Cerpen
:- Adik Cinta Akak
"Assalamualaikum!" salam diberi sebelum aku
melangkah masuk ke dalam. Tadi masa dekat sekolah mama asyik gesa supaya aku
balik cepat ke rumah. Katanya ada hal mustahak. Yang mustahak sangat aku pun
tak tahu. Nasib baik tiada aktiviti korikulum petang ini. Kalau tak harus
mintak cuti kecemasan.
"Wa'alaikumussalam, haa Syaza mari duduk dekat
mama. Kami tengah bincang pasal kamu ni," mama menggamit aku untuk duduk
di sisi. Kak Long serta Abang Long juga sudah tersenyum melihat aku. Aku pula
kerut dahi. Apasal tiba-tiba mereka balik secara mengejut. Apa majlis istimewa
yang aku tak tahu ke?
"Kak Long, Bang Long, sihat ke? Bila sampai
Malaysia?" tanyaku sebelum melabuh di sebelah mama. Tangan Kak Long aku
salam. Mereka suami isteri menetap jauh nun di bumi Dublin sana sejak suami kak
long kena tukar ke sana. Balik Malaysia pun jarang-jarang kecuali ada hal
penting saja. Tinggal aku dengan mama saja di bumi Kelantan ini berdua.
"Syaza, mama dah bincang masak-masak dengan abang
dan kakak kamu tadi. Mereka berdua pun dah bersetuju dengan cadangan mama
ni,"
"Cadangan apa ma?" laju saja aku menebas
ucapan mama yang tak dapat aku nak tangkap maksudnya.
"Kami nak nikahkan kamu dengan salah seorang dari
anak Kak Long," hampir aku hilang nyawa tika ini. Kata-kata mama buat aku
rasa lumpuh separuh. Kahwin aku dengan anak buah sendiri?! Jadi menantu pada
kakak sendiri?! Oh Allah! Adakah dunia sudah terbalik?
"Mama tak kira kamu setuju atau tidak. Yang mama
tahu hujung bulan ni kamu dah akad nikah," mama menyambung lagi. Aku dah
pening lalat. Yang Kak Long dan Abang Long diam tak menyampuk langsung. Iyalah
dah mama guna kuasa vetonya. Anak-anak hanya perlu patuh.
"Ma...Syaza dah ada pilihan sendiri. Lagipun anak
kak long tu anak saudara Syaza ma..." aku merayu. Mahu kecoh satu dunia
kalau aku kahwin dengan anak saudara sendiri.
"Calon yang kamu pilih tu langsung tak lulus
ciri-ciri menantu mama. Firdaus tu tak layak untuk kamu, merokok, kerja pun tak
tentu hala. Usyair dibesarkan depan mata anak mama sendiri jadi dia layak untuk
jadi suami kamu nanti," tegas mama berkata. Langsung aku tak boleh
menyelit di mana-mana. Firdaus memang seorang perokok tegar. Itu dulu sekarang
dia dah berubah demi aku. Yang pasal pekerjaan dia tu, mana ada tak tentu
halal. Tauke sate itu. Luaran saja nampak selekeh harta bertimbun jugak pak cik
tu. Eh, kejap!
"U...Usyair? Mama nak suruh Syaza kahwin dengan
anak lelaki bongsu kak long tu? Mama!" aku membantah keras.
"Mama nak naik solat zuhur kejap," mama
tiba-tiba bangkit dan menonong panjat anak tangga. Seolah mahu mengelak dari
terus diusul dengan soalan bukan-bukan oleh aku nanti.
Aku mengeluh berat. Wajah Kak Long dan Bang Long aku
tatap hiba. "Kenapa tiba-tiba ni kak long, bang long?" aku bertanya
kepada diorang.
"Entahlah dik. Kami nipun mama telefon suruh fly
balik nak bincangkan soal ini secara mengejut,"
"Sampai hati mama buat macam tu dekat Syaza macam
tu, kak long... Syaza dah ada pilihan sendiri. Hmm…Usyair tak cakap apa-apa ke
dekat kak long dan abang long pasal ini? Dia tak bantah?" hatiku dah banjir dengan tangisan.
Aku tahulah aku hanya anak angkat mama sejak aku masih
bayi lagi. Jadi aku tak berhak nak bantah keputusan mama. Tapi ini pasal masa
depan aku! Kenapa mama tak tanya aku dulu sebelum membuat keputusan? Mahu pitam
aku bila dapat tahu bakal suami aku nanti anak saudara angkat sendiri. Lepas tu
dari kecil pernah duk main sama-sama. Mandi hujan sama-sama. Tidur pun pernah
sekatil dan sebantal. Allah...ujian sungguh!
"Abang long dan kak long ada juga berbincang dengan
Usyair pasal ni. Dia kata dia ikut tok ma dia. Pilihan orang tua biasa tepat
kata dia lagi," Abang Long bersuara. Aku dah tak tahu nak cakap apa.
Wajah Kak Long yang 20 belas tahun tua dari aku. Aku
tatap. Kenapa mama tiba-tiba buat macam dekat aku hah? Aku tak habis nak fikir.
"Syaza, ini foto Usyair sekarang. Kamu berduakan
jarang jumpa. Last korang jumpa masa kami balik tujuh tahun yang lepas
kalau tak silap. Usyair bukan nak ikut kami balik setiap kali raya, mesti ada
aktiviti yang hendak dibuat dekat sana. Ini pula cincin risik merangkap cincin
pertunangan," Kak long dah hulur dua benda pada aku. Tak sempat nak buat
apa-apa Kak Long pantas mencapai tangan kiri aku dan terus menyarungkan cincin
emas tanpa permata di jari manis. Dengan ini secara rasminya aku Syaza Qayla
binti Abdullah sah menjadi tunangan orang. Orang itu pula adalah anak kak long
dan cucu kepada mama angkat aku sendiri. Oh Tuhan...tak dapat aku nak bayangan
suami aku orang yang pernah aku mandikan sewaktu kecil dulu.
Sekeping foto aku ambil untuk dilihat. Wajah seorang
lelaki yang baru nak kenal dunia aku tatap. Muka nampak tersangatlah macam mamat
korea. Jambu! Itu saja yang boleh aku katakan. Nasib baik rambut tak stail ala
korea. Kalau tak sah-sah orang ingat dia mamat korea. 23 dengan 28, lima tahun
berbeza?! Lagi dahsyat kot.
"Ini kak long cuti sampai bila?" soal aku
sebaik meletakkan kembali foto itu ke meja. Takpelah tak tatap lama-lama. Kan
dia akan jadi suami aku juga nanti. Kahwin nanti aku tatap wajah dia dari pagi
sampai malam. Kenyang duduk tatap wajah dia sahaja.
"Kami ambil cuti sebulanlah Syaza, nak uruskan
majlis kamu nanti. Sebulan nak handle semuanya mahu tercabut tulang
empat kerat," Kak Long berseloroh. Aku senyum aje.
Sebulan dari
sekarang aku akan jadi isteri orang dah. Hmmm...kenapa cepat sangat… Aku kan
masih muda belia lagi. Muda kata kau Syaza? Hello dua tahun lagi awak dah masuk
30-an dah!
"Uzman dan Uzair tak balik
ke?" tanya aku lagi.
"Mereka berdua akan sampai esok petang dengan
isteri dan anak-anak. Uzma dan Uzmir pun sekali semuanya besok. Hmm... Usyair
mungkin akan balik sehari sebelum majlis akad nikah nanti. Sekarang dia di
Korea masih dalam exam,"
“Usyair tak habis belajar lagi ke?" aku agak
terkejut sedikit. Eh, silap bukan sedikit tapi banyak! Suami aku seorang
pelajar? Ya Allah! Mati hidup balik aku tak mahu kahwin kalau macam ni!
"Aah, tapi Syaza jangan risau anak kak long tu dah
di tahun akhir. Insha Allah bakal graduan hujung tahun ni,"
Aku dah hilang kata-kata. Nak tak nak aku terpaksa
menerima dalam pasrah. Usyair Firas bakal menjadi suamiku nanti. Alahai adik
kakak akhirnya aku jadi suami aku nanti!
"Apa?! Usyair tak dapat nak balik
Malaysia? Habis majlis akad nikah malam nanti macam mana? Okeylah
wa’alaikumussalam." Kak Long menjerit tiba-tiba. Aku yang sedang
mengenakan busana pengantin terus kalih dan segera mendapatkan Kak Long di
tingkap bilikku.
"Apa hal kak long?" Kak Long mengeluh lembut.
“Flight Usyair tergendela. Mungkin esok atau lusa baru dia
sampai di Malaysia,” Mataku membuntang luas.
“Apa?!” kali aku turut terkejut. Tapi tak lama, sesaat
kemudian aku sengih panjang.
“Kalau macam tu gayanya…majlis akad nikah malam nanti
secara automatik terbatallah kan kak long?” aku jungkit kening berkali-kali.
Seronok bila si pengantin lelaki tak dapat hadir. Aci tak kalau aku nak lompat
sampai ke bintang sekarang?
“Kenapa nak batal pulak? Akad nikah berjalan seperti
biasa. Nanti abang long kamu akan jadi wakil pengantin lelaki untuk kamu
nanti,” celah mama yang kebetulan masuk ke dalam bilik pengantin aku. Aku dah
keluh berat. Baru aje nak rasa bebas.
“Alah mama, tunggulah Usyair balik dulu baru kita buat
akad nikah nanti,” aku buat muka sedih
“Tak payah nak mengada sangat. Imam yang jadi wali kamu
malam nanti hanya freemalam ni aje. Malam-malam lain dia nak kena
nikahkan orang lain pulak,” bantah mama. Muka serius aje.
Aduh, ini yang susah jadi anak yatim piatu ni! Takde
ahli keluarga yang nak jadi wali aku. Nak tak nak si tok kadi jugak jadi
mangsa.
Malam itu aku duduk bersipuh di
bantal yang khas disediakan untuk aku. Penuh debaran di hati kerana bakal
menamatkan bakal bujang tang-tang aku. Yang sedih bakal suami tiada dalam
majlis ini. Bakal bapa mentua sendiri yang menjadi wakil untuk anaknya.
“Saya kahwinkan Usyair Firas bin Faruq yang telah berwalikan
Faruq bin Mansur akan Syaza Qayla binti Abdullah yang telah berwakil walinya
kepada saya dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai,” tok kadi sudah
memulakan majlis.
“Saya terima nikahnya Syaza Qayla binti Abdullah
untuknya Usyair Firas bin Faruq dengan maskahwin yang telah disebut,” abang
long menyahut.
“Sah!” soal tak imam kepada saksi yang hadir.
“Sah!Sah!” jawab saksi serentak. Doa dibacakan untuk
meminta berkat majlis perkahwinan aku dan juga suami muda aku.
Alhamduillah, semuanya sudah selesai. Kini dan di saat
ini aku telah sah menjadi isteri kepada anak saudara sendiri. Anak saudara
angkat ya bukan kandung sungguh. Kalau sungguh mahu kena tangkap dekat majlis
agama kahwin darah daging sendiri. Dalam Islam pun melarang!
Air mata bercucuran turun. Aku tak tahu sama ada air
mata kegembiraan ataupun air mata kesedihan. Abang Long datang tepat di hadapan
aku untuk disarung gelang ke tangan. Aku tunduk seraya mengucup tangan abang
long aka bapa mentua aku sekarang.
“Abang long minta maaf bagi pihak Usyair yang tidak
dapat balik untuk akad ijabkabul dia sendiri,” aku senyum saja.
“Alhamduillah, Syaza dah jadi menantu kak long. Hubungan
kita akan lebih rapat lagi dari yang sebelum ini,” dahi aku kak long sudah
kucup.
“Eh! Apa abang dengan kakak laginya? Sekarang Syaza dah
jadi menantu kamu berdua. Jadi sekarang kamu kena biasakan panggilan ibu dan
ayah untuk Syaza,” mama di sebelah sudah menegur. Yang lain tergelak lucu. Aku?
hanya senyum hambar. Hatiku kini dipalut duka.
Kami baru sampai ke Kelantan sebaik
menghantar mama ke KLIA semalam. Mama dah berangkat untuk ke Mekah mahu
mengerjakan ibadah umrah. Sunyi rasanya mama takde dekat rumah. Kalau tak
selalu dengar mama membebel. Lusa Kak Long dan Abang Long dah nak berangkat
balik Dublin semula dan encik suami adik aku tu entah bila mahu sampai balik
Kelantan, aku pun tak tahu. Enak berbaring santai di bilik, Kak Long datang
lalu bertenggek di birai katil.
“Syaza, Usyair dah nak sampai. Pergilah jemput suami
kamu tu,” aku betulkan kedudukan.
“Dah sampai ke? Hmmm… Tunggu kejap Syaza nak siap,” aku
sudah buka pintu almari untuk mencari pakaian yang sesuai. Nak jumpa encik
abang adik kan!
Usai bersiap aku terus mendapatkan kak long. “Jom ibu,”
ajak aku. Ibu…? Pada mula susah juga lidah aku nak sebut perkataan itu. Dari
kecil lagi aku duk biasa panggil kak long. Sekarang dah kena tukar mahu tak
berbelit. Selepas dimarahi mama baru nak reti sebut. Hailaa…
“Takpe, Syaza pergilah jemput dia sendiri. Ibu dengan
ayah duk dekat rumah aje,” tolak Kak Long lembut.
“Laa…Macam tu ke? Habis macam mana Syaza nak cam dengan Usyair
nanti ibu?” Aku dah sedih.
“Syaza, kan ibu dah bagi gambar dekat kamu. Pasti kenal
punya. Lagipun ibu dah bagi nombor telefon kamu dekat dia, nanti dia hubungi
kamulah bila dia sampai nanti,” pesan kak long lagi. Aku mengangguk lemah. Kus
semangat nak pergi jemput dan jumpa cik adik abang aku aka suami muda aku di
airport.
Hampirsetengah jam aku menunggu kelibat si dia namun si dia
tak muncul tiba. Aku ni pantang menunggu orang, mulalah nak angkat kaki cabut
dari situ. Nak kata dia call aku, langsunglah tak. Dan aku pula
berpuluh-puluh kali telefon suami muda aku itu, langsung tak dapat.
Telefon rosak ke
apa suami muda aku ni? Haih, tak kira setengah jam lagi kalau dia tak muncul
juga aku nak balik!
Aku duduk di kerusi setelah penat berdiri. Dari sini aku
lihat ada beberapa orang sedang menaikkan kertas yang tertulis nama ‘Alesya
dari Londan’. Tanpa aku sedari aku tergelak kecil. Aku nak kena buat macam tu
jugak ke? ‘Usyair suami muda Syaza’. Oit, sampai mati aku tak akan buat macam
tu. Bikin malu aku aje!
“Amboi, comeynya suko?” sapa satu suara di sebelah. Aku
kalih serara jungkit kening sebelah.
Mamat korea tersesat dari mana ni? Rambut… Ya ampun
panjang berdepa. Muka ala jambu gitu. Ini orang Kelantan tercelup korea ke apa?
Mintak-mintak bukan dia suami aku. Oh Tuhan…
“Akak tunggu siapa?” tanya dia lagi. Alahai adik ramah
pulak kamu ni. Kejap? Akak? Dia panggil aku akak. Ohmai…Nampak tua sangat ke
aku ni? Sedihnya…
“Tunggu sua… eh, tunggu adik. Kamu pulak?” tanya aku
balik. Orang ramah tak akan kita buat tak layankan. Kesian juga.
“Tunggu parents,” jawab dia pendek. Kedua
tangannya selamba dilipat lalu di bawah ke belakang kepala. “Penatnya…” dia
mengeluh kecil. Aku curi pandang ke arahnya. Nampak macam ya, tapi
bukanlah. Usyair mana rambut panjang
macam ni. Kalau betul dia macam ni, balik nanti aku ikat dia dekat pokok mangga
lepas tu, potong rambut dia sampai botak. Puan Syaza Qayla tak suka suaminya
berambut panjat ala artis korea!
“Dah terpikat ke?” soal dia tiba-tiba sambil membetulkan
kedudukan. Aku tersentap hampir terlompat. Terus aku kalih pandang. Uish,
mulut! Boleh tahan pedas juga ni.
“Kawan akak tu tak sampai lagi ke?” dia menyambung
bicara. Senyuman cukup manis. Semanis gula-gula Melaka.
“Hah? Err..Tak lagi kot,” jawab aku tergagap-gagap.
“Sekejap lagi sampailah tu. Parents saya pun tak
sampai-sampai lagi. Dah dekat setengah dah saya tunggu,”
“Kenapa tak telefon saja?”
“Telefon terjatuh lepas tu rosak terus,” alahai
kesiannya dekat budak ni.
Aku kerling jam di pergelangan tangan. Sepuluh minit
lagi cukup satu jam aku menunggu. Aku dah nak balik rumah dah. Pandai-pandai
dialah nak balik naik apa kalau dia sampai nanti. Aku dah panas punggung
menunggu ni.
“Adik, akak balik dulu ya. Rasanya kawan akak tu nak
kena hempuk dekat akak sebab buat akak tertunggu dia sampai satu jam,” tanpa
aku sedari aku dah terbebel dekat dia. Dia hanya senyum saja. Manis pula tu. lebih
manis dari tadi. Mahu tergoda hatiku dibuat budak itu.
“Eh, nak dah balik dah? Baru aje saya nak kenal akak,” dia
dah kenyit mata dekat aku. Haih, bukan setakat suami muda aku nak kena sengkeh.
Budak ini pun kalau aku bagi sebijik! Dari tinggi macam tiang lampu boleh jadi
kaki kerusi ni.
“Sorry akak dah kahwinlah dik. Akak pergi dulu,
bye!” tak menunggu mamat itu menjawab balik, terus sahaja aku berlalu pergi.
“Ibu! Usyair takde pun. Dah banyak
kali Syaza call tapi tak dapat!” masuk saja ke dalam rumah terus aku membebel.
Kak Long dan Abang Long yang sedang bersantai di ruang tamu terus kalih.
“Takde? Macam mana boleh jadi macam tu pulak?” Dahi Kak
Long sudah berkerut. “Semalam bukan ke Usyair telefon kata, flight dia
petang ni kan bang?” Kak Long menyoal Abang Long di sebelah.
“Aah, itulah yang dia bagitahu dalam telefon semalam,”suara
Abang Long pulak.
“Uf! Satu jam Syaza tunggu dekat sana langsung kelibat
dia tak nampak!” aku sudah mendengus geram sebaik menjatuhkan punggung ke sofa
yang bertentangan dengan mereka berdua.
“Usyair takde call kamu ke?” soal Kak Long.
“Takde! Anak lelaki bongsu ibu dan ayah tu langsung tak
telefon Syaza,” aku tarik muka masam dan tidak puas hati.
“Kenapa boleh jadi macam ni pula?” kak long hairan
dengan perangai anak lelaki bongsunya itu walaupun anak bongsu mereka adalah
perempuan.
“Atau Syaza tak kenal dia?” Kak Long menduga aku pulak.
“Allah ibu ni, Syaza memanglah tak pernah jumpa dia,
tapi melalui gmbar yang ibu bagi tu, Syaza kenal sangat dia. Dalam ribuan
manusia dengan airport tadi takde pun dia,” balas Syaza. Kecuali seorang adik
mamat korea celup tadi. Uish, kenapa dia pula yang muncul dalam kepala otak aku
pula? gumam aku sendiri.
“Assalamualaikum!”
Tiba-tiba ada seseorang memberi salam. Kak Long bangkit
seraya menyahut salam itu.
“Wa’alaikumussalam. Allah! Usyair, kamu balik dengan apa
ni?” Kak Long sudah menjerit di muka pintu.
Aku peluk tubuh. Geram dan terasa sangat-sangat dengan
sikap dia. Baru kahwin dah tunjuk perangai. Macam mana nak hidup lama kalau dah
dari awal dah buat perangai?
“Syaza, ni haa Usyair dah sampai. Telefon dia rosak sebab
tu kamu tak dapat nak hubungi dia,” ujar Kak Long sebaik tiba di hadapan aku
semula.
Aku panggung wajah. Hati masih membara. Sebaik kelibat
suami muda aku menerjah di pandangan. Mataku terbeliak besar. Mulut terlopong
habis. Serta merta aku bangkit dan jari telunjuk lurus menunjuk ke arah
mukanya,
“Adik?!”
Aku
sudah bersiap-siap untuk tidur. Jam pun dah berganjak ke angka 11 malam. Malam
ni lewat sikit aku tidur di sebabkan melayan mentua dan suami muda aku.
Biasanya dalam pukul 10 malam dah berbungkus dalam selimut. Tidur awal sebab
takut terlewat bangun untuk ke sekolah. Masa aku tarik selimut di hujung kaki
tiba-tiba pintu bilik aku dibuka dari luar. Dah tahu siapa tetamu tu. Encik
Usyair Firas aka Mamat Korea celup berambut panjang.
Bila mana dia melangkah
masuk pandangan kami bertaut. Dia pandang aku aku pandang dia. hampir lima
minit begitu dia memulakan bicara.
“Ibu cakap saya kena tidur
dengan kakak malam ni," aku dah tepuk dahi. Dari tadi asyik duk panggil
aku kakak, kakak. Panas telinga okey! Tahulah aku tua dari dia.
"Dik, bukan setakat
malam ini aje, tapi malam ni dan malam-malam seterusnya pun adik kena tidur
dalam bilik ini. Di sini.." aku tepuk katil dengan tangan kanan aku pada
ruangan kosong.“ Di sebelah akak!"
Dia tersengih tiba-tiba
sambil menggaru leher.
"Kenapa sengih?"
soalku.
“Erk…Akak tak segan ke
kalau saya tidur tepi akak? Akak tak takut kalau saya buat apa-apa pada
akak?" lurus betul soalan dia.
"Adik nak buat apa
dekat akak?" aku cuba menduga.
"Saya takut saya akan
terpeluk akak masa tidur nanti," jawab dia dengan wajah selamba.
"Adik peluk akak,
akak akan terajang adik sampai jatuh katil!"
"Janji tak
peluk!" cepat dia menjawab siap sumpah janji lagi tu. Tahu takut.
Dia sudah panjat katil.
Mak oi.. jauhnya dia baringkan badan. Betul-betul di hujung katil. Takut kena
terajang dekat aku ke? Haih sejahat mulut aku tak pernah lagi aku terajang
orang.
“ Kenapa jauh sangat tidur
tu? Mai dekat sikit, akak tak akan terajang adiklah,"
“ Takpelah kak. Saya dekat
sini dah okey. Saya takut saya tak dapat nak tahan diri dari memeluk akak
nanti,"
Glup! tersedak aku.
Jawapan dia bukan main miang ya. Syaza ingat dia tu lelaki walaupun umur baru
setahun jagung. Tambah-tambah kau dah halal dengan dia. Kucing tak akan lepas
kalau dah ada ikan depan mata. Syuhh.. pergi jauh-jauh. Tak mahu fikir itu
lagi. Malam ni nak tidur santai-santai dulu. Baru nak berkenalan. Boleh kan?
"Hmmm…Tadi kenapa
akak tak bagitahu yang akak sedang tunggu saya dekat airport?" dia bersuara. Aku kalih.
"Akak mana nak cam
muka adik. Dahlah rambut macam mamat korea. Dalam gambar lain dekat luar lain.
Yang adik pulak kenapa tak cakap yang adik ni suami akak? Kalau tak akak tak
buang masa menunggu tadi,"
"Saya pun tak cam
jugak. Dalam gambar nampak muda, tapi bila lihat depan mata sendiri nampak
lain. Akak nampak tua," selamba badak aje mulut dia mengata aku. Nampak
tua? Allah… besar kecil aje aku tengok dia ni.
Tak membalas terus aku
tarik selimut sampai ke atas. Terasa okey!
"Akak marah ke saya
cakap akak tua?" ewah boleh lagi dia tanya.
“Tak marah pun. Sedap pula
dengar suami muda akak ni duk puji akak!" aku menyindir. Dia tiba-tiba
gelak. Gelak besar pula tu. Aish…Geram!
"Huwaa..ngantuknya…"
aku menguap seraya menekup dengan belakang tapak tangan.
"Amboi! Tahulah
tengah mood honeymoon" Zalia di
sebelah sudah tersengih miang.
"Ish, kau ni! Dalam
banyak-banyak benda ke situ pulak yang kau fikirkan. Otak unggu betul! Aku
penat wey… kahwin dahlah last minit
lepastu, hantar mama aku dekat KLIA terus balik. Hari ni datang sekolah pulak
memang tak sempat nak rehatlah," aku menjelaskan tanggapan negatif si
kawan sekerja.
"Iyalah… Wey suami
kau dah balik Malaysia ke? Dahsyat betul majlis kau kan? Orang lain kahwin
bakal suami sendiri yang jabat tangan tok kadi, tapi kau bakal mentua merangkap
abang angkat sendiri. Hahahaha!" Cit! mereng punya kawan. Sempat lagi tu
perli aku.
"Syaza Qayla!"
laung satu suara sebaik kaki aku melangkah keluar dari pintu pagar sekolah. Aku
dan Zalia kalih serentak.
"Siapa tu?"soal
Zalia. Bahu aku ditolak sedikit. “Hensemnya…"
Aku gigit bibir sambil
berdecit kecil. Budak ni memang nak kena betul. Tak silap akulah kan pagi tadi
aku ada bagi pesanan special punya dekat dia. Nak datang jemput aku potong
rambut dulu biar kemas. Apa… Dia ingat kacakkah dia dengan rambut panjangnya
itu?
"Adik aku,"
jawab aku. Tapi mata dah berapi pandang wajah si suami muda yang sedang duduk bersantai
di bonet kereta. Siap melambai dekat aku lagi tu. Kami menapak menghampiri
Usyair.
“ Tak bagitahu pun kau ada
adik laki? Ehem…Agak-agak boleh tak kenalkan dengan aku. Aku tak macam kau yang
tak nak suami muda. Aku tak kisah janji hemsem!" Zalia sudah tersengih
miang pada suami muda aku tu.
Glup! tersedak sesaat.
Kalaulah Zalia tahu yang budak tu suami aku. Agak-agak dia ketawa sampai pecah
perut tak? Aishmen…malu-malu…
"Dia anak kak long
akulah. Kiranya anak saudara angkat akulah," aku menjelaskan. Wajah Usyair
aku kerling sekilas.
"Siapa ni?
Cantik!" dengan selamba miangnya tangan Usyair sudah mendarat di bahuku.
"Kawan akak. Dia nak
ngorat adik boleh?" aku sengaja nak mengenakan suami muda aku.
"Eh, kenapa tak boleh
pulak? Bak sini nombor fon mana tahu
kami berjodohkan. Sekarang bukan senang nak dapat isteri yang kerja cikgu
ni," Allah! Gatal punya suami!Aku tengok Zalia sudah tersengih-sengih. Uf!
Dua-dua memang gatal tak bertempat!
Masuk dalam kereta, aku
kecilkan pandangan. Wajah jambunya serta rambut yang panjang mengurai ala-ala
puteri Rapunzel tu aku renung tajam.
"Ni! Rambut panjang
ni bila nak potong? Semak mata nak tengok tahu!Jom kita singgah kedai,"
aku dah mula membebel. Rambutnya aku tarik.
"Janganlah usik
rambut adik. Lama kut simpan sampai panjang gini.Jeleslah tu sebab rambut adik
lebih cantik dan lembut dari rambut maggie
akak tu,"
“Eee…Jangan nak mengutuk
rambut akak boleh tak? Walaupun maggie
tapi cantik tahu. Ala-ala Ezlyn gitu. Takde kuasa akak nak jeles dengan rambut
adik ni," aku balas balik dengan tangan menepis-nepis rambut panjangnya
itu. Hati adalah sikit terasa sebab dia kutuk rambut aku.
Usyair menepis tangan aku
dengan kasar. Pandang cerlung ke dalam anak mataku. Wajahnya pula sudah seinci
mendekat. Aku terkedu dan lidah terus kelu. Bila dia semakin mendekat aku
mengundur sedikit sehinggalah badanku tersekat dekat pintu. Bila mana dia
betul-betul di pandanganku aku terus tutup mata. Dada dah berombak kencang. Kusangkakan
dia mahu mengucup bibirku akan tetapi…
"Oh, kerengga rupanya
duk atas tudung akak. Nasib baik tak sempat nak kencing dalam mata. Nanti
kesian dekat akak," aku terus buka mata. Tengok dia telah meniup binatang
berwarna merah itu keluar tingkat.
"Arghh!Benci betul
dengan adik ni!" aku dah mengelupur. Bengang dengan tindakan selamba miang
dia tu.
"Kenapa? Ke akak nak
adik buat sesuatu dekat akak tadi?" dia dah jungkit kening sebelah. Hujung
bibirnya terherot miang.
“Eee..Tolonglah dik!"
aku dah peluk tubuh. Malas nak melayan.
"Kalau suka tu
cakaplah suka.Jangan asyik nak ngaku yang adik ni adik akak saja. Bila member tanya cakap ini suami saya,"
dia mengajar aku pula. Nak suruh aku mengaku yang dia tu suami aku, yang dia
asyik membiasakan diri tu adik jugak kenapa?
"Dah, jangan nak
cakap lagi. Jom balik akak lapar dan nak makan ni!"
“ Okeylah. Untuk akak dan
isteri adik ni, adik sanggup buat apa saja," dia sengih manis serta
menggoda. Aku terus kalih pandang. Tak boleh nak pandang lama-lama nanti
terjatuh sayang pulak.
Aku
buka mata sambil terkebil-kebil pandang kipas siling yang berputar ligat. Aku
kat atas katil? Oh, lupa lak. Balik sekolah tadi aku masak dan makan dengan
suami muda aku lepas tu, berehat sekejap tengok-tengok terlelap pulak. Hmmm…
suami muda aku mana ya? Bila mana aku mahu bangkit, terasa ada satu tangan yang
melingkari pinggang aku. Aku kalih sebelah. Tengok si dia sedang nyenyak tidur.
Sah budak ni suka tidur memeluk. Malam-malam takpelah tidur peluk aku pun. Ini
di siang hari pun nak memeluk jugak? Hmmm… Manjanya…
Tanpa aku sendiri sedar,
tangan kanan naik untuk membelai rambut yang terjutai menutupi wajahnya. Dia
nampak cute sangat bila tidur. Tenang
saja aturan nafasnya. Jantung tiba-tiba berdetak hebat. Sudah jatuh cintakah
aku kepadanya? Asyik membelai wajah si dia, aku teringat berbualan aku dengan
PA mama dekat sekolah tadi. Malam Jumaat nanti majlis makan malam sempena
perlantikan Usyair sebagai pengarah akan diadakan. Nak tonjolkan Usyair depan
khalayak ramai dengan imej mamat korea celup ni? Oh Tuhan… Taknak aku! Nanti
jatuh maruah mama dan yang penting maruah aku sebagai seorang guru. Rambut
panjang yang lurus itu aku gentel sedikit. Jeles jugak dengan ramai dia. Lurus
dan lembut. Manakala rambut aku pulak kerinting halus tapi lembut dan cantik
kot! Ahaks perasan sendiri. Tiba-tiba aku dapat idea. Tangannya yang masih
melingkari pinggang aku, aku angkat. Satu benda yang perlu aku cari. Iaitu
gunting! Tadi dah bertengkar sebabak dalam kereta suruh pergi kedai potong
rambut. Dia tak mahu. Okey, kali ini biar Cikgu Syaza Qayla yang jadi tukang
gunting. Aku menghampiri Usyair yang masih lena. Perlahan-lahan aku capai
rambut panjang dan mulakan sesi pemotongan rumput berwarna hitam itu. Padan
muka! Confirm bangun nanti akan pergi terjah kedai rambut.
Usai sesi itu, aku turun
ke dapur untuk sesi mengisi perut pulak. Tak sampai sepuluh minit di dapur aku
terdengar Usyair menjerit.
"Akak!!" aku dah
terkekek. Seminit kemudian dia muncul dengan wajah tidak puas hati.
"Akak, apa semuanya
ni?" dia marahkan aku.
"Apa, apa?" aku
buat-buat tak faham.
"Kenapa buat rambut
adik macam ni? Kalau nak potong, potonglah cantik-cantik! Jangan memusnahkan
sampai buruk nampaknya," dia semakin mendekat.
“Kan akak dah cakap tadi.
Pergi potong rambut tapi adik tak nak. Lagipun malam jumaat nanti adik kena
bagi ucapan sebagai Pengarah untuk mengantikan nenek adik nanti. Akak taknak
adik pergi dengan imej berambut panjang. Ingat kita di Kelantan bukannya Korea.
Penampilan sebagai orang melayu kena jaga sikit," ngomelku berjeda sambil
membalikan tubuh untuk membuka pintu peti. Entah bila dia datang dekat padaku
serta merta dia menutup kembali pintu peti itu. Kedua belah bahuku dia cengkam
lembut.
“Akak dah buat adik
sakittt hati sangat-sangat sebab dah potong rambut kesayangan adik. Balik dari
kedai nanti wangi-wangi sikit ya? Adik nak minta upah!" mataku sudah
membulat. Dia sengih gatal plus miang. Cara dia pandang aku sama macam dalam
kereta tadi. Dan jantung aku sekali lagi berdetak. Aih, tak boleh jadi ni.
"Taknakkk!" aku
tolak tubuhnya dan terus lari dari situ. Geram betul. Dia gelak kuat. Sejak
bila suami muda aku ni pandai menggatal?!
Majlis
makan malam sempena Usyair dilantik sebagai pengarah Batik Usmiah Pertama di
adakan di Hotel Renaissence. Seluruh warga kerja di butik itu dijemput hadir.
Aku pandang ke kiri dan ke
kanan. Tiada. Ish, mana 'adik' kesayangan aku ni? Sekejap lagi orang dah nak
jemput dia untuk naik ke pentas dah. Haih! Kaki merayap sungguh budak tu, bebel
aku sebakul.
"Syaza mana Usyair?
Sekejap lagi dia kena naik ke atas nak bagi ucapan untuk warga Butik
Usmiah," datang Norli PA mama. Wajah dia juga nampak resah semacam.
“Kejap saya pergi cari
dia,” aku cuba menenangkan hati si gadis muda itu.
“You ni lawaklah Syair…I
mana ada cantik,"
“Serius i cakap! You
nampak lebih bergaya dan mengancam bila pakai dress ni. Nampak macam model
muslimah gitu,"
Hati aku dah bengkak
bernanah. Dari aku duk mencari dia rupanya dia dekat sini. Sedang menggatal
dengan perempuan sebaya dengan dia ya? Memamg nak kena diajar budak ini.
Menyesal pulak aku heret dia pergi kedai potong rambut. Kalau biarkan panjang
dan serabai pasti orang tak terpikat. Bila dah pendek dan kemas ni…Bukan orang
lain aku sendiri pun boleh mati cair.
"Ehem" sengaja
aku berdehem kuat. Nak bagitahu 'adik' yang akak dia sedang memerhati.
"Hanim, kenalkan
Syaza, kakak i," mata aku membulat. Kakak I? Amboi! Ini kes nak balas
dendam ke adik oii…? Mentang-mentang aku pernah cakap dengan member aku yang
adik aku. Malam ni dia nak balas dendam. Depan perempuan pulak tu. Uf! benci
tahu…
“Hai kak," ramah si
langau pengacau. Aku tarik senyum yang tak berapa nak senyum.
"Hai… Usyair cepat
sikit, kejap lagi adik kena bagi ucapan,"
"Okey akak. Nanti
adik pergi. Eh, Hanim sekarang you buat apa?" aku dah terlopong luas.
Boleh dia buat tak layan aku? Okey, balik nanti ada orang nak kena terajang
dekat aku.
Aku mengatur langkah untuk
bergerak ke meja VIP. Pandang masih pada pasangan itu. Siap kau adik. Balik
kang akak kerjakan kau cukup-cukup. Mulut manis bergula tu akak bagi cili
sekilo. Biar berasap seumur hidup. Bila mana aku mahu memalingkan wajah untuk
pandang ke hadapan tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Hampir sahaja aku mahu
tersungkur dia telah berjaya memaut kedua belah bahuku.
“Syaza!" seru dia.
Aku terkebil-kebil buat seketika waktu.
"Firdaus?!" aku
terkejut seraya membetulkan kedudukan.
"Kenapa awak boleh
ada dekat sini?" soalku. Iyalah macam mana dia boleh ada dekat majlis ini?
Dia senyum nipis.
"Pekerja awak ada menempah
sate dari restoran saya. Awak bahagia Sya?" dia mula menyoal tentang
kehidupan aku.
"Baru sekarang awak
nak tanya? Kenapa dulu sebelum saya jadi isteri orang awak taknak pulak nak
bertanya. Ke mana awak masa saya suruh awak jumpa dengan mama untuk bagitahu
yang awak sayangkan saya?" aku dah mula nak naik angin.
“Saya takde kekuatan nak
buat semua tu Sya. Saya terlalu cintakan awak, tapi kedudukan awak sangat
tinggi berbanding saya. Saya orang susah Sya mana mama awak nak terima
saya," sayu saja suaranya.Aku mendengus geram.
"Awak memamg pengecut
Firdaus. Saya bencikan awak! Kalau awak bersungguh mahu ambil saya sebagai
isteri awak tak akan rasa semua itu. Jika dibanding awak dengan saya, awak lagi
bertuah sebab awak ada ibu dan ayah kandung yang menjaga, tapi saya? Saya hanyalah
si yatim piatu hanya menumpang kasih sayang mama,"
"Saya masih cintakan
awak Sya…" dia merayu. Aku jengil mata. Tak kuasa mahu melayan jiwang
karatnya terus aku angkat kaki untuk mendapatkan Usyair. Bila terlihat Usyair
aku terus berlari anak.
“Adik," aku menyapa.
"Jadi itulah Firdaus
yang selalu akak duk puja? Hmmm… Hensem. Wajah maskulin idaman semua wanita.
Patutlah adik depan mata buat tak berapa nak nampak," lepas melepaskan
rasa geram Usyair menonong naik ke pentas sebaik namanya dipanggil. Bahuku
sudah jatuh. Allah… Ujian datang lagi. Usyair macam marahkan aku. Apa aku nak
buat ni?
Dalam kereta Usyair
senyap. Tiada celoteh darinya. Aku tahu dia memang marahkan aku.
"Adik…" aku cuba
bangkitkan mood celotehnya.
"Akak, adik takde
mood nak bercakap. Sekarang adik tengah memandu. Silap hari bulan dua-dua masuk
wad!" pedas dan makan dalam kata-katanya itu. Aku tersentap terus
menangis.
"Akak minta maaf
kalau akak buat adik marahkan akak. Tadi akak sendiri tak tahu yang dia ada jugak
dekat situ. Kami dah lama putus. Putus sejak mama minta akak jadi isteri
adik…" ujarku dalam sendu. Wajah dipekup rapat dengan tapak tangan.Usyair
memberhentikan keretanya di bahu jalan. Bahu aku dia tarik lalu dipeluk kemas.
"Syyh…Adik tak
marahkan akak… Adik cuma cemburu bila ada lelaki lain dekat dengan akak. Akak
isteri adik dan selamanya akan jadi isteri adik. Ingat tu," aku mengangguk
perlahan. Bila nampak aku dengan lelaki lain cemburu. Yang dia tu nampak sakan
melayan perempuan lain di depan aku. Aku tak tahu nak cemburu ke? Ah, biarlah!
Yang penting aku sangat terharu sebab dia sayangkan aku. Sedangkan aku tak
pernah langsung mengungkap rasa cinta kepadanya apatah lagi nak panggil dia
abang. Allah…Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia. Dia suami muda aku. Tubuhnya
terus aku peluk. Menangis sepuas-puas dalam dakapannya.Terasa ubun-ubun aku
dikucup bertambah cinta lagi aku kepadanya.
“Aaabang…Cepatlah
akak panggil adik macam tu," Usyair dah mulakan sesi pembelajaran.
"Macam mana nak
biasakan panggil abang kalau dah adik sendiri biasakan diri tu adik," aku
dah mula naik angin. Dia nak suruh aku panggil dia abang sedangkan dia sendiri
duk biasakan dirinya adik. Haih, siapa tak geram!
"Okey-okey. Abang
akan ulang semula…" tiba-tiba dia gelak. “Lucu pulak bila sebut abang
ni,"
"Tahu takpe!"
aku dah mencemik.
“Tak boleh. Lucu atau
tidak akak, eh, silap! Sayang tetap kena belajar panggil Usyair abang. Cepat
sebut sayang aaabang…” aku gigit bawah bibir cuba menahan gelak. Kelakar pula
bila wajah Usyair jadi versi garang ni.
“Hmmm…Aabang! Hah okey
tak?" dia mencemik.
“Bolehlah…"
“Amboi! langsung tak puji.
Taknak panggillah kalau macam tu," aku dah tarik tangan rapat ke dada.
"Alalala…Jangan
merajuk sayang. Hmmm…Sebenarnyakan sayang merajuk bertambah cantik pulak,"
dia sengih gatal. Aku jeling maut. Di saat aku kalih pandang serta merta pipiku
dikucup. Aku kembali menoleh pada dia.
“Manisnya pipi sayang ni. Rasa macam nak gigit
aje," dia cuba pancing perhatian aku. Tak terlayan. Hati masih lagi sakit
okey!
"Akak,"
"Apa?!" aku
tiba-tiba menjerit. Dia gelak.
“Nampak sangat tak dapat
nak terima Usyair sebagai suami lagi kan?"
"Kalau tak dapat nak
terima malam tu akak tak akan serahkan…" Kata-kataku mati di situ. Malu
nak sebab bila teringat malam pertama aku dengan si dia.
“Serahkan apa?" dia
jungkit bersama senyuman nakal.
"Eee…sengajakan!
Bencilah abang ni!" aku dah angkat kaki nak lari dari diejek. Eh, boleh
pulak aku sebut perkataan abang tadi. Si suami muda aku dah gelak sakan.Nasib
badanlah dapat suami yang tak cukup ukur lepastu tak cukup akal. Alahai…
Aku
melangkah masuk ke butik sambil membimbit mangkuk tingkat untuk santapan tengah
hari buat suami muda aku tercinta. Sebaik kaki melangkah masuk Norli PA mama
yang sekarang menjadi setiausaha Usyair sudah tersengih panjang padaku.
"Amboi…Muka dia
sekarang bertambah seri nampak! Ke ada berita baik yang hendak dikongsi
ni?" usiknya.
"Ish, takdelah Norli.
Awak ni pandai-pandai aje nak usik sayakan? Kami ni masih dalam mood honeymoon masih nak berdua lagi.
Bertiga nanti-nanti dululah. Bos ada?"
"Encik Usyair ada aje
dekat dalam tu, tapi dia ada tetamu," aku kerut dahi.
“Tamu… Siapa?"
"Hmmm…Norli nak
bagitahu pun Norli tak kenal Kak Sya. Rasanya kawan dia kut," aku
mengangguk kemudian tersengih nakal.
"Agak-agaklah kan…Kalau
akak terjah masuk sekarang ni Norli rasa bos Norli tu marah tak?"dia
tergelak besar.
“Takde nak marahnya Kak
Sya. Sayangkan?" kali ini aku pulak yang gelak.
“Sayanglah sangat.
Takpelah akak masuk dalam dulu,"
Hati bagaikan tidak mahu
duduk diam sebaik tombol pintu dipegang. Dada berombak tsunami rindu. Bila dah
jatuh sayang dekat Usyair aku bagaikan terangau dengan suami sendiri. Sehari
tak jumpa rasa macam ada sesuatu yang kurang saja. Di saat pintu pejabat dibuka
mangkut tingkat di tangan sudah terlepas dari tanganku. Mata dah berair banjir.
Bibir pula bergetar menahan sebak. Sungguh dadaku sesak tika ini. Melihat tubuh
Usyair sedang menindih tubuh seorang perempuan di atas sofa aku terus menjerit.
"Abang!" aku
menjerit.
Usyair dan perempuan itu
kalih serentak padaku.
"Sayang!"
“Syaza bencikan abang!
Benci!" aku terus berlari meningalkan pasangan sumbang itu. Sakit hati
sangat bila aku dicurangi oleh suami mudaku di depan mata sendiri
Air mata semakin lebat
merembes keluar. Sampai hati dia buat aku macam ni setelah aku menyerahkan
seluruh hatiku kepadanya. Sudah puaskah dia dengan aku yang tua ini sehingga
dia sanggup mencari yang sebaya dengannya? Kenapa Usyair…kenapa?"
"Sya dengan dulu apa
abang nak cakap ni?" tangan aku ditarik dari arah belakang. Serta merta
tubuhku mengadap dia.
"Nak cakap apa
laginya. Nak cakap, Sya abang tak sengaja. Apa yang Sya tengok tadi bukan apa
yang sebenarnya berlaku. Itu semua hanyalah drama adik! Akak tak dapat nak
maafkan adik lagi!" perkataan adik dah keluar dari bibir aku. Selalunya
bila aku nak mengusik dia sahaja perkataan itu keluar, tapi kali ini ia keluar
tika aku sedang menjadi naga berapi.
“Kenapa susah sangat Sya
nak dengar cakap abang ni? Dah berapa kali abang cakap. Abang dengan dia takde
apa-apapun.Tadi dia nak pitam abang tolong sambut dia entah macam mana imbangan
badan abang tak kukuh terus hempap Hanim. Percayalah sayang," Usyair cuba
meraih tangan aku. Segera aku menepis kasar.
“Akak sedar akak ni tua
dari adik. Dah tak bergetah buat adik. Jadi sebab itulah adik mula nak cari
pasal dengan akak kan? Baik, adik dah mulakan sekarang dan tak mustahil adik
akan buat lagi untuk masa yang akan datang. Akak nak bercerai," lancar
saja perkataan cerai meluncur keluar dari bibir aku.
“ Tak! Abang tak akan
ceraikan sayang. Tak akan!"tegas dia bersuara.Tak mahu bertengkar lagi
terus aku angkat kaki untuk balik ke rumah. Niat tadi nak menggedik dengan
suami tapi terpaksa di kuburkan bila kejadian melukakan hati terjadi.
Hampir
tiga hari aku tak bercakap dengan Usyair.Tidur pun dah tak sebilik. Aku dah
halau dia tidur di bilik tamu. Aku benci nak tatap wajah dia lagilah. Boikot
suami muda! Lain kali kena fikir dua tiga kali nak kahwin muda. Banyak risiko, cemuh
aku dalam hati. Kerana marah semua nampak buruk.
Tok!Tok
Eee… dia tak serik-serik
ke kena marah dekat aku? Ketuk sampai pecah pintu tu pun tak dapat nak ubati
hati aku yang bernanah ini.
"Sya… bukalah pintu
ni. Ada orang nak jumpa," lembut saja butir bicaranya. Ya. Aku tahu sejak
dari dulu lagi Usyair tak pernah nak tinggikan suara padaku walhal tika dia
sedang marah.
“Pergilah…Jangan ganggu
akak! Akak taknak apa-apa lagi alasan adik tu. Pergilah! Selagi adik tak
lepaskan akak, akak tak akan keluar dari bilik ni!” keadaan sepi seketika.
“Syaza Qayla…"
Itu…itu suara mama.Mama
dah balik ke? Tak menunggu lama, terus aku berlari dan pintu bilik di buka.
Tubuh mama di belakang Usyair aku rangkul erat.
“Mama…Syaza rindu,"
aku mengongoi lebih kepada sedih sebab tak dapat nak menerima perbuatan
terhadap aku.
“Syaza, kenapa sampai
boleh nak bercerai ni?"
“Mama bila sampai
ni?" aku cuba mengelak dari disoal.
“Jangan nak mengelak. Soal
mama tak penting. Kenapa Syaza nak minta cerai dengan Usyair ni? Maaflah kalau
Syaza rasa mama buat keputusan yang salah dengan mengahwinkan Syaza dengan
Usyair. Sampai nak bercerai berai ni mama rasa berdosa pulak," mama mula
bersuara. Aku tunduk pandangan. Usyair tiada di situ. Aku tak benarkan dia
masuk ke sini.
“Bincang elok-elok tak
boleh ke Syaza? Mama bukan apa, sebelum menutup mata ni mama nak tengok anak
mama ni bahagia. Bila tengok kamu bahagia di samping cucu mama bolehlah mama
mati dengan tenang dekat Mekah nanti. Arwah babah dikuburkan dekat sana jadi
mama nak mati dekat sana," aku panggung wajah bersama air mata yang
keluar.
“Mama…Syaza tak dapat nak
terima Usyair buat Syaza macam tu ma…Syaza ada hati dan perasaan. Tengok mereka
berpelukan seolah Usyair telah mencurangi Syaza ma…Syaza dah takde sesiapa
dekat dunia ni kecuali mama…Mama nak tinggalkan Syaza dekat sini?”
“Sebab itu ma kahwin Syaza
dengan Usyair. Mama yakin dia boleh jaga kamu,"
“Syaza tak boleh mama…
Syaza…” kata-kataku mati di situ. Leher terasa loya dah mual. Terasa ada
sesuatu melekat di leher terus saja aku berlari ke bilik air. Segala isi perut
yang kosong aku muntahkan.
“Syaza, kamu
mengandung?" mama menegur. Belakang tubuhku diusap lembut. Aku terus kalih
pada mama di sebelah. Mengandung? Aku mengandung?! Allah…
Tiba-tiba duniaku gelap
gelita dan aku terus hanyut.
“Sya…Sya…bangun sayang.
Jangan tinggalkan abang…" sayup-sayup satu suara kedengaran di cuping
telingaku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku di dalam bilik sendiri.
“Syukurlah kamu dah sedar
Syaza. Risau betul mama,” mama terus merangkul tubuhku. Aku pandang sekeliling.
Usyair takde pun dekat sini, tapi tadi aku dengar suara dia yang berbisik di
telingaku. Aku mengesot bangun untuk bersandar di kepala katil. Mama
menghulurkan segelas air kosong kepadaku.
“Syaza, kamu masih nak
teruskan niat kamu tu?" aku senyap. Gelas yang masih ada air di dalamnya
aku tatap kosong.
“Walaupun kamu bencikan
Usyair sekurangnya kamu fikirkan soal budak dalam kandungan kamu tu," aku
terus kalih. Mama mengangguk.
“Tadi masa kamu pitam mama
minta Usyair panggilkan doktor. Dia cakap kamu hamil enam minggu. Patutlah mama
tengok tubuh kamu lain macam rupanya dah ada isi. Hmmm…Syaza lupakan perkara
buruk tu. Ambil yang jernih. Mama percayakan Usyair, dia tidak akan buat
perkara terkutuk tu," mama bersuara lagi.
“Ma…Syaza tak boleh nak
lupakan benda tu dengan senang ma. Tiap kali Syaza tengok wajah dia Syaza
bayangkan dia dalam pelukan gadis tu ma. Syaza tak dapat nak terima… Kalau itu
yang sudah tertulis untuk Syaza dan Usyair Syaza rela ma. Syaza akan ikut ma
pergi Mekah sama,"
“Jangan bekukan hati tu
Syaza. Buka mata luas-luas untuk menilai kesungguhan Usyair untuk memiliki
kamu. Mama tak tahu macam mana nak cakap. Ikutkan hati memang ma nak terus
terang saja kepada kamu, tapi Usyair melarang. Entahlah kamu berdua dah matang
fikirlah mana jalan terbaik," habis bicara terus mama angkat punggung lalu
keluar dari situ. Aku hanya memerhatikan langkah mama. Adakah aku begitu kejam
dengan suami sendiri?
"Sayang makanlah
sikit nanti sakit. Doktor cakap tadi badan sayang lemah sangat. Abang suapkan
ya?" lembut Usyair bersuara. Bubur nasi di mangkuk disudu lalu disuakan ke
arah mulutku. Aku kalih pandang. Benci sungguh nak lihat wajahnya.
“Sayang cuba dengar cakap
abang ni?" kali ini dagu aku dipagut oleh tangan kasarnya supaya aku
memandangnya.
“Kenapa saya perlu
mendengar cakap awak lagi?! Kenapa tak pergi jumpa kekasih awak tu?" aku
menepis kasar tangannya. Serentak itu juga mangkuk di tangannya terjatuh ke
bawah.
“Saya bencikan abang!
Keluar dari sini…Jangan pernah tunjukkan muka awak depan saya
lagi…tolonglah…"aku dah mula menangis.
“Kalau boleh membuat
sayang bahagia abang akan pergi. Tolong jaga anak kita baik-baik," Usyair
dah bangkit dan menapak perlahan-lahan meninggalkan aku keseorangan di bilik.
Air mataku bertambah laju mengalir. Beginikah kesudahan kisah cinta aku?
“Syaza, kenapa buat suami
macam tu? Tak baik sayang. Mama rasa dah tiba untuk mama cerita segala-gala
tentang perasaan Usyair terhadap kamu sebelum ini," dahi aku berkerut.
“Apa yang mama cuba nak
cakap ni?” mama berdehem kecil sebelum meneruskan bicara.
“Kalau Syaza nak tahu yang
membuat keputusan untuk perkahwinan kamu berdua bukan rancangan mama. Mama tak
pernah paksa kamu dalam buat keputusan tambah-tambah pasal soal hidup kamu.
Usyair…Dia yang minta mama pinang kamu untuk dia. Setiap kali dia hubungi mama
dia langsung tak pernah tak tanyakan pasal kamu. Ada satu hari tu mama bagitahu
yang kamu dah ada kekasih, dia terkejut sangat. Tiba-tiba dia cakap dia nak
kahwin dengan kamu. Dia minta mama bantu dia untuk dapatkan kamu, dia cakap
kamu pasti terima kehendak mama. Mama membantah sebab mama tahu kamu pasti tak
akan bersetuju nanti. Dia merayu dekat mama. Sejak kecil lagi dia taruh
perasaan dekat Syaza. Dia anggap kamu sebagai wanita bukan seorang kakak
mahupun mak sedara dia. Dia betul-betul ikhlas dengan kamu. Mama percaya itu
kalau mana mungkin dia merayu dekat mama,” lidahku kelu wajah mama aku tatap
hiba. Tak tahu nak cakap apa. Otak pula kosong.
“Dia dekat mana sekarang
ma?” soal aku dalam nada serak.
“Dalam bilik tamu,”
Aku terus bangkit untuk
mendapatkan dia. Masuk saja ke bilik tamu aku lihat dia sedang mengemaskan beg
pakaiannya. Dia yang membelakangi aku terus sahaja aku menerpa dan memeluk
belakang tubuhnya.
“Ampunkan Syaza abang…
Syaza berdosa dengan abang. Syaza tak pernah tahu yang abang rancangan
perkahwinan kita. Syaza ingatkan mama…Syaza…”
“Syyh…” Usyair membalikkan
tubuhnya untuk berhadapan dengan aku. Dahiku dia kucup lama.
“Segala dosa sayang abang
dah maafkan. Abang tak pernah nak marahkan sayang. Abang tahu sayang belum
sepenuhnya lagi untuk abang. Abang akan tunggu tu. Sejak kecil sayang sentiasa
muda di mata abang. Tak pernah nak nampak tua. Masa dekat lapangan terbang hari
tu abang memang dah kenal isteri abang cuma abang sengaja berpura-pura. Seronok
pula bila tengok sayang marah-marah. Tak sangka hal ini berlanjutan. Tambahan
pula abang tengok sayang macam tak ikhlas saja terima abang. Nak mengaku dekat
kawan kata abang ni suami sayang pun taknak. Sebab tu abang sengaja melayan
Hanim. Sengaja nak uji hati sayang,” air mata yang mengalir turun dia seka
lembut. Senyuman manis terukir di bibirnya. Aku kemam bibir. Menahan sebak di
dada. Melihat wajahnya tenang langsung takde rasa nak marah aku terus menyemban
wajah ke dadanya.
“Syaza minta ampun sebab
tuduh abang melulu lepas tu tak percaya cakap abang…Maafkan Syaza abang…” tubuhku
semakin erat dipeluknya.
“Dah jangan cakap lagi.
Nanti baby kita jadi ratu air mata bila keluar nanti. Akak dah cantik bila
nangis-nangis ni nampak buruk sangat,” sesi mengusik dah mula.
“Jahat!” dia sengih.
“Baru tahu ke abang
jahat?”
“Nakal!”
“Memamg pun,”
“Gatal! Miang!"
“Kalau tak gatal tak
mengandunglah sayang. Kalau tak miang sah-sah malam pertama kita akan
berlangsung lagi,” dia gelak kuat. Aku bulatkan mata.
“Adik ni memamg tahu!”
perutnya aku cubit kuat.
“Aduh, sakitlah akak!”
“Tahu pun. Lain kali jangan
nak gatal-gatal lagi,”
“Janji tak gatal dah tapi
nak miang sikit heee…Adik cinta akak.Cinta sampai ke syurga…” aku tarik senyum.
Tubuhnya aku peluk kembali. Bahagia terasa. Bagaikan menyerap masuk ke lubuk
hati. Semoga ikatan ini kekal abadi. Adik cinta akak. Comel aje ungkapan itu.
Semoga aku sentiasa di hatinya.