Muzik dan Perwira Hatiku

     Sambil menunggu Norman yang tidak lagi muncul-muncul dihadapan pintu masuk Sunway Pyramid, aku membelek-belek album Beck bertajuk ‘SeaChange' yang baru sahaja dibelikan oleh seorang kawanku yangbaru pulang dariluar negara. Ianya untuk Norman, tunanganku yang sudah hampir sebulan tidak akutemui.

     Aku duduk berfikir untuk seketika. Memikirkan bagaimanahubungan aku dan Norman boleh bertahan bertahun-tahun lamanya walaupun banyakperkara yang berlaku sepanjang tempoh itu. Aku kembali seketika ke masa silamkami. Perlahan-lahan aku menyelak satu-persatu memori yang tertulis dihalaman-halaman mindaku. Lantas, aku berkonklusi bahawa hubungan aku dan Normanberkekalan sehingga hari ini kerana halwa telinga kami. Maksud aku di siniadalah muzik. Ya! Kerana muzik. Sejak dari dulu lagi kami suka bercakap mengenaimuzik. Carta US Billboard, Anugerah Grammy, siapa pecah rekod siapa danmacam-macam lagi yang berkaitan dengan muzik.

     Sepanjang perkenalan kami, aku selalu menghadiahkanrekod-rekod muzik kepadanya. Kadangkala, dia juga menghadiahkan rekod-rekod muzikkepadaku tetapi diselang-selikan dengan buku atau pun novel. Kemudian, kamiakan bercakap mengenainya secara mendalam. Itulah yang seringkali menjadi topikperbualan utama kami sejak dari mula lagi. Aku masih ingat lagi rekod pertamayang aku hadiahkan kepadanya iaitu 'Bounce' dari Bon Jovi. Ketika itu, akusangkakan dia menyukai kumpulan muzik itu dan juga jenis muzik yang dibawamereka, tetapi rupanya Bon Jovi bukan citarasanya. Norman nyata boleh ‘enjoy’lagu-lagu mereka yang rata-ratanya sedap didengar dan cathcy tetapi padapendapatnya, kumpulan itu tidak berevolusi dan tidak adventurous. Tetapi ituhanya pendapatnya, kenyataan bahawa Bon Jovi adalah sebuah kumpulan yang hebattidak dapat disangkal oleh sesiapa pun. Sejak dari itu, aku terus dapat menangkapapa yang diinginkan Norman secara muzikal.

     ''Hmm...'' aku mengeluh sendirian. Norman masih lagi belumsampai. Aku cuba menghubunginya tetapi tidak ada respon yang diberikan. Huh!'this is very him' kataku di dalam hati. 'Boleh jadi dia terlupa selok belokjalan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya'. Tetapi itu adalah sesuatu yangmustahil melainkan dia disihir atau dipukul dengan teruk sehingga menyebabkangegaran otak kerana baru sahaja sebulan dia meninggalkan ibu kota, bukannyasetahun. Norman sebenarnya pada ketika itu baru sahaja pulang dari Seychellesatas urusan kerja. Dikenali sebagai seorang pengurus restoran yang cekap,Norman ditugaskan untuk memantau sepasukan tukang masak yang ditempah khas bagimenyediakan makanan selama sebulan untuk krew-krew Baby Bath Production yangterlibat di dalam pengambaran filem Seruan Pulau (di peringkat antarabangsaianya dikenali sebagai The Island) arahan pelakon dan pengarah terkenal HanidaHasry. Hanida juga merupakan pelakon utama di dalam filem itu. Ia adalah projekpertama arahannya yang mendapat publisiti meluas dari pihak media.

     Apa yang membuatkan aku beria-ia untuk berjumpa denganNorman malam itu adalah kerana rasa ingin tahuku yang membara untuk mengatahuiapa yang sebenarnya berlaku di Seychelles. Terutama sekali, Hanida Hasry.Faktor utama adalah minat dan faktor kedua adalah kerana cemburu. Ya. Akumengaku yang aku berasa cemburu. Yalah. Siapa yang tidak cemburu jikatunangannya diminta oleh seorang wanita cantik dan terkenal seperti Hanida semata-matauntuk memantau 'sepasukan tukang masak'!

     ''Tidak salah kalau kau menaruh perasaan syak. Jika aku jadikau, aku juga akan rasa begitu'' kata Gina kepadaku tempohari apabila akumemberitahunya mengenai hal ini. Walaupun tunang Hanida iaitu Danish Fikriberada di Seychelles kerana dia turut membintangi filem itu, aku masih lagibelum berpuas hati. Tahu-tahu sahajalah, macam-macam boleh terjadi di sanadalam masa sebulan. Tambahan pula, Hanida sendiri yang meminta Norman untukmenemaninya. Bayangkan! Hanida sendiri yang memintanya! Jadi, memang sepatutnyaaku mendapatkan penjelasan dari Norman. Aku rasa ianya tidak keterlaluan bukan?

 

“Hai Marina...” kata Norman. Akhirnya dia muncul jugasetelah sembilan puluh minit lewat dari masa yang dijanjikan. Wajahnyakelihatan selamba. Seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Sampai juga awak akhirnya. Kenapa lambat?''

“Maaflah. Saya ada hal sedikit tadi. Awak pun tahu yang sayamesti lambat seminit-dua bukan?” kata Norman. Dia hanya tersenyum. Seolah-olahdia memang lewat hanya seminit-dua sahaja.

       Aku tidak mampuberkata apa-apa. Sememangnya aku berasa sedikit geram apabila mendengarperkataan 'seminit dua' yang terkeluar dari mulutnya itu dan apabila memikirkantentang dia yang mempunyai hal tetapi memilih untuk tidak menghubungi danmemberitahuku mengenainya. Aku menarik nafas dalam-dalam.

        'Elakkan daribergaduh. Mari fokus pada perkara lain. Jangan beratkan sesuatu yang ringan.Lebih baik tamatkan isu siapa lambat? Siapa cepat?' aku cuba memujuk dirikusendiri. Mengubah topik panas kepada topik yang lebih 'sejuk' atau'menyelerakan' adalah helah yang selalu aku guna.

“Jadi, awak hendak bawa saya makan ke mana?” walaupun padaawalnya kami merancang untuk ke Bubba Gump, aku tetap bertanya juga kepadaNorman kerana dia kadang-kala terlupa tentang rancangan yang dibuatnya sendiri.

“Apa kata kalau awak yang tentukan di mana kita patut makan”kata Norman.

Inilah dia kodnya. Ini adalah cara Norman meminta maaf. Beriaku hadiah atau belanja aku makan.

“Saya yang pilih?” aku bertanya untuk kepastian.

“Ya.” Dia mengangguk.

          Denganpantas, aku menggesa peti memoriku untuk menyemak senarai makanan yang sudahtujuh bulan setengah tidak aku jamah. Aku berfikir seminit dua dan akhirnya akumemutuskan bahawa kami berdua akan makan makanan Jepun. Apa yang aku sukatentang Norman adalah, dia tidak begitu memilih dalam bab makan. Dia telan apasahaja kecuali kayu, batu dan beberapa material di atas muka bumi yang haramatau pun tidak logik untuk dimakan. Dia bersetuju dengan cadanganku. Kemudian,kami (terutamanya aku) dengan gembiranya terus pergi ke Sushi King.

           Sambilmenikmati makanan yang dihidangkan, aku menanyakan soalan-soalan yang telah akufikirkan dan yang bermain-main di kepalaku sejak keberangkatannya keSeychelles.

"Bagaimana dengan Seychelles? Bagaimana denganpengambaran filem The Island? Apa cerita Hanida?Bagaimana hubungan awak denganHanida?

Adakah Hanida melayan awak dengan baik? Adakah dia sekejamyang dilaporkan?

Pernahkah dia mengapa-apakan awak?" Soalan demi soalankeluar dari mulut aku seperti peluru. Bang! Bang! Bang!

“Banyaknya soalan awak. Sudah habis atau belum?” tanyaNorman kepadaku yang nampak belum puas.

“Banyak? Maaflah, hari ini saya jadi polis pula. Bukan apa.Saya dengar macam-macam cerita berkenaan dengan Hanida di Seychelles. Saya cumamahu pastikan apa yang saya dengar itu betul atau pun tidak. Itu sahaja. Sayatiada niat lain.”

Norman tersenyum mendengar kata-kataku. Dia memberipandangan yang nakal kepadaku. Renungannya seolah-olah memberitahu ‘Marina.Awak sebenarnya cemburu bukan?’.

''Oh ya. Saya dengar awak sudah berhenti kerja? Betulkah?”tanya Norman kepadaku. Aku sebenarnya belum habis lagi bertanya mengenai Hanidatetapi memandangkan Norman sudah mula bertanya mengenai hal yang berkaitandengan hidupku. Hatiku terdetik mengatakan 'Inilah yang aku mahukan. Diabertanya tentang diriku. Yang mana sebelum ini jarang sekali dilakukannya. Jadinikmatilah saat- saat ini. Ambil peranan yang selalu kau pegang dalam hubunganini. Lupakan tentang Hanida! Lupakan sekarang!'

“Ya. Betul… bagaimana awak boleh tahu? Saya baru sahajaterfikir untuk memberitahu awak mengenainya”

“Saya baca blog…''

“Oh. Blog?”

“Ya.'' jawab Norman. ''Apa yang saya hendak tahu sekarangadalah kebenaran laporan blogger tersebut. Awak perlu beritahu saya yang manasatu betul dan yang mana satuexaggeration.”

Ianya bukan satu topik yang seronok untuk dibualkan.Faham-faham sahajalah. Markonah, La Nona, tarik rambut, Nora, itu dan ini.Tetapi itu lebih baik dari dia langsung tidak ambil tahu bukan? Ini permintaanNorman. Sebagai tunanganku, dia memang patut tahu mengenainya. Jadi terpaksalahaku bercerita mengenai apa yang berlaku dari A ke Z dan sepanjang aku berceritadia asyik tertawa sahaja.

''Jadi semuanya betul? Saya tidak sangka bahagian Markonahsimbah air ke muka Shazlin dan 'tarik rambut' itu betul'' tanya Norman.Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

''Ianya betul Norman...'' kataku. Cuba meyakinkan Norman.

''Jadi semua blogger-blogger itu tidak mereka ceritalahya?''

''Tidak. Semua yang ditulis adalah betul. Cuma nama sayasahaja yang tidak dimasukkan ke dalam cerita itu''

''Awak pun hendak tumpang glamor juga rupanya ya?'' Normantertawa lagi. Aku hanya tersenyum melihat Norman yang kelihatan begitu gembirasekali mendengar cerita mengenai Markonah dan Shahzlin. “Oh ya! Apa yang awakbawa? Ada CD baru untuk saya?” tanya Norman. Dia menunjuk kepada plastik yangberisi CD Beck itu.

“Ya. Baru sahaja saya beli.Tetapi ianya telah lamaditerbitkan. Tahun 2002”

“Single atau album?”

“Album.” Kataku sambil menyerahkan CD itu kepada Norman.

“Wow. Sea Change dari Beck. Ini magnum opusdia. Awak sudahdengar?”

“Ya. Saya sudah dengar lebih kurang lima kali''

“Apa pendapat awak?”

“4 bintang dari 5”kataku dengan yakin. Momen-momen sepertiini adalah momen-momen yang sangat aku gemari. Kami berdua duduk bercakaptentang muzik dan segala perkara buruk yang pernah berlaku kepada kami akandilupakan begitu sahaja.

     Norman tidak pernah memberitahunya kepadaku tetapi aku rasasalah satu sebab yang membuatkan dia mula tertarik kepadaku adalah keranamuzik. Aku juga tidak tahu sama ada apa yang aku rasakan betul atau pun tidaktetapi dengan tidak disengajakan, aku juga menarik perhatian Norman denganmuzik.

     Ini semua terjadi apabila 'signal' yang aku balas kepadaNorman tidak dibalas kembali dengan respon yang aku harapkan. Apabila ituberlaku, aku mula memikirkan cara untuk menarik perhatian Norman. Padapendapatku, untuk menarik perhatian seseorang, aku perlu memahami dunianya danmembuatkannya kagum dengan pengetahuanku tentang perkara-perkara yang menarikdi dalam dunianya. Sebelum terjalinnya hubungan kami, Norman memang pernah memberiaku signal seolah-olah dia tertarik denganku tetapi sejurus sahaja aku membalassignal itu, dia seolah-olah menjauhkan dirinya daripadaku. Respon yang sebegiturupa membuatkan aku beranggapan bahawa dia hanya bermain-main sahaja denganku.Mungkin, aku memberi signal yang salah dan dia tidak menerimanya sebagai satusignal. Mungkin juga aku telah menakutkannya dengan signal-signal itu. Walauapapun sebabnya, apa yang Norman lakukan benar-benar mencabar diriku. Akumerasakan seperti dia sengaja melakukannya. Aku tahu ada sesetengah orang yangmenganggap perkara seperti itu seperti suatu permainan yang menyeronokkan danketika itu, tidak mustahil Norman juga boleh melakukannya kepadaku. Jujur akuakui, aku berasa tercabar dan malu. Namun, adakah benar Norman berfikiransebegitu rupa? Adakah dia sengaja memberikanku signal itu dan tidakmengendahkannya apabila menerima balasan daripadaku? Adakah dia memang sengajabermain-main? Aku tiada pilihan, aku perlu lenyapkan persoalan-persoalan itudan aku perlu meneroka ke dalam kotak fikiran Norman dan juga rakan-rakannya.Aku mahu tahu siapa sebenarnya Norman dan dunianya. Yang paling penting, akumahu tahu apa yang difikirkannya tentang diriku.

      Oleh kerana kami tidak mempunyai peluang untuk kerapbertemu, hanya ada satu cara sahaja yang boleh aku lakukan ketika itu iaitudengan menghendap Norman dan rakan-rakannya di bengkel kemahiran hidup yangmenjadi tempat lepak Norman dan lima lagi kawannya selepas mereka selesaimenghadiri aktiviti sukan. Rancanganku ketika itu adalah untuk mendengar apayang mereka bualkan. Manalah tahu kalau-kalau mereka ada memperkatakan tentangdiriku. Aku tidak bersendirian ketika itu, rakan karibku semasa di sekolah, Tiadengan penuh semangat menawarkan diri untuk membantu dan menemaniku. Padapermulaannya, aku berasa gementar juga. Namun, kami bersedia untuk segalakemungkinan dan dalam diam tidak diam, hampir sebulan aku melakukannya.Macam-macam yang aku dengar dari perbualan mereka. Mereka bercerita mengenaihal sekolah, bola sepak, jerawat,rambut,syampu rambut, perapi rambut, serumrambut, warna rambut, minyak wangi, hal budak-budak perempuan (namaku tidakdisebut), hal orang lelaki (Tia berusaha keras untuk tidak gelak apabilamendengar mengenai hal ini semasa kami sedang menghendap mereka dan ini adalahtopik yang paling dia sukai) dan macam-macam lagi.

     Tetapi yang paling menyeronokkan sekali adalah ketika akumendengar Norman bermain gitar sambil menyanyikan lagu-lagu Pearl Jam. Bukannyalagu-lagu Pearl Jam yang hit seperti Last Kiss, tetapi lagu-lagu seperti LoveBoat Captain dari album Riot Act. Aku kurang meminati Pearl Jam sebenarnya,tetapi apabila aku mendengar Norman menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu, sifatingin tahu aku tentang Pearl Jam terus meningkat. Sepupu aku pernah memainkanrekod itu semasa kami sekeluarga mengunjungi rumahnya dan dari situlah aku tahulagu-lagu yang dimainkan Norman itu adalah lagu-lagu Pearl Jam. Daripada itu,aku dapat membuat kesimpulan yang mudah mengenai diriku, aku mula tahu apajenis orang yang aku lihat setiap hari di hadapan cermin. Apabila aku tertarikpada seseorang yang lain, aku juga ingin mengetahui dan merasai apa yangdisukai olehnya. Tarikan yang kuat kepada Norman telah menjadikan aku seorangpeminat Pearl Jam. Aku mula mendengar lagu-lagu Pearl Jam dari internet dankemudian membeli kaset Pearl Jam satu persatu.

Aku membawa kaset Pearl Jam itu ke hulu dan ke hilir denganharapan aku akan berjumpa dengan Norman dan aku boleh pura-pura terjatuhkankaset-kaset Pearl Jam itu di hadapannya. Kemudian kami boleh mula bercakap.Sehingga sekarang, aku pasti akan mentertawakan diriku sendiri apabilamengingatkan apa yang aku cuba lakukan. Aku sebenarnya cuba untukmerealisasikan apa yang pernah aku lihat di dalam filem. Tetapi filem hanya memberikanaku visi. Malang sekali ianya tidak disokong oleh realiti. Realiti juga penuhdengan kejutan dan ianya selalu membawa aku ke tempat atau situasi yang tidakaku sangka.

     Cerita aku, Norman dan Pearl Jam mungkin bermula ketika akumendengar nyanyian Norman di bengkel Kemahiran Hidup. Namun ianya mula terjalinketika aku terserempak dengannya di kedai buku MPH di City Square Johor Bahru.Malang sekali, aku tidak membawa kaset-kaset Pearl Jam itu pada hari itu. Akumenjerit-jerit di dalam hati. Memarahi diri sendiri kerana tidak membawakaset-kaset itu sekali bersama-sama denganku. Aku bingung seketika. 'Apa yangperlu aku buat? Perlukah aku menegur Norman? Atau jangan hiraukan kehadirannyadan buat muka selamba?' hatiku berkata-kata. Seperti si bijak Jimmy Neutronyang ingin mencari akal bagi menyelesaikan masalahnya, aku segera menggesaneuron-neuronku menjalankan tugasnya. Akhirnya aku memutuskan untuk menyanyikanlagu 'I Am Mine' dengan perlahan sambil berpura-pura memilih buku. Relevannya?Supaya Norman menyedari bahawa aku juga banyak mengetahui tentang Pearl Jam.Itulah relevan di sebalik rancanganku itu. Norman yang ketika itu berada selangempat rak daripadaku menyedari kehadiranku. Kami bertentangan mata. Normanterkebil-kebil memandangku. Aku pula berpura-pura terkejut dengan kehadirannya.Kemudian dia tersenyum. Diambilnya senaskah majalah Rolling Stone dari rak danberlalu pergi.

     Malam itu aku menghadapi kesukaran untuk melelapkan mata,berbagai-bagai premonisi hadir ke dalam mindaku. Apa yang Norman fikirkan padaketika itu, maksud di sebalik senyumannya, kemungkinan untuk dia mempersoalminatku terhadap Pearl Jam dan... Ah! senarai premonisiku tidak berpenghujung.

     Esoknya, aku menerima mesej dari nombor yang tidak dikenalidan apabila pengirim itu selesai berteka-teki denganku, dia memperkenalkandirinya. Berdegup kencang jantungku apabila dia memperkenalkan dirinya sebagaiNorman. Kencang jantungku itu bercampur dengan rasa gembira yang amatmengasyikkan. Inilah butir-butir mesej yang masih aku ingat.

 

''Hai Marina! Awak sedang buat apa?''

''Sedang baca komik''

“Sin Chan?”

'Sin Chan? Apa yang buat dia fikir yang aku suka baca SinChan?'

“Tidak. Komik Paul Auster''

“Oh Paul Auster. Si absurd itu”kata Norman. Ketika itutimbul perasaan kagum terhadapnya kerana dia kenal siapa itu Paul Auster dankarya-karyanya yang absurd itu.

“Awak tahu tentang Auster? Awak minat dia?"

“Tidaklah."

"Jadi. Apa obsesi awak sekarang?"

"Maksud awak selain dari baca tentang perang danpolitik dunia?" tanya Norman.

"Ya. Selain dari perkara-perkara itu" katakudisertai dengan tawa kecil. "Pearl Jam...”

“Oh. Pearl Jam.. Album apa yang awak dengar sekarang?”

“Riot Act…”

“Saya sukakan album itu”

“Betulkah?”tanya Norman. Keterujaannya kedengaran jelas darisuaranya.

“Ya. Betul. Saya sudah dengar keseluruhan album itu"

"Berapa markah awak hendak beri untuk Riot Act?"

"Saya berikan empat bintang daripada lima" katakupenuh yakin.

"Wow. Banyak juga itu Marina"

"Jadi Norman... Lagu apa yang awak suka dari Riot Act?”

“Saya suka Love Boat Captain, I Am Mine dan Bush Leaguer.Awak pula Marina?''

''Saya suka Love Boat Captain!''

“Pilhan yang bagus. Gitar Stone Gossard berhantu bukan?”

“Gossard sahaja? McCready pula bagaimana?”

“Oh ya! Siapa boleh lupa tentang Mike McCready?'' KataNorman menyatakan kekagumannya. Kami terus bercakap mengenai Crodpuster, Ghost,Wanted To Get Right, 1/2 Full dan beberapa lagi trak dari rekod Pearl Jam itu.Bermula dari saat itu, maka bermulalah hubungan kami. Semuanya kerana 'PearlJam'. Walaupun ia sudah bermula lama dengan signal-signal yang salah tetapiPearl Jam membantu mempercepatkannya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.