Kesesakan di jalan raya
pada waktu awal pagi dan petang sudah menjadi lumrah. Banyak masa terluang
diatas jalan sementara menati untuk sampai ke destinasi. Kalau ada kemalangan,
bertambah parah masa yang terpaksa dibazirkan. Itu juga antara punca mereka
datang kerja dengan perasaan yang stress!.
“Aku bukan tak
berperasaan, Cuma aku selalu jaga perasaan orang” Bentak Nur Ain di dalam hati.
Dia faham lelaki di hadapannya memaki dengan isyarat tangan. Bukan dia tak mahu
memberi laluan, tapi kereta belakang terlalu rapat. Bibirnya menguntum
ishtigfar, mengingatkan diri semua ini hanya ujian dari yang esa semata-mata.
Teet..
Isyarat bunyi mesej
dari aplikasi whatapps yang masuk. Dia menekan butang dan membaca sepintas
lalu.
“ Please Ain, could we
do it for Sofea”
Ya Allah, Sofea…kenapa kenangan
kau masih menghantui aku.
DUA
TAHUN LEPAS
Gadis berambut perang itu
melangkah masuk ke dalam bilik. Gaya dan lagak diva gadis itu pada awalnya
mengundang rasa meluat pada penghuni sedia ada. Namun, Nur Ain menyambutnya dengan
senyuman.
“Sofea!”Gadis itu menghulur
tangan.
“Nur Ain, Selamat datang
ke bilik 117” seloroh NurAin. Jenakanya menjadi kerana Sofea tersenyum. Gadis
yang disangkanya kekwat itu rupanya murah dengan senyuman,
“I
really need this!” Tegas Sofea yang masih meliarkan mata keseluruh
bilik. Dari jenama pakaian dan solekannya, dia bukan gadis biasa-biasa.
“Thank
you" Nur Ain dipeluk tiba-tiba. Seribu persoalan bermain
di benak 'roommate’nya itu. Pelik perangai anak orang kaya ni!
“Thank you untuk apa. Belum sampai dua minit pun kenalnya"
“How
tall you are?” Tanya sofea lagi.
“
Five, Seven"
“Perfect!.
We can do wardrobe sharing"
“ Nonsense. Nak belajar ke, nak berkongsi hidup" Sumpah Nur Ain
dalam hati. Namun diluar, masih menguntum senyum.
“Can we décor this
room?” Soalan seterusnya dari Sofea yang benar-benar mencabar kesabaran Nur Ain.
“Please NO!” Kali ini
dia terpaksa bertegas.
Mengenali Sofea lebih rumit
dari mengkaji teori Stephen Hawking. Sekurang-kurangnya Hawking ada menuliskan segalanya
dalam Big Bang theory untukdi canai minda.
Perihal Sofea!.
Hari-hari perlu dibaca perangainya!
“I nakberubah. Nak jadi
perempuan berhijab. Macam Mizz Nina, Neelofa, Elfira Loy….” Senarai selebriti berhijab
lancer dari lidah Sofea. Kalau ada kolej menawarkan course celebrity knowledge,
Sofea pasti di ranking teratas.
“And
I really need your help..” Luah dia lagi.
“Of course la, Ain akan
tolong. Kita kan sebilik.” Janji Nur Ain. Cuma setakat mana pertolongan yang
diperlukan roomatenya, dia masih belum pasti.
“You
should meet Waltz!" ucap Sofea pada suatu petang.
“
What's Waltz" BalasNurAin.
“My
future husband. I'm doing this for him" Kata Sofea
sambil menggayakan pakaian lengkap muslimah yang disarungnya sekarang.
“Hah! Dah agak. Berubah sebab lelaki, bukan Lillahitaala" Rungut Nur Ain.
“ Sebab I relly really
nak bersama dengan dia sampai bila-bila. Till Jannah, as some say's.”
SambungSofea. Kalau tidak kerana menghormati kawan, Nur Ain rela menutup
telinga dari mendengar ayat-ayat jiwang itu.
“Waltz tu melayu ker?”
Soalan separa kurang cerdik dari Nur Ain. Sekurang-kurangnya Sofea pasti
menganggap dia peka.
“Nope, He's only half malay. Mama dia Australian.”
“Hai!” sapa Waltz.
Jejaka itu hampir hilang perkataan sebaik berhadapan dengan Nur Ain. Dia sendiri
tidak menyangka Sofea mahu memperkenalkannya dengan roomatenya itu. Patutlah tadi Sofea beriya-ia mengajak dia ikut sekali.
“ Finally, two of my important person in my life have meet!” luah Sofea
gembira. Dia sendiri menyarungkan persalinan baju kurung dan tudung milik Nur Ain.
“Tak sangka you boleh ubah
Sofea sampai ke tahap ni" puji Waltz. Bahasa melayunya pun boleh dipuji.
“Bukan saya, Sofea yang
nak berubah.” Bantah Nur Ain. Sofea tersenyum mendengar kata-kata itu.
“Mana boyfriend?”
Pancing Waltz pula.
“Ain tengah tunggu ustaz-ustaz
yang habis study di Egypt masuk meminang.” TingkahSofea “I told you earlier. Ramai kawan-kawan Waltz yang handsome tau!”Nur Ain
hanya mampu tersenyum.
“Masih awal untuk ke
situ. Ain nak fokus belajar dulu"
“See for yourself. I dah cakap my roomate will help me getting a better grade" Ulas Sofea sambil menoleh
ke arah Waltz. Waltz mengangguk setuju. Dia dapat menerima hujah Nur Ain. Kalau
gadis hitam manis ini diperkenalkan pada rakan-rakan lelakinya. Pasti ada yang
berkenan.
“So, you two. Bila
expiry date tunangnya" Pertanyaan yang membuatkanWaltz dan Sofea hampir tersedak.
“ I mean, bila tarikh nikahnya"
NurAin membetulkan ayat.Dia takut disalah tafsir.
“Kami tak plan
apa-apalagi. For now, Myself will focus on my business. Sofea on her
study" Jawapan selamat dari jejaka itu. Sofea mengerling tanda setuju.
“ Esok, ada plan
istimewa tak?” Tanya Waltz.
“Esokkan, hari kekasihkan.
Kami rayakannya setiap tahun" SambungSofea.
“Saya tak pernah
celebrate pun. Tak sesuai!” Tegas Nur Ain. Dia memang tahu hukum menyambut
perayaan itu.
Waltz tersenyum dan tangannya
mahu menangkap paha Sofea, sebelum ditepis gadis itu.
“I ambil cuti pun because of that day" akui Waltz.
Bunyi seakan bangga.
“
Then I should wish both of you happy Valentine day!”
Ucap Nur Ain yang sudah mulai bosan melayan pasangan ini.
“Hari kekasih punya penangan"
Rungut Nur Ain. Katil Sofea ditinggalkan tidak berkemas.Tergesa-gesa dia keluar
tadi sebaik menerima panggilan dari Waltz.
Nur Ain menatap dua kad
dan kuntuman bunga yang diterimanya.
“Tak sangka ada juga
yang minat kat aku" ucapnya dalam hati dengan bibir menguntum senyum.
Perasaan itu cepat-cepat ditepis bila dia beristigfar.
Budak-budak kolej ni
pun satu. Ambil kesempatan walaupun tahu valentine tu bukan perayaan tempatan.
Jual kad la, coklat la, bunga la dan ada yang buat penghantaran percuma lagi.
Masa inilah mereka nak buat untung banyak agaknya!.
“Hmm..dah berpuluh kali
call, langsung tak berjawab" bentak Nur Ain. Dia sudah malas untuk
menjawab bila ada yang bertanyakan dimana kawan sebiliknya itu. Takkan sampai dua
hari sambut Valentine day. Dia tak mahu membayangkan perkara-perkara yang
mungkin berlaku antaraWaltz danSofea. Dosa pahala diorang sendiri yang akan tanggung.
Lagu lelaki terakhir berkumandang
dari telefon bimbit Nur Ain. Sengaja dia menjadikan lagu yang menang anugerah itu
sebagai nada dering.Biar orang tahu dia pun mengikuti perkembangan semasa.
“Siapa ni?” Soalnya sebaik
mendengar suara lelaki.
“Waltz ni"
“Sofea dah dua hari tak
balik bilik tau!"
“Saya tahu. Sofea meninggal
akibat kemalangan dua hari lepas" Beritahu Waltz dengan nada sebak. Serta
merta tubuh Nur Ain menjadi lemah longlai.
“Dan dia dah
dikebumikan dua hari lepas sebab tubuhnya langsung tak sempurna" Sambung
Waltz. Nur Ain tidak mampu membayangkan apa yang terjadi pada rakannya itu.
“ Family dia buat kenduri
arwah dan bacaan yasin malam ni. Kalau nak datang, saya hantarkan lokasi.”
“Hmmm..”Nur Ain tidak lagi
mampu menjawab penuh. Dia terduduk di situ. Air matanya bergenang. Cepat betul Sofea pergi!
“Kalau sempat, kita jumpa
nanti" sambung Waltz.
SEKARANG.
Suasana di restoran itu
agak tenang, walau meja sudah dipenuhi orang. Mungkin kerana yang banyak menempah
adalah pasangan kekasih, maka mood yang ditonjolkan lebih kepada romantik.
“Waltz pilih restoran ni?”
Fikir NurAin di luar pintu. Sebelum masuk dia mahu pastikan susun atur restoran itu
benar-benar tidak akan mengundang fitnah.
“ Kita tidak akan berdua-duaan
di situ" Janji Waltz yang dipegangnya hingga membaw dia ke restoran itu.
Nur Ain masih tidak mampu
menjawab soalan di mindanya sendiri.Berduaan di restoran romantik itu pada malam
Valentine, bukankah itu bererti dia juga menyambutnya?
Ah, semuanya dilakukan untuk
Sofea. Ya, Sofea adalah alasan paling kukuh dalam benaknya.
“Waltz ke?” Hampir sahaja dia
menjerit apabila terpandang pemuda berjambang yang berkupiah putih, berbaju melayu
dengan padanan seluar jeans. Dia bangun menarik kerusi untuk Nur Ain duduk.
“Tak sangka, sekejap sahaja
dah dua tahun. Ain tetap tak berubah" Tanya Waltz. Nur Ain sekadar mengangguk.
“Awak tak selesa keluar
dengan saya malam valentine ni" Sambungnya.
“ Ya. Ia bertentangan dengan
agama dan budaya kita. Tambah pulak ada hubungan antara yang bukan mahram. Boleh
mengudang fitnah!” Tegas NurAin. Dia duduk juga.
“Sorry sebab susahkan awak.
Tapi saya terpaksa juga datang berjumpa. I have to ask you first!”
Pelayan restoran datang
membawa makanan dan minuman yang dipesan tadi.
"Sebelum kejadian tu, kami memilih restoran ni untuk makan. Sebab tu saya ajak Ain ke sini" Jelas Waltz. Ada nada sebak dalam percakapannya.
“Actually, Ain datang ni pun
atas simpati pada Sofea. Ada perkara yang menyebabkan Ain terhutang dengan dia sampai
bila-bila.”
“ Hutang?”
“ Ain baru tahu yang
selama ini dia yang bayarkan semua yuran kolej Ain. Bukannya duit biasiswa macam
yang Sofea cakapkan. Dia tahu yang Ain ada masalah kewangan"
“ Ya, tu memang cara Sofea
tolong orang. Kenangan bersama dia pun masih belum bersisa. After two years, Still hard for me to move on"
Nur Ain pula tersenyum sebak.
Dua tahun berlalu, memorinya bersama Sofea masih utuh.
“Apa yang Waltz nak tanya
tadi?” Nur Ain menyambung perbualan. Speghetti yang dipesannya tadi hanya dijamah sedikit. Seleranya mati mengenangkan apa yang telah terjadi kepada Sofea.
“Since last two years,
Mak dan ayah Waltz still tak tahu yang Sofea dah tak ada. They assume yang kami masih bertunang and this year, kami sepatutnya kahwin.” Terang Waltz. Matanya tepat merenung Nur Ain.
Waltz terdiam seketika,
menelan air liur. Mata Nur Ain mulai berkaca kerana dia dapat meneka apa yang
bakal diucapkan oleh Waltz.
“ Nur Ain Natasya, sudi
tak awak jadi pengganti Sofea Amanda untuk saya"
Fuhhh!!!!
Nur Ain menarik nafas panjang.
Restoran yang berhawa dingin itu dirasakan membahang.
“Ain bukanSofea..”
Teriak Nur Ain dengan titisan jernih mengalir di pipi.
“Berikan saya peluang untuk
kenal Ain, sebagaimana saya kenal Sofea. Dan kali ni, saya nak lalui semuanya dengan
Ain dengan ikatan yang paling kukuh" Hujah Waltz.
Dia memandang Nur Ain
yang sudah menundukkan kepala ke meja dengan esak tangis.
“Ain, kalau apa-apa jadi
pada Sofea, boleh tolong satu perkara tak?”
“Tolong apa?”
“Tolong jagakan Waltz.”
“Gurauan macam ni Ain tak
suka tau!"
“ I'm serious now. Sofea tahu
hanya Ain yang boleh tolong jagakan dia. Please promise Me!"
" Ya Allah!, nak jawab apa ni ?"