Home Cerpen Kisah Hidup KEMBALI
KEMBALI
Ayuni
28/3/2021 12:53:16
3,027
Kategori: Cerpen
Genre: Kisah Hidup

            Ibu tidakputus-putus memberikan kata-kata semangat kepadaku. “Bersabarlah nak, adahikmah di sebalik ujian ini, Allah memilih kamu kerana Dia tahu kamumampu,nak”, kata ibu di talian. Aku berasa malu dengan ibu, dulu semasa akutenggelam dengan lautan nikmat dunia, aku jarang bertanya khabar danmenelefonnya. Kini di kala aku sudah jatuh ditimpa tangga, ibulah yang tidakputus memberi sokongan kepada aku. “Baliklah dulu ke kampung,nak, kita bincangapa yang perlu dilakukan selepas ini ya”, saran ibu. “Ya ibu, petang ini, sayabertolak balik ya”, jawabku.

            Aku buntumemikirkan bil-bil dan hutang yang perlu dilangsaikan, dalam keadaan sekarang,aku takut tidak mampu membayarnya. Selepas menelefon ibu tadi, aku membacaSurah Al-Rahman. Surah yang menceritakan nikmat yang telah Allah sediakan untukhambanya di dunia. Sedikit sebanyak dengan membaca surah ini dapat mengubatikesedihanku dan menjadikanku hamba Allah yang bersyukur. Aku mengambil hampirsemua pakaianku dalam almari dan menyusunnya dalam almari. Aku tidak pastiberapa lama mahu tinggal di kampung, jadi lebih baik aku membawa banyakpakaian.

Setelah mengemas pakaianku, aku memandu kereta Honda Accord menujulebuhraya Utara-Selatan. Kampungku yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinangmemakan masa hampir enam jam untuk sampai tidak termasuk kesesakan lalu lintasyang perlu ditempuhi. Aku melihat keadaan lalu lintas yang agak lengang berikutansaranan kerajaan untuk mengehadkan aktiviti di luar rumah kecuali urusanpenting seperti pekerjaan, perubatan dan sebagainya. Aku mendengar siaranberita melalui radio Cool Fm megenai situasi semasa virus Covid-19. Jumlahjangkitan Covid-19 pada bulan Ogos kini telah menunjukkan penurunan berbandingpada bulan Mac dahulu.

            Pada pukul lapantiga puluh minit malam, aku sampai di rumah keluargaku yang terletak di KampungIndah. Sampai sahaja di muka pintu, aku menyalami ibu dan ayahku dan terusmenikmati makan malam serta solat isyak bersama.” Ayah rasa lebih elok jikakamu memulakan perniagaan kamu sendiri”, cadang ayahku, ketika kami bertigaberbincang mengenai masalahku ini. “Ibu setuju dengan cadangan ayah kamu,lagipun kamu sudah mempunyai pengalaman menguruskan dokumen-dokumen perniagaanketika bekerja dahulu”, kata ibu.” Tetapi ibu bukankah banyak risiko yang perludihadapi dalam perniagaan?, Bagaimana jika rancangan ini gagal?, kataku yangtidak bersetuju dengan rancangan tersebut. Pengalaman buruk menjadi dropshipdahulu membuatkan aku tidak yakin dengan cadangan tersebut.

            “Ayah dan ibuyakin kamu boleh berjaya tetapi sebelum itu kamu hendaklah mencari ilmusebanyak yang mungkin mengenai perniagaan sebelum memulakannya,” kata ayahdengan yakin. “ Ibu juga yakin kamu boleh lakukan dan berjaya, Unie,” ibu jugamenyokong pendapat ayah tersebut.” Baiklah ibu, saya akan berusaha sebaikmungkin seperti ibu dan ayah harapkan,” kataku dengan wajah yang sedikit ceriaberbanding sebelum ini. Selepas perbincangan itu, kami pun bersurai dan masukke bilik tidur masing-masing. Aku menelefon kawan aku Ayunni, seorang ahliusahawan yang berjaya bagi memberi tunjuk ajar kepadaku lalu aku pun tidurdengan nyenyak pada malam itu.

            Keesokan paginya,aku bersiap-siap untuk berjumpa rakanku di sebuah restoran yang terletak dipekan. ”Aku baru sahaja diberhentikan kerja, Yunni,”kataku dengan nada sedih.”Takpa, Unie, aku bantu kau mana yang aku boleh ya, jangan sedih,” katanya.  Pertemuan aku dengannya pada pagi itumemberiku banyak mutiara ilmu mengenai ilmu perniagaan. Ternyata dia tidaklokek untuk berkongsi ilmunya denganku. Dia merupakan sahabat baikku   semenjak STPM lagi, setelah hampir tiga tahunmengusahakan perniagaan minyak wanginya, barulah perniagaan itu membuahkanhasil. Dia juga menceritakan pengalaman jatuh bangunnya dalam perniagaanseperti ditipu rakan kongsi, pusingan aliran wang yang tidak betul dansebagainya. Ayunni juga berpesan kepadaku agar tidak cepat berputus asa danperbetulkan niat, berniaga ini untuk membantu orang lain dan bukannya untukmengaut keuntungan peribadi.

            Dia juga berpesan agarmerendah diri dan sentiasalah bersedekah terutama ketika berjaya nanti. Akukagum dengan keperibadian dan usahanya untuk bangkit dari kegagalan dansemangatnya yang telah hilang dulu. Dia mendapat keputusan yang kurang baikdalam peperiksaan STPM dulu dan mengalami tekanan emosi yang agak teruksehingga terpaksa mendapatkan nasihat kaunseling. Namun, berkat sokongan keluargadan rakan-rakan, kini dia telah membuktikan perkara yang dulu tidakmenghalangnya untuk berjaya pada masa sekarang. Setelah hampir sejam kamiberbincang, aku mohon diri untuk pulang dan dia juga katanya mahu berundurjuga, kami pun bangun dan bersalaman lalu bersurai.

            Aku merangka perniagaanku di dalamsebuah buku nota kecil. Aku bercadang mahu menyediakan perkhidmatan percetakan di kampungku memandangkanpenduduk di sini terpaksa pergi ke pekan untuk mencetak bahan-bahan yangdiperlukan mereka. Aku berbincang dengan ibu dan ayahku, ternyata merekabersetuju dengan cadangan tersebut. Sebagai permulaan, aku mengeluarkan modal sebanyak lima belas ribu hasildari simpananku sendiri dan juga bantuan pinjaman perniagaan dari MARA. Akumembeli dua buah komputer dan dua buah mesin cetak dan juga beberapa dakwatkertas berlainan warna selebihnya aku simpan untuk membayar sewa sebuah rumahkedai yang kujadikan sebagai kedaiku. Kedai cetakku bernama Wow Print Services.

            Buat masasekarang. Aku mengambil seorang pekerja untuk bekerja denganku namanya Farzana,seorang mahasiswa universiti yang kini sedang menunggu panggialn temuduga ataukerja. Pada awal perniagaan, perkhidmatan percetakanku mendapat sambutan yangbaik, ramai penduduk kampung memuji tindakanku kerana mereka tidak perlu lagibersusah payah ke pekan untuk mendapatkan khidmat pencetakan. Perniagaan akuberoperasi mulai sepuluh lagi hingga lapan malam. Pengalamanku sebagaiakauntant membuatkan urusan menguruskan dokumen perniagaan seperti invois, sebutharga dan sebagainya menjadi lebih mudah.

            Namun, langittidak selalu cerah, apabila perniagaanku memasuki pertengahan bulan keduaoperasi, mesin-mesin cetak di kedaiku mengalami kerosakan dan memerlukan kosyang banyak membaikinya. Aku buntu kerana jualan pada bulan ini rendahberbanding jualan-jualan sebelum ni. Berbekalkan sokongan keluarga danrakan-rakan, aku bercadang melakukan promosi di media sosial dan media massaseperti radio dan lain-lain. Aku memgupah rakanku Fatin yang mahir dalam menyuntingvideo untuk membuat video yang kreatif dan juga berhasil untuk menarikperhatian pelanggan. Berkat rezeki dari Allah, usaha dan bantuan rakanku.Jualan aku mencatatkan hasil yang tinggi melalui promosi yang dilakukan, ramaipenduduk di luar kaAku juga tidak lupa untuk bersedekah dan memberi bantuan kepadamereka yang lebih memerlukan lebih-lebih lagi di waktu pandemik ini. Setelahhampir beberapa bulan dalam perniagaan, Wow Print Services telah membinanamanya sendiri di sekitar Pulau Pinang. Aku melakukan penyelidikan danpembangunan bagi menambah baik mutu perkhidmatan di kedai-kedaiku. Sebanyaktiga cawangan kedaiku yang terletak di Bukit Mertajam, Nibong Tebal dan BayanLepas. Aku sangat mementingkan kualiti cetakan yang dilakukan di kedaiku,cetakan yang kurang memuaskan akan terus dibuang walaupun akan memberikankerugian. Sekarang ini, Wow Print Services turut menyediakan perkhidmatanmencetak iklan perniagaan berbanding sebelum ini yang hanya mencetakkertas-kertas sahaja. Mesin-mesin yang digunakan juga lebih canggih melaluibantuan dari kerajaan yang menyediakan insentif kepada peniaga dan penjajakecil seperti pinjaman mikro kredit dan sebagainya. Keluarga dan rakan-rakanamat berbangga dengan kejayaanku. Aku sangat berterima kasih kepada mereka.

            Aku bercadang dimasa akan datang, aku mahu membuka lebih banyak cawangan di negeri lain pula.Aku harus merancang dengan sebaik-baiknya agar tidak berlaku masalah dikemudian hari memandangkan kos operasi dalam perniagaan ini agak tinggi. Akujuga selalu melakukan perjumpaan dalam talian dengan ahli perniagaan yang lainbagi bertukar-tukar pendapat dan menambah ilmu pengetahuan. Perjumpaan jugadilakukan dengan pekerja-pekerjaku bagi membolehkan   pandangan dan buah fikiran merekadilontarkan dalam mesyuarat. Selain itu, aku selaku pengurus Wow Print Servicesturut memberi hadiah dan reward kepada pekerjaku yang menunjukkan usahadan hasil kerja yang memuaskan. Hal ini kerana, pekerja akan rasa lebihdihargai setelah bertungkus lumus melakukan yang terbaik dalam pekerjaanmereka.

            Kring!!!, telefon aku berbunyi menandakan adapanggilan yang masuk. Aku melihatn nama yang tertera di skrin telefonbimbitku.” Assalamualaikum, Aunie,” Ayunni memberi salam.” Waalaikumsalam, adaapa telefon aku ni”, tanyaku.” Amboi, sekarang dah tak boleh

telefon ke?”, rajuknya.” Hahaha, takdelah,sajalah usik,hahha”,kataku. Kami berbual agak panjang memandangkan telah lama tak berbual. Ayunniberkata dia berbangga dengan kejayaanku dan berharap aku menjadi CEO tidak lamalagi. Aku hanya ketawa memikirkan perjalananku yang masih panjang. Aku masihlagi setahun jagung dalam bidang perniagaan ini.

            Aku bersyukurkepada Allah SWT, atas rezeki yang dikurniakannya. Tidak kusangka aku akanberada dalam bidang ini. Kerjaya akauntant yang aku banggakan dulu telahmenyedarkanku pangkat dan harta bukanlah menjadi ukuran sebaliknya adab danbudi pekertilah yang paling utama dalam kehidupan. Aku berdoa agar diberikanrezeki yang kebih luas agar aku dapat membantu dan menyediakan lebih banyakpeluang pekerjaan kepada mereka di luar sana.


 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ayuni