Home Cerpen Keluarga LUAHAN HATI SEORANG IBU
LUAHAN HATI SEORANG IBU
Domi Nisa
8/1/2013 23:42:38
3,383
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

“Bonda tak akan terima bini kau Tengku Hisham! Sampai mati pun bonda tak akan restu perkahwinan korang!”

“Suka hati bondalah nak cakap apa? Sham tak peduli, Maria adalah isteri Sham! Selamanya pun akan menjadi isteri Sham! Biarpun bonda tak restu perkahwinan ni, Sham tetap akan hidup dengan Maria buat selamanya!”

“Tengku Hisham! Mulai saat dan detik ini, bonda takkan berdiam diri untuk melihat kebahagian korang berdua! Bonda akan pastikan rumah tangga kamu akan hancur walaupun jasad bonda sudah dimamah bumi!”

Masih terngiang-ngiang diingatanku, sumpah seranah yang dilemparkan oleh Tengku Hasmah, mentuaku satu ketika dahulu. Benarlah kata orang, jika inginkan sebuah perkahwinan yang aman dan damai, restu ibubapa amatlah penting kerana dengan restu mereka baru kita dapat restu dari Yang Esa. Namun itu semua tidak aku kecapi, perkahwinan kami hanya atas dasar cinta tanpa restu orang tuanya, mungkin kerana aku ini anak kampung yang tiada mempunyai harta mahupun pangkat.

Tempoh awal perkahwinan, rumah tangga kami sangat bahagia, tiada bergaduhan mahupun petengkaran. Semua manis rasanya tapi bila usia perkahwinan kami mencecah 4 tahun semuanya bagaikan tsunami yang melanda, tenggelamkan kasih dan cinta kami ke dasar laut dan terkubur terus didasarnya. Hanya satu alasan dia yang dia berikan kepadaku iaitu aku melahirkan anak yang tidak sempurna, tiada lagi dalam keluarganya lahir anak cacat. Itulah alasan yang paling bodoh bagi aku.

Aku mengesat air mata yang terkeluar dari kelopak mata sambil mengusap lembut kepala si kecil yang terlena di pangkuan. Hasil perkahwinanku dengan seorang lelaki keturunan darah raja yang tidak berdaulat, kami dikurniakan si kecil yang diberi nama Tengku Hazim, namun dia dilahirkan tidak seperti bayi-bayi yang lain. Sindrom downitulah yang paling tepat untuk digelarkan kepada si kecilku walaupun fizikalnya sempurna tapi akalnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Disebabkan keadaan itulah perhubungan aku dan suami semakin tegang. Apa salah si kecil ini? Dia tidak tahu apa-apa dan dia juga tidak dipinta untuk lahir sedemikian rupa. Kenapa harus pingkirkan dia sedang dia adalah amanah dari Allah untuk aku dan abang Hisham menjaga?

Apakah ini satu sumpah mentuaku?

“Maria!”

Suara mak Yam dari ruang tamu mengejutkan aku. Memati terus lamunanku, katanya ada panggilan untukku. Aku meletakkan kepala Hazim di bawah dengan berhati-hati takut dia akan tersedar nanti.

Telefon sudah bertukar tangan, aku mengarah Mak Yam untuk menemani si kecilku. Sebaik salam bersahut, telinga bagaikan bernanah dan hampir luruh jantungku dengan berita yang di sampaikan oleh si pemanggil itu. Tanpa melengahkan waktu aku terus ke bilik untuk bersiap. Aku sempat berpesan pada Mak Yam supaya jaga Hazim kerana aku ingin keluar untuk menguruskan satu perkara penting.

@@@@

Aku merenung wajah abang Hisham yang berlagak tenang, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia sungguh bijak menayang raik wajah tak bersalah walaupun telah ditangkap oleh Pihak Majlis Agama Pahang kerana melakukan perkara terkutuk dengan seorang wanita yang juga bekas tunangnya di salah sebuah hotel di Kuantan baru sekejap tadi. Patutlah akhir-akhir ini dia jarang balik ke rumah. Sebab dah ada perempuan lain rupanya!

Hatiku bengkak dan terlalu pedih, bila teringat kata-katanya di hadapan pegawai agama tadi. Dia mengatakan persetujuan mahu berkahwin dengan bekas kekasihnya dengan riak muka tanpa rasa berdosa. Kalau bukan kerana dia masih suamiku tak ingin aku menjaminnya mahu saja aku tinggalkan dia biar melingkup di penjara.

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin, cuba mengawal emosiku ketika berbicara dengannya nanti. “Abang, kenapa abang lakukan semua ini? Tak cukupkah dengan saya sorang, sampaikan abang sanggup mengkhianati hubungan yang kita bina selama 4 tahun ni?” soalku bertubi-tubi dengan nada tergetar sedikit tapi masih lagi dalam kawalan.

Aku melihat abang Hisham mengeluh kasar sambil meramas-ramas rambutnya yang hitam pekat itu. Aku naik bengang bila dia masih diam seribu bahasa, seolah dia mahu terlepas dalam masalah ini.

“Abang! Jawablah. Apa kurangnya saya sampai abang sanggup pergi berzina dengan perempuan di hotel bang?” Amukku kasar bila dia cuba untuk melelapkan diri.

“Abang!” Panggilku lagi. Abang Hisham bangkit tiba-tiba.

“Awak nak tahu sebab apa?” soalnya dengan wajah sedikit sinis. Riak mukanya yang tenang tadi kini berubah tegang.

“Awak tu, dah tak sempurna sebagai wanita! Kau dah tak boleh melahirkan anak untuk aku lagi? Sebab rahim kau dah tak de, kau tak ingat ke? Buat apa aku nak hidup dengan orang yang tak boleh melahirkan zuriat aku?!” sindirnya kasar, dari awak kepada kau dan aku.

Aku tersentak bila abang Hisham mula membangkit peristiwa 2 tahun yang lalu, aku mengaku memang rahimku terpaksa dibuang ketika aku berjuang untuk melahirakan Hazim dulu, kerana rahimku mengalami masalah dan terpaksa dipotong. Doktor ada cakap peluang untuk aku mendapatkan anak lagi amat tipis.

“Dengan alasan itu ke, yang membuat abang cari perempuan lain? Abang lupa ke yang kita dah ada anak, Tengku Hazim tu kan anak kita abang?” ucapku sebak.

“Anak? Budak sindrom down macam tu, kau panggil itu anak? Bagi aku budak tu bukan anak tapi mayat hidup yang akan mendatangkan bala pada kehidupan aku kelak! Kau tahukan aku ni pewaris Tengku Holding, kau mahu ke seluruh rakyat negeri ini dapat tahu yang aku ada anak cacat seperti budak itu?!”

“Abang! Bawak mengucap bang, itu anak abang! Darah daging abang!” marahku bila dia menghina darah dagingnya sendiri.

“Tak! Aku tak akan anggap budak itu darah daging aku. Sebab dalam keturunan keluarga aku tiada yang lahir begitu,”

“Ya Allah abang,” Kata-katanya cukup sinis seolah dia menuduh aku mengandungkan anak dari benih orang lain bukan daripadanya.

“Maria, seminggu lagi perkahwinan aku dengan Puteri Suhaila akan berlangsung dan secara automatiknya jatuh talak satu untuk kau.”

Usai dengan kata-katanya, abang Hisham meninggalkan bilik kami, aku yang masih teresak-esak menangis terkejut dengan lafaz cerai taklidnya itu. Tengku Hazim yang sudah terjaga dari lena mimpinya turut menangis sama.

*****

Hari ini perkahwinan Tengku Hisham dengan Puteri Suhaila telah berlangsung, secara sendirinya perkahwinan aku dengan Tengku Hisham sudah berakhir dan yang tinggal padaku sekarang hanyalah kenangan manis untuk dikenang. Kenapa begitu mudah sekali hatinya berubah dan beralih arah. Ke mana hilangnya janji sumpah setia yang dilafaznya padaku. Apakah hanya kerana aku sudah tidak sempurna lagi sebagai wanita ataupun dia malu kerana mempunyai anak cacat?

Memoriku masih segar untuk mengingati bayangan wajah bonda Hasmah yang penuh dengan senyuman mengejek semasa terserempak dengannya di Bandar seminggu yang lalu. Sakit hatiku bila dia cakap dia sudah berjaya memusnahkan kehidupanku dan Allah telahpun menyebelahinya. Apakah salah aku menyintai anak lelakinya? Salahkah aku seorang anak yatim berkahwin dengan anak berketurunan raja? Ahh! Serabutnya kepalaku.

“Mmmama…mmaama,” suara si kecil memanggilku, lambat-lambat dengan air liur menitis keluar dari bibir yang merah itu tidakku endahkan. Fikiranku masih lagi pada abang Hisham yang pergi meninggalkan segala tanggungjawab menjaga putera kami atas bahuku seorang.

“Mmaama….”

“Diamlah Hazim, disebabkan kaulah papa kau tinggalkan aku! Kenapa kau tak mati je masa kau nak lahir? Kenapa?” sergahku kasar membuat Hazim terus menangis.

“Ya Allah, bawak mengucap Maria, itu anak kamu. Darah yang mengalir dalam diri budak itu adalah darah kamu dan Hisham! Kamu mahu salahkan takdir ke Maria?” celah Mak Yam, Hazim yang menangis di dukungnya.

“Mak Yam, Maria dah tak sanggup nak hadapinya. Kenapa semua ini harus berlaku pada Maria? Kenapa abang Hisham sanggup mencurangi Maria, Mak Yam? Kenapa?,” Aku tersedu-sedu sambil memekup muka sendiri. Mak Yam menghampiriku lalu memeluk erat bahuku.

“Sabar Maria, Allah maha mengetahui segala-galanya. Dia sayangkan kamu sebab itu Dia uji kamu. Ingat Maria anak yang cacat ini akan membelamu diakhirat kelak, kerana dia dilahirkan tanpa menanggung sebarang dosa,” pujuk mak Yam. Aku mengangkat muka melihat Hazim sudah berhenti menangis dan tersenyum padaku. Senyumannya membuat esakkanku semakin menjadi-jadi.

Hazim seakan mengerti perasaan yang aku alami sekarang dia yang berada di pangkuan Mak Yam menghampiriku lalu dipeluknya aku, cuba memberi ketenangan kepadaku. Alangkah mulianya hati sikecil ini.

“Maafkan mama Hazim, rintihku sayu.

*******

Bila ada masa terluang, aku selalu membawa Tengku Hazim dan Mak Yam keluar pergi jalan-jalan ke mana-mana. Tapi hari ini aku membawa mereka bersiar-siar di Shopping Complex East Cost Mall di Bandar Kuantan, dulu kami berempat tapi sekarang sudah bertiga. Dan itulah nasibku yang akan kutempuhi dari sekarang dan masa yang akan mendatang kelak.

Kami singgah di kedai pakaian untuk mencari pakaian baru untuk mereka berdua, aku menyuruh Mak Yam memilih baju yang dia berkenan dihati. Asyik membelek pakaian aku tidak perasan bila masa tangan anakku terlepas dari tanganku.

“Mana Hazim, Maria?,”soal mak Yam.

Aku baru perasaan yang Hazim sudah tidak bersamaku. Kami tercari kelibat Hazim di sekeliling kedai itu tapi tidak kelihatan, perasaan cemas mulai mencengkam dadaku. Mataku meliar mencari Hazim, semua pengunjung di situ hampIr segenap aku bertanya tapi seorang pun tidak tahu.

“Mak Yam, mana Hazim ni? Dia dahlah tak macam budak lain apa yang kita nak buat ni?” soalku lurus, fikiranku benar-benar buntu.

“Tepi lah budak!”

Mataku terus tertancap pada seseorang yang menjerit marah, tapi tidak kelihatan dengan jelas kerana dihalang oleh pengunjung di situ, aku cuba menyelip dari orang ramai untuk mencari orang itu kerana firasatku mengatakan anak aku yang kena marah.

Mataku tercerlung bila melihat puteraku ditolak kasar oleh seorang wanita yang aku cukup kenal dan disampingnya seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidupku untuk seketika. Marahku tidak terbendung lagi, bila Hazim diperlakukan dengan kasar, sepantas yang mungkin aku terus menuju ke arah mereka.

“Maafkan anak saya dia istimewa sikit, jadi dia tak pandai nak menilai yang mana baik atau buruk. Tapi dia tak buta untuk mengecam ayah kandungnya,”ucapku berbaur pedas.

Aku nampak wajah pasangan di hadapanku jelas tersentak. Mungkin dia tidak tahu budak itu anak aku. Aku sempat mengerling wajah abang Hisham, dia nampak resah ibarat cacing kepanasan.

“Dah tahu anak tak betul, jagalah elok-elok, ni tak!,” peril wanita yang bernama Puteri Suhaila itu.

Kata-kata mengejek dari isteri bekas suamiku menambahkan parah dihatiku dan bertambah parah bila dia cuba menyampaikan padaku tentang kehamilan dia dengan isyarat mengusap-usap perutnya yang kian membesar, ku anggarkan kandungannya sudah mencecah 7 bulan.

“Maaf ya, dia bukan tak betul tapi terlalu istimewa. Oh! tahniah atas kehamilan itu, saya doakan semoga anak kalian sempurna nanti. Jom kita balik Hazim!” tempelakku, lalu medukung puteraku terus beredar dari situ. Tak betah untuk terus aku bertahan di situ kerana hati pasti bertambah terluka.

@@@@

3 tahun sudah berlalu, kehidupan yang aku jalani sebagai ibu tunggal sekarang sudah mula sebati dalam diri. Untuk berkahwin lain tidak pernah terlintas langsung di fikiran kerana aku takut kejadian yang sama bakal berulang.

Ppaapa…

“Papa! Papa! Hazim tahu tak? Papa dah tak sayangkan Hazim! Buat apa Hazim masih nak ingatkan lelaki yang telah membuang kita semua. 3 tahun dia pergi dan tak pernah sekali pun dia menjenguk Hazim, Hazim masih rindukan dia?” Amukku seperti Hazim mengerti semua itu. Walaupun akalnya lambat berfungsi, perasaan rindu belaian dari seorang ayah kuat melekat disudut hatinya, aku yakin hal ini.

Hazim!” panggilku bila melihat Hazim berlari keluar dari rumah.

Aku mengeluh, pening kepala bila Hazim mula membuat perangai lamanya, semaikn meningkat umurnya, perangainya bertambah memenatkan aku. Kadang-kadang aku gagal untuk memujuk hati agar bersabar dengan kerenahnya. Tapi aku sangat menyayanginya, bila dia menyentuh pasal bekas suamiku hati tiba-tiba meradang. Benci sungguhku pada lelaki yang bernama Tengku Hisham itu.

“Mariaaaa!”



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.