Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
akan terbit... petikan bab
ADUKA memperkenalkan Syeikh Maulana kepada Panglima Hitam. Syeikh Maulana berbual dengan Panglima Hitam akan tujuannya datang ke mari. Panglima Hitam mempelawa Syeikh Maulana ke rumahnya untuk berbual-bual dan dijamu makan. Di pertengahan perjalanan, tiba-tiba meluncur laju sebilah anak panah berapi ke arah Syeikh Maulana.Syeikh Maulana yang sentiasa berwaspada sepantas kilat mengeluarkan keris dan memukul anak panah hingga terbias ke tanah. Tempat di mana tercacaknya anak panah itu terbakar. Serentak dengan itu Syeikh Maulana memandang tajam ke satu sudut di dalam belukar. Kamel, Rasan dan Aduka telah bersedia dengan senjata masing-masing

.“Siapa yang memanah tadi?” soal Panglima Hitam, terkejut.Keris Dendam Tak Sudah dikeluarkan dari sarungnya. Dia sendiri tidak menyangka ada anak panah yang menuju deras ke arahnya. Keadaan senyap seketika. Beberapa pemuda kampung yang mengiringi turut berjaga-jaga.

“Sudah. Mari kita segera pulang ke rumah,” arah Panglima Hitam.Mereka segera pergi ke rumah Panglima Hitam. Tetapi apabila sampai, Syeikh Maulana tidak terus masuk ke dalam rumah. Dia memandang ke arah hutan tebal yang ada di hadapan rumah Panglima Hitam. Panglima Hitam kehairanan dengan tindak-tanduk Syeikh Maulana.

“Pak Syeikh, mari masuk ke dalam rumah,” ajak Aduka setelah merapati Syeikh Maulana.205Namun, Syeikh Maulana terus memerhati ke arah hutan itu.

“Kenapa Pak Syeikh?” soal Aduka, hairan.

“Tiga pendamping ingin mengujiku. Masuklah anak ke dalam rumah. Berikan hamba keris anak dan keris Dendam Tak Sudah. Hamba perlu bertempur dengannya,” ujar Syeikh Maulana.Aduka mengangguk. Dia berlalu dan meminta keris Dendam Tak Sudah daripada ayahnya. Ayahnya yang masih terpinga-pinga tidak mengerti memberikan sahaja keris itu kepada anaknya. Aduka menyerahkan kerisnya dan ayahnya kepada Syeikh Maulana.

“Anak tutuplah pintu. Jangan dibuka sehingga hamba yang datang. Kalau dengar apa-apa bunyi jangan dihiraukan. Biarkan sahaja,” arah Syeikh Maulana.Aduka mengangguk dan berlari masuk ke dalam rumah. Semua pintu dan tingkap ditutup.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.