Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,354
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 17
"Assalamualaikum..assalamualaikum..Tok Ayah..ohh Tok Ayahhh..Haris ni"..Sunyi. Sepi. Rumah Tok Ayah seolah tiada berpenghuni. 

"Ketuk la pintu rumahnya abang".. rungut Amira. Dia tidak gemar berpanas depan pintu rumah orang. "Apa yang susah sangat nak jawab salam orang?" bisik hatinya.

"Waalaikumusalammm...maaf yeaa..Mak Tok tadi kat dapurrrr.. haahhh..tak perasan ada orang bagi salam..". Terpacul sebatang tubuh tua di balik daun pintu yang dibuka dengan penuh hati-hati. 

"Meh la masukkk..Haris..erkkkk..ni ke isteri Haris?" soal Mak Tok sambil mempamerkan senyuman manis kepada dua tetamu yang tidak diundang itu.

"Erkk..iyaaaa..iyaa Mak Tok.. ni Amira, isteri saya." ujar Haris seraya memberikan isyarat agar isterinya bersalaman dengan Mak Tok. 

"Saja la bawak Amira ni jalan-jalan keliling kampung Mak Tok..kenal-kenalkan dengan jiran-jiran semua.." Haris berbasa basi. Matanya tidak lepas dari memandang seraut potret yang tergangtung kemas di satu sudut rumah tersebut. Dia amat kenal dengan potret lukisan pensil itu, manakan tidak, dialah pelukisnya. Dan wajah itu pula adalah seraut wajah bekas kekasih yang sangat di sayanginya.

"Ngape datangnya tak  dibagi tau awal? kalau tak sempat jugaklah Mak Tok siapkan makanan sedap-sedap..kann Amira?"

"Ehhh..tak apalah Mak Tok..saya datang pun singgah-singgah saja..lagipun..." kata-kata Haris terhenti disitu. Terasa berat sungguh untuk dia keluarkan apa yang terbuku di hati. 

"Lagi pun kami datang ni ..nak mintak maaf sebab tak dapat datang untuk melawat cucu Mak Tok, yang sakit itu hari.." Amira segera menghabiskan ayat suaminya sambil tangannya memaut erat lengan Haris dan sesekali meletuk manja ke bahu Haris.

Sesaat kemudian Haris berpaling pada Mak Tok dan Amira sambil mengangguk kepalanya lemah. 

"Mana semua orang Mak Tok? Tak nampak pun Tok Ayah dan Lyssa?" pertanyaan itu terpacul daripada Haris yang merasakan rumah itu seperti terlalu sunyi.

"Ahhh...kejap yea..lepas Mak Tok bawakan kamu minuman, baru kita sembang..ada kopi ngan biskut baru jadi..kejap yeaa". Mak Tok segera berlalu tanpa menjawab soalan Haris.

Di dapur Mak Tok kedengaran bunyi dentingan sudu didalam jug. Sambil tangannya tangkas menyiapkan minum petang kepada tamu tidak di undang itu, kepala Mak Tok ligat memikirkan jawapan kepada soalan Haris tadi.

Seboleh mungkin dia tidak mahu memberitahu di mana Lyssa berada, apatah lagi melihatkan geletisnya isteri Haris dihadapannya. "Sakit pulak hati aku nih..ishhhh!!" rungut Mak Tok.


Seketika kemudian, Mak Tok muncul di ruang tamu rumah  dengan menatang minuman di atas dulang perak yang sedikit berkarat dengan ukiran kerawang awan larat. Dia meletakkan dengan cermat minuman dan biskut di atas lantai yang dilapik oleh tikar getah corak bunga-bunga halus berwarna ungu. 


"Maaf terpaksa tunggu lama yea Haris..Amira, maklumlah..Mak Tok dah tua..lambat skit buat kerja-kerja dapur ni haaa..dulu kalau ada Lyssa senang skit keje Mak Tok.." ujar Mak Tok sambil di unjukkan dulang berisi air itu kepada tamu. 


"Owhhh..takpe Mak Tok..patut kami yang minta maaf..datang tak di undang macam nih.." sahut Haris. "Erkk..mana yang lainnya Mak Tok?" soalan tadi di utarakan semula. 

"Eh..abang ni..kot ye pun minum lah dulu..penat Mak Tok sediakan.." celah si Amira.


"Ahhh..datang nak lawat Lyssa kan?"..


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.