Reefa seorang pelajar sekolah menengah telah jatuh hati terhadap seorang rakannya sejak dari sekolah rendah lagi. Hasrat Reefa untuk meluahkan isi hatinya kepada Raikal tidak tercapai kerana Reefa seorang yang agak pemalu. Pada suatu hari , dipertengahan bulan Januari, Reefa mendapat pesanan ringkas daripada Raikal . Raikal mengatakan bahawa dia sudah lama mencintai Reefa namun malu untuk beritahu.
Reefa berasa sangat gembira kerana cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Mulai hari itu , mereka menjadi rakan karib namun mereka tidak bercinta. Reefa dan Raikal menyanyangi diantara satu sama lain. Setiap hari, mereka pasti akan berbual-bual melalui telefon meskipun tiada topik yang menarik untuk diceritakan. Hari ke hari Reefa makin menyanyangi Raikal. Sikap prihatin dan penyanyang Raikal membuatkan ramai gadis yang tergila-gilakannya.
Reefa berasa sangat beruntung kerana Raikal mencintainya. Pada suatu hari, Raikal terpaksa menghadiri suatu kem di Selangor. Raikal memesan kepada Reefa supaya tidak menghubunginya selama seminggu kerana telefonnya akan diambil sepanjang kem itu berlansung.Raikal juga berjanji dia akan menghubungi Reefa apabila kem itu sudah tamat. Reefa tidak bimbang akan sebarang hal yang akan terjadi kerana dia tahu bahawa Raikal amat mencintainya.
Seminggu berlalu. Reefa cuba menghubungi Raikal namun tidak dijawab. Reefa bimbang jikalau perkara buruk menimpa Raikal. Namun, apa boleh buat, Raikal tidak menjawab panggilannya. Disebabkan Reefa tidak mampu untuk bersabar, dia menghubungi Sufian, rakan karib kepada Raikal.
“Yes? Nape call aku ?” tanya Sufian
“ Raikal… Asal dia tak jawab bila aku call dia”
“ Ouh~ Senang cerita kau pergi tengok moment dia dekat wechat”
Talian dimatikan .
Reefa terkedu . Tanpa melengahkan masa, Reefa membuka wechat dan melihat moment terbaru Raikal. ‘ Astagfiruahalazim’ . Reefa menangis . Dengan perlahan Reefa ‘scroll’ melihat gambar-gambar terbaru Raikal yang baru sahaja di ‘update’. Reefa sedih melihat gambar selfie Raikal dengan seorang gadis dengan caption ‘ Awek depan comel , awek baru saya kot!’ . Lebih 10 gambar di’update’.
Reefa menghantar mesej kepada Raikal berserta gambar Raikal bersama gadis itu. Tidak sampai 1 minit, mesej daripada Raikal masuk. Terulis ‘sorry’.
“Saya taknak kemaafan , saya nak penjelasan” – Reefa
Mesej Reefa tidak berbalas . 4 bulan berlalu . Reefa menerima mesej daripada Raikal. Tertulis perkataan ‘ I love you’ sebanyak 100 kali. Reefa tidak mengendahkannya. Hati Reefa sudah kosong.