Home Puisi Umum Dewa Dewi Pertiwi
Dewa Dewi Pertiwi
Amy Zaila
23/9/2020 08:17:55
3,763
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Dewa Dewi Pertiwi

 

Duhai perwira belahanjiwa negara

Titisan keringatmuibarat mutiara

Tiada harga yangsenilai dengannya

Tiada emas untukgalang gantinya.

 

Sebak dada menahanhiba

Air mata jatuh ke riba

Bangkit walauberkali-kali kau rebah

Terus bangkit walaubertitipkan hembusan keluhan

Namun…

Itulah tanda gagahnyadikau, wahai pahlawan

Itulah bezanya dikau

Berjuang di barisanhadapan.

 

Saat itu

Jiwa bersatu

Tangan menyatu

Segala jurang ditepis padu

Dan…

Kalungan doa bermaindi bibir

Doa sahabat untuk rakanseperjuangan

Doa rakyat untuk pahlawanjiwa

Doa kami untuk negara.

 

Duhai Dewa Dewi Pertiwi

Usah gentar denganvirus ini

Walau sukar untukdiusir

Kita akan mampu menyingkiri

Yakinilah  diri….

Sehebat mana negaradiuji

Masa itu kian hampir

Kemenangan itu adalahpasti.

 

Ayuh….

Wira-wira negara

Hapuskan lelah keringat di dahi

Untukmu Malaysia sanjungan hati

Kita bersatu memakmurkan bumi

Terima kasih Dewa Dewi Pertiwi.

 

 

Nukilan :

Amy Zaila @ Hila Zait

~ Anak Malaysia ~

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.