Disebuah
dapur kelihatan dua anak kecil bergurau senda namun aku hanya memerhati seronok
juga melayan karenah anak anak kecil ini memang orang kata anak anak kurniaan
allah sebagai ibu bapa kita harus menjaga amanah ini dengan ikhlas dan rasa tanggungjawab.tidak
pernah aku merungut apa lagi mengaku kalah dengan semua dugaan menjaga mereka
berdua ini segala fitnah dan kata nista diterima sudah kering airmatanya untuk
menangis . biarlah! Aku mesti kuat ya allah hanya kau yang tahu yang terbaik untuk
hambanmu ini. Di sebalik semua ini aku bangkit aku terus mencium muka aizat dan
fahira inilah kekuatanku, mereka racun dan penawar hati ini.
“tina , dah pukul berapa ni
wake up.” Aku memisat misat mataku yang agak berat inilah padahnya balik lewat dinihari
“aduh memekak je orang tua ni.”bingit telinganya masih aku teringat malam
semalam aku ke tempat kegemaranku apa lagi kelab malam yang terkemuka di kuala
lumpur dengan kashfi teman lelaki yang keberapa aku tak tahu yang penting aku
enjoy.aku tahu semua orang mengata aku anak tiada moral apa peduli mungkin satu
hari nanti aku akan berubah.aku terus mencapai tuala dan terus meluru ke bilik
air.setelah berhias sekadar yang mungkin , aku terbau suatu yang enak di
dapur.hampir aku tak percaya bukan bibik yang memasak tetapi ibu tiriku hilang
selera aku perempuan perampas ! aku benci ! benci sesangat ya aku tahu sebab
perempuan ni ibu aku meninggal makan hati apa istimewa perempuan ni .
Aku ingat lagi masa tu aku
masih di tingkatan lima aku tengah bergelut dengan SPM niat aku ingin aku buktikan aku boleh Berjaya
seperti kak atirah yang tengah belajar di sebuah universiti terkemuka di london
aku bukan cemburu tetapi aku kasihankan papa yang keseorangan nanti terutama ketika
ibuku tengah sakit ini semua salah papa, kalaulah ibu dan aku tidak ternampak
papa dengan seorang perempuan berpegang tangan disebuah kedai makan pasti mama
tidak sedih aku mesti berjaya itu tekadku dengan kesungguhan yang ada aku
berjaya menempatkan diriku disebuah universiti di London Alhamdulillah mungkin
ini caranya untukku cuba menjauhkan diriku dengan ibu tiriku ini.
Aku hanya mendiamkan diri ketika ibu tiriku
menjemputku aku makan “tina mari makan nak, ibu masakkan nasi goring cina untuk
tina marilah makan sudah lama rasanya kita tidak pernah makan bersama.’’
Kelihatan raut wajah ibu tiriku sedih dan pucat sekali “sakit ke dia.” Tetapi
kata kata itu hanya tersekat di kerongkong .aku tidak ambil endah kata katanya
lantas aku terus mengambil kunci di rak dan terus membawa kereta wira aeroback
kesayanganku
Seperti biasa aku terus melakukan kerja rutin aku sebagai ketua pengurus syarikat di klcc kiranya
bolehlah aku menampung kehidupanku yang kira agak mewah juga. PelbagaiSeperti biasa aku terus melakukan kerja rutin aku sebagai ketua
pengurus syarikat di klcc kiranya bolehlah aku menampung kehidupanku yang kira
agak mewah juga. Pelbagai ragam aku harus hadap perangai mereka semua.
"tina,saya tak lama lagi nak bersalin , saya harap kalau apa apa terjadi
tolong jaga anak saya ye." aku hanya tersenyum "boleh sahaja lisa ,
saya anggap awak macam kakak saya ."lisa satu satunya rakan aku percaya
didunia ini dia yang buat tekad aku untuk berjaya tanpa kashfi lelaki tak
berguna itu. aku tahu lisa tiada siapa didunia ini kecuali suaminya yang juga yatim piatu .lisa memelukku sekuatnya
Masih aku ingat malam itu ,
kashfi cuba melakukan sesuatu yang tidak elok nasiblah lisa menyelamatkan aku
dengan suaminya kalau tidak memang aku tidak tahu apa terjadi,aku betul
terhutang sangat dengan dia. “tina terimalah ibu tirimu itu dengan ikhlas
percayalah suatu hari nanti kau akan hargainya masa itu pasti semua terlambat
walau dia bukan ibu kandung kau dia cuba menjaga hati kau tina , please
tina.”nasihat tina agar hubungan aku dan mama tiriku semakin baik sama seperti
keluarga lain. aku melihat potret keluarga dimejaku ya memang mama banyak bersabar dengan aku tidak pernah dia mengadu dengan papa
seperti biasa aku melihat
mama semakin pucat , petang tu kenapa hatiku tak sedap sangat mug aku tiba
terjatuh "ya allah."handphone dimeja segera aku angkat "hello
papa ." hampir aku tidak percaya bahawa mama sakit leaukemia
ampunkan aku mama perlbagai dosa aku lakukan padanya aku berharap keampunanmu
mama. Papa tidak putus memberi semangat pada mama begitu kasih seorang suami
pada isteri begitu tulus kasihnya
mulai hari itu aku cuba
gembirakan mama, rasa kasihan melebihi segalanya . tidak lama kemudian aku
menerima satu panggilan tidak diduga lisa pergi menghadap illahi dengan janji
yang ada aku terus mengambil kedua anak kembarnya sebagai anak angkatku hanya
aku yang tahu hati seorang mama walau ada yang mengeji itu anak luar nikahku
hanya aku tahu hati seorang mama
setelah bertahun berlalu aku
melihat mama semakin sihat , Alhamdulillah berkat doaku mama kembali sembuh
tetapi sekarang yang penting aizat dan fahira penting untukku juga setelah
mereka meningkat besar masing masing nakal lenguh juga melayannya.petang itu
aku melihat sedih sangat “Mama, mama betul ke aizat dan fahira bukan anak mama
semua orang cakap macamtu .” hatiku tersentuh sangat “sayang biar apa pun
terjadi , mama tetap mama aizat dan fahira .’’lantas tanpa disekat airmataku
jatuh tanpa disedari
“aizat dan fahira dah semakin
besar ,tina tak nak bagi mereka kasih seorang ayah , mereka perlukan ayah dan
keluarga yang sempurna, mereka seperti anak lain sayang ,pujuk mama suatu hari
. aku cuba memikirkan “entahlah mama belum tiba masanya mama tina tidak mahu
lelaki yang hanya memerlukan tina tetapi
dia mesti terima aizat dan fahira." lantas aku memeluk aizat dan fahira yang
kebetulan muncul di muka pintu. "anak mama."
Petang itu aizat mengamuk
pensil warnanya hilang , mahu tak mahu aku terus membawanya ke sebuah pasaraya
“mama. Aizat nak yang gambar swan tu.”rengek aizat seteleh membayar harganya
aku bergegas mengambil fahira dari
tadika “please sayang mama nak cepat ni.”geram pula hati ini melihat tingkah
laku aizat .sampai ditadika aku terkejut fahira tiada ditadika hampir kecut
perut hatiku rupanya mama yang mengambil fahira dari tadika. Sampai dirumah aku
terkejut aku melihat mama dengan seorang lelaki “siapa pula ni.” Hatiku
tertanya Tanya alangkah terkejutnya aku kashfi dengan mama
“hei, apa awak buat disini ,
berambus .”badan kashfi aku tolak sekuatnya.aku geram , marah semuanya disitu
“please tina ,maafkan saya .”kashfi cuba memujuk. Aizat dan fahira hanya
memandang “mama, ni siapa , ayah ke.”aku tergamam mama hanya memandang aku dengan senyuman “mereka sudah semakin besar,
sayang.”
puas aku menolak lamaran
kashfi tetapi kashfi semakin bijak memancing hati anak anakku dan mama “tak putus asa betul lelaki ini.”aku
duduk memandang jendela diluar cuaca semakin kelam entah kenapa aku berasa
risau kashfi ni bawa motor aku berasa tidak sedap hati “ya allah selamatkan
kashfi.” Bunyi deringan telefon dibawah rumah disambut mama
“ya allah , kat mana tu.”
Jelas suara mama kelihatan risau “ tina cepat , kashfi accident dia kat
hospital.” Dengan kudrat yang ada aku membawa mama dan anak anakku ke hospital
. kecedaraan kashfi teruk juga ditangannya masih memegang sebetuk cincin lantas
aku mengalirkan air mataku “ya allah."