Cerpen
VIOLET
Oleh: Syaida Ilmuna Ismail
______________________________________________________________________________
CAHAYA
sinaran matahari tidak begitu terik hari ini. Hanya sekadar membiaskan
cahayanya yang terang bagi menaikkan semangat seisi bumi. Tumbuhan hijau tumbuh
mekar dan segar dengan adanya matahari. Manusia? Ada yang gembira akan kehadiran
matahari kerana mereka boleh bersiar-siar dan merencana pelbagai aktiviti luar.
Ada juga yang kurang senang kerana keadaan panas boleh menggelapkan kulit
mereka dan menimbulkan suasa melekit dan tidak selesa.
Tapi buat si gadis ini, cuaca cerah
atau gelap, matahari ada atau tiada…. Semuanya kelihatan sama. Fazira tidak
tahu sama ada dia sedang berhadapan dengan hari yang indah atau hari mendung
yang mengharukan. Baginya, semuanya gelap gelita. Tiada permandangan indah,
tiada sinaran biasan cahaya matahari.
Namun gadis buta yang memiliki iris
berwarna Violet ini tidak pernah mengalah. Setiap langkah dalam kehidupannya
adalah bermakna. Setiap rasa dan perasaan yang dilaluinya mempunyai erti yang
indah. Fazira adalah gadis bermata Violet yang istimewa.
Pagi itu seperti biasa tugasannya
berjalan. Menjual kuih bersama adiknya, Fatiha adalah kebiasan sehari-seharian
mereka. Kalau tak menjual, perut tidaklah beralas. Kalau diikutkan perasaan
letih dan penat, maka bergelandanganlah mereka.
DI
SUATU sudut restoran mamak, Nadim atau nama penuhnya Tengku Nadim Tengku Hamzah
galak bersembang bersama-sama temannya. Kadang-kadang gelak tawa, adakala pula
bernada amarah. Topik-topik perbincangan biasa lelaki, lain tak bukan mestilah
bola.
“Hey Nadim! Asyik-asyik kita ni
sembang pasal bola je… kau ni aku nak tanya..” celah Zamarul, rakan sekelas
Nadim semasa menuntut undang-undang di London dahulu.
“Tanya apa Zam? Haa tanyalah!” balas
Nadim dengan nada berseloroh.
“Kau bila nak kahwin? Aritu aku
dengar mak kau nak kahwinkan kau dengan Tasya kan?” usik Zamarul. Hisyam pula
tumpang ketawa mendengarkan pertanyaan Zamarul.
“Uish si Tasya tu.. tak maulah! High
maintenance. Aku nak cari yang simple-simple je.”
“Hai Nadim? Simple yang macam mana
tu?” pintas Hisyam pula.
“Yang macam…. Tu..” Kata-kata Nadim
terhenti tanpa noktah jelas saat dia melihat susuk tubuh seorang gadis remaja.
Berbaju kurung biru pastel. Disampingnya ada seorang anak gadis muda memimpin.
Mereka membawa dua biji bakul yang berisi sesuatu yang belum dia ketahui.
“Tu…. Mana?” Zamarul menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Dia tertoleh-toleh kiri dan kanan. Siapa pula?
“Tu siapa?” tanya Nadim sambil
menjuihkan bibirnya ke arah dua orang gadis berbaju kurung tersebut. “Tak
pernah nampak pun.”
“Oh… tu Fazira dengan adiknya. Dia
jual kuih,” jawab Hisyam sambil tersengih-sengih. Ketiga-tiga mereka merenung
gadis penjual kuih itu tak berkedip mata. Mungkin terpesona dengan bebola
matanya yang berwarna Violet.
Fazira
dan Fatiha mendekati ketiga-tiga jejaka bujang tersebut. Seperti biasa mereka
bertanyakan jika ada yang mahu membeli kuih mereka.
“Abang-abang nak beli kuih? Ni kakak
saya dan saya yang buat. Ada kuih seri muka, kuih talam, karipap…”
“Kakak awak buat kuih ni?” celah
Nadim sambil matanya tak lekang merenung Fazira. Endahkanlah nama kuih muih
itu. Bukan dia pernah makan pun tapi… gadis ini memang menarik perhatiannya.
Matanya sungguh cantik. Berwarna Violet pula tu.
“Ye saya dan kakak yang buat…” jawab
Fatiha teragak-agak. Nak beli kuih ke abang ni? Atau dah terpikat dengan kakak
aku?
“Abang beli semualah dik…” kata Nadim
dengan selamba.
“Beli semua?” Tiba-tiba Fazira
bersuara. “Encik nak buat kenduri ke?” sambung Fazira sambil bebola matanya
bergerak mencari arah wajah Nadim melalui suaranya.
Nadim dan teman-temannya tersenyum.
Nak ketawa pun ada juga. Namun mereka tahan gelak tawa kerana tidak mahu Fazira
menyangka mereka mengejeknya pula.
“Bukan macam tu cik. Tapi… saya rasa
kuih cik ni sedap.” Nadim cuba mengambil hati Fazira. Hatinya sudah terpaut
pada gadis ini.
“Belum rasa dah kata sedap?” balas
Fazira dengan senyum simpulnya membuatkan Nadim terkedu seketika.
‘SENYUMAN
dia… lirikan matanya yang berwarna Violet tu… ah!’
Hati Nadim berbisik-bisik. Sungguh
dia tidak dapat lupakan Fazira. Adakah dia sudah jatuh cinta? Mustahil!
Takkanlah dengan hanya sekilas pandang begitu saja sudah jatuh cinta. Tapi kata
orang itu cinta pandang pertama!
“Anak mama sengih-sengih ni kenapa?”
tegur Tengku Azwiya.
“Eh mama… tak ada apalah.” Nadim
cepat-cepat kembali ke alam realiti. Mama sudah perasan!
“Nadim, tak contact Tasya?” Tengku Azwiya
memulakan bicara. Mahu juga dia tahu perkembangan perhubungan anaknya itu
dengan anak Datuk Karim.
“Malaslah ma! Nadim tak suka dia.”
“Nadim! Mama ni dah semakin tua.
Kamu tu pun dah dekat 30an. Ingat-ingat sikit. Mama ni bukannya hidup seribu
tahun. Kamu tak nak kahwin ke?” Tengku Azwiya mula berleter. Kalau tak diketuk,
mahu tak berjalan. Kalau tak disuruh, mahunya budak ini tak berkahwin!
“Ma… stop it! Nadim janji pada hari
jadi mama minggu depan ni, Nadim akan bawa calon menantu mama okey?” janji
Nadim bersungguh-sungguh. Calonnya sudah ada mama. Cuma tunggu masa saja.
Tengku Azwiya hanya mengangguk
perlahan. Entah betul entah tidak si Nadim ni. Kita tengok saja nanti macam mana
calon isteri yang dia berkehendakkan.
“TUNGGU!”
jerit Nadim. Sudah berjam-jam dia tunggu, akhirnya muncul juga gadis bermata
Violet ini.
“Saya?” Fazira tertoleh ke kiri dan
kanan sambil bebola matanya meliar-liar. Walaupun dia tidak dapat melihat,
namun pancainderanya yang lain masih lagi berfungsi dengan baik. Arah suara itu
datang dari belakang. Lalu dipusingkan perlahan-lahan badannya ke belakang
sambil mengetuk-ngetuk tongkat plastik berwarna putih.
“Iya awak… Fazira kan?” Nadim
berjalan dua tiga tapak untul lebih dekat dengan Fazira.
“Saya kenal awak?”
“Tak tahulah kalau awak masih ingat.
Tapi saya yang hari tu, yang borong semua kuih awak tu….” Nadim cuba
mengembalikan ingatan Fazira terhadap situasi dua hari lepas.
“Ohh awak… saya ingat. Tapi macam
mana awak tahu nama saya?” Fazira sedikit terkejut. Lelaki ini mengetahui
namanya? Pelik.
“Kawan-kawan saya hari tu yang bagi
tahu. Hmm… awak sorang hari ni? Mana adik awak?”
“Fatiha dia ada aktiviti kat
sekolah. Hari ni saya tak jual kuih tau, kalau awak nak memborong kuih lagilah…”
Fazira ketawa kecil. Dia tahu Nadim sedang cuba mendekati dirinya. Lagak lelaki
ini seperti cuba mencari topik untuk berbual.
“Tak! Saya tak nak beli kuih hari
ni. Tapi saya nak berkenalan dengan tuan empunya kuih.” Nadim berseloroh dalam
walaupun perasaannya berbaur malu. Dia takut kalau Fazira menolak pelawaannya.
“Saya nak balik rumah sekarang ni…”
Fazira cuba untuk mengelak. Berkenalan dengan lelaki yang tidak dia kenali
adalah suatu perkara yang kurang baik baginya.
“Kalau saya nak temankan awak?”
Nadim masih tidak mengalah.
“Tapi…” Fazira buntu mencari helah.
“Please…”
“Baiklah..” Akhirnya Fazira terpaksa
akur. Lelaki ini memang tidak kenal erti mengalah kan?!
SEJAK
dari pertemuan pertama, Fazira dan Nadim semakin rapat. Padahal mereka baru
berkenalan seminggu yang lepas. Dalam pada itu, banyak perkara yang telah mereka
kongsikan bersama. Nadim mendapat tahu bahawa Fazira adalah anak yatim piatu
yang tinggal bersama adiknya di sebuah flat kos rendah di pinggir bandar. Hidup
mereka memang susah. Hanya Tuhan saja yang tahu dugaan yang telah mereka
tempuhi.
Fazira dilahirkan buta sejak dari
kecil. Dia tidak pernah ke sekolah mahupun mengambil apa-apa kelas untuk
belajar. Mujurlah Fatiha tidak buta sepertinya. Hanya dia sajalah harapan
Fazira untuk masa hadapan. Oleh sebab itulah Fazira sanggup menjual kuih dan
berjalan berbatu-batu jauhnya hanya kerana ingin mengumpul sedikit wang untuk
biaya pembelajaran Fatiha.
Nadim banyak mendengar cerita dari
Fazira. Manakala kisah hidupnya masih menjadi misteri dari Fazira. Cuma kali
ini, dia yakin benar perasaannya sudah tertaut pada Fazira dan dia ingin
meluahkannya.
“Fazira… awak percaya tak kalau saya
kata yang saya suka akan awak?”
“Suka? Suka ada banyak makna Nadim.”
“Kalau suka itu lebih dari seorang
kawan, awak percaya?” Nadim tidak lagi berhelah seperti dulu. Dia benar-benar
ingin memiliki Fazira.
“Kita baru saja berkenalan. Saya tak
boleh beri apa-apa jawapan.” Air muka Fazira berubah serta merta. Dia seperti
tidak menyukai luahan rasa Nadim.
“Saya suka akan awak. Lebih tepat,
saya cintakan awak.”
“Nadim, awak terlalu hijau untuk
menilai cinta. Saya dapat merasakan yang kita tidak setaraf, walaupun awak
sedikit tidak pernah menceritakan kisah hidup awak kepada saya.”
“Fazira, berilah saya peluang untuk
membuktikannya. Saya nak awak berjumpa dengan mama saya. Esok harijadinya dan
saya dah belikan baju yang cantik untuk awak pakai. Awak ikut saya ke sana ye?”
ajak Nadim. Dia masih tidak mahu mengalah. Memang dia lelaki yang bukan mudah
untuk berputus asa.
“Awak tak pernah mengalah bukan?”
Fazira melemparkan senyuman hambar. Lalu dia membalas, “Baiklah, untuk kali ini
saja.”
NADIM
memimpin Fazira yang berbaju kurung cotton merah jambu masuk ke dalam taman di
kediaman rumahnya. Taman tersebut dihiasi dengan lampu-lampu neon yang
berwarna-warni. Selain itu, dekorasi bunga ros di sekeliling taman menimbulkan
suasana romantis dan meriah.
“Kalau awak boleh lihat apa yang
terbentang di hadapan awak sekarang, awak pasti akan memujinya,” bisik Nadim ke
telinga Fazira.
Fazira hanya mengangguk kecil dan
tersenyum. Memang dia tidak mampu melihat, namun mata hatinya mengatakan majlis
ini memang sangat indah. Aroma bunga ros yang menebal di hidungnya sudah cukup
membuahkan rasa tenang di hatinya.
Disebalik kesibukan tetamu yang sedang
mejamu selera dan bersembang antara satu sama lain, Tengku Azwiyah memunculkan
dirinya. Dari tadi lagi orang sekelilingnya sibuk bercerita mengenai teman
wanita yang dibawa Nadim. Dia jadi kepingin tahu. Namun jangkaannya meleset
saat menatap gadis itu pertama kalinya.
“Nadim?” tegur Tengku Azwiyah.
“Ma! Kat sini rupanya… tadi Nadim
ada jugak cari mama.” Nadim memegang tangan kanan Fazira lalu menghulurkannya
lembut ke arah mamanya. “Ni Fazira. Fazira ni mama saya.”
Namun salam itu tidak berbalas malah
Tengku Azwiyah memalingkan wajahnya ke sudut lain. Perempuan buta? Dah gila ke
apa Nadim ni?
Fazira dapat merasakan salamannya
tidak bersambut. Lalu tangannya dijatuhkan. Ada perkara yang tidak kena sedang
berlaku.
“Perempuan buta kau bawak kat aku Tengku
Nadim? This is not a joke!” Suhu amarah Tengku Azwiyah meningkat secara
mendadak.
“Ma! Apa ni? Walaupun Fazira buta
penglihatan tapi dia tak buta hati macam orang-orang kat sini,” sindir Nadim.
Mama langsung tidak mengendahkan perasaan Fazira!
“Nadim… tak apalah. Saya boleh pergi
dari sini.” Tengku Nadim? Aku memang patut mengagaknya dari awal lagi.
“No Fazira. Jangan! Saya ingin
mengahwini awak. Saya cintakan awak.” Nadim masih tidak mahu melepaskan
pegangan erat tangannya pada lengan Fazira.
“Lepaskan saya! Enggang dan pipit
tidak boleh bersama. Saya tidak sempurna dan mungkin tidak cukup sempurna untuk
awak, Tengku Nadim.” Fazira merentap tangannya dengan sepenuh hati. Lalu
langkah diatur perlahan dan teragak-agak. Fazira membuat keputusan untuk
meninggalkan kediaman milik Nadim.
Nadim cuba mengekorinya dari
belakang. Namun dia dihalang Tengku Azwiyah.
“Kalau kau melangkah keluar dari
rumah ni, kau bukan anak mama lagi Nadim!” tegah Tengku Azwiyah.
Langkah Nadim terhenti. Dia hanya
mampu membiarkan Fazira terus berjalan keseorangan di dalam kepekatan malam
yang semakin lama semakin hening. Hari ini, cinta mungkin bukan milik dia dan
Violet.
Bersambung di cerpen VIOLET 2