Home Puisi Islamik Inikah Perjalanan
Inikah Perjalanan
Diansutera
28/7/2019 12:23:16
125
Kategori: Puisi
Genre: Islamik
Inikah perjalanan

sedikit persoalan menerjah minda

detik yang kulalui tidak sama

malah berbeza di antara kita

aku di sini begini

kau pula begitu

mereka pun mengolah cerita

menjalin siratan takdir dunia fana

demi kehidupan nan abadi.


Inikah perjalanan

tersingkap rahsia uluhiyyah

tika menaaku rububiyyah

pada setiap amalan

sang hamba yang istiqomah

dalam taqwa dan iman.


Inikah perjalanan

menuju kecintaan hakiki.


Nukilan,

Diansutera

Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.

Malam.27 Julai 2019

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diansutera