Wajahnya aku
tenung. Riak wajahnya begitu suram menunjukkan perasaannya ketika itu.Aku tahu
segalanya telah berubah setelah dia mendapat tahu tentang hubungan sebenar
antara aku dengan Zulaikha.
"Maafkan
abang Zara.Abang tak boleh rahsiakan lagi hal ini dari Zara. Abang tahu perit
untuk Zara terima. Tapi Zulaikha memang sudah sah menjadi isteri abang."
Dirinya
tersandar ke dinding. Perlahan-lahan gugur air matanya. Sungguh, aku juga rasa
berdosa. Ya, anggaplah aku seorang suami yang gagal. Aku akui aku langsung
tidak mampu mempertahankan hubungan ini lagi. 5 tahun lamanya aku menunggu
zuriat dari hubungan ini.Namun masih gagal. Aku sudah tidak mampu bersabar
lagi.
Walaupun
saban hari Zara melayanku dengan penuh kasih sayang, tak ubah seperti melayan
seorang raja. Tapi hati aku benar-benar sunyi. Zuriat yang ku tunggu-tunggu
dari dulu belum tentu akan ku terima. Akhirnya aku akur dengan segala tomahan
dan kata-kata yang ku terima selama ini. Isteriku mandul. Tidak punya kemampuan
untuk melahirkan seorang khalifah ke muka bumi ini.
Sungguh aku
juga punya perasan malu pabila ditomah sebegini rupa. Akhirnya aku mengalah. Atas
desakan rakan-rakan dan keluarga, diam-diam aku bernikah dengan Zulaikha .Bekas
kekasih lamaku yang dari dulu setia menagih kasih sayang dari ku.
Zara
didepanku masih tersandar didinding. Masih belum dapat menerima hakikat dirinya
telah aku duakan.
"
Kenapa abang buat Zara macam ini? Sebab Zara tak mampu beri abang zuriat ke?
Sebab tu abang duakan Zara?"
Perlahan aku
mengangguk mengiakan pertanyaannya. Maafkan abang sayang. Abang masih sayangkan
Zara. Tetapi tanpa zuriat, hubungan ini terasa semakin hambar. Seolah-olah
tidak lagi bermakna buat ku. Semakin hari semakin terasa jarak antara kita
semakin jauh.
"Dah
berapa lama abang duakan Zara?"
Aku
tersentak mendengar pertanyaan Zara. Aku tahu lambat laun pasti aku perlu
ceritakan segalanya kepadanya.Perlahan-lahan aku menjawab soalannya.
"Hampir
5 bulan.."
"Sudah
berapa bulan kandungannya?"
Suaranya
bergetar tatkala menuturkan soalan itu.
Aku terdiam
seketika. Jika tidak kerana kehamilan Zulaikha..Pasti aku masih mendiamkan diri
mengenai pernikahan kami.
"3
bulan...."
Zara
mendiamkan dirinya. Terpampang perasaan kecewa di wajahnya. Matanya masih merah
gara-gara menangis tatkala aku menceritakan hal pernikahan ini. Hampir 10 minit
mendiamkan dirinya, akhirnya dia membuka mulut.
"Zara
dah tak layak nak kata apa pun. Zara dah tak mampu halang abang. Kalau ini
jalan yang abang pilih. Zara redha bang, Zara sedar Zara tak layak nak kata
apa-apa sedangkan zara tak mampu beri abang zuriat. Cuma Zara terkilan dengan
sikap abang. Kalau abang minta izin dari Zara, Zara benarkan abang bernikah
sekali lagi.Sebab Zara sedar kelemahan Zara.Tapi bila abang rahsiakan semua ni
dari Zara, Zara terkilan abang. Selama ni ramai yang mengata Zara. Mengutuk
Zara tanpa Zara sedar. Zara sedar kekurangan Zara..."
"Zara..abang.."
"Tak
apalah abang, Zara redha. Zara akan cuba ikhlaskan hati Zara. Cuma Zara harap
abang mampu berlaku adil. Zara balik dulu, assalammualaikum..."
Ekor mata ku
memerhati langkahnya keluar. Zulaikha pula menjengukkan kepalanya dari tingkat
atas. Aku tahu dia juga rasa bersalah. Namun sudah terlambat untuk ku undur
semula.
Zara ku
nikahinya ketika dia baru berumur 19 tahun. Masih baru hendak melanjutkan
pengajiannya. Saat pertama kali melihatnya, hatiku benar-benar terikat
dengannya. Lantas aku meminta keizinan dari ayahnya.
Tanpa sebarang halangan, ayahnya bersetuju
menikahkan anaknya kepada ku. Mungkin kerana dia takut tiada siapa akan menjaga
Zara selepas ketiadaannya. Zara tidak punya sesiapa lagi kecuali ayahnya.
Ibunya sudah lama meninggal dunia tatkala dia masih kecil lagi.
Sangkaan ku
benar sekali. Setahun selepas aku menikahinya, ayahnya pula pulang menghadap
Ilahi. Saat itu cuma akulah keluarga yang dia ada. Zara ku jaga seperti
menatang minyak yang penuh. Ku impikan dapat membina keluarga yang bahagia
dengannya.
Namun pabila
bertahun lamanya menunggu zuriat darinya, aku mula tawar hati. Bahkan aku juga
teramat malu tatkala orang disekelilingku mempertikaikan keupayaan ku. Saat itu
aku tekad untuk menduakannya demi mendapatkan zuriatku sendiri.
Saban hari
hubungan ku dengan Zulaikha semakin intim. Sama-sama menghitung hari menunggu
kelahiran zuriat ini. Aku lebih kerap berada disamping Zulaikha berbanding
Zara. Entah mengapa perasaan sayang ku terhadap dirinya semakin berkurangan.
Zara juga
seakan berubah sama. Jika dulu melihat ku pulang, pasti matanya bersinar dan
senyuman manis terukir diwajahnya itu. Namun segalanya kian berubah. Tiap kali
melihat dia tersenyum, aku dapat rasakan jiwanya kosong. Salah aku kah hubungan
ini kian dingin? Aku juga lelaki biasa yang mahukan keluarga yang bahagia.
Ingin melihat zuriatku berlari-lari dihadapan ku. Ingin mendengar suara anakku
memanggil aku ayah. Salahkan aku mahukan kehidupan seperti lelaki-lelaki lain
yang bahagia bersama keluarga.
Bila dia
mendekati ku, pasti cepat-cepat aku berpura-pura memejamkan mata. Hambar. Bagiku
tiada apa yang tinggal antara kami berdua. Esoknya tatkala aku mahu melangkah
keluar, tangannya menarik tanganku lalu disalami dan diciumnya. Rutin sejak
hampir 6 tahun lagi. Tidak pernah sekali pun dia lupa akan tanggungjawabnya
sebagai isteri.
"Abang, sabtu malam abang ingat lagi kan? Abang janji dengan Zara. Kita nak keluar makan
berdua? Abang jangan lupa tau. Zara tunggu abang dekat tempat biasa..."
Lantas aku
menarik tanganku.
"Tengoklah..kalau
abang ada masa...."
"Tapi abang dah janji...."
" Eh...kau tak faham bahasa ke? Kan dah cakap, kalau aku ada masa aku
pergi! Kau ingat aku nak kena fikir hal kau seorang je ke? Zulaikha tu dah
sarat nak bersalin dah. Dia yang aku patut utamakan sekarang!"
Buat
seketika dia terkedu tatkala mendengar aku meninggikan suaraku.
" Kalau
aku tak jadi, nanti aku beritahu..."
Lantas aku
bergegas ke kereta tanpa menghiraukannya walaupun aku pasti ketika itu air
matanya mengalir gara-gara kekasaran ku.
"You
tak nak balik rumah ke?"
Aku
menggelengkan kepalaku.Wajah zuriat ku yang sedang khusyuk tidur aku perhatikan.
Tersenyum lebar aku pabila melihat dia buat kali pertama. Berakhir sudah
penantianku selama ini. Terasa satu kepuasan pabila dapat mendakap zuriat
sendiri.
"You,
takkan tak balik langsung.Kasihan Zara.Mesti dia..."
"Dia
ok. You jangan risau. Sekarang yang penting I nak you cepat sembuh dan anak
kita cepat besar."
Zulaikha
terdiam. Mungkin dia juga sudah masak dengan perangaiku. Tiba-tiba telefon ku
berbunyi. Pasti mesej dari Zara. Aku tahu dia pasti sedang menungguku. Namun
hati ku semakin tawar. Sudah lama terniat untuk ku melepaskannya pergi. Mungkin
kami akan lebih bahagia begini. Cepat-cepat aku menekan butang off. Bagiku
Zulaikha lebih memerlukan perhatianku buat masa ini.
"Kau
buat apa datang sini?"
Zara
tersenyum memandang wajah ku. Timbul rasa tidak senang tatkala melihat dia
berdiri diluar kediaman ku dan Zulaikha.
"Zara
datang nak jenguk kak Zulaikha.Abang tak nak jemput Zara masuk ke? Zara
teringin nak tengok anak abang."
Wajahnya
kutatap. Entah mengapa hati ku terasa bersalah pabila melihat wajahnya. Aku
tahu Zara ikhlas. Namun entah mengapa aku juga terasa berat hati mahu menemukan
Zara dan Zulaikha. Apatah lagi pabila kedua ibu bapa Zulaikha ada dirumah.
"Jumpa
lain kalilah. Mak ayah dia ada disini."
"Kalau
macam itu apa salahnya? Boleh Zara jumpa mak ayah dia sekali."
"Kalau dah kata lain kali, lain kalilah! Kenapa tak nak dengar?"
Wajahnya
berubah pabila aku meninggikan suara. Buat seketika dia terdiam.
"Tak
apalah kalau macam tu. Zara balik dulu."
Dihulurkan
tangannya untuk menyalami tanganku. Cepat-cepat aku menarik tanganku. Entah
syaitan mana merasukku sehinggga berkelakuan sedemikian.
Seakan
memahami diriku, cepat-cepat dia melangkah pergi meninggalkan teratak aku dan
Zulaikha. Malam itu akhirnya aku mengambil keputusan.
"Zara,duduk.
Ada benda yang nak aku bincangkan..."
Seakan faham
akan isi hatiku, cepat-cepat dia berjalan menuju ke dapur.
"Zara..duduk!
Dah sampai masa aku buat keputusan!"
"Zara
tak mahu dengar.Zara tak kan dengar apa yang abang nak cakap!"
Telapak
tanganku langsung singgah ke pipinya tanpa aku sedari pabila mendengar dia
meninggikan suaranya. Di usapnya pipinya yang telah aku tampar tanpa aku
sedari. Air matanya lantas menitis.
Tanpa aku
sempat berkata apa-apa, dia lantas berlari keluar rumah lalu memecut keretanya
dengan laju. Buat seketika aku terkesima. Langsung tidak terniat di dalam
hatiku untuk menyakitinya. Belum sempat aku mengejarnya, tiba- tiba aku
terdengar bunyi dentuman kuat berhampiran rumah itu. Lantas aku berlari keluar
sambil hati menidakkan anggapan buruk ku itu. Ya, sangkaanku benar sama sekali.
Keretanya yang dipandu laju bertembung dengan kenderaan lain.
Orang ramai
mula mengelilingi kawasan kemalangan itu. Lantas aku berlari kearahnya. Ku
lihat Zara sudah terkulai lemah dilumuri darah. Cepat-cepat aku mengangkatnya
keluar dari keretanya yang remuk. Ku usap-usap wajahnya sambil
memanggil-manggil namanya. Langsung tiada respon. Allah...
"Zara,
abang minta maaf Zara. Jangan tinggalkan abang. Zara...Zara!!!"
Aku tersedar
dari mimpi burukku pabila terasa rambut ku diusap lembut.
"Abang,
Zara ada dekat sini..."
Baru daku
tersedar yang jeritan ku membuatkannya turut terjaga dari tidurnya. Sungguh aku
berasa lega tatkala melihat wajahnya.
"Allah!
Abang dah kacau Zara tidur, abang minta maaf. Zara rehat ye..."
Cepat-cepat
aku menyelimuti tubuhnya.
" Zara
tak boleh tidur. Boleh abang baring sebelah Zara?"
Aku
mengangguk. Lalu membaringkan diriku disebelahnya secara perlahan. Tubuhnya ku
peluk dengan penuh kasih sayang. Sudah lama aku tidak melayannya sedemikian
rupa.
"Zara
minta ampun dekat abang. Zara tinggalkan rumah tak minta izin abang, sebab tu
Allah marah dekat Zara..."
"Sayang, abang yang patut minta maaf dekat Zara. Banyak dosa abang dekat
Zara.Zara maafkan abang ye?"
Buat
seketika dia hanya tersenyum.Perlahan-lahan dia menutup matanya. Aku tahu dia
masih lagi tidak sihat. Ku biarkan dia berehat. Perlahan-lahan aku mengucup
dahinya. Perasaan ralat menyelubungiku. Entah bila kah kali terakhir aku
berbuat sedemikian kepadanya. Entahkan bila aku benar-benar mengabaikan
tanggungjawab ku kepadanya.
Betapa aku
bersyukur tatkala doktor mengesahkan dia hanya mengalami kecederaan ringan dan
sedikit luka dikepalanya.Sungguh aku benar-benar takut tatkala membayangkan
nyawanya melayang ketika itu.Malam itu aku sujud syukur pada yang Maha Esa
kerana masih lagi memberi ku peluang menebus khilafku.
" Akak
minta maaf dekat Zara. Akak rasa malu nak berdepan dengan Zara."
"Akak,
apa yang akak nak malukan. Abang Mukhriz nikahi akak secara elok. Sah. Akak ada
hak sebagai isteri dia."
"Tapi
akak sampai sekarang rasa bersalah dekat Zara."
"Jangan
cakap begitu, Zara bersyukur sebenarnya. Kalau tak sebab akak, Zara dengan
abang Mukhriz tak kan dapat pegang Aisya sekarang."
Dikucupnya
dahi bayi yang sedang nyenyak tidur itu. Rambut lebat bayi itu diusapnya
perlahan. Sebentar lagi majlis cukur jambul Aisya akan bermula. Sayang pula dia
mahu melihat rambut itu dicukur sebentar lagi.
"Zara
pun boleh. Akak akan doakan untuk Zara."
Zara tersenyum
lalu kemudian menggelengkan kepalanya.
"Zara
tak boleh akak. Zara tahu. Sebab tu Zara bersyukur sangat dapat tengok Aisya.
Rasa macam zuriat sendiri. Kalau akak izinkan?"
Zulaikha
mengangguk. Dia langsung tidak menyangka madunya sebegitu baik hati. Zara
langsung tidak menunjukkan riak marahnya sebaliknya menerima kehadirannya
dengan hati yang terbuka.
Dari jauh
aku tersenyum melihat kedua-dua orang isteriku. Tebit rasa bahagia dihatiku.
Allah kurniakan aku dua orang isteri yang solehah. Sungguh aku tidak pernah
rasakan bahagia seperti ini. Usai kenduri, aku naik ke bilik atas. Sengaja aku
sediakan bilik itu buat Zara. Risau jika-jika dia masih belum sembuh dan
perlukan rehat.
"Sayang,
kenapa tak turun makan? Mereka cakap Zara sentuh makanan sikit je. Sayang ok
tak?"
"Zara
ok. Sakit kepala sikit je"
Ku dekatinya
dan kupeluk tubuhnya perlahan-lahan. Sakit kepalanya makin kerap menyerang.
"Nak
abang picitkan?"
Dia lantas
menggelengkan kepalanya.
"Tak
payahla sayang.Zara makan ubat nanti hilanglah sakit ni."
" Ok.
Tapi nak makan ubat sayang kena turun makan nasi dulu. Nanti pedih perut pula.
Kita turun makan dulu ye sayang?"
"Abang
turunlah dulu.Makan dengan kak Zulaikha dulu ye.Sekejap lagi Zara turun makan
Zara nak solat dulu."
" Betul ni?"
" Betul..."
"Ok..kalau macam tu lepas solat turun makan ye? Abang tunggu?"
Dahinya ku
kucup lembut. Baru sahaja aku mahu meninggalkannya, tangannya menarik tanganku.
"Abang,
terima kasih."
"Untuk apa?"
"Untuk
semua ni. Zara rasa bahagia sangat."
"Abang pun. Dah, cepat solat. Abang tunggu Zara dibawah tau?"
Dia mengangguk. Perlahan-lahan tanganku dilepaskan.
"Abang..."
" Ye sayang?"
“Zara rindu
abang…”
Aku
tersenyum lalu mahu melangkah pergi tatkala zara memanggilku lagi.
“Abang..”
“Ye
sayang..apa lagi?”
"Zara sayangkan abang..."
Aku
tersenyum sekali lagi pabila mendengar kata-katanya itu.
"Abang
pun.."
Tuturku
perlahan sebelum turun kebawah.
Aku melihat
jam ditanganku. Sudah lebih dari setengah jam namun Zara masih belum turun.
Lantas aku menaiki anak tangga keatas. Pabila pintu bilik dibuka, kulihat dia
sedang berbaring diatas sejadah dalam keadaan lengkap bertelekung.
"
La...tidur ke? Sayang bangun, kita turun makan ye?"
Senyap.Tiada
respon darinya. Pasti dia benar-benar kepenatan sehinggakan tertidur. Ku dekati
dirinya. Dengan lembut ku gerakkan lengannya untuk membangunkannya. Tiada
respon darinya. Hatiku mula terasa sesuatu.
Perlahan-lahan
aku memusingkan tubuhnya menghadapku. Alangkah terkejutnya diriku melihat ada
sedikit kesan darah mengalir dari hidungnya. Namanya ku panggil berkali-kali.
Masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat seakan-akan begitu nyenyak lenanya.
Perlahan-lahan
ku usap kesan darah yang mengalir dihidungnya. Degupan jantung ku juga seakan
terhenti tatkala ku tidak dapat merasakan hembusan nafasnya. Perlahan-lahan
juga tanganku mencari nadi dipergelangan tangannya. Senyap. Tiada lagi degupan
jantungnya menandakan dirinya sudah tidak bernyawa.
Zulaikha
yang dari tadi menunggu ku turun ke bawah bersama Zara tiba-tiba muncul di muka
pintu lantas mendekati ku dan Zara. Wajahnya begitu terperanjat tatkala melihat
keadaan zara. Perlahan-lahan tangannya mencapai pergelangan tangan Zara.
"You...Zara dah..."
Aku lantas
mengangkat tubuh kaku Zara.
"I nak
pergi hospital..Zara mesti tak apa-apa! Doktor mesti boleh buat sesuatu!"
Zulaikha lantas
memegang kuat tanganku menandakan dia tidak membenarkan aku membawa Zara pergi.
Direnung tepat kedalam anak mataku. Matanya mula kelihatan berkaca. Begitu juga
mataku.
"You...tak
guna you pergi hospital. Dah terlambat...Zara dah tak ada..."
Seakan-akan
dipanah petir pabila kumendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zulaikha.
Perlahan-lahan aku mengangguk tanda faham akan tindakan Zulaikha.
Perlahan-lahan tubuh kakunya itu aku baringkan keatas katil.
Wajahnya
sebegitu tenang seolah-olah sedang nyenyak tidur. Air mataku langsung tidak
dapat dikawal lagi.Perlahan-lahan ku dakapkan wajahnya
kedadaku...Allah...Allah...Allah...Isteriku sudah lagi tidak bernyawa. Air
mataku juga semakin lebat menuruni pipiku. Masih terngiang-ngiang tutur kata
terakhirnya kepada ku. Perlahan-lahan aku bisikkan di telinganya. "Abang
pun sayang...abang pun sayangkan Zara..."