Home Cerpen Alternatif MENGKOME REUNION NAK?
MENGKOME REUNION NAK?
MIKA JAIHA
2/5/2021 15:23:29
3,470
Kategori: Cerpen
Genre: Alternatif
Bulan puasa dah masuk ke pertengahan, semua pakat sibuk dengan kerja masing-masing. Dalam kesibukan kerja tu terkadang teringat kawan-kawan sepermainan. Tidak lah ramai tapi yang sedikit itu lah yang paling senang nak jumpa. Alah kawan sekampung, berjiran dua tiga orang. Buka pintu nampak rumah orang ni, jalan selangkah nampak batang hidung orang tu.

Timbul idea mengarut tengah-tengah dahaga air kelapa, nak pula pakej dalam tempurung tu, wah betul-betul mengiurkan. Taip ayat pendek je tapi harapan menggunung tak usah kira.

“Mengkome, reunion nak?”

Dua tiga minit tiada respon. Kecewa lahai hati, padahal terlupa hari ini hari isnin, semua pakat sibuk bekerja. Eh mike tak kerja ke? Biasalah mike kerja niaga bazaar Ramadhan, itu pun tolong orang menjual je, memang lah pagi-pagi tak sibuk, tapi kalau dah petang telefon pun tak jumpa dah letak mana.

“Aku on ja.”
“Berapa hari bulan tu?”
“Masuk oii! Hat lain mana?”
“bincang tarikh, kalau free aku pi.”

Tudiaaa! Dekat maghrib baru balas mesej group, berdesup-desup mesej masuk sampai tak boleh scoll punya jem. Dalam otak dah rancang macam-macam punya tak sabar nak berbuka puasa sama-sama.

“hangpa pilih la tarikh, lepastu cari kedai makan mana hat syok.” Masuk je tukang pencetus reunion iftar, lagi meriah group WhatsApp. Sekelip mata group yang pada mulanya bernama ‘GENG KITA’ bertukar nama ‘REUNION IFTAR’.

Pilih punya pilih sampai hari ke tiga baru pakat-pakat setuju dengan tarikh untuk iftar bersama.Banyak kerenah dan ragam walaupun masing-masing dah umur 22 dan 23 tahun. Nak tahu kenapa? Mejoriti dari kami adalah lelaki dan ada lah dua tiga orang mereka memegang jawatan sebagai imam solat tarawih di masjid.

“28 Ramadhan keputusan muktamad okey?” persetujuan pak-pak imam itu memudahkan kerja untuk mencari tempat makan. Duit tu tong-tong lah kata mereka, tak perlu berkira  sangat sebab masing-masing dah bekerja dan belum ada tanggungan. Oh ada seorang yang sudah berumah tangga. Hm muda-muda dah kahwin, senyap tak cerita pula tu, tengok-tengok dah berbini, ehh?

“Kita berkelah dekatTaman Tasek Taiping.” Cadangan pertama memang wow! Mula lah cadang bawa makanan seorang sedikit, nak jimat katakan.

A bawa cendol, B bawa roti canai dan murtabak, C bawa buah-buahan dan seterusnya sampai bermenu-menu yang tidak relevan. Tiba-tiba dalam kemeriahan dan kegamatan memilih menu, seseorang merosakkan rancangan.

“Maghrib kan banyak nyamuk, entah ada lampu ke tidak, tepi Tasek pulak tu.”

Batal terus rancangan pertama. Mereka pak-pak Imam pun risau terlambat ke masjid.

“Ye lah, cari jeRestoran Tom Yam, bersepah dekat sini.”

Fikir punya fikir akhirnya semua bersetuju, dua orang dari kami akan tinjau Restoran mana yang buka di akhir-akhir puasa nanti, menu pun menu yang biasa orang makan diRestoran Tom Yam.

Hari yang dinantikan pun tiba, bagaikan mimpi akan berkumpul kembali sekali lagi seperti 4 tahun yang lepas, reunion pertama kami selepas terpisah dengan kesibukkan masing-masing selama hampir 7 tahun lamanya.

“Su, kita bertiga ja perempuan?” terasa kekok pula reunion kali ini. Meja besar yang digabung menjadi dua, penuh dengan kumpulan kami seramai 9 orang.

“Nak buat macamana, dua orang lagi tak dapat nak datang.”

Terhidang menu yang sedap-sedap belaka di depan mata, antaranya tom yam seafood, kailan ikan masin,sotong goreng dan siakap tiga rasa. Sambil borak-borak tunggu azan berkumandang, ada suara mencelah…

“Ziq, azan lekaih.”Kami semua ketawa, masing-masing sudah sedia maklum dengan suaranya yang merdu bak buluh perindu. Seringkali juga dia menghiburkan group WhatsApp dengan lagu-lagu nasyid yang didendangkan secara spontan.

“Blurpp!! Alhamdulillah kenyang.” Semua mata memandang ke arah suara itu sambil tersengih. Mujur tidak ramai pelanggan di restoran tersebut. Malu nak mengaku kawan.

“Amboi hang, loqlaq sungguh.”

“Relax la, lama tak berkumpul macam ni, nanti pakat dah kahwin susah dah nak jumpa.” Semua anggukkan kepala tanda setuju. Setelah licin semua pinggan mangkuk bersisa tulang dan kuah, kamera telefon di buka.

“Apa lah, patut tangkap gambar masa belum makan, ni tunjuk pinggan sisa ja.” Mereka tidak peduli dengan sebarang rungutan, yang penting perut sudah kenyang terisi dan perlu segera menunaikan kewajipan yang satu itu, solat maghrib.

“Ate dah ke belum? Tak larat senyum dah ni, bila nak baliknya?”

“Alah, hang senyum nampak mata ja… dah jom kita.” Kurang asam jawa punya kawan, perli tak tengok kiri kanan. Sabar je lah.

Selesai membuat pembayaran di kaunter, terbeliak biji mata tengok jumlahnya yang tidak sedikit.Seorang demi seorang menghulurkan duit sama banyak, dan oleh kerana mike ni baik hati maka yang lebih tu guna duit mike lah. Salam dihulur tangan dijabat. Lelaki sama lelaki perempuan sama perempuan, bermaafan. Selesai sudah pertemuan di akhir Ramadhan, Alhamdulillah…

“Mi, berapa jumlah makanan sebenarnya?”
Seminggu kemudian,soalan yang ditanya secara tiba-tiba.
“RM170.”

Ramadhan tahun ini1442 hijrah, tiada harapan lagi untuk reunion kerana PKP dan seangkatan dengannya. Yang jauh tidak boleh merentas negeri, yang dekat sudah berumahtangga, yang bujang sibuk mencari wang. Sudah 3 tahun berlalu rupanya namun masih segar diingatan.

Rasanya jika diberi peluang untuk mengadakan perjumpaan, masing-masing membawa pasangan dan anak kecil. MENGKOME, REUNION NAK?

Dalam ingatan setiap waktu:
MUHAMMAD HAZIQ B MUHAMMAD SINAR
MUHAMMAD  AFIQ B MAHMUD
MUHAMMAD TAUFIQ B ZAINI
MUHAMMAD IZZAT B RAMLI
ABDUL KHIR B ISMAIL
ABDUL KHALID B ISMAIL
SITI NUR HUDA BT ZAINAL ABIDIN
NUR SUFIAH BT ZAINI
 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.