Home Cerpen Keluarga JANJIKU
JANJIKU
Jiwa Jingga
10/5/2019 06:56:00
7,995
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga


 

“MAK,susahlah kerja sini….rumah yang bos bagi ni bersepah,kotor, sampah sana sini”

Aku mengadu pada mak kesayanganku.

”Bos pun tak pernah ambil tahu” sambungku lagi.

”Dah kalau macam tu,tak payahlah kerja situ,balik sini dudukdengan mak,.

” Makan je apa yang mak masak,” sambung mak.

Mak memang tak boleh dengar anaknya susah, Mak memang sayangaku. Alkisah kerjaku ini diberi oleh kawan sekampung yang mana kakaknya yangmenguruskan sebuah resort pelancongan. Kerjanya senang sahaja, aku ditugaskandi bahagian dapur. Makan dan minum tidak aku risau sebab semua disediakan, Cumayang aku tidak puashati keadaan rumah yang disewakan untuk staffnya. Tidakterjaga.

“Kalau di rumah, mak selalu mengemas dan memasak” katahatiku. Disebabkan kebaikan dan keprihatinan mak pada aku, aku pun berhenti kerja. Akhirnya berbulan-bulan aku terperok di rumah. Rutin aku adalahtidur lewat kerana sibuk dengan permainan video. Bangun bila matahari meninggi.Bangun dan lepas tu cari makan. Makan dan minum semua mak sediakan. Begitulahhari-hari seterusnya.
 “Mana ada duit mak, kalau dia nak kenakerjalah” jawab adik aku Rina, bila ibu menyuruhnya memberi duit kepada akuuntuk mengisi minyak motor.

” Menjawab-jawab “ sambung mak.

“Aku bukan mintak banyak pun RM20 jer” tambah aku.

“Kalau lah sehari RM10 atau RM20, sebulan dah berapa” jawabrina dengan nada marah.

“Aku tak kerja pun sebab jaga mak di rumah ni” jawab aku mempertahankandiri.

”Sudahlah,memang itulah alasan kau….jaga mak, jaga mak tapisebenarnya mak yang jaga kau” balas spontan Rina.

”Kau jangan cakap banyak,aku lempang jugak muka kau”. Marahbetul aku.

Mak memang kadangkala tidak sihat. Dapat lah aku perhatikanmak bila sepanjang masa aku dirumah.

'Nak harapkan Rina pun sibuk bekerja je" hatiku berkata.
Paangg.......bunyi pintu bilik ditutup olehRina. Rina terus mengurungkan diri dalam bilik pada malam tu.  Esoknyapagi-pagi Rina telah keluar bekerja, dengan muka masam seperti cuka bilamenyalam tangan mak.

Lantak kau lah nak buat apa, bukan aku peduli pun.
Petang tu mak memberi wang padaku untuk mengisiminyak motor dan membeli keperluan rumah. Mak memang selalu sebelahi aku. Makjuga selalu memberiku duit. “Buat apa nak susah-susah kerja. Mak pun selalubagi aku duit dan setiap hari masak untuk aku. bisik hati kecilku. Malam tu akuberjanji dengan Razak untuk keluar berkaraoke bersama. Selesai karaoke pun dahjam 1.30 pagi. Lepastu kami lepak-lepak minum dulu. Sampai rumah jam 3 pagi.Dengan keletihan dan mengantuk aku tertidur.
“Jak,Jak….bangunlah’..suara nyaring makmengejutku.

‘Bangun tau,jangan tak bangun..mak nak suruh pergi kedai belibarang” pesan mak, “Yelah.. iyelah” jawabku. Selepas 15 minit, baru aku bangun, aku pun capai tuala untuk mandi. Selesai mandi, bersiap ke kedai membelibarang yang mak pesan.

“Lambat lagi ke mak nak masak,lapar ni” tanyaku pada mak.

”Kau pun hari dah meninggi, baru nak bangun” marah mak. Akumembiarkan saja mak membebel-bebel. Biarlah bukan aku peduli pun,bisik hatikecil akiu. Belum lagi abangku datang, kalau dia datang, naik meluat akumembebel-bebel pasal aku..kutu rayau,kutu malam, penganggur dan macam-macamlagilah. Tak diendahkan aku semua tegurannya. Pernah dia datang sinimarah-marah

 “Kau ni tak malu keasyik minta duit Rina”, walaupun dia adik tapi dia ingat tanggungjawab dia”marah abangku Rais

“Yang kau sibuk-sibuk sangat,kenapa?” Balasku. Aku pun taktahu kenapa semua orang suruh aku kerja,kerja dan kerja. Padahal aku ada jerumah, maksud aku duduk sekali dengan mak,makan minum pun mak ada. Bil air,eletrik Rina yang bayar

“Malas bercakap dengan orang yang tak reti bahasa  ni...pemalas”Balas Rais mengalah.

Terus dia melangkah kaki mendukung bayinya berumur 8 bulankeluar dari rumah mak.


Satu hari aku berjanji dengàn kawan-kawan keluarmandi-manda di air terjun yang berhampiran dengan rumahku. Semua pakatberkumpul di sana tepat jam 9.00 pagi. Aku pergi dengan menaiki motor lamakepunyaan adikku Rina. Aku dan kawan-kawanku mandi-manda disana sambilbersembang sehingga jam 12 tengahari. "Jomlah balik, matahari pun terikni" kata Adam kawanku.

 

Ketika melalui satu persimpangan, aku yang ketika itudilaluan jalan utama tiba-tiba keluar satu kereta dari persimpangan tadi danmeluru ke arahku. Tanpa sempat mengelak tayar motor belakangku dirempuh. Akuterus terjatuh bersama motor. Kakiku dihempap motor. Nasiblah tuan kereta yangmelanggarku segera memberhentikan kereta dan menolong aku. Aku masih bolehbangun dan ketepi. Dipapahnya aku dan mengalihkan motorku ke tepi.

"Nak saya bawakan ke klinik dulu...” kata pemandu itu.

Cuba dah brek tapi tak  sempat  sebab dahdekat sangat...saya terlanggar juga." sambung pemandu tadi dengan rasabersalah.

Akuterdiam menahan kesakitan.

"Tak apa bang, saya dah call abang saya, sekejap lagi dia sampai." balasku.

"Ini no phone saya, saya akan bayar duit klink dan duit repair motor" katapemandu itu sambil menghulurkan kad.

"Itupunabang saya" kataku kepada  pemandu itu. .Dia sempat bersalaman denganabangku dan terus berlalu pergi. Ada urusan yang perlu diselesaikan,

"Kitake klinik dululah" kata Rais abangku. Dia membawaku ke klinik berhampiranuntuk mendapatkan rawatan. Kakiku terkoyak dan luka-luka. Tiada yang parah.Selesai urusan klinik dia membawaku pulang ke rumah. Selepas itu dia keluarkembali untuk mengambil motor. Katanya, motor tidak boleh dihidupkan, terpaksahantar ke bengkel untuk dibaiki.  Semua diuruskan oleh Rais dan akuterpaksa duduk dirumah.  
 Hujan turun lebat pagi ini. Terasa kesejukanmenerjah, aku  berdiri perlahan-lahan merenung ke luar tingkap. Kelihatanibu sedang sibuk menyiapkan  sarapan sambil menjaga anak asuhan ibuku.Setelah seminggu berlalu semenjak kemalangan Kadang kala aku terfikir, sampaibila aku harus begini. Bila musibah berlaku, tiada duit yang dapat aku hulurkanmemandangkan aku tiada kerja dan pendapatan yang tetap. Mengharapkan bantuan  adik dan abangku, yang bukannya bergajibesar. Cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan sendiri dan juga keluarga.
Bukan alasan untukku beri walaupun kakiku masihsakit dan belum pulih sepenuhnya.

“Yahoo…alhamdulilllah, dapat juga dipanggil temuduga” teriakku. Terkedu mak akumendengarnya.

"Alhamduillah..."kata ibuku.

"Siapkanbaju, esok taklah kelam kabut" pesan Ibu.

"Apalagi yang nak dibawa" tanya ibu. Betul jugak....aku mencari fail-fail yangtersimpan sijil-sijil sekolah dan segala sijil pencapaian. Alhamdulillahdibelek-belek, ada satu set yang telah dibuat salinan. Cukup semua yangdiperlukan esok. Aku terus ke almari untuk mencari baju yang sesuai.

Selesaimenggosok. aku mengambil telefon bimbit serta setkan penggera jam 6.30pagi. 


Deringan penggera menyedarkanku pada pagi itu.Aku terus bangun mempersiapkan diri sebelum hadir ke temuduga. Sambilmengenakan stokin, terdengar suara ibu dari dapur

 

Dalam10 minit aku telah berada di pejabat tersebut.
 Setibanya di pejabat itu.  Kelihatanada 4 orang yang sedang menunggu untuk ditemuduga. Dengan rasa berdebar-debaraku menunggu disitu. Harap semua berjalan lancar. Saja nak sedapkan hati. Duaorang telah selesai ditemuduga. Aku orang yang keempat. Bila tiba giliranku.Aku pun mengetuk pintu dan masuk sambil memberi salam.

"Siladuduk" kedengaran suara menyuruhku duduk dengan matanya sibuk melihat failyang tersusun diatas meja. Diangkatnya muka...la ...inilah orang yang melanggaraku. Kata hatiku.

"Awakke Razak" katanya masih mengingati aku.

"Takapa..kejap lagi kita sambung pasal tu". Dia pun terus membelek resume dansijil-sijilku. Ditanya aku pernah kerja atau tidak. Sekiranya tiada pengalaman.Tidak mengapa katanya.

"Sayaakan meminta Ali memberi tunjuk ajar kepada kamu, jangan risau"kata Enkamal.

"Permulaanni saya beri gaji sebanyak RM1200 sepanjang tempoh percubaan. "Sambung EnKamal. 

"Waktukerja adalah bermula 9.00 pagi sehingga 6 petang. Rehat pada jam 1 petang"katanya lagi

"Esokawak dah boleh mula kerja"..katanya sambil tersenyum.

"Terimakasih Encik Kamal bagi saya kerja disini" kataku dengan hati yang girang.Bersyukur sangat walaupun kerja setakat kerani sahaja.Sebelum tu..

"niduit untuk baiki motor"...kata En Kamal sambil menyerahkan sampul duit.Terus aku membuka sampul duit tersebut dan ku kira duitnya terlebih.

"EnKamal duitnya banyak sangat ni" kataku sambil menyerahkan duit yangberlebih. Namun ditolak..

"Gunalahduit itu saya ikhlas" katanya.

"Terimakasih En Kamal....murah rezeki En Kamal." sambungku mengucapkan terimakasih sambil aku bersalam dengannya.

 

 “Mak Jak dah dapat kerja, esok mula” katakukepada mak. “Alhamdulillah…kerja rajin-rajin” pesan mak padaku.

“InsyaAllah…makdoakan Jak yer” kataku lagi.  Aku terusmasuk ke bilik menyimpan beg dan fail. Keluar semula untuk makan. Selesaisahaja makan aku terus ke bilik, mencari-cari baru untuk digosok. Aku perlutanamkan semangat dan tekun bekerja.   Harap ini mampu menyenangkan mak dan membayarsemula duit abang dan adikku yang selama ini membantu aku.

 

Kinihampir 3 bulan aku bekerja.  Dapat jugamembantu menampung duit belanja dapur emak. Walaupun tidak mewah aku boleh menyenangkanhati mak. Impian aku untuk mengumpul duit untuk bawa mak bersamaku menunaikanumrah. Semoga cita-citaku terlaksana dan dimakbulkan Allah hendaknya.

 

TAMAT

           

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jiwa Jingga