Home Puisi Keluarga Percayalah Cintaku, Sayang
Percayalah Cintaku, Sayang
Amy Zaila
5/8/2021 12:40:22
3,294
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga

Percayalah Cintaku, Sayang

 

 

Percayalah….

Percayalah….

Cinta hati ku hanyauntukmu

Walau jasad berasing sudah

Walau dunia berpisah dua

Tetapi tidak di jiwaku

Masih ada cinta yang utuh

Masih ada cinta tersimpan kekalsetia

 

Sayangku…

Dunia ini ibarat kita yangpunya

Hanya ada aku dan kamu didalamnya

Seperti boneka yangbermain di layar

Pancaran cahayadipantulkan

Satu persatu kenangan itu terbias

Jalan cerita yang sungguh panjang

 

Sayangku…

Ada suka yang menzahirkan girang

Ada duka yang membuatkan hiba

Ada pahit yang merenggutjiwa

Ada dugaan yang mengocak kita

 

Benar kata Pepatah

“Tuhan memberikan apa yangkita perlu”

Ya…..

Itulah janji Tuhan

Tuhan berikan Kamu untuk ku

Kamu terlalu sempurnauntuk ku di dunia

Kamu akan kekal sempurnauntuk ku juga di akhirat

 

Tidak pernah ku terlitas

Apa jadinya hidupku tanpamu

Adakah aku bisa berdiri??

 

Aku takut….

Apa yang terlintas bakal menjadikenyataan

Aku takut….

Aku akan rebah jika kautiada

Aku takut…

Aku akan lemah tanpa kamu

Aku takut…

Aku akan menjadi insanlain tanpamu

 

Percayalah sayang….

Dikau segala-galanyauntukku

Tiada dua, tiada tiga

Cinta yang lahir jugatiada gantinya

Jari yang tertaut tidakmungkin akan terlepas

Kerna….

Aku milik mu

Kamu jua milik ku

Aku isterimu, bidadarimu

Dan…

Kamu suamiku, syurgaku

 

 

Nukilan :

Amy Zaila @ Hila Zait

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.