Home Cerpen Keluarga Cinta Hati Si Hodoh
Cinta Hati Si Hodoh
Domi Nisa
4/4/2014 23:12:33
12,163
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga
“Melur! Melur! kamu dekat mana Pak Cik Ruslan kamu dah sampai ni,” laung Nek Suria dari beranda rumah.

Melur yang sedang mencangkul rumput di belakang rumah segera berhenti dari mencangkul dan terus berlari mendapatkan Nek Suria yang berada di hadapan rumah mereka. “Ada apa nek?” soal Melur sambil membaiki cermin mata tebalnya itu. Keringat yang terbit di dahi disapu dengan hujung tudungnya.

“Ni ke, anak angkat nenek yang papa beria-ia nak tunjukkan pada aku tu? So ugly, dengan cermin mata tebalnya, baju t-shirt dan seluar track oh Tuhan… aku tak boleh nak terima kalau bakal isteri aku berupa macam ni!” bisik Amirul anak sulung Encik Ruslan, mengutuk gadis di hadapan mereka itu.

Hakimi tergelak kecil. “Aah budak tulah. Eh, kau ni abang tak akan duduk 5 tahun dekat oversea dah tak kenal dengan si Melur kot? Aku yang dah lama tak balik kampung pun masih ingat lagi rupa dia yang hodoh tu. Ingat bila dah dewasa makin cantik tapi makin hodoh adalah,” bisik Hakimi pula.

Mereka berdua tergelak. Melur hanya memerhati dua orang pemuda di hadapannya dengan wajah berkerut sambil membetulkan kedudukan kaca matanya berkali-kali. Bila wajah salah seorang dari lelaki itu jelas dipandangannya, bibirnya mengukir senyum.

“Mirul nilah Melur, anak angkat nenek kamu. Cam lagi tak?” Suara Encik Ruslan.

“Kenapa Mirul pula pa? kenapa tak dengan Kimi sekali,” dalih Amirul tidak berpuas hati. Lagipun mengenali gadis berkaca mata tebal ini ibarat mimpi ngeri dalam hidupnya.

“Dia lain. Kimi setahun sekali ada datang jenguk nenek dekat kampung, kamu pula dah bertahun-tahun duduk kat luar Negara sana balik Malaysia jarang mesti dah tak ingat dekat Melur kan?” Bidas Encik Ruslan lagi.

Amirul mengaru kepalanya yang tidak gatal, senyuman plastik terukir di bibir tebalnya.

“Yang kau terhegeh-hegeh lagi kenapa? Pergila bertegur nun,” sergah Tuan Ruslan, bila melihat Amirul terpinga-pinga.

“Hai,” Amirul berlakon sebagai lelaki gentleman. Senyum sebaris terukir mahu tidak mahu sama banyak.

Melur pula tersengih-sengih, malu sambil mengangguk.

“Aku tak suka dia Kimi, sumpah!” Bisik Amirul pada adiknya itu, sebelum naik ke atas. Hakimi asyik tergelak, tapi matanya sempat memandang Melur secara curi-curi.

Melur membantu Encik Ruslan dan Puan Marissa membawa beg-beg pakaian untuk naik ke atas. Hatinya meloncat riang dengan kedatangan pujaan hatinya secara tiba-tiba. Sudah lama dia menanti kehadiran jejaka itu.

Encik Ruslan merupakan satu-satunya anak Nek Suria. Selepas berkahwin dengan Puan Marisa dan mempunyai dua orang anak lelaki dia menetap di kota raya sana. Walaupun dia sangat sibuk dengan pekerjaannya di ibu kota dia tidak pernah lupa pada ibunya di kampung. Setiap dua minggu sekali dia akan melawat ibunya walaupun tanpa isteri dan anak-anaknya.

Selesai mengemas bilik untuk Encik Ruslan sekeluarga, Melur meminta izin dari Nek Suria untuk keluar. Tempat yang ingin dituju olehnya adalah parit. Dia selalu melepak di parit untuk memancing walaupun hanya sendiri.

“Hai, si hodoh.” Sapa Hakimi serta melemparkan ranting kayu tepat mengena kepala Melur. Masa di rumah tadi dia mendengar Melur mahu keluar, tanpa berfikir panjang dia terus mengekori gadis itu.

“Adus!” Melur lantas menoleh sambil tangannya mengosok kepalanya. “Uh ,si Kimi jahat!”dengusnya perlahan. “Apa yang abang buat kat sini? Pergi baliklah, jangan kacau Melur. Melur tak suka abang. Pergi..pergi.” halau Melur dengan gaya menghalau ayam masuk ke reban.

“Suka hati akulah si hodoh, ini kampung halaman aku juga!” Jawab Hakimi balik lalu melabuh di sebelah Melur, joran di tangan Melur dirampas kasar. “Dahla hodoh rabun pulak tu. Siapala yang nak kahwin dengan kau kan?” sempat lagi Hakimi mengutuk gadis itu.

‘Aku tak suka abang Kimi, dia selalu buli aku. Aku tak suka dia. Dia sangat jahat tak macam abang Mirul, sentiasa baik dengan aku,’gumam Melur dalam hati.

“Uf! Kalau abang tak puas hati dengan Melur cakap terus terang sajalah!” Bidas Melur lalu bingkas bangun, selipar jepunnya disarungkan pada kakinya.

Hakimi buat bodoh tapi dia menyanyi kecil mengutuk Melur yang mahu pergi dari situ. “Kalau dah hodoh tetap nampak hodoh jangan nak perasan dapat kahwin dengan putera raja…..”

Melur memekup kedua belah telinga. Kerana tak tahan dibuli lagi, dia membongkok membuang selipar yang dipakainya lalu melempar ke arah Hakimi. Terkejut Hakimi serta merta nyanyian terhenti. Melur tersenyum puas lalu pergi meninggalkan Hakimi yang masih terkedu. Matanya setia menatap Melur yang semakin menjauhinya.

“Ah, Melur kenapa kau sukar nak faham aku!” keluhnya perlahan.

Melur seorang gadis yatim piatu sejak dia berumur 8 tahun lagi, sejak kehilangan kedua ibubapanya dia di ambil sebagai cucu angkat oleh Nek Suria seorang wanita yang kaya raya di kampungnya. Nek Suria menjaganya ibarat menatang minyak yang penuh. Hasil didikan dari Nek Suria, Melur tidak pernah merasa bermegah dengan kesenangan yang dimiliki olehnya sekarang.

Sejak melangkah kaki ke Sekolah Rendah lagi Melur sudah berkaca mata yang berbingkai tebal, kerana dia seorang rabun tahap cipan sebab itulah dia sering kali digelar oleh rakan sekolah sebagai Si Hodoh, semua tidak suka berkawan denganya. Hidupnya bertemankan Nek Suria sahaja. Ke mana Nek Suria pergi di situlah dia ada sampailah umurnya sekarang 18 tahun. Dia tak nak sambung belajar walaupun keputusan peperiksaannya sangat baik. Katanya dia tidak mahu berpisah dengan Nek Suria yang banyak berbudi padanya.

Selepas makan malam, Nek Suria mengajak anak dan menantu masuk ke biliknya untuk membincangkan soal wasiatnya.

“Mirul kamu dah ada calon?” suara Nek Suria memulakan bicaranya.

“Apa maksud mak?” tanya Encik Ruslan pelik.

“Macam ni Ruslan, mak dah tua hajatnya nak jodohkan si Melur dengan anak kau Amirul tu, boleh ke tak Marisa, Ruslan?” jelas Nek Suria satu persatu.

“Hah?” mereka berdua serentak.

“Janganla terkejut sangat, mak rasa hidup mak dah tak panjang lagi. Jadi mak nak buat wasiat pada korang berdua supaya kahwinkan anak kamu Amirul dengan Melur. Mak tahu Melur tu tak cantik tapi hatinya baik.

“Er..bukan masalah itu mak,”jawab Encik Ruslan serba salah.

“Rasanya tak de lagi, kalau dia dah ada mesti dia akan bagitahu kami,” sampuk Puan Marissa cepat, cuba menyenangkan hati si tua. Wajah sang suami dikalih sekilas.

“Boleh ke kalau mak nak jodohkan dia dengan Melur?”

Encik Ruslan memandang isterinya. Puan Marissa mengangguk. Encik Ruslan memandang ke arah maknya semula dan ahkirnya dia juga mengangguk.

“Tapi kalau si Mirul dah ada calon nak buat macamana kan? Nak bagi dekat si Kimi, si Melur tak nak sebab korang tengok sendiri jumpa saja budak berdua tu macam anjing dengan kucing.” Sambung Nek Suria lagi mengundang tawa anak menantunya.

Tanpa disangka oleh mereka bertiga, Hakimi tidak sengaja memasang telinga. Air mukanya berubah bila terdengar Melur hendak dijodohkan dengan abangnya. Dia mengenggam buku lima, dia tidak bersetuju dengan perjanjian di antara nenek dan orang tuanya itu.

******

“Mirul, papa nak kamu kahwin dengan Melur,” suara Encik Ruslan selepas dua hari balik dari kampung ibunya. Tempat makan juga jadi tempat perbincangan.

“Tak nak!” Amirul membantah. Baginya Melur yang hodoh itu tidak layak mendamping dirinya yang agak kacak itu.

“Kamu jangan nak membantah, papa dan mama dah berbincang 3 bulan dari sekarang kamu kena siap sedia untuk bergelar suami orang! Kalau tak, papa akan tarik segala kemewahan yang ada pada kamu!” Encik Ruslan mengugut anak lelaki sulungnya itu.

“Mama…” rayu Amirul sambil memandang sayu pada mamanya untuk meraih simpati pada mamanya. Puan Marisa turut memandang sayu padanya itu. Dia bukan tak mahu membela tapi dia sendiri yang bersetuju dengan rancang mentuanya.

Amirul mendengus kasar kemudian dia bingkas bangun untuk ke biliknya, perut lapar pun menjadi kenyang bila dia kena paksa kahwin dengan Melur. Masuk saja ke bilik sengaja dia menghempas daun pintu itu sebagai tanda protes.

Usai membersihkan badan Hakimi melangkah keluar dari biliknya untuk menikmati hidangan makan malam. Kerjanya sebagai photographer yang tidak ada masa rehat sangat memenatkan tapi apakan daya itu pilihannya.

“Mana abang ma, pa? dia tak nak makan sekali ke?” Soal Hakimi sebaik melabuh duduk di sebelah Puan Marissa.

Encik Ruslan dan Puan Marissa saling berpandangan antara satu sama lain. Puan Marissa mengeluh halus, wajah Hakimi dipandang sekilas. “Mana lagi biliklah, merajuk tak mahu kahwin,” jawab Puan Marissa sambil mengerling suaminya yang sedang menyuap nasi ke mulut.

“Merajuk? Abang merajuk? Haha lucu,” Hakimi tergelak.

“Kamu jangan nak ketawa, sekejap lagi pergi pujuk dia makan,” suara Encik Ruslan. Dia tahu Amirul hanya ikut cakap Hakimi saja, maklumlah hanya mereka berdua anaknya saja segala rahsia akan berkongsi bersama.

“Baik pa,” Hakimi buat kata setuju, dalam hati sudah berbunga sekiranya abangnya tidak jadi kahwin dengan Melur.

“Hai, bang kenapa murung je ni?” soal Hakimi lalu mengambil tempat di sisi abangnya sebaik menapak masuk ke bilik.

Amirul yang berbaring di tilam bangkit sedikit sambil mengeluh permintaan papa tadi betul-betul membuatkan fikirannya kusut. “Kau masuk sini nak apa?” soalnya berbaur dingin.

“Tak nak share ke? mana tau masalah abang tu pass dekat Kimi,” Hakimi tidak mempedulikan bicara abangnya, dia lebih suka berterus terang dari memujuk.

“Kaulah, kalau kau berbaik-baik dengan si Melur tu, pasti aku tak akan jadi mangsanya,” bentak Amirul geram.

“Mangsa apa?” Soal Hakimi berpura-pura tidak mengerti.

“Mangsa kahwin paksa dengan si hodoh tulah!” Tempelak Amirul.

“Hah? Abang nak kahwin dengan Melur si hodoh tu? hahahah biar betik?” Hakimi sengaja gelak besar tapi jauh di sudut hatinya dia masih terasa dengan keputusan orang tuanya.

“Jahanam punya adik! Marah Amirul seraya melemparkan bantal tidurnya ke arah Hakimi. “Baik kau blah dari sini sebelum penumbuk aku melayang ke muka kau,”

Hakimi masih gelak, dia tahu abangnya hanya bergurau.

***********

“Assalamualaikum pak cik, nenek..nenek..dia…” Melur tidak dapat meneruskan bicaranya, hanya esakan yang berbunyi.

“Kenapa Melur! Cakap cepat, apa yang tak kena dengan mak?!” Encik Ruslan terus mendesak agar Melur berterus terang.

“Nenek tenat.” Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Melur.

“Apa?” Hampir luruh jantung Encik Ruslan dibuatnya.

Tanpa membuang masa Encik Ruslan terus memanggil isterinya dan Hakimi untuk balik ke kampung. Amirul pula tiada di Malaysia kerana dia ada urusan kerja di Indonesia

Sebaik melangkah turun dari kereta, rumah emaknya sudah dipenuhi orang kampung. Hati lelakinya menangis ibu yang mengandungkannya sudah dijemput oleh malaikat maut. Belum puas dia menabur bakti terhadap orang tuanya itu.

Hakimi melihat Melur teresak-esak di tangga rumah. Hatinya turut hiba, dia faham perasaan Melur tatkala itu. Tapi dia tidak mampu untuk memujuk gadis itu, antara mereka tidak ada sefahaman.

Puan Marissa mendapat Melur, dia membangunkan Melur dari terus duduk menangis. Dipeluk tubuh kecil itu untuk menyalurkan semangat pada gadis itu. Patutlah ibu mentuanya beria-ia mahu kahwinkan Melur dengan Amirul mungkin mentuanya dapat mengagak akan kematiannya.

Usai urusan pengebumian dan majlis tahlil arwah ibunya, Encik Ruslan membuat keputusan membawa Melur bersama-sama seperti apa kemahuan arwah ibunya. Dan kini Melur adalah tanggungjawabnya.

“Melur masuklah, buat macam rumah sendiri. Lagipun kamu akan menjadi ahli keluarga ini juga,” pelawa Puan Marissa sambil mengosok lembut bahu Melur.

Melur hanya mengangguk, tangisannya masih bersisa. Tak sampai dua hari Nek Suria meninggalkannya dia sudah mula rindu. Bagaimana harus dia hadapi hari-hari berikutnya.

Seminggu di rumah Encik Ruslan, Melur dapat menyuaikan dirinya dengan kehidupan di Bandar, tapi hati masih terasa kosong. Encik Ruslan dan Puan Marissa ada menyarankan dia sambung belajar tapi dia enggan katanya biarlah dia membantu Puan Marissa di rumah saja. Dia lebih selesa tinggal di rumah berbanding dengan kehidupan sosial di luar sana.

Sepanjang Melur di rumah, Hakimi selalu melepak di rumah walhal sebelum ini dia lebih suka lepak di studio bersama-sama rakan-rakannya berbanding duduk di rumah. Dia ingin mendekati gadis itu walaupun gadis itu bencikan dirinya. Dia tidak ambil kisah sebab dengan membuli dia boleh berkomunikasi dengan gadis itu.

Hakimi baru bangkit dari tidur, dia menapak ke tingkap kemudian membuka tingkap biliknya sambil mengeliat membetulkan segala urat sendinya. Tiba-tiba dia ternampak Melur sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Dia tersengih jahat.

“Si hodoh!” Laungnya dari atas.

Melur yang leka dengan aktivitinya terhenti seketika kemudian dia memandang ke kiri dan ke kanan untuk suara yang memanggilnya. Dia tahu hanya si Hakimi saja yang memanggil namanya begitu.

“Atas sinilah si hodoh!” laung Hakimi lagi tersengih sambil melambai-lambaikan tangannya.

“Uf, mamat ni memang!” Rengus Melur perlahan. “Abang nak apa?”soal Melur turut melaung sama.

“Saja nak bertegur sapa dengan si hodoh pagi-pagi yang indah ini,” usik Hakimi dengan wajah bersahaja.

Melur mengigit bibir bawahnya cuba menahan geram. Bila dilayan si Hakimi ni hatinya bertambah berang. Baik tak payah layan!

“Hodoh! Si hodoh! Pandanglah sini, aku nak cakap benda sikit,” panggil Hakimi.

Melur buat tak endah. Dia meneruskan aktivitinya. Hakimi geram bila panggilannya tidak disahut.

‘Minah ni memang nak kena.’ “Hoi! Orang kampung ada minah hodoh tak sedar diri dia nak kahwin dengan abang aku yang kacak bak sang putera!” jerit Hakimi kuat, sengaja.

Melur terkejut terus kalih. Tangannya mengigil geram, dengan sengaja dia mengangkat pili paip terus menyembur ke atas. Hakimi yang masih tidak sedar tersentap bila air tersimbah ke mukanya. “Ho..uhuks..ee apa ni?!” marah Hakimi, Melur di bawah dipandangnya geram.

“Padan muka!” Ejek Melur sambil menjelir kecil kemudian dia melangkah masuk.

Mukanya merah akibat termasuk air di hidung, kembali tenang bila melihat telatah si Melur. Emm, Melur-Melur.gumamnya.

*******

“Hodoh sini sekejap! Panggil Hakimi sambil mengawang tangan kanannya ke arah Melur yang sedang memasak.

“Apa? Melur nak tolong Kak Ufti masak ni,” marah Melur.

“Sini kejap, tak payah nak tunjuk rajin lagipun abang Mirul tak de kat sini,”tempelak Hakimi, geram bila Melur tidak mahu dengar cakapnya.

Melur mengeluh kasar lalu menghampiri Hakimi. “Haa, ada apa?”

“Dudukla dulu, lagipun aku ada hal nak tanya ni,” arah Hakimi sambil menepuk sofa di sebelahnya.

Melur menghenyek punggungnya jauh sedikit dari Hakimi. “Apa?”

“Betul kau nak kahwin dengan abang Mirul?”

“Aah, betulla tak akan nak kahwin dengan abang pula. Kenapa abang tanya? abang jeles eh.”provok Melur sambil tersengih.

“Perasaannya minah hodoh ni! Cermin dulu diri kau sebelum cakap macam tu. Kau rasa abang Mirul suka tak dengan perkahwinan ini?” soal Hakimi lagi, cuba menguji gadis itu.

“Mestila, kalau tak dia tak cakap macam tu dengan Melur,” Jawab Melur dengan bangga.

“Cakap apa?” Hakimi cuak.

“Tunggu abang pulang dari Indon ya,” jawab Melur seperti Amirul ucapkan padanya.

“Adus!” Hakimi menepuk dahinya. Bengak betul minah ni. “Si hodoh, abang Mirul cakap macam tu sebab dia tak nak kahwin dengan kau. Dia perlukan masa untuk menerima takdirnya.”

“Apa maksud abang?” soal Melur, perasaan menjadi gelisah.

“Kau tak faham ke apa aku cakap tadi? Aku cakap secara direct kang ada yang makan hati.” Bebel Hakimi.

“Melur fahamla tapi tak percaya! Dia sukakan Melur, cara dia cakap dengan Melur, layan Melur semuanya jelas. Tak macam abang selalu buat Melur sakit hati.”balas Melur, begang.

Hakimi tersentap. Benci sungguh dia dengan aku. “Kenapa kau suka abang Mirul?” soal Hakimi lagi, tidak puas hati.

Melur senyap seketika. “Er.. sebab dia pernah tolong Melur dari di langgar kereta. Melur masih ingat lagi walaupun Melur tak nampak masa tu tapi Melur masih tak pekak untuk mendengar, dia ada menyebut namanya.”

“Kau pasti ke dia? mana tahu aku ke yang selamatkan aku masa tu?” Hakimi cuba menyogok.

“Ah, Melur tak percaya kalau abang yang selamatkan Melur,” lancang saja jawapan Melur.

Hakimi menatap wajah Melur dengan tajam. “Baikla itu saja aku nak tanya. Dah pergi.”halaunya, sakit hati bila dengar jawapan gadis itu.

Melur bangkit.

“Melur!” Panggil Hakimi kembali. Melur menoleh ke belakang sambil menjungkit kening.

“Petang nanti bersiap aku nak bawa kau ke suatu tempat.”

“ Abang Kimi bawa Melur kat mana ni?” Soal Melur dengan kepala berpusing-pusing memerhatikan sebuah bilik yang penuh dengan lampu.

“Masuk sajalah banyak songeh betul kau ni,” bebel Hakimi sambil meletak beg galasnya. Jasmine! Mari sini kejap, aku nak bagi job dengan kau ni,” laungnya.

“Apa hal?” Soal Jasmine tiba-tiba muncul sambil menyedup air kotak.

Hakimi menjuih bibir ke arah Melur yang asyik memerhati sekeliling bilik studionya sambil memperbetulkan kedudukan cermin matanya yang tebal itu.

“Oo..membulat mulut Jasmine. “Okey beres bos, jom cik Melur ikut saya ke dalam. Jasmine membawa Melur masuk ke bilik persalinan.

“Sila duduk,”

Melur hanya menurut perintah. Cermin mata tebal miliknya dibuang oleh Jasmine. Tergagau-gagau Melur. Kerana rabunnya amat kuat dia tidak nampak apa-apa hanya kabur saja dipandangannya.

“Sabar dulu cik Melur, saya akan buat magik ke atas diri awak, sekarang awak hanya perlu tenangkan diri,” pesan Jasmine segala peralatan mekapnya di susun di meja. “Tudung tu boleh buka sekarang. Oh, ya satu lagi jangan cuba-cuba nak bergerak kalau tak saya ikat cik Melur nanti,” sambung Jasmine lagi dengan sebuah gelak halus.

Melur mengangguk. Tudung yang tersarung di kepala di buka lalu di letak di ribanya atas permintaan wanita yang nampak kabur di hadapannya. Apa yang ingin dibuat oleh wanita itu dia sendiri tidak tahu.

Untuk menghias wajah Melur mengambil masa tidak lama, kecantikkan yang di miliki oleh Melur adalah semula jadi yang perlu ditambah adalah kanta mata untuk mengantikan kaca mata yang tebal itu sedikit mekap, blusher dan eyeshadow.

Berpuas hati dengan hasil kerjanya dia meminta Melur menilik wajah baru di cermin. “So apa komen cik Melur tentang wajah baru ini?” Tanya Jasmine dengan kening terangkat-angkat.

Melur terkejut, mulutnya melopong bila melihat wajah barunya. Ini semua bagaikan mimpi buatnya. Pipi ditampar berkali-kali untuk menyedarkan dia dari mimpi siang hari. Akukah ini?

“Cik Melur jangan di tampar pipi tu nanti hilangla mekap di muka,” larang Jasmine sambil tersengih. “Saya tunggu di luar ya,”

Melur masih lagi pegun dengan penampilan dirinya sekarang, kata-kata Jasmine ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. “Ya ALLAH sungguh aku tak sangka ini rupa wajah aku yang sebenar.” Siapa sangka di sebalik cermin kaca tebal rupa tersembunyi wajah yang cantik asli.

“Mana Melur?” Soal Hakimi hairan hanya Jasmine saja yang keluar.

“Sabarla bos sekejap lagi keluarla. Tak sangka saya,dia bukan tak cantik cuma terlindung dek cermin mata tebal saja. Hrmm dan saya gerenti bos pasti terbeliak mata punya,” balas Jasmine bangga.

Hakimi mencemik. “Masuk bakul angkat sendiri!” Sindir Hakimi berserta hilai tawa.

“Bos!” Marah Jasmine seraya menarik muncung panjang.

Usai mengenakan tudungnya kembali Melur melangkah ke luar dari bilik. Bila melihat Hakimi sedang bersembang dengan Jasmine, Melur mencelah. “ Abang Kimi.” panggilnya.

Hakimi yang asyik bersembang terus kalih. Dia tersentap bila melihat perubahan Melur sekarang. Wah, cantiknya dia. desis hati kecilnya.

“Tutup mulut tu bos, kan tak pasal masuk hospital sebab tertelan lalat,” usik Jasmine tersenyum melirik pada Melur.

Melur masih tersipu-sipu menahan bahang di wajah, malu. Mana taknya Hakimi tengok dia macam nak terkeluar biji mata.

“Er.. ya. Hrm mana Saiful aku perlukan dia sekarang,” pertuturan Hakimi seperti orang tak betul lagaknya. Tapi dia cuba berlagak macho.

“Saiful… haa itupun Kak Epul kita,” Jasmine menjuih bibirnya sebaik kelibat seorang lelaki ‘santun’ masuk dan sedang menuju ke arah mereka.

“Kenapa tengak aku macam nak makan je ni? tahula akak cantik,”suara Saiful, yang dikenali sebagai lelaki santun.

“Uwek loya pula tekak aku ni? okeyla bos kerja saya setakat ini saja, yang lain Kak Epul si cantik kita pula akan urusan,” pinta Jasmine mahu keluar dari studio sambil mengangkat tangan.

Sebaik Jasmine melangkah keluar, Hakimi bangun menghampiri Melur untuk memperkenal Melur dengan rakan kerjanya. “Epul, ini anak angkat nenek aku dan bakal… bakal kaki par aku nanti,” suara Hakimi hujung katanya diperlahankan sedikit.

Saiful mengangguk sambil tersengih. “Wah, cantik! jeles Kak Epul.”

Melur garu pipi. Terkejut bila lelaki di hadapannya yang nampak agak sotong membiasakan dirinya ‘kak’.

“Melur, Epul akan ajar kau cara nak belajar nak berjalan macam perempuan,”

“Hah? berjalan macam perempuan? Laa selama kini Melur jalan macam jantan ke?” marah Melur tidak puas hati.

Hakimi tawa gelak, wajah tenang dipamerkan. “Ya, kau jalan macam pak jantan orang tengok pun tak lalu nak mengorat tahu,” tempelak Hakimi. “Okey Epul aku masuk bilik jap nak siapkan gambar pelanggan kita. Dia ni aku serahkan pada kau,”

“Baiklah sayang, Kak Epul akan jalankan tugas sebaik mungkin,” balas Saiful si sotong sambil mengenyitkan matanya sebelah.

Majalah di meja dicapai terus dihulurkan kepada Melur. “Okey, Melur ya tadi. Sekarang Kak Epul nak Melur letak majalah ni di atas kepala kemudian jalan perlahan-lahan jangan sampai majalah ini jatuh,” arah Saiful sebaik Hakimi menghilang di pejabatnya.

Melur menyambut dengan teragak-agak. Apa yang mahu dilakukan ke atas dirinya hari ini dia sendiri pening , tadi di solek kali ini apa pula? Hakimi pula tidak mahu cakap dengan jelas. Bila di tanya untuk kebaikan diri kau juga. Aduss, susah betul nak faham mamat si pembuli ini.

“Elok-eloklah sikit jalan tu cik Melur, uhh.. susah juga nak ajar awak ni,” bebel Saiful dengan tangan mencekak pinggang.

Melur mengeluh. Penat kakinya nak kena jalan ikut lelaki di belakangnya. Apa dia ingat aku ni model ke apa? aku ni perempuan kampung asli tahu, mana boleh nak jalan macam model dalam masa tak sampai setengah jam! rengus Melur dalam hati.

“Haa, lengkok sikit, kepit kaki tu jangan duduk kangkang sangat.”

“Salah tu, kita buat sekali lagi.”

“Encik Saiful! Kaki saya dah naik lenguh, asyik-asyik tak jadi saja. Kalau tahu nak kahwin ni susah baik tak payah kahwin,Geram betul!” marah Melur.

“Er.. cik Melur. Sabar-sabar kita sebagai perempuan kena ada sifat lemah lembut tambah-tambah nak jadi isteri orang lagila kena berhias bagai nak jaga hati suami katakan.” Saiful cuba meredakan kemarahan gadis itu.

Oit kita, maknanya dia pun perempuan juga ke? Aduhai ada juga orang macam ni dah elok-elok ALLAH jadikan perempuan sibuk pula dia nak jadi perempuan. Dunia-dunia.

“Hah, macamana cik Melur dan teruskan atau tidak ni?” sergah Saiful dengan suara itiknya.

“Er.. hrm okeyla saya teruskan,” Melur akhirnya mengalah.

*******

Hampir sebulan lagi majlis pertunangan serta perkahwinan Melur dengan Amirul akan berlangsung, sepanjang tempoh itu jugalah Hakimi, Jasmine dan Saiful bertungkus lumus mengerjakkan Melur supaya menjadi wanita melayu terakir.

Hakimi banyak menghabiskan masanya dengan Melur, semakin lama cinta terhadap gadis itu semakin kuat. Pada Melur pula, dia seolah baru mengenali sikap sebenar Hakimi. Hakimi tidaklah senakal yang dia anggap sebelum ini. Dia rasa selesa bila berbual dengan lelaki itu.

“Mama dan papa aku puji pasal penampilan baru kau sekarang, apatah lagi abang. Dia pasti tersengih memanjang bila tengok rupa kau sekarang,” suara Hakimi di suatu petang.

Melur yang duduk berkebun bingkas bangun lalu mengambil tempat duduk di hadapan Hakimi. “Ini semua sebab jasa abang juga,” balas Melur sambil tersenyum. Air yang memang tersedia di meja dicapai lalu dihirup sedikit.

“Aku buat untuk kebaikan abang, bukan untuk kau!” ejek Hakimi sambil tergelak halus.

“Ish, abang ni memang tak sah kalau tak buli Melur kan?”

“Betul apa? Lagipun aku sendiri tak mahu nanti ada orang kutuk family aku, bakal menantu Encik Ruslan dan Puan Marissa hodoh.”tambah Hakimi lagi

“Ish apa yang gaduh-gaduh ni? nasib baik Melur nak dikahwinkan dengan abang kalau tak mesti kamu yang kena kahwin. Selalunya orang yang suka gaduh ni berjodoh,” sampuk Puan Marissa tiba-tiba muncul lalu melabuh duduk di sebelah anaknya

“Ni haa bakal menantu mama, dia tak nak berterima kasih dengan bakal adik iparnya.”balas Hakimi sambil menjelir kecil pada Melur.

“Mana ada mak cik, abang Kimi tipu!”marah Melur.

“Sebut pasal itu, mama gembira sangat pasti abang kamu akan berkenan lihat Melur macam ni,” sambung Puan Marissa tersenyum sebaris sambil mengusap lembut bahu Melur.

“Mestila mama, kalau abang tak mahu lagi memang abang tu buta,” sampuk Hakimi sambil mengenyit matanya pada Melur. Dalam tawanya ada kedukaan terselit.

Melur menjelir kecil. Dalam hati tersenyum bahagia.

*******

“Sejuknya tangan,” usik Mak Andam.

Melur tersengih saja. Hatinya gelisah dan gusar. Semuanya ada. Sekejap lagi dia akan ditunangkan sejam kemudian akan dikahwinkan pula. Itulah impian dia sejak kecil. Tapi yang menghairankan dia sehari dua ini dia kerap bermimpi benda yang sama, mimpikan seseorang yang pernah menyelamatkan dia ketika dulu. Padahal dia sudah tahu abang Amirul yang selamatkan dia.

Amirul sudah siap dengan pakaian baju melayu, asyik ulang alik dari biliknya. Gelisah dan masih marah akan keputusan mama dan papanya akan mengahwinkan dengan Melur si hodoh.

“Abang, Kimi peningla asyik duk ke hulu ke hilir. Cuba duduk tenangkan diri tu,” tegur Hakimi sambil menggelengkan kepala. Dalam hati tersenyum sebab dia tahu abang dia risau takut diperli nanti, isteri hodoh macam Betty dalam cerita Mexico. Padahal abangnya itu tidak tahu akan perubahan besar pada Melur. Mereka semua bersekongkol untuk merahsiakan perkara ini kepada Amirul.

“Kau sedapla cakap, sebab bukan kau yang akan kahwin dengan si hodoh tu tapi aku!” bentak Amirul sambil merengus, geram.

“Abang akan terkejut nanti bila tengok bakal isteri abang,” Hakimi cuba memancing abangnya.

“Kenapa?” Soal Amirul cuak.

“Tunggu dan lihat saja nanti,” ujar Hakimi mengabaikan rasa marah yang terbuku di hati abangnya itu. Dia bangkit kemudian melangkah keluar dari bilik itu. Amirul ternganga tidak faham maksud adiknya itu

“Cepatla keluar Melur, bakal suami awak sedang tunggu tu. Akak rasa tak sempat nak solat sunat terus ngap masuk bilik,”usik mak andam. Semua yang ada dalam bilik itu turut tergelak sama.

Melur tarik mulut. Dia bangkit perlahan-lahan. Dengan lafaz bismillah dia mengatur langkah untuk keluar dari bilik pengantin.

Hakimi perasaan pengantin perempuan sedang meniti anak tangga untuk turun ke bawah. Dia pegun melihat gadis itu, bukan setakat abangnya akan cair dia dahulu yang cair. Hatinya bergetar hebat tapi cepat-cepat menepisnya. Dia menolak sedikit bahu abangnya lalu menjuih mulut ke arah anak tangga.

Amirul yang berdebar-debar tunggu masa mahu di akad nikahkan kalih sekilas ke arah Hakimi yang duduk di sebelahnya kemudian kalih ke arah anak tangga. Matanya membulat luas serentak bangkit dari tempat duduk. Matanya bagaikan tidak berkelip bila terlihat Melur yang sedang meniti turun anak tangga. Dia bagaikan dipukau oleh gadis itu. Melur yang dulu sudah tiada kini Melur kelihatan betul-betul jelita. Bila anak itik bertukar menjadi angsa dewasa itu perumpaan diberikan Amirul pada Melur.

Hakimi turut bangkit dia menapak lalu berdiri di tepi tangga. Dia hanya tunggu masa untuk keluar dari rumah itu tak sanggup rasa dia mahu mendengar akad nikah bakal dilafazkan oleh abangnya itu. Melur melangkah dengan perlahan-lahan, perasaan gemuruh semakin menebal di hati bila melihat semua mata yang memandangnya. Langkahnya menjadi tidak teratur, dia gugup bila berhadapan dengan situasi yang orang ramai ini.

Semasa meniti turun nasib dia malang,dia terpijak kain gaunnya sendiri imbangan badannya jadi tidak seimbang. Dia terkapai-kapai mahu sesuatu untuk berpaut, dia kelam kabut pandanganya kabur tiba-tiba kerana kanta mata yang dipakainya sebentar tadi tercabut. Badannya melayang turun ke bawah namun badannya sempat ditangkap oleh seseorang. Dengan penglihatan kabur Melur mengamati orang yang menyelamatkannya. Dia terkejut.

Wajah ini. Aku rasa aku kenal…ya dia. desis hatinya. Tangannya berpaut di lengan lelaki itu. Peristiwa lama menerjah di kotak pemikirannya.

“Awas!! Lelaki itu menolak badan Melur hingga terjatuh ke tanah.

“Terima kasih kerana selamatkan saya,” ujar Melur sambil mengagau sesuatu mencari kaca matanya yang tercampak entah ke mana.

“Kau cari apa?”

“Cermin mata saya.”

“Dah pecahla.”

“Pecah? Macamana saya nak balik nanti.”

“Akukan ada. kau ni. Pegang tangan aku.”

Melur tercari-cari tangan lelaki itu.

“Aduss, dia rabunla!”

“Terima kasih sekali lagi sebab selamatkan saya. Kalau tak mesti saya dah jadi arwah.”

“Dah sampai kau naik rumah. Nampakkan? Bagitahu nenek cermin mata kau pecah suruh nenek beli baru.”

“Terima kasih, siapa awak?”

“Kau tak kenal aku?” Melur menggeleng.

Aku Amirul. Ingat tu A.M.I.R.U.L

‘Ya tak silap lagi. Lelaki itu cinta pertama dan mati aku. Dari dulu dalam hati aku cuma ada nama itu saja. Tapi wajah tadi...’

“Kau okey ke?” Soal Hakimi lalu membetulkan kedudukan Melur.

“Kanta Melur tercabut. Melur nak cermin mata Melur.” Pinta Melur sambil menadahkan kedua tangannya.

“Nah,” Hakimi mengeluarkan cermin mata dari poketnya.

Melur mengamati cermin mata yang dihulurkan oleh Hakimi. “Ini bukan Melur punya.” Marahnya.

“Yang kau punya dah pecah aku ganti yang baru. Model baru. Cantik pun cantik dari kau punya.”

“Melur tak nak.” Bentak Melur pula

“Jangan banyak songeh boleh tak. Pakai jela.” Hakimi sudah mula bengang dengan kasar dia menyarung cermin mata itu pada Melur.

“ Abang Kimi boleh Melur tanya abang sesuatu tak?” Soal Melur bila pandangan sudah jelas.

“Apa? “

“Abang ke yang…” tak sempat Melur meneruskan bicara Amirul datang menerjah.

“Melur awak tak de apa-apa ke?” Soal Amirul, hatinya sangat teruja bila melihat kecantikkan Melur sebentar tadi. Dia bersyukur kerana tidak menolak Melur menjadi isterinya. Kenapalah dari dulu aku tak perasaan yang si Melur ni memang cantik kalau berhias. Nampak macam artis pun ada. “Jom kita ke depan, Amirul menarik lengan Melur.

Hakimi hanya memerhati dari jauh. Sakit hatinya bila Melur di bawa pergi oleh abangnya. Baru sekarang kau nak jatuh cinta dengan dia? sebab dia cantik? Ah, Hakimi kau memang ego! Hakimi berperang dengan perasaan sendiri. Akhir dia melangkah keluar dari rumah itu. Tak sanggup untuk melihat orang yang dikasihinya itu berkahwin dengan abang sendiri.

“Abang Mirul kita perlu berbincang sekejap,” ujar Melur. Dia perlu tahu sesuatu.

“Hrm,”Amirul membontot Melur dari belajar di suatu sudut.

“Abang masih ingat tak peristiwa abang selamatkan Melur dari di langgar kereta?” Melur memulakan sesi soal jawab.

Amirul mengerut dahi sebelum bersuara. “Bila tu? Pernah ke?”

“Abang tak ingat langsung perkara itu? masa Melur hampir dilanggar kereta dan kaki Melur berdarah lalu abang gendong Melur hingga ke rumah.”

Bertambah kerut di dahi Amirul memikirkan hal itu seketika kemudian dia mengelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu akan peristiwa itu.

“Sah bukan abang. Sia-sia penantian Melur selama kini, Melur tersilap jatuh cinta dengan abang, abang bukan cinta hati Melur. Jadi Melur tak nak perkahwinan ini diteruskan sebab bukan abang yang berada di hati Melur tapi seseorang yang cukup Melur benci,” luah Melur jujur kemudian dia berlari meninggalkan Amirul untuk mencari cinta pertamanya.

Amirul kelihatan terkejut dengan tindakkan spontan Melur itu termasuklah Encik Ruslan dan Puan Marissa. Semua yang berada di situ berbisik semasa sendiri.

Melur tercari-cari kelibat Hakimi di situ tapi bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan. Dia melangkah keluar dengan baju pengantin untuk mengejar si Hakimi. Dia tahu Hakimi sudah lari darinya.

“ Abang Kimi! Abang Kimi!” jerit Melur bila melihat kelibat Hakimi jauh di hadapannya. Dia berlari menghampirinya lelaki itu.

Hakimi yang berjalan seorang diri sambil membimbit kotnya berpaling ke belakang. Sebaik saja dia menoleh ke belakang serta merta ditampar oleh Melur dengan kuat, pipi terasa pijar seketika.

“Tak guna abang Kimi!” Marah Melur sambil menjerit ke arah Hakimi.

“Adus! Apa hal kau ni hodoh. Tak pasal-pasal tampar aku.” Marah Hakimi balik.

“Abang jahat, jahat. Jahat sangat.” Melur menangis tiba-tiba.

Hakimi memandang Melur dengan seribu persoalan.

“Abang yang selamatkan Melur dari di langgar kereta kan. Melur tahu dahi abang berparut tu disebabkan terhantuk dekat jalan raya kan? Abang jangan nak tipu Melur lagi.”

“Hey,hey apa yang kau nak mengarut ni. Abang Amirul yang selamatkan kau hari tu,”dalih Hakimi menafikan kenyataan hal yang memang benar.

“Sudah! jangan bohong lagi Melur dah tanya sendiri abang Amirul. Dia tak tahu apa-apa,” bantah Melur. Geram dengan Hakimi masih tidak mahu mengaku. Kenapa abang buat Melur macam tu?” Sambungnya lagi dengan suara sebak.

“Sebab... sebab. Sebab kau tak pernah nak suka kan aku. Di mata kau aku ni si pembuli. Aku buat baik kau tak pernah nak tengok,” jawab Hakimi suaranya turun naik.

“Macamana Melur nak lihat kebaikan abang, kalau abang asyik buli Melur,” Melur cuba membela diri.

“Aku buli kau sebab nak tarik perhatian kau. Kau asyik berkepit dengan nenek je kerja kau macamana aku nak dekat dengan kau,”

“Melur benci abang!” Melur memukul dada bidang Hakimi sambil menangis.

“Hey..hey..syhh…” Hakimi memegang kedua belah bahu Melur untuk memujuk gadis itu.

Melur menjatuhkan tangannya sambil mengesat air mata yang masih mengalir. “Kenapa abang buat Melur macam ni? Nasib baik Melur sempat tahu siapa cinta hati Melur. Kalau tak pasti Melur menyesal!”

Hakimi tersenyum senget. “Aku dah cuba bagi clue dekat kau, bagi hint tapi kau tak pernah nak nampak semua itu kau hanya nampak abang Mirul saja yang baik.” Hakimi cuba mengusik.

“Abang jahat!” tempelak Melur sambil tersengih dalam tangisan.

“Kimi! Melur! Apa semua ni?” Suara Amirul dari belakang dengan wajah berkerut seribu. Sekarang dia baru tahu cerita sebenar, rupanya Hakimi yang menyelamatkan Melur dan juga mencintai gadis itu dalam diam.

“Abang!” Jawab mereka serentak.

“Kau nak rampas Melur dari aku ke?” Suara Amirul kasar, dia memang sengaja. Muka dibuat bengis dalam hati mahu tergelak.

“Er..” Hakimi tergagap-gagap. “Sa..”

“Dush!”

Belum sempat dia menyambung bicaranya satu tumbukan hinggap di hujung bibirnya. Tapi Melur menghadiahkan dia satu penampar sekarang abangnya pula menghadiahkan penumbuk. Tempat saya sama pula tu, nasib baik tak berdarah tidak hilang kemacholannya.

“Rasakan! Kalau dah suka kenapa tak bagitahu awal-awal, kalau buatnya aku memang jatuh hati nak kahwin dengan dia tak ke kau akan makan hati berulamkan jantung sendiri!” Sindir Amirul dalam gurauan.

Melur dan Hakimi saling bertatapan. Masing-masing terpinga-pinga. Amirul mengaru kepala yang tidak gatal. Bahu Hakimi di tumbuk lembut.

“Aku restu perhubungan korang, dah cepat masuk rumah tok imam sedang tunggu nak akad nikah korang berdua.”sambungnya lagi.

“Abang…” panggil mereka serentak

“Aku tanya sekali kau nak ke tak nak kahwin dengan Melur ni? kalau tak nak aku ambil balik. Lagipun aku rasa aku dah mula sukakan imej Melur yang sekarang ni?” ugut Amirul dalam canda.

Hakimi seakan mahu menitis air mata bila Amirul memberi restu perhubungan dia dan Melur. “Abang, terima kasih,” ucapnya seraya memeluk tubuh sang abang.

Melur yang dari tadi memerhati tersenyum sambil mengesat air mata yang menitis turun.

Dengan sekali lafaz Hakimi sah menjadi suami kepada si hodoh Melur. Sebentuk cincin tersarung di jari manis Melur, dahi gadis itu dikucup lembut.

“Aku sayang kau si hodoh,” ucap Hakimi lembut.

Terbuntang mata Melur bila, Hakimi mengungkap begitu. Sesaat kemudian dia tersenyum manis. Hakimi menjungkit kening hairan kenapa Melur tidak marah seperti selalu.

“Yang hodoh ini jugalah menjadi isteri abang sekarang. Melur cintakan abang Kimi sebab abang cinta hati si hodoh," balas Melur dengan senyuman masih terhias dibibir.

Hakimi turut senyum sama. Dalam hati masing-masing berdoa agar ikatan perkahwinan ini dirahmati Illahi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.