makan ke?”
“Tak nak,”
“Sebab?”
“Sebab kau suruh aku belanja kau makan. Kambing golek haritu
punya pun kau belum belanja lagi, inikan pula kau nak suruh aku belanja. Memag
tak la,”
“Kedekut!” kutuk Haikal. Syasya tersengih. Setengah jam
kemudian, mereka sudah ada di kedai makan. Laju Syasya menikmati juadahnya
tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
“Makan macam tak ingat dunia,”
Syasya tidak menghiraukan kata-kata itu.
“Syasya, aku nak tanya ni,”
“Tunggu la lepas aku habis makan. Kau ni, macam drama
Melayu. Asal makan je nak cakap. Asal makan je nak sembang. Asal makan je nak
bincang,”
“Pulak…,” Haikal garu kepala yang tidak gatal “Aku nak
tanya, kenapa kau tukar nombor telefon,”
Suapan Syasya terhenti. Dia pandang Haikal tepat. Haikal
pula yang gelisah.
“Kenapa kau pandang aku macam tu?”
“Kenapa kau tanya soalan macam tu?”
“Jangan la tanya soalan yang kau dah tahu jawapannya,”
Syasya diam. Dia meneruskan suapannya. Haikal pula yang jadi
geram. Lantas, ayam goreng seketul yang berada dalam pinggan Syasya ‘dirompak’
seketika.
“Hei, itu ayam aku!”
“Jawab dulu soalan aku,”
“Bagi la aku habis makan dulu. Kalau aku cakap sekarang,
takut nanti bila aku cerita, hilang selera aku,”
Perlahan Haikal meletakkan ayam goreng di pinggan Syasya
semula. “Macam ada benda serius je,”
“Memang serius,” Syasya mencapai ayam goreng tadi dan
meratahnya. “Berkenaan hidup dan mati aku,”
“Hidup dan mati kau? Ada orang mati hidup balik ke?”
Tersedak Syasya mendengar pertanyaan Haikal itu.
“Kau ni merepek apa? Mana ada orang mati hidup balik!”
“Habis tu?”
Syasya meletakkan tulang ayam goreng tadi di dalam
pinggannya. “Haikal, ingat tak aku pernah cakap dengan kau pasal aku bercinta
dengan orang psiko tu?”
Haikal angguk.
“Dia masih hidup lagi. Dan, dia sedang mencari aku,”
“Hah?” bulat mata Haikal mendengarnya. “Habis tu, kau dalam bahaya
la ni?”
“Dia lebih bahaya daripada Aimi dulu,”
“Jadi…,”
“Aku kena pindah rumah. Dia dah sampai ke rumah aku,”
“Bila?”
“Masa kenduri kahwin Aimi haritu,”
“Bahaya ni. Nak aku tolong?”
“Tak payah. Syifa tu dah sarat. Bila-bila masa je dia akan
melahirkan,”
“Kau ni teruk betul la. Masa kitorang perlukan bantuan, kau
senang hati je bantu. Bila kau perlukan bantuan, selamba je kau tolak tawaran
aku,”
“Aku bukan saja-saja tolak la! Syifa lebih memerlukan kau!
Dia isteri kau!”
Haikal diam.
“Lagipun, aku tak nak susahkan kau. bila dia dah pernah cuba
bunuh aku, orang yang dia sayang, tak mustahil dia akan bunuh orang yang ada
kena mengena dengan aku,”
Haikal diam lagi.
*****
Telefon bimbit Haikal berbunyi ketika dia masih ralit
menyiapkan kerjanya. Lambat-lambat dia mencapai telefon bimbit itu.
“Assalamualaikum sayang,”
“Waalaikumsalam. Abang, lambat lagi ke abang balik?”
“Sikit lagi sayang. Kenapa?”
“Perut saya sakit ni. Rasa macam nak bersalin je,”
“Apa?” Haikal terkejut. “Biar betul? Kandungan kan baru…!”
“Sembilan bulan, bang. Kandungan dah masuk Sembilan bulan,”
“Tapi masih ada sepuluh hari, kan?”
“Cepat balik je la! Air tetuban dah pecah dah ni!”
Haikal sudah kelam kabut. Terus dia berkemas ingin pulang ke
rumah. Syifa dah nak bersalin! Laju sahaja dia berjalan menuju ke keretanya
yang terletak agak jauh dari bangunan pejabatnya. Entah bagaimana, hari ini dia
memarkir kereta agak jauh dari kebiasaan.
“Kalut nampak,”
Haikal menoleh. Seorang lelaki berdiri tepat di hadapannya
dan….
Zupp!
Segalanya berlaku begitu pantas. Haikal memandang perutnya
yang berlumuran darah. Matanya mulai kabur.
Haikal ditikam.
*****
Syasya berlari-lari anak apabila sampai di wad kecemasan.
Nama lelaki yang diumumkan tadi benar-benar membuatkan jantungnya berdegup
kencang. Haikal? Apa yang terjadi?
“Cik, tadi cik ada umumkan nama Encik Haikal, kan?”
“Ya, cik saudara dia ke?”
“Ya, saya saudara dia. Isteri dia sedang sakit bersalin.
Encik Haikal sakit apa, cik?”
“Dia ditikam di tempat letak kereta tidak jauh dari
pejabatnya,”
Darah menyerbu naik ke muka. Tidak semena-mena, darjah
kemarahannya naik mendadak.
“Dia kat mana sekarang?”
“Dia masih dirawat di dalam,”
“Cik boleh tolong saya? Tolong bagitahu saya kalau ada
apa-apa perkembangan tentang Encik Haikal,” Syasya mengeluarkan secebis kertas
dan menulis sesuatu di atasnya. “Ni nombor telefon saya. Awak tolong telefon
saya. SMS pun tak apa. Nanti saya bayar balik setiap kredit yang awak guna,
ya,”
Jururawat yang berada di kaunter itu hanya mengangguk faham.
Melihatkan itu, Syasya terus berlari ke wad bersalin pula. Ingin melihat Syifa.
Sampainya di situ, dia melihat Syifa tersenyum manis sambil memangku bayi
kecil.
“Haikal mana, Syasya? Kau dah pergi pejabat cari dia? Dia
kata dia nak azankan anak dia,”
Syasya tergamam. Dia tidak tahu ingin menjawab apa.
*****
“Remy yang buat, kan?”
“Mana aku tahu! Yang aku tahu, ada seorang lelaki tegur aku.
Lepas tu, tahu-tahu aje aku dah kena tikam. Itu aje la yang aku ingat,”
“Takkan kau tak cam siapa dia, Haikal?”
“Aku ketuk jugak kepala kau ni karang! Aku tak tahu la! Masa
tu kan malam. Gelap. Mana la aku nak nampak. Lagipun, kau mana pernah tunjukkan
aku gambar lelaki tu,”
Syasya diam. Mencerna kata-kata Haikal sebentar tadi yang
ada betulnya juga.
“Salah aku juga. Aku rapat dengan kau. Tu yang kau jadi
macam ni,” Syasya mengeluh. “Benda yang aku takutkan dah pun berlaku,”
“Jangan salahkan diri kau, Syasya. Aku yang nak tolong kau.
Orang macam tu bahaya. Kau tak boleh hadapinya seorang diri,”
“Aku tak nak susahkan sesiapa, Haikal,”
“Kau lagi susahkan aku dan Syifa kalau kau rahsiakan
daripada aku,”
Syasya diam.
“Syasya, Syifa dah cerita semuanya kat aku. Dia cerita,
macam mana dia sorokkan kau lepas kemalangan tu. Macam mana dia pulihkan
semangat kau yang masih ingatkan lelaki tu. Macam mana dia jaga kau sampai kau
mampu kerja balik macam biasa,” cerita Haikal. Syasya diam. Tersandar dia
sebentar saat mengingati saat-saat sukar itu.
“Bagi kami bantu kau, Syasya,”
“Kau tak kenal Remy, Haikal,”
“Memang dia tak kenal aku,”
Syasya tersentak. Spontan dia bangun dan menoleh. Remy!
“Terkejut? Yang aku masih hidup? Yang kau lari dari aku tu
kenapa? Kau tak sedar ke yang aku sangat sayangkan kau?”
“Sayang ke kalau kau sanggup nak bunuh aku?”
“Itu bukan bunuh, sayang. Itu namanya sehidup semati,”
“Bro, jangan dekat,” Haikal segera melindungi Syasya.
“Tak serik kena tikam ke?”
“Langkah mayat aku dulu kalau nak apa-apakan dia,” Haikal
bersuara serius.
“Takutnya aku…,”
Syasya jadi gerun.
“Kau dah bersedia untuk mati ke, budak?”
“Aku takut kau je yang mati nanti,”
“Haikal, apa ni?”
“Syasya, Syifa amanahkan aku untuk jaga kau. Sampai mati pun
aku akan buat!”
“Kau nak mati sangat kan? Aku bunuh kau dulu!” Remy meluru
ke arah Haikal sambil menghunus pisau.
Pisau?
Syasya menerpa ke arah Haikal.
“Ergh!”
“Syasya!”
*****
“Lepas tu, apa jadi, mama?” tanya
Ayesha tidak sabar. “Pakcik tu tikam Makcik Syasya ke?”
Syifa tersenyum. “Ada yang tertikam. Tapi bukan Makcik
Syasya,”
“Takkan papa pulak?” Ayesha mula buat muka takut. Syifa
tersenyum.
*****
“Ergh!”
“Syasya!”
Syasya terdorong ke belakang. Tapi dia tidak terasa sakit.
Dia melihat seluruh tubuhnya. Tiada yang tertikam. Dia pandang Remy yang
berlumuran darah.
Yaa Allah! Remy tertikam dirinya sendiri!
“Remy!”
Cepat-cepat Syasya memangku Remy yang tumbang di hadapannya.
Haikal mula lari meminta pertolongan.
“Remy, bertahan! Haikal tengah cari bantuan tu!”
“Syasya…,” Remy bersuara tersekat-sekat. Tangannya memegang
bekas tikaman di dadanya.
Syasya baru perasan itu.
“Remy, bertahan! Kejap lagi ambulans sampai,”
“Tak payah…,”
Syasya pandang Remy dalam-dalam.
“Syasya, awak cantik. Saya tak mahu kongsi kecantikan awak dengan
orang lain. Tapi, awak bukan milik saya,”
“Remy, mengucap!”
“Awak bukan milik saya…,” tangan Remy terkulai. Syasya
kaget. Dia merasa denyut nadi di tangan Remy. Tiada.
“Haikal!”
Haikal menoleh.
“Remy dah tak ada….!”
*****
“Lepas Pakcik Remy meninggal dunia, Makcik Syasya ambil
keputusan untuk bekerja di luar negara. Setahun sekali baru dia balik sini,
jumpa keluarga,” Syifa menamatkan ceritanya.
“Kenapa Makcik Syasya kena kerja di luar negara?”
“Dia nak lupakan apa yang telah berlaku,”
“Dia dah lupakan ke apa yang telah berlaku?”
Syifa tersenyum. Dia memeluk Ayesha erat-erat.
“Kenapa tiba-tiba cerita pasal hal dulu ni?” tanya Haikal
yang baru keluar dari tandas. Dia mengusap lembut kepala Ayesha.
“Ayesha nampak parut bekas tikaman abang malam tadi. Itu yang
dia tanya tu,”
“Ayesha ingat papa orang jahat. Sebab selalu tengok kat TV, orang
jahat je yang ada parut,”
Haikal ketawa besar. “Ayesha, tak baik cakap macam tu. Ada juga
orang baik yang ada parut. Contohnya, papa,”
“Okey, Ayesha tak fikir macam tu lagi dah,”
Haikal tersenyum. Dia memeluk Syifa dan Ayesha erat.