Home Cerpen Seram/Misteri kISAH BILIK SEBELAH
kISAH BILIK SEBELAH
Ni Story Aku Wei
17/9/2016 10:56:18
4,180
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Aku seorang pelajar yang menuntut di sebuah universiti. Bila minggu exam, selalunya aku tak akan tidur sebab aku study sampai ke pagi. Kadang-kadang aku buat ‘research’. Kalau aku tak buat research atau study , aku main permainan video dalam laptop aku.

Pada suatu pagi, lebih kurang 4 pagi, aku dengar macam roommate sebelah mengilai. Eh. Aku lelaki , dia orang pun lelaki takkan nak mengilai sampai macam tu. Tapi akum alas nak ambil tahu fasal roommate sebelah. Perangai memang gila-gila sikit.

Lebih 20 minit , baru berhenti mengilai. Tapi aku pelik, aku seorang je ke yang dengar orang mengilai tu. Aku tahu yang mengilai tu bukan manusia, sebab khabar angina yang macam ni dah penat aku dengar. Lagi satu, aku jenis yang tak takut dengan benda tahyul.

Esoknya , sebelum aku nak pergi surau nak sembahyang maghrib, aku nampak sebiji bola bergolek masuk bilik roommate aku tu. Aku kejar bola tu. Aku pantang nampak bola , mesti aku nak sepak dan main puas-puas. Tapi bila aku perhati betul-betul , bola tu memang ada rambut ke? Siap ada mata lagi , lidah pun terseret kat lantai. Astagfiruahalazim.

Selesai solat maghrib dan baca al-quran, aku ingat nak masuk bilik nak ambil maggi cup. Waktu aku lalu dekat bilik member aku tu, ‘something’ ju on dekat atas almari kayu yang lama sudah tak digunakan. Aku malas nak layan benda-benda pelik macam ni, aku terus azan dalam bilik tu. Waktu aku azan, member aku dalam 3 orang datang tengok ada apa kat situ. Habis aku azan aku cerita apa yang aku nampak.

Bila aku tanya , apa sejarah bilik tu , diaorang pun tak tahu. Aku tanya member roommate sebelah , diorang cakap pernah dengar tapi tak pernah nampak.

Hujung minggu tu , aku nampak ada pakcik cleaner tengah menyapu dekat depan bilik tu.Tapi dia berdiri lama sangat depan bilik tu. Kelakuan pakcik tu yang pelik membuatkan hati aku terdetik nak tanya apa yang tengah dia tengok. Aku pun pergi lah tanya.

“Cik, tengok apa tu?” tanya aku.

“Takda apalah. Cuma bilik ni. Sepatutnya bilik ni dah ditutup. Keras sangat bilik ni,” kata pakcik cleaner tu.

Ya.Aku pasti pakcik ni ada tahu sesuatu tentang bilik sebelah tu. Belum sempat aku bertanya , pakcik itu menyambung bicaranya lagi.

“Dulu, ada seorang pelajar suka buat senaman dan stretching dengan style yang pelik-pelik. Disebabkan perangai dia yang pelik tu, ramai yang takut dengan dia. Jadi, ada orang dah bunuh dia waktu dia tengah buat senaman ‘pelik’ dia tu. Lehernya dikelar dan kepalanya terputus lalu bergolek keluar dari bilik” ucap pakcik itu panjang.

-tamat-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.