Home Alternatif Umum Kelebihan Menyantuni Penerima Manfaat
Kelebihan Menyantuni Penerima Manfaat
Zaf Zafirah
5/12/2016 16:44:12
4,909
Kategori: Alternatif
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab Kelebihan Menyantuni Penerima

Penerima Manfaat atau beneficiarymerujuk kepada orang yang mendapat manfaat atau keuntungan daripada orang yang memberi manfaat. Dalam konteks Islamic Relief Malaysia (IRM), penerima manfaat IRM terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu tunggal, anak yatim, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan lain-lain. Pemilihan mereka berdasarkan penilaian yang ketat dari pihak IRM bagi mengelakkan sebarang penipuan.

Antara projek tempatan yang dilaksanakan oleh IRM ialah Gift Of Hope (GOH), mySEDEKAH, Ramadhan Relief dan Qurbani Merentasi Sempadan selain program-program lain. Dalam menjalankan setiap misi bantuan, roh kemanusiaan perlu diterapkan dan ditanam di dalam jiwa setiap aktivis supaya apa yang dilakukan lahir dari hati yang ikhlas sehingga dapat menjiwai perasaan penerima manfaat.

Setiap kakitangan IRM digalakkan untuk turun ke lapangan bagi melihat dan merasai sendiri kehidupan getir dan penuh cabaran yang dilalui oleh golongan mereka. Dengan itu, beberapa kebaikan akan diperoleh antaranya:

1) Mewujudkan Rasa Kehambaan – Menziarahi saudara kita sangat dituntut agama. Dengannya ia dapat mengingatkan bahawa kita hanyalah hamba yang layak diuji oleh Pencipta kita.

2) Bersyukur– Menjadikan diri aktivis lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki. Di dunia ini masih ramai yang hidup susah berbanding diri kita.

3) Insaf– Melihat penderitaan insan lain yang dilalui dengan penuh kepayahan, boleh membuatkan aktivis insaf dan redha dengan takdir yang ditentukan Ilahi.

4) Mengambil Iktibar–Kadangkala kisah hidup penerima manfaat dapat memberi iktibar kepada aktivis atau orang sekeliling supaya tidak mengulangi apa yang mereka lakukan.

5) Kumpul Pengalaman –Pengalaman-pengalaman ini sangat penting supaya dapat dikongsikan kepada pihak lain dan menjadi sumber inspirasi buat mereka.

Rasulullah S.A.W dengan akhlak baginda yang terpuji seringkali menggauli golongan penerima manfaat ini. Bahkan, baginda berwasiat kepada Abu Dzar agar mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka;

Dari Abu Dzar Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) Shallallahu 'alaihi wa sallam berwasiat kepadaku dengan tujuh hal: (1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka,(2) beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku…..”(Hadis Riwayat At-Tabrani dan Ahmad)

Oleh itu, perhatikanlah di sekeliling kita. Masihkah ada golongan ini yang perlu kita santuni? Jika tiada, carilah. Carilah kerana mereka sebenarnya ada di celah-celah kehidupan kita. Di sebalik warna-warni hiasan duniawi, terselit hamparan kusam yang perlu diwarnai. Wallahualam.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.