Home Cerpen Islamik luka seorang kawan
luka seorang kawan
Ayuni
28/3/2021 22:34:15
3,352
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh Najihah yang sedangmenghadap balkoni di resort   yang disewanya. Percutiannya di Pulau   Redang,Terengganu itu bukanlah sekadar percutian biasa selain untuk merehatkan tubuhsetelah penat bekerja, dia juga mempunyai tujuan tertentu. Milo yang sudahsejuk itu, dihirupnya perlahan. Dia melihat  kejernihan air laut yang tenang.Sedikit sebanyak dapat menenangkan hatinya yang berkecamuk kini. Ingatannyaterimbas pada peristiwa yang berlaku sebelum dia mengambil keputusan untukbercuti. “Macam mana awak buat kerja ni, kenapa banyak sangat kesilapan dalamproposal awak ni?”, Marah Datin Rosemaria, yang merupakan bos di tempatkerjaku. Aku hanya mendiamkan diri dan tertanya-tanya kenapa banyak pulakesilapan yang ada dalam proposalku? ,tidak silapku sudah banyak kali akumenyemak dan menyunting proposalku itu. “Saya tak tahu apa masalah awakdan  saya nak awak perbetulkan semula danhantar kepada saya, jika awak  gagal, youwill be fired!!!, marahnya lagi lalu mencampakkan proposal itu di hadapanmukaku. Aku berasa sangat malu, kemudian aku pergi ke tandas untuk membasuhmukaku yang sudah merah kerana menangis.

            Aku berasa adaantara rakan sepejabatku yang mengkhianatiku tetapi aku tidak ada bukti untukmenuduh sesiapa. Malam itu, aku pulang lewat  untuk menyiapkan proposal yangtelah diminta. Pada pukul sebelas malam, aku bersiap-siap untuk pulang setelahberjaya menyiapkan proposal. Aku menutup suis kipas dan lampu, lalu segeraberedar pulang. Apabila tiba di tingkat satu bangunan pejabat itu, aku sedaryang aku terlupa untuk mengambil telefon bimbitku yang diletakkan di atas meja.Aku berpatah balik untuk mengambil telefon bimbitku, tiba-tiba, aku terdengarsesuatu berdekatan meja kerjaku. Strettt!!!, bunyi kerusiku  dialihkan. Aku bersembunyi di belakang dindinglalu melihat ada seseorang sedang menukar dokumenku. Aku merakam perbuatannya.”Apa yang awak buat di meja kerja saya?”, sergahku. Keadaan pejabat yang gelap,memaksaku untuk membuka lampu suluh di telefon bimbitku. “Err, tiada apa, manaada saya buat apa-apa”, katanya yang agak ketakutan ketika itu, aku melihat diasedang menyorokkan sesuatu di belakangnya. “Apa yang awak sorokkan tu? ,baikawak beritahu saya, sebelum saya ambil tindakan atas awak”, aku memberi amaran.“Maafkan saya, cik, saya sebenarnya diupah oleh seseorang untuk menjatuhkancik, benda yang saya pegang ini ialah proposal cik, saya terpaksa melakukansemua ini kerana saya orang susah cik, upah yang diberikan kepada saya cukuplumayan”, katanya dengan perasaan serba salah.

            “Allahuakbar,boleh saya tahu siapa yang hendak menjatuhkan saya tu? ,by the way,siapa nama awak?”, tanyaku. “Nama saya Hisyam, yang hendak menjatuhkan cikialah rakan baik cik sendiri, Aqilah”. Jawabnya. Hendak luruh jantungku, akuseakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar tadi. Aqilah merupakan rakan baikkusejak kecil lagi, tidak kusangka dia akan menikam belakangku. “Saya maafkanawak, terima kasih menceritakan hal sebenar kepada saya, cuma saya hendakberpesan apa yang awak buat ni salah dan jangan buat lagi benda ni di masa akandatang ya, ambillah, saya sedekahkan pada awak”, kataku dengan nada sedih danmenghulurkan wang  kepadanya. “Terimakasih, cik, cik sungguh berhati mulia, saya berjanji tidak akan mengulangiperbuatan ini lagi, katanya lagi. Kemudian, kami bersama-sama beredar pulang.Setibanya aku di rumah, aku merehatkan diri di atas sofa lalu menangis, sepanjangtiga puluh tahun berkawan, banyak kenangan yang telah kami bina bersama dan akusangat beruntung mempunyai kawan sepertinya. Aku bertekad untuk menelefonnyaesok hari.

            “Memang hangtakdak masalah dengan aku tapi aku cemburu dengan kejayaan, kebahagiaan yanghang ada, aku nak hang rasa susah macam aku rasa”, kata Aqilah ketika akumenghubunginya pagi itu. Hatiku remuk bagai kaca terhempas ke batu, Aku tahukehidupannya yang tidak seindah kehidupanku, kehidupannya yang kais pagi makanpagi kais petang makan petang, dibuli oleh rakan sekolah dan sebagainya. Namun,kami telah berjanji untuk sentiasa ada ketika susah dan senang. Aku juga selalumembantunya. “Aku tahu hang dah banyak tolong aku, berkorban untuk aku, tapisekarang aku dah taknak kawan dengan hang lagi, hang dengan kehidupan hang, akudengan kehidupan aku, buang semua kenangan kita dulu, maafkan aku, Najihah katanyalagi. Aqilah ini asalnya dari Kedah, jadi cara bercakapnya pun lain dari aku.Aku terus menutup Iphoneku  danmencampakkannya ke atas permaidani yang terbentang di ruang tamu. Begitulahceritanya, sebelum aku bercadang untuk bercuti di pulau ini, selain itu, akujuga mahu berjumpa bekas seniorku di sini untuk meminta pendapatnya. Senior itubernama Athirah Farzana yang kini merupakan seorang pendakwah yang terkenal diMalaysia.

            Pada petang itu,aku turun ke pantai untuk bermandi-manda, aku membawa baldi dan juga skop keciluntuk membina istana pasir. Dulu, aku selalu juga datang ke pantai Teluk Dalamni bersama Aqilah, kami mempunyai hobi yang sama iaitu suka apa sahaja yangberkaitan pantai dan laut. Aku akan membina istana pasir bersama-samanya,kemudian mengambil gambar bersamanya. Tidak semena-mena, air mataku mengalirperlahan mengenang kenangan kami bersama, aku membina tapak istana pasir itudahulu sebelum membina bahagian yang lain. Tiba-tiba, seorang budak perempuanyang comel mendekatiku. ”Antikkknya, kak bina isstana tu”, pujinya dalam nadapelat. “Nama adik siapa?,  mana mak danayah adik?” tanyaku. “Amaaa adik Alia, ibu dan ayah adikk ada dekat situ”,jawabnya lagi. Dia membantuku membina istana pasir, kemudian ibu dan ayahnyadatang dan meminta maaf kepadaku jika anak mereka menggangguku. Aku melihatwaktu pada jam tangan Rolex yang dihadiahkan ibu dan ayahku, jarum jam sudahmenunjukkan angka   enam setengah petang. Aku memohon untukberundur diri pada Alia, ibu dan ayahnya. Sebelum pulang ke resort, akumengambil kesempatan merakamkan pemandangan matahari terbenam berdekatan pantaiTeluk Dalam itu.

            Aku menunaikansolat Maghrib secara bersendirian di ruang tamu resort. Malam ini, aku tidakmerancang untuk pergi ke mana-mana. Aku bercadang untuk menyediakan makan malamala barbeku di hadapan resortku. The Taaras Resort and Spa ini menyediakanpelbagai kemudahan kepada penghuninya. Mujur saja aku sempat menempahnya diTripAdvisor.com sebelum resort ini penuh. Aku memanggang beberapa ketul ayamdan sosej yang telah diperap petang tadi. Dalam diam, aku berdendam kepadaAqilah atas perbuatannya terhadapku, aku melihat  api yang sedang marak itu dengan penuhperasaan marah, aku membayangkan seolah-olah aku membakar dirinya hinggamenjadi abu. Aku tersenyum puas, hati yang sakit umpama dihiris sembilu yangtajam itu sedikit sebanyak terubat dengan membayangkan tindakan aku membakardirinya. Setelah siap membarbeku, aku menghidangkannya di atas meja dan makandengan berselera. It been the long day, without you a friend,lagu see you again menghiasi nada deringan Iphoneku.  Aku melihat nama pemanggil dan terusmengangkatnya. “Najihah, esok kita nak berjumpa di mana ya, dan pukul berapa? ,tanyaustazah Athirah Farzana kepadaku. “Esok pukul sepuluh pagi ya ustazah, di kafeOmbak Damai”, jawabku. “Baiklah, jumpa esok ya, Najihah”, kata ustazah itu lagi.Aku mengucapkan selamat tinggal dan mematikan talian. Aku membuka aplikasi Netflixdi Iphoneku dan memilih untuk menonton movie Miracle Cell No.7,sebuah cerita yang sedih, kisah yang dipaparkan ialah seorang anak yang memberipembelaan kepada ayahnya yang dikhianati ketika dia masih kecil, yang menyayathati, ayahnya mati di tali gantung. Setelah beberapa jam menonton movie, akumenutup aplikasi tersebut dan tidur dengan hati yang sayu dan pilu.

            Esok pagi, sepertiyang dijanjikan aku berjumpa dengan ustazah Athirah Farzana di kafe OmbakDamai. “Saya sakit hati, banyak yang telah saya korbankan dekat kawan saya,rasa macam nak bunuh dia ja, sakit sangat bila kawan yang saya sayangtinggalkan saya macam ni ja, dia dah buang saya”, luahku dengan bahu yangterhinjut-hinjut menahan sedu-sedan tangisan. “Saya berharap kamu banyakkanbersabar, banyakkan berdoa kepada Allah, insyaAllah semuanya akan baik-baikja”, nasihat ustazah Athirah Farzana. “Satu yang saya nak kamu ingat, hubungandengan manusia memang akan terputus, tapi hubungan dengan Allah tidak akanputus, walaupun beribu dosa kamu lakukan kepada Allah, Allah tetap memberipengampunan kepadamu  jika kamubenar-benar bertaubat, banyak dekatkan diri dengan Allah, mungkin kamu terlaluberharap kepada manusia hingga Allah memberimu  ujian untuk kamu kembali kepada-NYA, tidakelok kamu menyimpan dendam kepada kawan kamu itu, jangan terlalu mengikutperasaan marah tu, kerana marah itu dari syaitan, kamu buatlah sesuatu agardapat melupakan hal ini seketika, perbaiki hubungan kamu dengan Allah dan jugakeluarga kamu”. Nasihat ustazah Athirah Farzana dengan panjang lebar.

            Aku memikirkankata-kata ustazah Athirah Farzana itu, memang benar selama ini aku selalu   memarahi ibu, ayah dan adik beradikku. Ada sahajaperbuatan mereka yang tak  kena dimataku. Aku berazam apabila pulang ke Shah Alam semula, aku ingin berubahmenjadi anak dan adik yang baik kepada keluargaku. “Baiklah, ustazah saya akancuba lakukannya” kataku dengan nada yang sedih. “Kamu kuat, Najihah, Allahturunkan ujian kerana DIA sayang kepadamu, jangan berputus asa dan berusahalahmenjadi hamba yang baik kepada-NYA, nasihat ustazah Athirah Farzana lagi. Akuhanya menganggukkan kepala sebagai tanda  faham akan apa yang dinasihatnya,kemudian dia memberi aku sebuah buku bertajuk Aku Mahu Move On karya KamaliaKamal.”Bacalah buku ini, moga kamu dapat mengambil pengajaran daripadanya, kataustazah Athirah Farzana lagi. Setelah selesai sesi perkongsian ilmu selama tigajam dengan ustazah Athirah Farzana tadi, aku memohon diri untuk pulang.

            Aku berjalanpulang ke resort, aku bersyukur kepada Allah kerana menghadirkan insan yangbaik-baik dalam hidupku. Aku membelek buku yang diberinya tadi dan aku bertekaduntuk melakukan perubahan dalam diriku dan mengikhlaskan apa yang jadi antaraaku dan sahabat baikku, Aqilah.

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ayuni