Home Puisi Islamik MENGHADAM FIKIR PADA TAKDIR
MENGHADAM FIKIR PADA TAKDIR
Diansutera
10/9/2020 07:59:13
3,440
Kategori: Puisi
Genre: Islamik

MENGHADAM FIKIR PADA TAKDIR

 

Menghadam setiap inci kejadian

Detik masa yang mengusang

Setiap kali itulah jua

Adanya cetusan hikmah

Dan rahsia di dalam hati nurani.

 

Tidak perlu kau menakuti diri

Pada bayang-bayang kejahilan

Atau dosa yang melingkari

Jasad jahil kita ini

Depanilah dengan jiwa yang tenang

Fikir dengan akal yang matang

Penuh keyakinan hakiki

Pada kekuasaan Illahi

Menentukan qada dan qadar-Nya.

 

Kita ini hamba

Yang diusung keluar dari syurga

Disusuli Jibril dengan dustur agung suci

Bersama utusan mulia pada setiap ummah

Mengandung ilmu dan teladan berkisah

Mematang dan mendewasakan

Pemahaman kita tentang takdir.

 

Sedarlah wahai diri

Setiap kejadian di maya pada ini

Ada sebab dan musabab

Kecuali pada suatu ketetapan azali

Yang didatangkan tanpa sebab

Itu adalah hak-Nya

Tidak perlu dipertikai segala.

 

Justeru, tetapkan tapak warasmu

Biarkan takdir pada paksinya

Namun laraskan penerimaanmu

Tentang ketuhanan Rabbul ‘Alamin

Bahawa Dia Yang Maha Berkuasa.

 

Nukilan:

Diansutera,

SK Peralla, Tanah Merah, Kelantan.

9:31 pagi (29072019)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.