Papa,I love
U !
Terkejut
“Papa tak
pernah faham Qasha! Walau sekali pun!”Farah Aqasha mengesat air matanya. Encik
Fariz memandang anak tunggalnya. “Maafkan papa sayang” . Qasha meluru naik ke
biliknya. Tak sanggup lagi rasanya mahu menghadap bapanya. Perasaannya tidak
dapat dikawal lagi. Kehadiran ‘mama baru’dalam rumah itu benar-benar
mengejutkan Qasha. ‘ Papa dah janji dengan Qasha tak mahu kahwin lagi,papa tahu
Qasha tak suka mama baru tapi papa kahwin juga,Papa dah tak sayang Qasha kan ?’
rintih Qasha sendirian sambil memasukkan baju-bajunya ke dalam begnya. Dia telah
mengambil keputusan untuk tinggal di kampung bersama neneknya. Biar papanya
risau,biar papanya sedih dengan kehilangannya. Air matanya gugur lagi.
Rindu
“Papa tak
tahu pun Qasha datang sini”Qasha memandang neneknya. Neneknya menggelengkan
kepala sambil memeluk erat Qasha. Faham benar dengan perangai cucunya itu. Keras
kepala. Sudah dua hari Qasha di kampung.Hei!ingat senang di kampung?Dikejar angsa,jatuh sawah..perlu sesuaikan diri..haih.. Perasaan rindu mula singgah di hati. Hairan
betul dengan perasaannya. Sekejap marah,sekejap rindu. Hairan dengan hati
sendiri? ‘Kenapa dengan kau sebenarnya,Farah Aqasha?’
Nasihat
Sarah
‘Kampung nenek
memang cantik,menenangkan jiwa’Qasha tersenyum lebar. Dia termenung jauh,segala
masalah cuba dilupakan. Dilempar jauh-jauh agar tidak mengganggu fikirannya
sekarang.
“hai”seseorang
menyapanya. Sarah rupanya. Dia dan Sarah baru sahaja berkenalan dua hari lepas
di kedai runcit. Sarah seorang yang ramah. Qasha suka berkawan dengannya. Cuma Sarah
akan diam apabila ditanya tentang keluarganya. Katanya tiada yang menarik
tentang keluarganya.
“hai Sarah”senyuman
paling manis dilemparkan.Sarah melabuhkan punggung di tepi Qasha. “Qasha,saya
nak tanya awak boleh?” Qasha mengangkat keningnya. “Kenapa awak lari dari
rumah?”soal Sarah. Qasha melepaskan keluhan kecil. “Papa saya kahwin lain”Qasha
memandang ke bawah. “tapi,Papa awak tetap sayang awak. Bukan macam saya,abah
dan mak saya dah tinggalkan saya dari kecil. Saya dibesarkan tanpa kasih
sayang,Qasha. Sepatutnya awak bersyukur”Sarah menangis hiba. Qasha mula sedar.
Pulang
Qasha
memeluk papanya erat. “Maafkan Qasha papa,Qasha mengaku salah”Encik Fariz
menitiskan air mata gembira. Kepulangan anak gadisnya benar-benar
menggembirakannya. Kini,hidup mereka bertambah bahagia. Walaupun Puan Faizah
hanya ibu tiri Qasha, tetapi dia seorang yang sangat penyayang dan menyayangi
Qasha sepeti anaknya sendiri. Qasha mula sedar betapa pentingnya seorang ayah dalam hidupnya. Orang yang
menyayanginya dan membesarkannya dari kecil.Qasha bersyukur kerana mempunyai
ayah seperti Encik Fariz. Papa,I love u !