Home Cerpen Fantasi INVI-Z BEL
INVI-Z BEL
Zakuan Faizz
9/11/2015 16:19:34
2,809
Kategori: Cerpen
Genre: Fantasi

HARI ini termasuk hari yang ke sepuluh, Ronald di buli oleh kawan-kawan barunya di sekolah. Dia baru sahaja berpindah di sekolah itu sejak tiga minggu yang lepas. Banyak perkara yang bermain di fikiran Ronald tentang dirinya yang sering dibuli. Sedangkan dia tidak pernah menganggu rakannya di kelas, malah lebih mendiamkan diri tanpa ada mengeluarkan sepatah perkataan pun dari mulutnya.

Mungkin juga mereka cemburu melihat Ronald yang sangat bijak apabila menjawab soalan yang ditanya oleh gurunya. Mungkin juga dia budak yang terlalu nerd dengan berkaca mata bulut berserta seluar yang dinaikkan tinggi melebihi pusatnya. Ronald hanya memendamkan perasaan sedih di dalam hatinya.

Ronald pernah juga melihat dirinya di hadapan cermin besar di dalam bilik tidur, namun tidak ada yang pelik baginya. Cuma perwatakan dan pemakaiannya seperti ayahnya, iaitu Mr. Referd seorang saintis persendirian.

Ketika itu, Ronald pulang ke rumah dengan pakaian yang sungguh kotor terkena tanah dan lumpur. Ibunya, Mrs. Lucy sangat terkejut dengan keadaan Ronald seperti pulang daripada kandang.

“Kamu pergi mana sampai kotor macam ni? Apa yang kamu buat? Kamu tak ke sekolah harini?”

Ronald hanya menundukkan kepala. Dia tidak mahu melawan kata-kata mamanya itu. Dia juga tidak akan memberitahu perkara yang sebenar terjadi sewaktu di sekolah. Kalau dia cuba membuka mulut tentang kes buli, sudah pasti mamanya akan terus marah padanya. Lebih baik dia terus berfikir seperti orang dewasa dengan kesesuaian umurnya enam belas tahun ketika itu.

Mamanya tidak akan menyimpan perkara itu sendiri. Dia akan mencari peluang untuk memberi tahu suaminya tentang anaknya seperti itu. Mungkin kali ini Ronald akan dipukul oleh papanya. Perasaan takut sudah menyelubungi fikiran Ronald. Kalau papanya memukul Ronald, mesti menggunakan getah paip yang ada di dalam bilik air. Berbirat juga apabila getah tersebut mengena badannya. Kalau hendak tidur, pasti dia akan mengiringkan badan supaya tidak terkena bahagian yang luka di atas permukaan katil.

“Ronald, Ronald!”

Ronald sudah boleh mengagak apabila papanya telah memanggil Ronald dengan nada meninggi. Pasti papanya sudah bersedia dengan getah paip di tangannya. Ronald hanya berjalan perlahan menuju ke ruang tamu rumah.

Yes, dady,” balas Ronald perlahan.

Tiba sahaja di ruang tamu rumah, jelas terpacul tubuh papa dengan mama yang sedang berdiri tegak melihat Ronald. Ronald terus memandang ke arah mereka. Terkejut juga apabila melihat papa di hadapannya. Kini, getah paip yang disangkakan tadi tidak dipegang oleh papanya. Dia juga sedikit hairan dengan papa yang suka beralih angin di dalam menentukan sesuatu perkara. Apa-apa pun dia telah terselamat daripada di pukul.

“Mama kamu kata, kamu tak ke sekolah, betul?”

Ronald menggelengkan kepalanya.

“Ronald kalau kamu ke sekolah tak akan baju kamu kotor sampai macam tu sekali?” sampuk mamanya yang cuba melemparkan persoalan yang sangat panjang.

Yes, I will tell you the truth,” jawab Ronald pendek.

Ketika itu, memang sukar kata-kata sebenar yang ingin di lepaskan daripada mulut Ronald. Kalau dia cuba memberitahu soal kawannya di sekolah, sudah pasti papanya akan ke sekolah pada hari berikut untuk membuat aduan. Tapi, dia langsung tidak mahu perkara seperti itu teus berlaku.

Secara tiba-tiba telefon berdering dengan nyaring. Sungguh lega perasaan Ronald ketika itu. Papanya terus menghampiri telefon dan mengangkat gagangan telefon dengan pantas lantas diletakkan ke telinganya. Ketika itu, mamanya masih lagi di hadapan Ronald. Dia seperti tidak sabar untuk mengetahui perkara yang sebenar.

“Ronald, tell me now! Mama nak kamu cakap perkara sebenar sama ada kamu ke sekolah atau pun tidak.”

Ronald menghembuskan nafasnya beberapa kali. Namun, kata-kata itu tidak juga terlepas daripada mulutnya. Papanya masih lagi sedang bercakap di dalam telefon. Ketika itu, suatu bau yang tidak menyenangkan menyengat hidung mereka berdua. Dengan pantas, mama Ronald beredar dari situ.

“Oh, no, my cake!” Mamanya sangat terkejut apabila melihat kek yang dibakar ke dalam ketuhar itu sudah hangus.

Kini, Ronald terlepas dengan pertanyaan yang membuatkannya bercelaru. Tak lama kemudian, dia terus naik ke atas biliknya. Matanya sempat mengerling ke wajah papa yang sedang bercakap di telefon. Papa seperti tidak kisah tentang Ronald pada ketika itu. Oleh itu, Ronald terus memanjat anak tangga menuju ke biliknya.

Tiba sahaja kakinya ke dalam bilik tidur, dia terus menutup pintu. Kemudian, dia mengunci pintu tersebut untuk tidak membenarkan sesiapa masuk termasuk mama dan papanya. Kakinya terus melangkah menuju ke katil empuknya. Sungguh malang nasibnya apabila mengenangkan dirinya yang suka dibuli oleh rakan-rakan sekolah. Dalam hatinya, dia bukan tidak mahu untuk melawan rakan-rakannya, tetapi dia tidak dapat untuk membalas perbuatan rakan-rakan yang terlalu ramai menganggunya ketika di sekolah. Ronald terus terbaring di atas katilnya itu. Matanya tertutup perlahan. Dia terus tidur hingga di buai mimpi.

“Ronald, mama dengan papa nak keluar dari rumah, mungkin juga malam nanti mama dan papa akan pulang.”

Ronald terkejut dengan jeritan mamanya pada pagi itu. Dia hanya menganggukkan kepala. Kemudian, melihat jam ditangannya.

“Oh my.”

Dia terkejut kerana tidur seharian tanpa ada sesiapa yang mengejutnya untuk makan malam semalam. Untung sahaja ketika itu hari cuti. Dia terus menyelak selimut yang menutup badannya. Kemudian, bangun menghampiri tingkap biliknya itu. Sempat Ronald melihat ibu bapanya yang telah keluar menaiki kereta. Harini dia berasa sungguh lega tanpa ada mama dan papanya yang asyik memarahinya.

Tak lama kemudian, Ronald terus mencapai kain tuala yang tersangkut di ampaian. Melangkah pergi menuju masuk ke dalam bilik air. Selang beberapa minit kemudian, Ronald keluar daripada bilik air dalam keadaan menggigil. Apa tidaknya mandi di waktu pagi yang sangat sejuk suhunya. Dengan pantas, dia terus mengenakan pakaian ke tubuhnya.

Setelah itu, Ronald terus turun dari biliknya menuju ke dapur. Jelas kelihatan saji menutup meja makan.

‘Mama mesti masak sesuatu.’

Kata Ronald di dalam hati. Sempat juga dia tersenyum sebelum membuka tudung saji yang terletak kemas di atas meja makan itu. Tanpa berlengah lagi, dia terus membuka tudung saji tersebut. Jelas kelihatan sepinggan sosej dengan ketang putar. Ia membuatkan Ronald sungguh berselera. Dengan pantas, tangannya mencapai pinggan dan sebatang garfu di atas almari sebelah singki. Satu-persatu sosej dia cocok menggunakan garfu dan diletakkan di atas pinggan kaca itu.

Setelah selesai bersarapan, Ronald kembali ke bilik tidurnya. Dia terus menghampiri sebuah komputer yang berada di atas sebuah meja. Tangannya menyentuh laju pada papan kekunci tersebut. Jelas terpampang di skrin komputer tersebut satu game online yang diminati oleh budak remaja pada zaman sekarang. Sungguh asyik Ronald melayan game tersebut sehingga beberapa jam.

Kini, kebosanan sudah mula bermain di keliling kepalanya. Dia terus menutup komputer tersebut. Kemudian, berjalan menuju ke tingkap biliknya. Matanya memerhatikan kawasan sekeliling dengan tajam sekali. Apabila bebola matanya meliar ke kawasan halaman rumah, dia ternampak sebuah makmal papanya yang berdiri kukuh.

Terdetik hatinya untuk terus keluar ke halaman rumah menghampiri makmal papanya. Ingin sekali untuk meninjau keadaan di dalam walaupun papanya marah jika ada sesiapa yang cuba masuk ke kawasan makmal.

Tiba sahaja di hadapan pintu makmal, Ronald memerhatikan sebuah mangga yang tergantung di pintu itu. Berkelip-kelip matanya apabila melihat mangga tesebut dipanah cahaya matahari.

“Mana papa letak kunci?” soal Ronald sendiri.

Dia cuba mengingat sesuatu tentang papanya meletakkan kunci makmal.. Dia juga pernah melihat papanya menyorokkan anak kunci tersebut.

“Oh, di bawah batu belakang makmal.”

Untung sahaja ingatannya kuat ketika itu. Tanpa membuang masa, dia terus menuju ke belakang makmal. Apabila dia mengangkat sebuah batu yang agak besar itu, kelihatan anak kunci yang sedikit tertanam di dalam tanah kerana terlalu lama dibiarkan di situ.

Yes, pintu dah boleh buka.”

Kakinya terus melangkah masuk ke dalam setelah memulas tombol pada pintu.

“Wah,” Ronald sangat terkejut dengan keadaan makmal papanya dipenuhi peralatan yang sangat canggih itu.

Dia terus menghampiri barang-barang aneh di atas meja itu untuk mendapatkan jarak pandangan yang lebih jelas. Semua perlatan itu belum pernah dia lihat dengan matanya sebelum ini. Oleh sebab itu, papa bertindak untuk mengunci dan melarang sesiapa masuk ke makmalnya itu.

Ronald terus berjalan sambil melihat peralatan canggih yang tersusun di atas meja kajian papanya. Secara tiba-tiba, dia tersepak sebuah kotak besi berwarna emas di sebelah kaki meja. Kemudian, dia terus membuka kotak besi tersebut. Kelihatan banyak barangan pelik yang berada di dalam kotak besi itu.

Ronald terus menyelongkar barang yang ada di dalam kotak besi itu. Setelah itu, tangannya tersingkap sehelai kain dan terus mengangkat kain itu. Secara tiba-tiba, kain itu menghilangkan tangannya. Dia sungguh terkejut, lalu mencampakkan kain itu ke lantai. Jelas kelihatan satu label pada kain itu. Ronald terus mengambil kain itu semula.

Invisible?”

Ronald berasa pelik. Dia mencuba kain itu sekali lagi ke atas tangannya. Ternyata benar kain itu adalah kain halimunan. Setelah itu dia terus keluar dari makmal dan mengunci makmal itu semula. Dengan pantas kakinya berlari masuk ke dalam rumah menunju ke bilik.

Tiba sahaja di dalam bilik, Ronald terus mengenakan kain itu ke atas badannya sambil berdiri menghadap cermin. Memang seperti realiti kerana kain itu dapat menghilangkan badan Ronald daripada penglihatan. Dia terus terbaring di atas katilnya sambil memegang kain itu. Ronald seperti memikirkan sesuatu sambil memerhati setiap permukaan kain yang cantik itu. Secara tiba-tiba dia mendapat satu idea.

                                                    ***

Ketika itu, Ronald telah masuk ke bilik Stephen dengan memakai kain halimunan ke atas badannya hingga menutupi kepalanya. Kelihatan Stephen sedang nyenyak tidur. Dia cuba menarik kaki Stephen beberapa kali hingga mengejutkan Stephen daripada tidur.

“Siapa tu?” soal Stephen dengan perasaan terkejut.

Ronald mengulangai perbuatannya itu. Stephen terkejut selepas terasa kakinya ditarik sesorang sekali lagi. Namun, dia langsung tidak melihat tubuh manusia yang berada di dalam biliknya. Ronald hanya ketawa di dalam hati. Dia berasa sangat lucu selepas melihat tingkah-laku Stephen yang sudah takut ketika itu.

“Siapa tu? Jangan main-main dengan aku.”

Jerit Stephen sekali lagi.

“Aku Ronald,”

“Ronald?”

Stephen terus bangun daripada tempat tidurnya. Dia cuba mencari-cari keberadaan Ronald ketika itu. Namun, langsung tidak menjumpainya. Secara tiba-tiba, buku di atas meja Stephen di angkat oleh Ronald. Stephen telah mula berdebar dengan perbuatan Ronald yang tidak dilihat olehnya. Kini, Ronald dapat membalas perbuatan Stephen yang suka membulinya di sekolah. Dia tidak putus-putus menganggu Stephen dengan pelbagai cara sehinggakan Stepehen meracau-racau.

Ibu bapa Stephen terus masuk ke dalam bilik Stephen setelah mendengar suara anaknya yang menjerit-jerit ketakutan ketika itu. Ronald terus berhenti daripada melakukan perkara itu buat seketika. Dia tidak mahu menakutkan ibu bapa Stephen. Stepehen terus di bawa keluar dari bilik. Mamanya menenangkan Stephen daripada terus meracau. Ronald seperti berpuas hati menerusi lagaknya ketika itu. Kini, perbuatan si pembuli telah pun dia balas. Untung sahaja ada kain halimunan papanya itu.

Ketika di sekolah, Stephen tidak lagi cuba menganggu Ronald. Dia seperti sudah fobia dengan kejadian lepas yang menganggunya ketika itu. Stephen tidak lagi mendekati Ronald. Kawan-kawannya yang lain memandang serong terhadap Stephen yang sudah mula menjadi penakut. Ronald hanya tersenyum melihat Stephen seperti budak pengecut.

                                                   TAMAT.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zakuan Faizz