Home Puisi Cinta PELAYARAN RINDU
PELAYARAN RINDU
Diansutera
22/8/2020 22:35:25
2,636
Kategori: Puisi
Genre: Cinta
PELAYARAN RINDU


Semalaman aku melayari

saujana lautan fikir menyelami

erti kedalaman rindu sang aku

pada cita nan tidak pernah padam

mendaki gunung impi melangit tinggi

titik temunya bersinar di cakerawala kalbu

senyum pun menguntum hiasi lelaman rasa.


Tanpa sedar aku kesiangan

suria pagi serlah melebar cahaya

di ufuk timur memerah fajar baru

terpancar kilau indah ciptaan Illahi

lalu terbukalah pintu sebuah harapan

perkebunan hijau berbuah lazat terhampar

bak permaidani merai ketibaan sang aku

nun di puncak sana sang kekasih menanti

dan rindu kian membarai jiwa sang hamba.


Nukilan:

Diansutera,

To' Uban, Pasir Mas, Kelantan.

23032001 (Jumaat)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.