Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
65,223
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 20
"Lyssa?!..LYSSA??!!" melengking tinggi suara Mak Tok bilamana tiada kedengaran sahutan balas daripada biliknya Lyssa. "Ke mana ajelah budak bertuah ni pergi?" dengus Mak Tok. Tangan tua Mak Tok perlahan-lahan menolak daun pintu bilik Lyssa. "Krrriiikkkkk.." kegelapan menyerbu seluruh pandangan mata tua Mak Tok. Melingas dia kiri dan kanan mencari kotak suis elekterik yang membekalkan cahaya lampu di bilik itu. "Tappp!". Dengan sekali ketik seluruh bilik itu diterangi cahaya kuning malap. 


Lyssa terbaring kaku di atas katil dengan matanya terkatup rapat. Sepasang tangannya ditekup ke dada seperti orang sedang menunaikan solat. Kedua kakinya rapat lurus, sekali pandang seperti mayat. Mak Tok segera beristigfar. "Dah mati ke Lyssa nih?" "Kenapa tidurnya dalam posisi seperti ini?" Dalam resah yang berkabut, Mak Tok dengan cermat meletakan jari telunjuk kanannya betul-betul di hidung Lyssa, cuba mencari seandainya nafas Lyssa masih berhembus. Seminit.Dua minit. Tiga Minit. 


Menyedari Lyssa seakan tidak bernafas, Mak Tok semakin gelabah. Segera dia keluar daripada bilik kecil tersebut dan meluru ke arah Tok Ayah. "Cepat lahhh awakkk...cucu kita!!" tinggi suara Mak Tok saat menarik tangan Tok Ayah yang baru sahaja selesai solat subuh. Tikar sejadah pun belum sempat dilipatnya. Bergegas Tok Ayah menuju ke bilik Lyssa. Saat terlihat tubuh Lyssa yang terkedang kaku di atas katil  Tok Ayah sudah dapat mengagak pasti Lyssa di bawa ke "sana" sekali lagi. " Arghhhh..haram jadahhhhhhhhh!!!"


Nafas Tok Ayah berombak kencang. Sesak dadanya mengingatkan Lyssa baru sahaja pulih daripada kerasukan sebelum ini. "Ya Allahhhhh bantulahh aku!"

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.