Home Cerpen Seram/Misteri Cerpen: Bukan Dia Datang Ke?
Cerpen: Bukan Dia Datang Ke?
Ni Story Aku Wei
18/9/2016 09:23:32
4,251
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Puan Munyra ialah seorangguru yang prihatin dan bertanggungjawab.Sekolah ini agak lama telahdibuka.Sekolah ini ditubuhkan pada 1948. Suatu hari beliau datang ke sekolahlebih awal dari biasa kerana ada tugas penting yang hendak dilakukan. Diadatang ke sekolah sekitar 6:30 pagi.

Puan Munyra harus mengambil beberapa dokumen penting yang berada didalam makmal sains. Ketika dia melalui blok tingkatan 2, Puan Munyra bertembungdengan Puan Aliya. Puan Aliya sudah mengajar di sekolah itu selama 3 tahunmanakal Puan Munyra baru sahaja 1 tahun.

“Ehh, awalnya datang hari ni!” tutur Puan Aliya terkejut kerana PuanMunyra datang awal pada hari itu.

“Ya , hehehe. Ada kerja sikit nak buat,” balas Puan Munyra sambiltersenyum.

“Ouh ya, aku ada bawa lipstickMatteKylie. Kau suka kan? Jom tengok, aku ada letak dalam makmal,” kata Puan Aliyasambil menarik lengan Puan Munyra.

Puan Munyra memang obses dengan lipstick.Apatah lagi jenis matte. Puan Aliya memetik suis lampu. Lampu berkelip-kelip.

“Hurmm. Susah lah nak tengok betul-betul warna lipstick ni,” ujar Puan Munyra sambil membelek-belek lipstick yang baru sahaja keluar darikotak itu.

“Oklah kalau macam tu, kau bawa balik dulu lipstick tu. Kalau nak beli, bila-bila bayar ya,” tutur Puan Aliyasambil berjalan keluar dari makmal sains, sejurus dengan itu, lampu yangberkelip menjadi seperti sediakala.

Tanpa melengahkan masa, Puan Munyra mengambil beberapa fail dokumenpenting dan menutup suis lampu dan kipas. Dia berjalan menuju ke keretanya.Pintu dibuka, dia masuk ke dalam perut keretanya. Dia pergi ke JabatanPelajaran. Selesai tugasnya, dia kembali ke sekolah. Dia berjalan masuk kedalam bilik guru dan berbual-bual dengan guru-guru yang lain.

“We, best gila. Aliya dah bawa lipstickmatte! Aku ada ambil satu nak try,” kata Puan Munyra sambil cuba mencari kotakkecil yang berisi lipstick itu didalam tasnya.

“Aliya? Bukan dia ambil cuti sakit ke? Tak silap dia balik Sarawak sebabmak dia sakit,” ujar Puan Laila.

Puan Munyra terkedu.

“Eh… Tadi dia ada lah. Kitaorang siap sembang-sembang lagi. Bukan tu je,dia ada bagi aku lipstick suruh tryguna,” balas Puan Munyra yang sedang keliru.

“Kau jangan tak tahu. Benda macam ni pun selalu terjadi dekat pelajar-pelajarkita.‘Benda’ tu selalunya akan ganti tempat orang yang tidak ada ataupun tidakhadir pada hari tu,” ujar Puan Laila sambil memaikai cermin mata.

Puan Munyra tersentak. Sepatutnya dia berhati-hati kerana sekolah itumemang agak ‘keras’.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.