Home Cerpen Cinta Biarkan Aku Berlalu Pergi
Biarkan Aku Berlalu Pergi
SHAHLAWATI ABDUL WAHID
3/4/2016 01:08:08
5,435
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Nuha mengambil cuti selama beberapa hari dan pulang ke kampung, rindu pula pada mak dan ayah. Lama jugalah Nuha tidak pulang ke kampung. Adalah hampir 2 bulan. Di samping melawat mak ayah, ada sebab juga Nuha pulang ke kampung. Nuha bercadang nak berjumpa dengan Luqman. Nuha nak pastikan bahawa Luqman okey. Risau juga Nuha dengan Luqman, macam-macam perkara berlaku pada Luqman. Nuha berdoa supaya Luqman baik-baik sahaja.

Perjalanan ke kampung berjalan dengan lancar. Nuha tidak sabar untuk sampai ke kampung. Sepanjang perjalanan, Nuha banyak berfikir. Tidak tahu apa yang Nuha fikirkan. Namun hal itu sedikit mengganggu Nuha. Nuha berasa ada sesuatu yang berlaku pada Luqman. Tetapi tidak pasti apa sebenarnya.

"Aishhh, sabar Nuha. Bertenang, rileks, tarik nafas". Nuha mengomel sendiri.

"Kejap lagi nak sampai rumah dah, sabar ...sabar .." Nuha buat-buat senyum sendiri.

Akhirnya , sampai juga Nuha di kampung dengan selamat. Tersenyum sepanjang jalan masuk ke kampung. Rindu pada kampung halaman. Sawah padi terbentang luas. Tali air tempat dia berkubang dengan kawan-kawan termasuk Luqman segar dalam ingatan. Alangkah indahnya zaman kanak-kanak, yang ada hanya inggal kenangan.

"Alhamdulillah... Sampai dah". Ucap Nuha dalam hati.

"Assalamualaikum.. Assalamualaikum" Nuha memberi salam setibanya di depan pintu

rumah. Tetapi tiada jawapan yang kedengaran.

"Waalaikumussalam". Terdengar sahutan dari belakang rumah.

"Laaa, mak dengan ayah kat belakang ke? Nuha ingat takde orang tadi". Nuha berkata lagi.

"Ada ni, ibu dengan ayah di belakang tadi. Mengemas stor di belakang. Tak dengar pula bunyi kereta Nuha tadi". Balas ibunya.

Nuha bersalam dengan ibu dan ayahnya.

"Marilah kita masuk, panas ni". Sambung ibunya lagi.

Nuha masuk ke bilik dan meletakkan begnya lalu mencapai tuala yang tersidai dan terus menuju ke bilik air. Selesai mandi dan bersolat, Nuha menuju ke dapur dan membantu ibunya menyediakan makanan tengahari. Ayahnya pula ke surau untuk solat berjemaah dengan orang kampung. Selepas bersara sebagai pengawal keselamatan, ayahnya banyak menghabiskan masa dengan membuat kerja-kerja kampung.

"Ayah, mari kita makan sama". Nuha menjemput ayahnya makan.

"Iyalah". Balas ayahnya.

Pak Aziz terus menutup surat khabar bingkas bangun menuju ke dapur. Hari ini pasti Pak Aziz berselera sebab Nuha ada bersama. Sudah lama Nuha tidak pulang ke kampung. Maka hari ini hari yang indah bagi Pakcik Aziz dan Makcik Noor sebab anak kesayangan mereka ada bersama.

Sambil menjamu selera, mereka sekeluarga bersembang panjang. Maklumlah lama tidak berjumpa. Walaupun ada berhubung melalui penggilan telefon, namun tidak sama apabila wajah kesayangan di depan mata.

"Emmm ayah. Ayah nampak tak Luqman kat kampung?. Nuha ada telefon dia tapi tiada

jawapanlah" Tanya Nuha pada ayahnya.

"Risau pula Nuha. Dah lama tak jumpa Luqman. Nuha pun tak tahu keadaan Luqman

sekarang". Nuha menyambung kata-katanya.

Namun tiada jawapan dari ayahnya. Ibu dan ayahnya diam membisu. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari Nuha. Nuha berasa pelik sangat. Seperti ada yang tidak kena.

"Eh, kenapa ayah diam ni? Ada yang tidak kena ke?" Tanya Nuha lagi.

"Emmm, Nuha ... bagaimana ayah nak cakap ye". Suara Pakcik Aziz seolah tersekat.

Seperti ada sesuatu di kerongkongnya.

"Luqman dah takde di kampung ni. Dia dah pergi jauh". Sambung ayahnya lagi.

"Nuha, makan dulu nanti ayah beritahu ya". Ibunya pula menyambung kata.

Tetapi Nuha berasa tiada selera lagi untuk menjamah makanannya. Nuha berasa tidak tenteram dam tidak keruan selagi tidak tahu cerita yang sebenarnya. Tetapi disebabkan ayah dan ibu minta bersabar, Nuha meneruskan juga seleranya. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu isi hati Nuha. Seperti ada sesuatu yang buruk berlaku pada Luqman.

Hati Nuha tidak sedap, tak sabar nak mendengar dari ayahnya tentang Luqman.

Selesai makan, Nuha mengemas segala pinggan mangkuk dan mengelap meja. Walau pun tenteram, Nuha meneruskan kerjanya hingga selesai. Ayah menanti di ruang tamu. Selesai mengemas, Nuha dan ibunya menuju ke ruang tamu. Nuha duduk di sofa menghadap ayahnya. Pakcik Aziz dan Makcik Noor berpandangan sesama sendiri.

"Nuha....Ini ada surat untuk Nuha dari Luqman. Luqman datang ke rumah dan minta diserahkan surat ini kepada Nuha. Katanya takut Luqman tidak sempat jumpa dengan Nuha lagi" Pakcik Aziz memulakan bicara.

"Surat apa pula ni? Tanya Nuha kembali.

"Buka dan bacalah" Balas ibunya pula.

Sampul surat berwarna biru itu bertukar tangan. Warna biru kegemaran Nuha. Luqman tahu Nuha sukakan warna biru. Perlahan-lahan Nuha mengoyakkan sampul surat pemberian Luqman. Ada getaran yang Nuha rasa ketika membuka sampul surat itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Buat sahabatku Nuha Milieya yang aku sayang.

Diharapkan surat ini tidak mengganggu situasi kau ketika ini. Mungkin ketika surat ini dibaca, aku sudah tiada di dunia ini. Yang ada hanya kenangan kita bersama. Pasti kau tertanya-tanya kemana aku pergi. Semasa aku mengirimkan surat ini kepada ayah kau, aku minta jika aku pergi dulu jangan maklumkan pada kau. Sebab aku tak mahu kau bersedih. Dan aku tidak mahu kau marahkan mereka yang lain. Kau fahamkan siapa mereka?

Nuha,

Aku akan pergi buat selama-lamanya. Mungkin ini sudah takdir dalam hidup aku. Aku ditakdirkan untuk pergi lebih dahulu dari kau, mak ayah, Aina dan anak-anak aku. Perjalanan hidup aku di dunia tidak panjang dan janji Tuhan itu hanya setakat ini sahaja. Mungkin perjalanan hidup kau masih panjang, siapa tahu. Semoga kau sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.

Aku berharap kau jangan menangis sepanjang membaca coretan aku nanti. Cukuplah aku sahaja yang bersedih dan menangis dengan apa yang telah terjadi. Mereka pasti tidak sedih dengan pemergian aku. Tapi kau, aku tahu pasti akan menangis apabila teringatkan aku. Yerlah, aku kan sahabat kau dari dulu sehingga kini. Tapi Nuha, aku tidak pernah menyesal dengan jalan yang aku pilih. Kau pun tahu tentang itu.

Aku memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan dan sms kau. Bukan aku tidak mahu bercakap lagi dengan kau, tapi aku tidak mahu mengganggu kau. Mungkin kau sibuk pada masa itu. Aku takut akan menyusahkan diri kau pula. Ketika itu aku pun sudah tidak sihat. Jadi aku tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Maafkan aku Nuha Milieya.

Mungkin kau tertanya-tanya kenapa aku jadi begitu. Nuha aku tertekan dengan hidup ini dan tidak sanggup menghadapi semuanya. Aku bukan kuat seperti kau. Aku perlukan perhatian, kasih dan sayang tapi kau lihatlah apa yang telah terjadi. Kerana masalah yang berlaku antara aku, Aina dan keluarga aku menjadi lemah. Aku sakit Aina. Tapi sengaja aku rahsia dari kau. Aku tak nak kau risau. Dan kalau aku beritahu kau pasti kau suruh aku jaga kesihatan kan? Paksa aku makan ubat. Itu sudah semestinya.

Aina, setiap hari sakit kepala ni semakin kuat. Aku selalu pening dan kadangkala pitam. Sampai masa tidak dapat ditahan sakit ni, rasa seperti ingin mati. Lebih baik aku mati dari menanggung derita ini. Aku tak tahan Aina, aku menanggungnya seorang diri. Mujur ada opah yang masih sayangkan aku. Dia yang menjaga aku ketika itu. Inginku harapkan keluarga yang lain, mungkin tidaklah. Kau pun maklum tentang itu.

Aku doakan kau beroleh pasangan hidup yang lebih baik dari aku. Supaya dia dapat menjaga kau dengan lebih baik. Kalau aku hidup lagi, bolehlah aku tengok kau naik pelamin. Hihihi ...Tapi aku rasa mungkin tidak sempat makan nasi minyak kau. Tak apalah, aku sentiasa doakan yang baik-baik untuk kau.

Maafkan aku juga Nuha kerana ketika kita berjumpa, aku tanya soalan yang tidak sepatutnya kepada kau. Aku sayangkan kau lebih dari segalanya, tapi bagi kau, aku adalah sahabat dunia dan akhirat. Maafkan aku sekali lagi. Aku rasa bersalah selepas itu. Sebab itu aku tidak mahu berjumpa dengan kau lagi. Aku malu. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku. Itu pasti tidak aku lupakan sepanjang hayat aku.

Nuha,

Aku harap kau ampuni segala dosa-dosa aku dari dulu hingga kini. Dari kecil hingga kita dewasa, aku banyak usik kau. Tapi kaulah sahabat yang memahami aku, sentiasa berada di sisi aku, dalam susah dan senang. Aku masih ingat, kau selalu belanja aku makan dulu. Semua itu pasti tidak pernah aku lupakan. Jasa kau pasti akan kukenang sehingga akhir hayat aku. Cuma sayangnya saat aku pergi kau tiada di sisi. Maaflah, sebab aku tidak mahu kau menangis semasa aku pergi.

Selamat tinggal Nuha Milieya. "

"BIARLAH AKU BERLALU PERGI"

Luqman.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bercucuran air mata Nuha tidak tertahan membaca surat Luqman. Betapa sedih hati Nuha kerana tiada di sisi Luqman ketika dia pergi. Nuha dapat berasa kesedihan Luqman dan betapa sengsaranya Luqman semasa itu. Dilipat semula surat Luqman. Sedu tangis Nuha tidak tertahan lagi. Segera dia bangun mendapatkan ibunya dan memeluk dengan erat. Menangis dia di bahu Makcik Noor.

"Sabar Nuha, kita doakan semoga roh Luqman dicucuri rahmat". Kata Makcik Noor cuba menenangkan Nuha.

"Kenapa Luqman tak nak bagitahu Nuha? Samapi hati Luqman" Tersedu-sedu Nuha berkata.

"Tidak mengapalah Nuha, Luqman pun dah bagi tahu Nuha dalam surat kan?.

Nuha perlu redhakan pemergian Luqman. Pasti dia tenang". Sambung Pakcik Aziz pula.

Selepas Asar, Nuha dan ayahnya menziarah pusara Luqman. Masih merah tanahnya. Nuha sedekahkan Al-Fatihah buat Luqman. Sekali lagi air mata Nuha tumpah tidak tertahan. Ayah menyentuh bahu Nuha, minta supaya Nuha bersabar.

"Nuha doakan semoga Luqman tenang di sana, nanti Nuha datang lagi" Nuha berkata-kata dalam hati.

Cuaca petang tenang mengiringi Nuha pulang. Semoga Nuha kuat menghadapi segala-galanya selepas ini tanpa Luqman di sisi. 

-Tamat-



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh SHAHLAWATI ABDUL WAHID