Teksi itu berhenti disebuah banglo berwarna putih. Juhara dan Izzah sama – sama
memandang kearah luar. Riak diwajah masing – masing terpamer rasa terkejut.
Inikah rumah yang bakal mereka sewa dan duduk? Rasa tidak percaya masih bersisa
dihati kedua beradik yang berasal dari Jasin itu.
“ Dik, dah
sampai dik,” tegur pemandu teksi tersebut. Seperti terkena kejutan elektrik
masing – masing tersedar. Juhara mengekori Izzah keluar dari dalam teksi.
Manakala pemandu tadi terus kebelakang membuka bonet untuk mengeluarkan bagasi
yang mereka bawa.
Setelah teksi tadi berlalu pergi
Juhara dan Izzah sama – sama tercegat sambil memandang kearah banglo besar
didepan mereka. Masing – masing menelan air liur sendiri. Tidak percaya.
“ Betul ke ni
kak?” soal Juhara dengan rasa tidak pasti.
Izzah tidak
menjawap. Sebaliknya dia mengeluarkan kertas kecil yang tertera sebuah alamat.
Diperhatikan dengan teliti. Kemudian dia memandang kearah nombor yang tertampal
ditepi pintu pagar. Sah! Memang inilah rumahnya.
“ Menurut
alamat ni memang inilah rumahnya, Ju,” balas Izzah perlahan.
Juhara terkesima. Kalau betullah ini
rumahnya, kenapa sewanya murah sangat? Pertanyaan itu tidak mampu dijawapnya.
Ada sesuatu yang berlegar didalam mindanya ketika itu.
“ Kak, Ju rasa
macam tak sedap hati aje,” luah Juhara.
Izzah
berpaling dengan dahi berkerut seribu. “ Kenapa Ju cakap macam tu?”
“ Yelah....
cuba akak tengok. Rumah ni besar tapi kenapa sewanya murah. Ju rasa macam ada
benda yang tak kenalah kak.”
“ Maksud Ju
apa?” Izzah memohon kepastian dari adik kembarnya itu.
Juhara merapati kakak kembarnya.
Matanya masih lagi diarahkan pada banglo yang tersergam didepan matanya. “ Kata
orang kalau rumah besar tapi sewanya murah mesti ada hantu didalamnya,” bisik
gadis bertudung biru itu lagi.
“ Hish!” Izzah
memarahi adiknya. “ Apa pulak cakap macam tu,” Izzah memasamkan mukanya. Tidak
gemar dengan apa yang baru dia dengar tadi.
“ Yelah kak,”
Juhara terus mempertahankan pendapatnya.
“ Jangan nak
merepeklah Ju,” bantah Izzah lagi.
Izzah menekan loceng dipintu pagar.
Sempat juga dia memandang kearah kereta Unser berwarna coklat cair yang
diletakkan diporch. Mungkin milik Kak Maria hatinya berdesis sendiri. Panggilan
pertamanya tidak bersambut. Juhara pula mengecilkan matanya kerana bahang siang
masih lagi menyengat garang. Biar pun sudah petang namun teriknya masih terasa
lagi.
Izzah mencuba untuk beberapakali.
Kali ini muncul seorang wanita bertubuh agak gempal dan rendah. Terkedek –
kedek berjalan dengan pantas menuju ke pintu pagar. Ada senyum tersungging
dibibirnya.
“ Ini Izzah
ke?” soalnya sebelum membuka pintu pagar. Ternyata pintu pagar itu tidak berkunci.
Sekadar dirapatkan saja. Kak Maria menolak pintu agar Juhara dan Izzah dapat
masuk kedalam. “ Saya kak,” balas Izzah sambil bersalaman dengan wanita
berambut panjang yang diikat kebelakang. Tahi lalat dipipi kiri menambahkan
lagi keserian wajah Kak Maria.
“ Kenalkan ini adik saya Juhara.
Panggil Ju aje,” Izzah memperkenalkan Juhara pada Maria. Lalu mereka bersalaman
dengan bertukar – tukar senyuman.
“ Eh..... buat apa berdiri diluar
ni. Mari masuk kedalam,” pelawa Kak Maria dengan ramah. Tidak putus – putus
bibirnya mengukir senyum. Juhara dan Izzah sama – sama masuk kedalam.
Kak Maria mempersilakan mereka duduk
sementara dia meminta diri kedapur. Tidak lama kemudian dia keluar sambil
menatang dulang. Dengan tertib dia menuangkan teh panas kedalam cawan yang
disediakan tadi.
“ Jemputlah
minum,” pelawa Kak Maria lalu dia turut sama duduk menyertai kedua adik –
beradik itu. Juhara dan Izzah pula tersipu – sipu malu.
“ Ini ke rumah yang kami sewa tu?’
Izzah bertanya setelah mencicip sedikit tehnya. Juhara lebih banyak
memerhatikan perabot yang ada diruang tamu itu. Nampak mewah, tentu saja
harganya juga mahal, hatinya berbisik sendiri. Izzah pula memerhatikan keluasan
ruang tamu itu. Memang cukup besar. Rumahnya dikampung itu pun tidak sebesar
ini.
“ Yang sebenarnya bukan rumah.
Maaf.... kakak tak terangkan itu hari. Kamu berdua hanya sewa bilik aje. Ada
ditingkat atas. Tapi kamu berdua jangan bimbang. Buatlah rumah ni macam rumah
kamu jugak. Kakak tak kisah pun. Cuma kamu kenalah ikut peraturan dalam rumah
ni,” terang Kak Maria.
Izzah dan Juhara saling berpandangan
sesama sendiri. Ada peraturan? “ Peraturan apa tu kak?” soal Izzah seketika
kemudian. Dadanya tiba – tiba rasa berdebar – debar. Dia merasakan seperti
tinggal disebuah asrama pula.
Kak Maria yang mendengar soalan dari
Izzah kembali tersenyum. “ Peraturannya tidaklah susah mana pun. Cuma kamu kena
pulang awal. Kalau kamu keluar malam balik sebelum jam dua belas malam.”
Juhara dan
Izzah sama – sama mengangguk.
“ Kamu berdua
tak dibenarkan membuat sebarang parti atau keraiaan. Termasuk parti hari jadi.
Kalau kamu nak sambut diluar dengan teman – teman yang lain itu terpulanglah
pada kamu.”
Kedua beradik
itu diam lagi.
“ Kakak tak
kisah kamu nak gunakan bilik air atau elektrik pun. Tapi sebolehnya cubalah
berjimat – cermat.”
Juhara dan
Izzah sama – sama faham. Bibir masing – masing mengukir senyuman.
“ Kalau kamu
nak gunakan mesin basuh untuk membasuh
pakaian kamu kakak benarkan. Tapi pakai ikut giliran. Jangan berebut – rebut,”
sambung Kak Maria lagi.
“ Seperkara
lagi kakak minta tolong pada kamu berdua,” ujar wanita bertubuh agak gempal itu
seketika kemudian.
“ Apa dia
kak?” soal Izzah dengan tidak sabar – sabar lagi.
“ Tolong
jangan bawa balik lelaki kedalam rumah ni,” bunyinya tegas dan ternyata Kak
Maria bersungguh – sungguh disebalik ingatannya itu. Izzah terkedu manakala
Juhara hanya mendiamkan diri.
“ Kalau itu
yang akak minta, saya tak jadi masalah,” sela Izzah tidak lama kemudian. Kak
Maria girang dengan pengakuan itu.
“ Kalau macam tu eloklah. Mari akak
tunjukkan bilik kamu,” gesa wanita itu lagi. Ketiga – tiga mereka bangkit dari
sofa. Izzah dan Juhara mengheret beg besar yang mereka bawa. “ Ada lagi tak
barang – barang yang kamu nak bawa kesini nanti,” sambil mendaki tangga Kak
Maria berbual lagi dengan mereka.
“ Err.... ada kak. Tapi
kebanyakannya buku – buku kami. Ada sikit pakaian lagi,” balas Izzah.
“ Bila kamu
nak pergi ambil?”
“ Esok pagi.
Kebetulan saya dan Ju tak ada kelas,” Izzah tersengih – sengih berjalan
dibelakang Kak Maria.
Ditingkat atas Kak Maria membawa
mereka kebilik yang paling hujung dibelakang. Pintu ditolak seluas – luasnya.
Juhara dan Izzah menjengah kedalam. Ternyata kamar itu agak luas dan memang
selesa jika dihuni oleh dua orang manusia.
“ Masuklah,” gesa
Kak Maria. Kedua adik – beradik kembar itu melangkah masuk kedalam dan
memerhatikan setiap sudut. Jendela yang ada disitu ditutup dengan langsir.
Juhara segera menyelak dan meninjau kearah luar. Dia mulai suka dengan kamar
ini. Besar dan selesa. Malah pemandangannya juga cantik. Udara yang disedut
juga terasa segar. Bolehlah pagi – pagi nanti dia menghirup udara disini,
cadang Juhara didalam hati. Gadis bertudung biru itu tersenyum sendiri.
“ Macam mana
okay?” kedua adik beradik itu ditegur oleh kak Maria. Juhara dan Izzah
berpusing mengadap wanita bertubuh agak gempal itu. “ Okay kak, kita orang puas
hati,” sahut Izzah sambil galak tersenyum.
Usai mendirikan solat Maghrib mereka
disambut dengan bunyi suara orang ketawa ditingkat bawah. Suara hilai perempuan
kedengaran cukup kuat. Izzah dan Juhara saling berpandangan. Siapa? Hati masing
– masing berteka – teki.
“ Anak – anak
kak Maria tak?” Juhara cuba untuk meneka. Tidak ada jawapan dari Izzah kerana
dia sendiri pun tidak pasti tentang itu.
Tidak lama kemudian mereka terdengar
bunyi suara perempuan ditangga melangkah naik ketingkat atas. Suara itu
kedengaran berbual lagi. Kali ini lebih rancak dan disusuli dengan hilai ketawa
yang agak panjang. Izzah dan Juhara terus mendiamkan diri. Cuba mengamati akan
perbualan yang berlangsung, namun tetap juga mereka tidak dapat menangkap butir
perbualan. Selang beberapa lama kemudian terdengar pula bunyi pintu dibuka dan
ditutup.
Kedua adik beradik kembar itu
meneruskan kerja masing – masing. Pakaian yang ada didalam beg mereka keluarkan
dang masukkan kedalam sebuah almari yang memang terdapat disitu. Tuala yang
sudah dipakai tadi disidaikan dipenyidai didinding. Bilik mereka tidak ada
katil. Yang ada cuma dua keping tilam yang agak nipis untuk dijadikan alasan
untuk tidur nanti. Juhara dan Izzah tidak peduli asalkan dapat melelapkan mata
dengan selesa itu sudah memadai.
Sedang mereka leka tiba – tiba
terdengar bunyi ketukan dipintu bilik. “ Siapa?” Izzah menyaringkan suaranya
bertanya.
“ Mari turun.
Makan malam dah siap,” terdengar suara Kak Maria dari luar. Juhara bangkit dan
membuka pintu. Kak Maria tersenyum didepan muka pintu.
“ Mari turun
makan,” pelawa wanita itu dengan ramah.
Mahu tidak
mahu Izzah dan saudara kembarnya itu patuh dengan perintah kak Maria. Kebetulan
pula memang perut masing – masing sudah digigit dengan rasa lapar. Mereka hanya
makan tengahari dirumah ibu saudara mereka tadi sebelum bertolak kesini.
Izzah dan Juhara beriringan menuruni
tangga mengekori kak Maria. Apabila sampai diruang dapur tiga orang gadis muda
sudah menunggu mereka dimeja makan. Izzah dan Juhara agak terkejut sambil
diselang seli dengan rasa malu.
“ Oh.... lupa
akak nak kenalkan. Dalam rumah ni ada tiga orang lagi yang menyewa bilik macam
kamu,” kak Maria memandang kearah Juhara dan Izzah.
“ Yang ini Linda,” kak Maria
memperkenalkan seorang gadis berambut pendek kepada mereka. Linda membalas
pandangan sambil tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.
“ Yang rambut
panjang tu pulak, Lisa.” Giliran Lisa tersenyum dan mengangguk.
“ Yang ini
berbadan besar ni Sharifah Huda,” kak Maria akhirnya selesai memperkenalkan
ketiga – tiga gadis muda yang tua sedikit seusia dari Juhara dan Izzah. “ Apa
khabar kak,” ucap Izzah dan Juhara hampir serentak.
“ Khabar
baik,” sahut ketiga – tiga gadis muda itu dengan wajah yang manis.
Kak Maria mengesa agar mereka segera
makan. Sepanjang makan malam itu mereka berbual sesama sendiri. Ketiga – tiga
gadis itu sesekali bertanyakan soalan buat Izzah dan Juhara. Kedua saudara
kembar itu menjawap dengan seadanya. Pertama kali bertemu membuatkan mereka
masih lagi malu – malu dan kekok.
Selesai saja makan malam Linda dan
Lisa menolong mengemaskan dapur. Melihat keadaan itu Juhara menawarkan dirinya
untuk menolong.
“ Eh.... tak
payahlah. Ju kan baru sampai. Mesti masih penat lagi kan. Pergilah berehat.
Tengok TV ke,” bantah Lisa sambil tangannya pantas mengutip pinggan dan cawan
yang digunakan tadi.
“ Alah.... tak
apalah kak. Lagi pun bukannya susah sangat nak buat kerja – kerja dapur ni. Ju
dah biasa,” Juhara tetap berkeras mahu membantu.
“ Tak payah
Ju. Biar akak dengan Lisa yang buat. Ju dengan Izzah pergi berehat. Kalau bosan
boleh ajak kak Maria dengan akak Huda berbual dekat ruang tamu,” sanggah Lisa
pula. Akhirnya Juhara tidak ada pilihan lain. Mahu tidak mahu dia terpaksa
menurut kata – kata kedua – dua wanita muda itu. Perlahan – lahan dia
meninggalkan ruang dapur.
Ketika dia melintas diruang tamu dia
melihat Izzah, Sharifah Huda dan kak Maria duduk disofa sambil berbual.
Televisyen terpasang. Pun begitu Juhara tidak punya nafsu untuk menonton atau
pun berbual dengan mereka.
Mungkin betul kata kak Lisa dan kak
Linda yang dia perlu merehatkan tubuhnya. Entah kenapa dia merasa badannya
terasa lemah dan lesu.
Juhara mendaki anak tangga menuju
ketingkat atas. Langsung dia terus masuk kedalam kamar dan merebahkan tubuhnya
yang letih diatas tilam nipis yang dibekalkan oleh kak Maria petang tadi.
Juhara berbaring terlentang sambil mengadap siling. Kelopak matanya pula
terkebil – kebil ibarat cicak tertelan kapur. Namun lama kelamaan matanya mula
ralit. Pandangannya menjadi kelam dan pudar. Jendela yang terbuka dibiarkan
saja. Angin malam menerjah masuk dan menyentuh sekujur tubuhnya. Juhara terasa
enak dan damai.
Juhara terjaga sebaik saja
telinganya menangkap bunyi pintu dibuka dengan kasar. Izzah masuk sambil
melangkah ke almari pakaian. Menyelongkar sesuatu. Saudara kembarnya itu
memandang kearahnya dalam keadaan terpisat – pisat. Meskipun begitu Juhara
mendiamkan dirinya. Tidak berusaha bertanya kenapa Izzah kelihatan agak kelam –
kabut.
“ Kau tunggu
kat sini ea,” ucap Izzah sambil mencapai beg duitnya.
Juhara mengerutkan
dahinya. “ Kau nak kemana ni Zah?”
“ Keluar kejap
beli barang. Kebetulan kak Maria nak keluar dia ajak aku sekali,” terang Izzah
sambil berdiri mengadap Juhara.
“ Kau tunggu sampai aku balik,”
pesan Izzah sebelum mengorak langkahnya. Tiba di muka pintu dia terhenti dan
menoleh kearah adiknya. “ Kau ada nak kirim apa – apa?” dia bertanya. Juhara
diam sebelum menggelengkan kepalanya.
“ Aku pergi
dulu,” pintu kamar ditutup. Juhara berbaring semula.
Gadis berambut panjang itu cuba
untuk menutup matanya. Namun sepasang matanya tiba – tiba merasa segar. Tidak
seperti tadi. Puas Juhara berguling kekiri dan kekanan namun dia tetap gagal
untuk lelap semula. Juhara mendengus kasar. Gadis itu duduk diatas tilam. Tidak
tahu apa yang hendak dibuatnya. Berseorangan seperti ini memang membosankan.
Juhara memerhatikan kamar yang kosong itu. Kepalanya digaru dengan tangan. Apa
yang aku nak buat ni? Hatinya bergumam sendiri.
Seperti disentap dengan kasar Juhara
tiba – tiba tersentak. Pantas dia mengerling kearah jam dipergelangan
tangannya.Ya Allah, aku belum solat Isyak lagi sedangkan waktu dah masuk,
gerutunya dengan rasa tidak puashati. Kenapalah aku ni lalai sangat, marahnya
pada diri sendiri.
Juhara bingkas bangkit dan keluar
dari kamar tidur. Seketika kemudian dia sudah kembali dengan berwuduk. Terus
saja dia mendirikan solat Isyak bersendirian. Usai berdoa dia melipat semula
sejadah dan telekung putih yang membalut sekujur tubuhnya dibuka lalu dilipat
elok – elok.
Ketukan dimuka pintu mengejutkannya.
Juhara menoleh kearah daun pintu yang sememangnya ditutup rapat tadi.
“ Siapa”
soalnya.
“ Akak ni,” terdengar
suara menyahut dari luar. Juhara tidak pasti siapa kerana dia tidak mampu
mengecam suara disebalik pintu itu.
“ Akak,
siapa?” soalnya lagi. Telekung yang sudah siap dilipat diletakkkan disudut
tepi. Dia bangun perlahan – lahan mendekati pintu.
“ Akak Lisa
ni.”
Juhara membuka pintu dan memandang
kearah Lisa yang sedang tersengih memandang kearahnya.
“ Oh.... akak
Lisa. Akak nak apa?” dengan santun Juhara bertanya. Matanya diarahkan pada
penampilan Lisa malam itu. Gadis itu kelihatan rangggi dengan rambutnya yang
lurus mengurai. Hanya mengenakan t – shirt putih dan seluar tiga suku berwarna
gelap. Nampak santai. Kulitnya putih. Ada sedikit tompokan jerawat dipipinya.
Namun itu tidak mencacatkan kecantikan milik Lisa.
“ Ju buat
apa?” soal Lisa yang masih lagi tersengih – sengih didepannya.
“ Tak buat apa
– apa pun kak. Tengah termenung tadi,” sahut Juhara ikut tersengih.
“ Ingatkan
buah hati ke?” usik Lisa. Senyum dibibirnya makin meleret.
“Hish.... akak ni. Saya mana ada buah
hati kak. Lagi pun saya tengah belajar. Kalau boleh memang tak mahu nak
fikirkan benda – benda macam tu,” Juhara menepis dengan perasaan malu.
“ Eloklah tu
Ju. Tapi Ju tak bosan ke?” Lisa bertanya lagi. Sempat juga dia melirik kearah
bilik tidur Juhara dan Izzah yang masih lagi kosong. Serba – serbi kekurangan.
Maklum baru saja pindah.
“ Memang tengah bosanlah ni kak,”
akhirnya Juhara mengaku juga. Kalaulah dia dapat melepaskan kebosanannya, fikir
gadis bertubuh kurus dan berambut panjang itu lagi.
“ Hah.... kalau macam tu mari ikut
akak,” gesa Lisa dengan wajah yang ceria. Juhara terpaku. Dahinya berkerut
seribu.
“ Akak nak
kemana?”
“ Ikut aje
akak. Nanti hilanglah bosan Ju tu,” sela Lisa lagi. Untuk beberapa detik Juhara
tidak bergerak. Hatinya berbelah bagi. Ada bimbang, ada takut dan ada keinginan
untuk ikut serta. Semuanya bercampur baur.
“ Akak nak
kemana sebenarnya ni. Kak Izzah tak ada. Nanti susah pulak kalau dia balik
tengok saya tak ada. Macam mana?” Juhara memohon agar Lisa mengerti dengan
situasinya kini.
Seperti ada yang lucu Lisa
meledakkan ketawanya. Sekaligus membuatkan Juhara ternganga sendiri. Kenapa dia
mesti ketawa? Benak Juhara berfikir sendiri. Apa yang lucu?
“ Akak bukan
nak bawak Ju pergi mana – mana. Pergi bilik akak aje,” gesa Lisa lagi. Sisa
ketawa masih berderai dibibirnya.
Juhara mengerti. Pasti Lisa mahu
ajak dia berbual dikamar tidurnya. Kalau setakat itu tidak menjadi masalah
padanya.
“ Okay jugak.
Boleh jugak hilangkan tension ni kan,” ujar Juhara pula. Lisa angguk lalu
segera menarik tangan Juhara. Mereka sama – sama melangkah ke kamar yang paling
depan sekali.
“ Tengah ni
bilik siapa kak?” sempat Juhara bertanya pada Lisa sewaktu mereka melintasi
kamar tengah itu. Pintunya tertutup rapat.
“ Bilik ni
jangan kacau. Bilik ni kak Huda punya. Dia ni lain sikit. Ada masanya tak suka
diganggu. Ikut angin kata orang,” Lisa berbisik dan kemudian mengekel ketawa.
Mulutnya terus ditutup dengan tangan. Juhara hanya mendiamkan diri. Dia pasti
lama kelamaan nanti pasti dia akan mampu membaca setiap tingkah dan perangai
mereka yang menghuni didalam banglo berwarna putih ini.
Pintu dibuka agak kasar dan Lisa
meloloskan tubuhnya kedalam sambil terus mengheret Juhara. Keadaan didalam
kamar itu agak kemas. Linda kelihatan sedang bersimpuh diatas lantai sambil
menulis sesuatu diatas kertas putih. Tidak pula dia tahu apa yang sedang
ditulisnya oleh gadis itu. Hendak mengatakan yang dia sedang mengulangkali
pelajaran tidak mungkin. Tidak ada buku lain selain dari sekeping kertas
ditangannya.
Langsir berbunga kecil berwarna biru
menutup jendela. Kipas angin yang ada diatas meja kecil bersebelahan dengan
pintu kamar berpusing perlahan. Cukup sekadar menyejukkan sedikit ruang disitu.
Timbunan buku – buku terletak kemas diatas meja belajar ditepi tingkap.
Termasuk peralatan menulis. Juhara memandang kearah katil dua tingkat. Tidak
pasti samada Lisa yang tidur dibawah atau pun Linda. Dia tidak peduli tentang
itu.
Linda mendongak seraya tersengih
memandang kearahnya sebaik saja mereka berpandangan. Sesaat Juhara tercegat
diruang tengah.
“ Huda mana?”
“ Ada kat
bilik sebelah,” jawap Lisa selamba.
“ Kau tak ajak
dia sekali ke?” soal Linda lagi. Juhara diam. Telinganya menangkap akan butir
perbualan mereka namun diwaktu yang sama dia tidak tahu hujung pangkal akan
topik yang sedang diperkatakan oleh kedua mereka.
“ Nak panggil
dia ke?” soal Lisa dengan wajah tidak pasti. Mencemik.
“ Pergilah kot
dia nak join sekali. Lagi ramai lagi bagus,” Linda tersengih.
“ Okaylah....
aku try,” langsung Lisa keluar semula dari dalam kamar.
“ Duduklah dulu,” Linda berkalih
pada Juhara. Kemudian dia menyambung semula penulisannya. Juhara akhirnya
merebahkan punggungnya dibirai katil. Lama dia memerhatikan kelakuan Linda itu.
“ Akak tulis
apa tu?’ timbul kehairanan dihati Juhara.
Linda tidak
menjawap sebalik dia terus menulis. Seolah – olah Juhara tidak wujud didalam
bilik itu. Seketika kemudian dia memberikan kertas yang sudah siap pada Juhara.
Teragak - agak Juhara mengambil dan
menelitinya. Dahinya berkerut seribu. Tidak faham dengan apa yang sedang
dipandangnya.
Diatas kertas putih tertulis abjad A
sehingga Z didalam huruf besar. Kemudian diikuti dengan nombor 0 hingga 9.
Ditengah – tengah kertas itu tertulis perkarataan ‘yes’, ‘no’, ‘home’ dan
‘goodbye’. Setelah menyedari apa yang ada ditangannya Juhara segera menutup
mulutnya dengan tangan. Wajahnya mula tampak pucat. Dia berpaling kearah Linda
seketika kemudian.
“ Ni
macam.....,” dia tidak jadi menghabiskan kata – katanya, Linda sudah
mengangguk. Tanda mengerti dengan apa yang sedang difikirkan oleh gadis muda
itu.
“ Ya Allah
kak....,” Juhara tergamam. Langsung kertas itu diserahkan semula pada Linda.
Tidak berani dia hendak memegangnya lama – lama. Juhara benar – benar diasak
dengan rasa takut. Pelik dia melihat Linda dengan wajah manis menyambut kertas
dari tangannya.
“ Akak tak takut ke?” soal Juhara
dengan perasaan bimbang. Dia tahu apa yang mahu dibuat oleh Linda dan Lisa.
Kini mereka mahu membabitkan Sharifah Huda pula. Biar betul?
“ Tak pernah main ke permainan ni?”
galak Linda bertanya. Lembaran kertas ditangannya digoyang – goyangkan. Pantas
Juhara menggeleng.
Juhara akui yang dia tidak pernah
bermain permainan yang dipanggil ‘spirit of the coin’. Malah dia sesekali tidak
pernah berkeinginan untuk memainkannya. Biar diupah sejuta sekali pun dia akan
mengelak. Mendengar nama permainan ini saja sudah cukup membuat bulu romanya
meremang sendiri. Jauh sekali untuk dia mencubanya. Dia tahu ada risiko bakal
menanti pada setiap peserta. Kalau nasib malang buruk padahnya.
Bagi Juhara ini bukanlah sebuah
permainan sebenarnya. Melainkan lebih pada sebuah ritual apa pun kaedah
memanggil roh orang yang telah mati. Biasa digunakan untuk bertanyakan tentang
roh orang yang telah mati dan ada juga mengunakannya untuk mencari barang atau
orang yang hilang. Selain itu ada juga menggunakan permainan ini untuk
bertanyakan cara matinya seseorang, kemalangan atau pun dibunuh. Juhara
mengosok – gosok lengannya yang tiba – tiba disentuh angin sejuk.
Ada yang lebih berani menggunakan
darah untuk memastikan permainan ini lebih berkesan. Ada yang menggunakan darah
ayam. Malah ada juga yang nekad menggunakan darah sendiri! Selalunya dimainkan
didalam bilik yang gelap dan hanya diterangi dengan cahaya lilin. Permainan
hanya dimainkan diwaktu malam sekitar jam 10 malam keatas. Bilangan pemain pula
digalak berada didalam jumlah ganjil. Namun jika genap ianya tetap tidak
menjadi masalah. Setiap pemain akan mengelilingi papan permainan. Papan OUIJA
juga dikenali dengan nama ‘papan semangat’. Menurut apa yang pernah Juhara baca
didalam laman sesawang permainan ini dikatakan berasal dari China dizaman
Dinasti Song.
“ Kalau tak pernah main jomlah cuba
malam ni,” Linda mengoda dan memujuk
agar gadis itu turut sama dalam aktiviti mereka malam itu. Sekali lagi Juhara
menggelengkan kepalanya.
“ Maaf lah,
saya tak nak main.”
Linda
mempamerkan senyuman sinis dibibirnya. “ Kenapa?.....takut?”
Juhara menelan
rengkungnya dalam – dalam. Hendak jawap pun dia tidak berani.
“ Apa nak ditakutkan.
Cuma permainan je kan?” ulas Linda perlahan. Lalu dia bangkit dan duduk
disebelah Juhara. Membuatkan gadis itu dihimpit rasa tidak selesa.
“ Ini bukan setakat permainan aje
kak,” bantah Juhara. Mengagahi dirinya menafikan apa yang difikirkan oleh gadis
itu. “ Benda ni dah jadi ritual. Lagi pun.....,” belum pun sempat Juhara
menghabiskan kata – katanya pintu kamar terbuka. Lisa muncul dengan cebikkan
dibibirnya. “ Mana Huda?” soal Linda biar pun sudah tahu akan jawapannya
melalui mimik muka rakan sebiliknya itu.
“ Dia tak mahu
join. Dia kata nak study,” sahut Lisa sambil duduk diatas lantai mengadap Linda
dan Juhara. “ Habis.... macam mana ni? Nak teruskan ke?” Lisa bertanya.
Linda menoleh kearah Juhara. Gadis
itu terkedu sendiri. “ Nak join kita orang?” soal Linda lagi buat sekian
kalinya. Pun begitu dia dapat mengagak apa jawapan Juhara nanti. Seperti yang
dijangkakan Juhara ligat menggeleng kepalanya. Linda ketawa kecil. Lisa pula
tersenyum.
“ Macam mana ni? Tak kan dua orang
aje yang nak main,” soal Lisa dengan dahi yang brkerut. Linda ketawa lagi.
Kemudian dia bangun lalu mengambil sebuah kamera. “ Tak jadi masalahlah. Memang
kalau boleh bilangan pemainanya ganjil tapi kalau tak dapat tak apa. Permainan
masih boleh diteruskan,” sahut Linda dengan wajah selamba. Kamera yang ada
ditangannya diletakkan ditripod yang telah disediakan disudut bilik. Mereka
berhasrat untuk merakamkan aktiviti yang mereka jalankan malam itu.
Gila! Bentak Juhara didalam hatinya.
Macam sudah tidak ada kerja lain, marahnya lagi didalam hati. Pun begitu dia
tidak pula berhasrat untuk keluar dari kamar mereka. Punggungnya seolah – olah
melekat kuat diatas katil. Seperti digam. Kedua – dua gadis muda itu
dipandangnya dengan rasa pelik.
“ Akak tak
takut ke main benda macam ni?” terluah juga pertanyaan dari bibir Juhara. Linda
dan Lisa sama – sama berpaling kearahnya.
“ Nak takut
apanya. Kita cuma nak tahu betul ke permainan ni boleh panggil roh orang mati,”
sahut Linda dengan wajah tidak bersalah.
“ Dah siap ke?” Lisa bertanya pada
Linda sebaik saja sahabatnya duduk bersila didepan kertas putih yang dijadikan
papan permainan. Linda angguk. Lalu dia mengeluarkan sekeping duit syiling.
Syiling itu diletakkan diatas kertas yang sudah dicatatkan nombor dan abjad
serta beberapa perkataan. Lisa mula berdebar – debar. Juhara yang masih
bertenggek dibirai katil mula menelan rengkungnya jauh kedalam. Biar pun dia
tidak mempersetujui dengan apa yang bakal mereka lakukan namun dia tidak
menafikan yang jauh disudut hatinya dia teringin sekali menyaksikan permainan
itu.
Linda kemudiannya menyalakan dua
batang lilin dan seterusnya dia meminta agar lampu didalam bilik itu
dipadamkan. Kini kamar itu hanya diterangi dengan cahaya suram dari dua batang
lilin tadi. Juhara terus memerhatikan kearah dua gadis muda yang lebih senior
darinya. Dadanya mula berdebar – debar.
“ Kau pasti ke
nak buat benda ni?” dalam cahaya samar – samar itu terdengar suara Lisa
bertanya.
“ Kau takut?”
galak sepasang mata Linda merenung wajah Lisa dalam cahaya suram itu. Dalam
kegugupan itu Lisa tidak berani menyahut.
“ Kalau kau
takut kita batalkan aje,” Linda seolah – olah mengancamnya. “ Apa pulak yang
kau nak takutkan. Kalau nak ikutkan aku nak ajak kau ke rumah lama untuk buat
semua ini. Kalau rumah tu ada orang mati dibunuh lagi baik,” kata – kata Linda
itu membuatkan Juhara tergamam diatas katil. Takutnya makin menjadi – jadi.
“ Hish.... kau ni janganlah cakap
macam tu,” Lisa mula meradang. Belum apa – apa dia sudah ditakutkan.
“ Aku rasa
disini tak ada apa – apalah. Kalau nasib kita baik, dia datanglah. Kalau tak
ada tak apa,” akhirnya Linda memujuk. Lisa diam. Juhara pula diam membisu
seribu bahasa. Angin dari luar menderu masuk dengan tiba – tiba. Langsir
berbunga biru bergetar. Cahaya lilin melentuk hampir terpadam. Lisa dan Linda
saling berpandangan sesama sendiri. “ Kita teruskan,” bisik Linda pada rakannya
itu. Dalam ketidak pastian itu Lisa menganggukkan kepalanya.
Linda dan Lisa meletakkan jari diatas
kepingan syiling tadi. Untuk beberapa detik ruang kamar yang suram itu menjadi
sepi. Juhara bertambah cemas. Belum pun sempat dia menarik nafas kedengaran
suara Linda melafazkan mantera permainan. “ Spirit, spirit of the coin.....”
Juhara hanya memekakkan telinganya dari mendengar mantera itu dibaca secara
berulang – ulang. “ Come out and play with us,” akhirnya Linda mengakhiri
bacaan mantera.
Suasana diselubungi sepi lagi. Lama.
Lisa dan Linda sama – sama kaku bersila diatas lantai. Juhara pula dengan mata
terpejam celik memandang kearah mereka berdua.
“ Ada siapa –
siapa disini?” soal Linda. Bola matanya diliarkan kesegenap ruang kamar. Cahaya
lilin terus melintuk lembut dirempuh angin. Ada rasa dingin datang menyentuh
lengan masing – masing.
“ Ada sesiapa
disini?” soal Linda lagi. Lisa juga ikut meliarkan matanya. Ketakutan mula
menghimpit perasaannya.
“ Ada ke?”
Lisa bertanya separuh berbisik pada Linda.
“ Syhhh....,”
Linda mengisyaratkan agar temannya itu diam. Juhara yang duduk dibirai katil
terus menanti dengan penuh debar. Terkebil – kebil biji matanya memandang Lisa
dan Linda silih berganti.
“ Hello? Ada sesiapa disini?” Linda
mencuba sekali lagi. Ruang suram itu terus diawasinya dengan hati – hati. Cuba
melihat jika ada sebarang perubahan. Duit syiling ditangannya tidak juga
bergerak.
“ Tak ada
kot,” sekali lagi Lisa bersuara.
Linda memberi
isyarat agar temannya itu diam lagi.
“ Ada sesiapa
disini?” kali ini Linda menguatkan sedikit suaranya.
Juhara yang duduk dibirai katil tiba
– tiba tersentak. Seperti ada sesuatu menarik dan menolak tubuhnya, gadis itu
tersentak – sentak dengan kasar. Lisa dan Linda menoleh. Masing – masing kaget
dengan perubahan Juhara yang mendadak itu.
“ Linda.....
kenapa dengan Ju?” Lisa bertanya dengan nada cemas.
Linda tidak
menjawap sebaliknya hanya memerhatikan kearah tubuh Juhara yang tersentap –
sentap seperti badannya digoyang – goyangkan dengan kasar.
Masalahnya siapa yang mengoncang
tubuh Juhara? Atau seruan yang mereka mainkan itu sudah menjadi? Ada roh yang
bergentayangan didalam kamar ini? Roh siapa? Linda tidak pasti tentang itu. Apa
yang dia tahu dia sudah gemuruh dan mula hilang kawalan.
“ Linda....
aku takut,” luah Lisa didalam cahaya samar api lilin.
Linda masih
lagi tidak bergerak. Tubuhnya seolah – olah terpaku dilantai.
Juhara tiba – tiba jatuh kelantai
dan mengelupur. Rambutnya yang panjang hampir menutupi wajahnya sendiri.
Tangannya tergapai – gapai seolah – olah mahu mencapai sesuatu yang tidak
kelihatan. Sepasang kakinya juga menendang – nendang dengan kuat.
Lisa dan Linda berkesot kebelakang.
Masing – masing takut melihat keadaan Juhara ketika itu.
“ Linda....
kenapa dengan Ju?” soal Lisa buat kali kedua. Dia memang tidak sedap hati
melihat rakannyanya mengelupur seperti lembu baru disembelih. Menendang apa
juga yang ada disekitarnya.
“ Aku....
aku.... tak tahu,” sahut Linda gugup. Dia menoleh kearah duit syling diatas
kertas putih tadi. Baru dia teringatkan sesuatu. “ Habis kita,” ucapnya dengan
wajah yang berambah pucat.
“ Kenapa?”
soal Lisa mendadak. Keadaan menjadi semakin kalut.
Sebenarnya ada pantang – larang
didalam permainan itu. Setiap peserta tidak dibenarkan mengangkat jari dari
duit syiling yang dimainkan. Jika tidak semangat atau roh yang dihubungi tidak
akan pulang. Lebih buruk lagi mungkin mereka akan diburu oleh roh tersebut.
Namun Linda tidak dapat meneruskan kata – katanya. Keadaan yang cemas dan
terdesak itu membuatkan dia kalut.
Juhara yang mengelupur tadi mula
diam. Dia bangun dengan pantas dan duduk didalam keadaan menunduk. Rambutnya
yang panjang mengurai menutupi lagi wajahnya. Tangannya sebelah kiri menekan
perutnya. Sementara tangan kanannya mula mencakar lantai. Tidak lama kemudian
terdengar suaranya menderam – deram. Lisa dan Linda bertambah panik.
“ Apa kita nak
buat ni?” dalam ketakutan itu Lisa bertanya lagi pada sahabatnya itu.
“ Aku....
aku.... tak tahu nak buat.... apa,” sahut Linda. Suaranya sendiri kedengaran
mengigil. Peluh dingin sudah merenek didahi. Bulu roma dilengan dan tengkuknya
berdiri sendiri. Angin dari luar masuk lagi dan menyentuh tubuh masing –
masing.
“ Aku takut
Linda,” adu Lisa lagi. Kuat dia memeluk lengan Linda. Seakan – akan tidak mahu
dilepaskan lagi.
Juhara kemudiannya mengoyang –
goyangkan kepalanya. Suaranya makin kuat menderam. Menambahkan rasa panik pada
Lisa dan Linda.
“ Kenapa dia
macam ni?” soal Lisa lagi.
“ Aku rasa....
dia kena.... rasuk tak,” sahut Linda.
“ Hah? Rasuk?”
Lisa mula menyesal dengan apa yang baru dia lakukan tadi. Kalaulah dia tahu
perkara seperti ini boleh terjadi, haram sekali pun dia tidak akan bermain
permainan papan semangat. Tapi kini nasi sudah menjadi bubur. Juhara sudah
dirasuk oleh semangat yang dia sendiri tidak pasti dari mana. Barangkali ada
roh sesat yang masuk kesini sewaktu mereka menyeru tadi.
“ Habis tu apa kita nak buat ni?”
lagi – lagi itu juga yang ditanya oleh Lisa. Linda pula tidak ada jawapannya.
Sebelum bermain tadi langsung dia tidak terfikirkan perkara ini. Baginya
permainan ini mudah. Seru, roh datang dan tanya soalan itu dan soalan ini. Bila
sudah puas boleh hantar pulang. Tidak pula dia terbayangkan keadaan boleh
menjadi serumit ini.
Pekikan Juhara secara tiba – tiba
membuatkan kedua sahabat itu terkejut besar. Mata masing – masing terbelalak
memandang kearah Juhara yang sedang memandang kearah mereka. Mulutnya kelihatan
berbuih. Renungan matanya garang seolah – olah mahu saja ditelah kedua – dua
gadis muda itu.
“ Linda....
aku takut,” Lisa semakin rapat dengan Linda.
Juhara mengoyang
– goyangkan kepalanya lagi. Terus menderam. Perlahan – lahan dia merangkak
mendekati Lisa dan Linda.
“ Linda! Aku
takut!” Lisa menjerit sekuat hatinya.
Juhara terus
merangkak lagi. Buih dari mulutnya berjejeh jatuh diatas lantai. Mulutnya
terbuka dan terutup sepeti berkata sesuatu. Namun tidak ada kata – kata yang
kedengaran melainkan bunyi menderam yang semakin panjang.
Lisa dan Linda menoleh kearah lampu
bilik yang tiba – tiba terpasang sendiri. Kedua – dua sahabat baik itu sudah
berpeluh.
“ Apa pasal
ni?” terdengar suara Sharifah Huda menegur dipintu bilik.
“ Huda! Tolong
aku Huda!” terus saja Lisa melompat dan menerpa kearah gadis berkaca mata itu.
Tubuh Huda dipeluknya seerat mungkin. Huda pula terdorong kebelakang sehingga
pintu kamar tertutup kembali. Matanya dihalakan kearah Juhara yang merangkak
dan sesekali mengelupur diatas lantai. Rambutnya kusut masai.
“ Kenapa
dengan si Juhara ni?” Sharifah Huda yang tidak tahu hujung pangkal bertanya
pada mereka.
“ Dia kena
rasuk Huda!” lantang Lisa bersuara. Linda pula mengesot lagi ke belakang
apabila Juhara makin mendekat.
“ Macam mana
dia boleh kena rasuk ni?” soal Sharifah Huda lagi. Lisa tidak menjawap. Gadis
itu memang menyesal kerana memainkan permainan yang tidak sepatutnya mereka
cuba.
“ Hish.... kau orang ni degillah.
Tengok sekarang apa dah jadi,” marah Sharifah Huda lagi. Meskipun begitu dia
sendiri tidak pasti hendak berbuat apa. Fikirannya benar – benar buntu.
Juhara mendongak dan merenung kearah
Linda yang masih lagi duduk dilantai. Pandangannya tajam seolah – olah ingin
saja ditelannya Linda ketika itu juga. Linda pula makin diserang dengan rasa
takut. Mukanya pucat lesi.
Juhara membuka mulutnya. Buih
meleleh dan jatuh lagi diatas lantai. Kepalanya digoyang – goyangkan seketika
sebelum menerkam kearah Linda. Linda yang tidak bersedia terkejut besar. Tidak
sempat dia bangun dan melarikan diri. Tubuhnya sudah didakap kuat oleh Juhara.
Mereka bergelut. Linda berusaha untuk melepaskan dirinya. Namun gagal. Juhara
makin kemaruk mengomol Linda. Sharifah Huda terpaku melihat adegan itu.
“ Apa kita nak
buat ni Huda!” pekik Lisa yang semakin histeria. Sharifah Huda terus tergamam.
Kakinya bagaikan melekat kuat dilantai.
Juhara membuka mulutnya untuk
mengigit leher Linda. Linda yang menyedari akan perbuatan gadis itu mula
menjerit meminta tolong.
“ Tolong aku
Lisa!!”
Lisa kaku.
Bulat matanya memandang kearah Linda dan Juhara yang masih lagi bergelut antara
satu sama lain. Sharifah Huda mula cuba menarik tubuh Juhara. Namun gadis itu
ditolak dengan kuat membuatkan Sharifah Huda terdorong hingga ke sudut bilik.
Hampir saja kepalanya terhantuk kedinding. Lisa pula cepat – cepat menerpa
gadis itu. Dia mula menangis.
Juhara berusaha mengigit Linda. Tidak
kira dibahagian mana sekali pun. Linda pula bermati – matian menepis dan cuba
menolak tubuh Juhara. Tenaganya mula berkurangan.
“ Tolong!”
Juhara makin mengila. Tiba – tiba
dia mengubah sasarannya. Kini dia melompat dan menerkam kearah Sharifah Huda.
Lisa yang ada disebelah gadis itu ditolaknya dengan kuat. Sekali lagi dia cuba
mengigit tubuh gadis berkaca mata itu. Dikesempatan itu Linda bangun dan cuba
berlari keluar dari bilik namun kakinya cepat ditangkap oleh tangan Juhara.
Juhara terus merenung kearah Linda dengan riak marah. Linda diancam ketakutan
lagi. Tidak pula dia menyangka dalam pergelutan antara dia dengan Sharifah Huda
tadi sempat pula Juhara memegang kakinya.
Juhara menarik kaki Linda sehingga
gadis itu jatuh terlentang semula diatas lantai. Terus saja dia melompat dan
menindih Linda. Linda menjerit sekuat hatinya. Meronta – ronta untuk melepaskan
dirinya. Juhara segera mengigit bahu Linda. Lantas Linda menjerit sehingga
kepuncak suaranya. Juhara benar – benar sudah naik hantu. Rambutnya yang kusut
masai itu membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti akan merasa gerun. Keadaan
didalam kamar itu benar – benar kelam – kabut. Suara pekik dan jeritan mereka
bersilih ganti. Selepas puas membahan Linda kini Juhara menerkan Lisa. Linda
cuba bangun dengan kesakitan dibahunya. Merangkak cuba mendapatkan Lisa yang
tergamam tidak jauh dari pintu.
“ Astaghrifullahalazim.....kenapa
ni?” terdengar satu suara menegur dimuka pintu. Lisa dan Sharifah Huda
mendongak dan mendapati Izzah dan kak Maria berdiri disitu sambil memerhatikan
kearah mereka.
“ Apa yang dah
jadi ni hah?” soal Kak Maria dengan dahi berkerut seribu.
“ Akak....
tolong kak. Ju dah kena rasuk,” pantas saja Lisa berdiri dan bersembunyi
dibelakang wanita itu. Izzah dan kak Maria memandang kearah Juhara dan dan
Linda yang masih lagi bergelut diatas lantai.
“ Rasuk?” kak
Maria seakan – akan tidak percaya dengan apa yang dia dengar dan lihat ketika
itu. Suara Juhara kedengaran menderam makin kuat. Giginya dibenamkan ke pipi
Linda. Gadis itu cuba menepis dengan tenaga yang semakin berkurangan.
Izzah yang melihat adegan ngeri itu
terus menerkam kearah Juhara. Dia segera memegang kedua – dua belah tangan
Juhara lalu menariknya kebelakang dengan sekuat tenaga. “ Akak.... tolong
pegang dia,” pekik Izzah dengan separuh menggah. Mulanya kak Maria ragu – ragu.
Namun setelah didesak oleh Izzah akhirnya dia turutkan juga. Sharifah Huda juga
turut diminta membantu kak Maria.
“ Akak pegang
dia. Jangan kasi lepas,” sebaik saja berpesan begitu Izzah terus berlari keluar
dari dalam kamar.
“ Heh! Izzah
nak kemana tu?” kak Maria menjerit namun tidak dihiraukan oleh Izzah. Dia dan
Sharifah Huda saling berpandangan didalam keadaan binggung. Lisa menerkam
kearah Linda yang mengaduh kesakitan dilantai.
Beberapa minit kemudian Izzah kembali
bersama sebotol air mineral ditangan. Dia meminta kak Maria dan Sharifah Huda
menyandarkan tubuh Juhara. Terkial – kial juga mereka berdua menurut arahan
dari Izzah itu. Rontaan keras dari Juhara membuatkan kerja mereka berdua
menjadi agak sukar. Setelah puas berusaha akhirnya Juhara mampu juga
disandarkan dibadan Kak Maria.
Izzah kemudiannya membuka mulut
Juhara yang semakin banyak buih itu. Dua biji pil dimasukkan dan kemudian dia
menuangkan air mineral kedalam mulut Juhara. Izzah terpaksa duduk diatas tubuh
saudara kembarnya itu bagi mengelak Juhara dari terus meronta.
Keadaan kamar tidur itu mula reda
sedikit demi sedikit. Rontaan Juhara juga makin kendur lalu akhirnya berhenti
sendiri. Perlahan – lahan Izzah bangkit dan membiarkan Juhara sendiri. Kak
Maria dan Sharifah Huda juga melepaskan Juhara. Dibiarkan gadis itu baring
diatas lantai. Lisa dan Linda masih lagi diasak dengan ketakutan.
“ Macam mana
dia boleh kena rasuk ni?” kak Maria bertanya pada mereka bertiga. Sharifah Huda
diam. Lisa dan Linda kelihatan teragak – agak.
“ Cuba kau
cakap dengan akak. Macam mana benda ni boleh berlaku?” sungguh – sungguh kak
Maria mahu tahu akan punca semua ini.
“ Lisa dengan Linda main permainan
‘spirit of the coin’ tadi. Tiba – tiba Juhara kena rasuk,” akhirnya Sharifah
membuka tembelang mereka malam itu. Kak Maria memandang kearah Lisa dan Linda
dengan penuh kesal.
“ Apa nak jadi dengan kamu berdua
ni. Kan tak baik main benda macam tu. Syirik. Tengok sekarang apa yang dah
jadi? Nasib baik ada Izzah. Kalau dia tak ada pada siapa kita nak minta
tolong,” kak Maria meradang benar dengan sikap Lisa dan Linda. Kedua – dua
gadis itu hanya menundukkan wajah masing – masing merenung lantai. “
Tapi.....,” kak Maria tiba – tiba terkedu sendiri.
Setahunya jika seseorang itu dirasuk
hanya pawang atau bomoh saja yang boleh memulihkan orang yang dirasuk. Pun
begitu tadi dia tidak melihat Izzah membaca sebarang ayat Al – Quran semasa
memulihkan Juhara. Melainkan hanya....
“ Macam mana
Izzah sembuhkan Juhara yang kena rasuk tadi?” akhirnya dia bertanya pada
saudara kembar Juhara itu.
Izzah
tersenyum kelat. “ Untuk pengetahuan semua, Juhara bukannya kena rasuk.”
“ Hah? Habis
tu, kalau bukan kena rasuk yang tadi tu apa?” masing – masing memandang kearah
Izzah dengan mulut yang ternganga besar.
Izzah tidak segera menjawap. Dia
mencapai sebiji bantal lalu dijadikan alas kepala Juhara. Dahi Juhara yang
berpeluh dikesat dengan tangan. Wajahnya tampak simpati. Juhara tidak lagi
meronta seperti tadi. Dia baring dalam keadaan tenang. Dadanya bergerak turun
naik mengikut rentak alunan nafasnya. Perlahan-lahan Izzah berpaling semua pada
mereka.
“ Yang sebenarnya Juhara ni memang
ada penyakit sejak dari kecil lagi. Maaflah menyusahkan kamu semua. Saya tak
beritahu kamu tentang keadaan adik kembar saya,” ucap Izaah dengan wajah kesal.
“ Apa penyakit
Juhara?” kak Maria terlebih dulu bertanya. Yang lain-lain menunggu jawapan dari
mulut Izzah.
Sambil
tersengih dan takut-takut Izzah membalas “ Juhara ada penyakit sawan.”
“ Apa!? Sawan!?”
TAMAT