" sayang...mana sayang ni?..." panggil si suami dari bilik. Ain sengaja buat tak dengar. Dia tengah sibuk buat kek cheese favorite si suaminya.
Si suami pun turun ke bawah. Dia mencari si isteri tersayang." Kat sini paduhal sayang?...buat apa tu yang?...abang panggil sayang tak jawap pun." Si Isteri tersenggih senggih manja." Ni haaa...buatkan abang cheese kek ni. Abang kan suka makan kek. Lagipun sekarang kan hujung minggu. masa free, buatlah untuk abang."jawab Ain pada suaminya Amirul.
"waaa...ni yang makin sayang kat sayang ni..." lalu Amirul cuit hidung isterinya.Ain tergelak sikit "abang ni....gelilah bang...tadi sayang dengar jer abang panggil, saje nak suruh abang turun bawah ni cari. Hashtag sengaje."
Amirul tergelak "ade jer sayang punya hashtag tu. Tak abis abis hashtag jer memanjang. Ain ketawa dengar suaminya membebel." alaaa...abang ni, macam tak biasa jer ngan Ain. Dah, pergi duduk diam diam kan ruang tamu sana, nanti dah siap Ain bawakan untuk abang. Hashtag okay." jawap Ain lagi.
Amirul tergeleng geleng kepalanya. Dia pun berlalu ke ruang tamu. " Jangan jadi penyakit nanti sudah..."katanya sendiri sambil on tv.
15 minit berlalu, Ain sudah siap kan cheese kek nya. " Hashtag abang kek sudah siap...ni haaa...cubalah dulu. Kalau sedap like kalau tak sedap komen. Hashtag cheese kek favorite buatan isteri abang sendiri. "kata Ain pada Amirul.
Ketawa Amirul mendengar Ain tak habis habis dengan hashtag nya. " Hashtag pandai isteri abang ni buat kek..sedappp..."balas Amirul.Ain pun gembira sangat dapat pujian suaminya. Dia pun ambillah tablet nya kemudian buka Twitter. "bang...bang...selfie kejap bang. sambil makan kek tu...nak post ni haaa.."
Amirul pun layan saja karenah Ain. Ain segera post kat twitternya sambil hashtag suamiku suka makan cheese kek. Hashtag nampak cute sangat." sudah cukup sudah, jangan berhashtag hashtag sangat. Ain ni terpengaruh sangat dengan media social tu kenapa." bebel suaminya.Ain on lagi Facebook dihashtag nya lagi 'suamiku macam mak nenek.'. Ramai yang like. Tersenyum dia sorang. Amirul malas nak layan terus dia makan keknya sambil matanya layan siaran drama.
5 bulan kemudian , Ain loya loya. Badan tak sihat. Amirul pun sibuk dengan kerjanya di pejabat.
Ain pun on lah facebooknya kemudian hashtag suamiku sayang cepatlah balik. Dia hashtag lagi sayang tak sihat ni. kepada Amirul.
Di pejabat , ada kawan baik Amirul terbaca posting hashtag isteri Amirul. Segera dia ke bilik Amirul. "Ammm..ammm...kau ada baca tak hashtag isteri kau?..." Amirul tak faham. "apa?..Kat mana?.." "Dia hashtag suruh kau balik cepat, tak sihat katanya kat Facebook." jawap Si Farid.Amirul ketawa kecil..." dia tuu tak habis habis hashtag..sampai tak sihat pun nak hashtag juga."
Ketawa Farid dengar kata Amirul. " Bini kau memang dia terbaiklah bro. Hari hari hashtag kat media." Keduanya gerak mengenangkan Ain. Amirul pun minta diri untuk pulang awal sikit. Dia pun risau juga isterinya sorang kat rumah.Sampai kat rumah terus Amirul ketuk pintu rumahnya. " Ain, buka pintu sayang...abang balik dah ni."
Ain terdengar suara suaminya..." hashtag kejap ya bang...Ain bukakan pintu."jawapnya dari bilik. Ntah suaminya dengar ke tak dia tak tahu.Ain segera ke bawah untuk bukakan pintu untuk suaminya.
" Assalamulaikum abang..."tegur Ain. " Walaikumussalam sayang..jum kita masuk."pelawa suaminya.
Amirul duduk di sofa dengan Ain. Diusapnya kepala Ain. " sayang ni kalau tak sihat calllah abang. tak yah berhashtag bagai. tu nasib si Farid terbaca kalau tak mana abang tau sayang tak sihat." tegur Amirul dengan lembut.
Ain pun melentokkan kepalanya dibahu Amirul. " hashtag minta maaf abang...Ain rasa tak sedap badan lah hari ni. asyik muntah jer bang."ngadunya pada si suami.Amirul pun " jum lah ke klinik sayang..kita g check. Mana tau kot kot sayang mengandung." katanya dengan teruja.
Tengahari tu mereka berdua ke klinik berhampiran. " tahniah Puan, anda akan menimang cahaya mata tak lama lagi." kata doktor itu dengan senyuman. " Alhamdulillah syukurin..."serentak mereka dua mengucap.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, sempat dia hashtag lagi...hashtag aku sudah mengandung. Banyak kekawannya yang komen tahniah kepadanya.
Sembilan bulan telah tiba, lahirlah cahaya mata Ain dan Amirul. Betapa gembiranya mereka. Nama anak mereka " Khairul ".Khairul sangat comel seperti ibunya Ain. Ain pula hashtag anakku comel. Dia hashtag lagi namanya Khairul.
Bila Khairul dah besar dia hashtag lagi anakku sudah besar. Hari hari dia berhashtag tentang hidupnya." Hashtag abang...khairul..jum makan. Makanan dah siap ni."jeritnya dari bawah.
Amirul dan Khairul cuma ketawa saja dengar Ain hashtag. " kita ni pa, macam hidup dalam dunia internet. Hari hari mama hashtag hashtag." celoteh anaknya. " apa boleh buat nak...dah mama macam tu. penyakit. Khairul jangan macam mama pula kang naya Papa ni haaa..."jawap Amirul pada anaknya. " hashtag kejap mama.."jerit Khairul. Ketawa Amirul.
Mereka berdua branak segera turun ke dapur. Ain sempat lagi ambil gambar makanan dan upload kan IG lalu hashtag jum makan...Amirul pun "isshhh...sayang ni tak abis abis dengan hashtag. Nanti jadi penyakit baru tau. Anaknya pun " yalah mama ni..." Ain pun " hashtag khairul dan abang makanlah, jangan bising macam nenek tua." Dia pun posting lagi hashtag keluargaku bahagia.
Khairul sudah umur 7 tahun. " hashtag mama...khairul nak air ma." teriak Khairul. Ain yang kat tandas pun menjerit " hashtag kejap nak...mama sakit perut ni. hashtag sabar kejap." ketawa Khairul sorang sorang.
Macam tu lah keadaan mereka sekeluarga. Ain tak abis abis dengan hashtagnya. Naik rimas Amirul dengan Ain.
Satu hari Amirul rasa nak bagi tau 1 dunia yang isterinya obses berhashtag. Lalu dia pun hashtaglah Interiku Terlampau Berhashtag!...hashtag Oh, tidak!... Ramai juga yang like.
Inilah pengaruh media sosial sekarang. Takut jadi penyakit keturunan saja nanti. Hashtag tak dapat bayangkan.
*Tamat