Home Novel Komedi/Romantik Komedi Find me in your memory
Find me in your memory
sipencintapena
18/1/2023 10:54:43
220
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

Segalanya bermula di sini. Nama aku Amanda Qesha. Umur? erm..., still 18. Muda lagi. Aku merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik. Aku sebenarnya ada adik kembar. Namanya Azza Qarida. Tapi yang buat aku hairan (bukan aku aje sebenarnya), jika ada orang yang terserempak dengan aku dan Azza pasti tidak akan percaya kami adalah kembar. Wajah kami memang tak seiras langsung! Dan yang paling sukar dipercayai. Wajah aku lebih seiras dengan kakak sulung aku! Kalau orang tengok memang kata 100% kami kembar. Tapi sebenarnya tak. Kakak sulung aku, Arda Qarissa sebenarnya bukan kakak kandung aku. Dia anak pertama my dad. Ibunya dah meninggal sejak along dilahirkan. Memang sukar dipercayai. Betul tak? Bercerita mengenai aktiviti aku, ermm..., sebenarnya aku dah tak sambung belajar lagi. Result gempak, cuma aku yang malas. Jika dibandingkan dengan Azza, aku memang ketinggalan jauh. Aku lebih berminat dengan dunia aku sendiri. Dunia penulisan. Along dah jadi cikgu. Azza bakal doktor. Dan aku? Aku tak kisah orang mengata. My dad okay. But my mom, aku just zip mulut kalau my mom dah mula nak mengaum. Tak apa, lama-lama penatlah tu.

"Amanda, tak siap lagi ke? Kita nak jemput along ni," soal Datuk Razman. Amanda tersenyum. Jari jemarinya berhenti menaip. Dia berpaling. Tersenyum Datuk Razman memandangnya di muka pintu.

"Manda dah lama siap dad. Kita nak jemput Azza dulu ke?" soalnya sambil mencapai beg galasnya dan melangkah menghampiri papanya.

"Mom kata tak payah. Tak apa hujung minggu Azza cuti juga. Boleh jumpa along," jawab Datuk Razman sambil memeluk bahu anak kesayangannya itu.

"Rindunya dengan along. Minggu depan along dah start mengajar. Tak sangka dad. Along pada mulanya berhasrat nak jadi peguam. Tapi tak kesampaian," kata Amanda.

"Dah kakak kau tu malas nak hafal fakta. Asyik pula keluar dating. Cita-cita entah ke mana," celah Datin Rania sinis. Amanda memandang papanya. Datuk Razman hanya tersenyum hambar.

"Mom, tak baik cakap macam tu kat along," dia menegur.

"Kau jangan cuba nak nasihatkan aku. Kau pun sama aje dengan kakak kau tu. Belajar malas. Tengok apa dah jadi. Tanam anggur kat rumah," marah Datin Rania.

"Dah jomlah nanti lewat pula," Datuk Razman menarik lengan isterinya itu. Amanda menggelengkan kepalanya. Sikap mamanya yang amat tidak digemarinya sedari dulu. Wanita itu tidak suka dengan along. Dia tahu sebap mamanya bersikap sedemikian. Tapi apa yang membuatnya tidak puas hati adalah apabila dia turut menerima tempiasnya. Dia anak kandung mamanya. Cuma bila wajahnya seiras dengan along, mamanya mula berubah sikap.

"Amanda!" Amanda mengangguk pantas apabila namanya dilaung oleh Datuk Razman.

                                 *****

"Along!"

"Amanda!" kedua-dua gadis itu saling berpelukan melepaskan rindu.

"How are you along? Along dah kurus! Baru aje 3 tahun kat London tapi dah kurus sangat," komen Amanda sambil meneliti tubuh kakaknya itu. Arda hanya tergelak.

"Sebap sibuk sangat kot. Along tak sempat nak makan," jawabnya.

"Aii, nak peluk Manda aje? Tak rindu dad ke?" soal Datuk Razman yang sedari tadi hanya memerhati kedua-dua anak daranya itu.

"Dad!" Arda memeluk papanya.

"I miss you dad," ucapnya sebak.

"Miss you too dear. Lepas ini jangan harap nak pergi mana-mana lagi," kata Datuk Razman tegas sambil mengusap kepala gadis itu.

"Arda tak akan pergi ke mana-mana lagi dad," jawab Arda tersenyum. Dia berpaling memandang Datin Rania yang hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa.

"Mom," Arda menghulurkan tangan. Wanita itu menyambut namun sangat cepat pegangannya terlepas.

"Jomlah balik. Nak buat apa lama-lama kat airport ni. Macamlah nak sambut menteri," katanya sambil mula melangkah berlalu. Arda hanya memandang langkah wanita itu. Datuk Razman menyentuh bahu anaknya itu. Arda tersenyum. Rupanya mamanya tetap tidak berubah. Amanda pula memeluk bahu gadis itu.

"Jom along. Esok kita tawaf satu KL," ajaknya riang. Arda hanya mengangguk. Dia agak terganggu dengan telatah Datin Rania sebentar tadi. Apa yang dia harapkan selama ini semasa berada di rantau orang rupanya tidak akan pernah kesampaian. Arda mengeluh dalam diam.

                                 *****

Amanda menggeleng apabila melihat gadis itu sedang terlentang di atas katilnya.

"Penat ke? Manda dah kata, minggu depan along start. Tapi tak nak dengar. Sekarang ni siapa yang penat? baru balik dah nak kerja. Along rehatlah dulu," marahnya sambil duduk di sisi gadis itu. Arda tersenyum dengan mata terpejam.

"Tak apa. Along rasa tak sempurna hidup along kalau tak masuk kelas. Jumpa dengan student yang pelbagai ragam. Along rindu semua itu. Dulu masa kat London along memang ada buat kelas untuk budak-budak kat sana. Sebap itu along dah biasa," jawabnya tenang. Amanda menggeleng.

"Kenapa along tak mengajar kat universiti aje? Jadi lecturer. Lagi sesuai dengan kelulusan along," soalnya. Dia memang hairan apabila gadis itu memberitahu mereka yang dia akan mengajar pelajar sekolah menengah. Bukan kolej atau universiti.

"Along suka budak-budak. Lebih mencabar. Kalau kat universiti itu, pelajar dah boleh fikir. Dah dapat beza yang baik dan buruk. Along bosan," jawab Arda dengan senyuman. Amanda tergelak kecil mendengar jawapan gadis itu.

"Pelik. Along memang pelik. Setahu Manda, jarang ada cikgu jenis macam ini. Kalau Manda, dah lama pilih universiti. Yelah tak leceh banding budak sekolah menengah," katanya. Arda bangun lantas duduk berdepan dengan gadis itu.

"Kenapa Manda tak sambung study dan jadi cikgu macam along?" soalnya dengan nada serius. Terangkat kening Amanda memandang gadis itu.

"Tak minat," jawabnya pendek.

"Sekiranya suatu hari nanti Manda ditakdirkan untuk jadi cikgu, Manda terima tak?" soal Arda lagi mahu menguji gadis itu. Amanda terdiam. Dia berfikir sejenak.

"Manda memang tak sesuai jadi cikgulah along. Kalau Manda yang jadi cikgu, tak tahulah apa jadi dengan anak murid Manda," jawabnya sambil tergelak kecil. Arda ikut tergelak.

"Along doa Manda jadi cikgu," usiknya.

"Along! Tak nak!" Amanda memukul lembut bahu gadis itu. Arda tergelak besar. Amanda hanya tersenyum memandang wajah riang itu.

"Along, abang Fuad mengajar kat mana?" soalan tiba-tiba Amanda mematikan gelak Arda. Bibirnya terkunci. Fikirannya melayang mengingatkan seseorang.

                                 *****

Fuad Hanafi. Amanda tersenyum mengingat sebaris nama itu. Lelaki yang bernama Fuad Hanafi itu pernah mencuri hatinya suatu ketika dulu. Lelaki itu seusia dengan kakaknya dan mereka memang rapat sebelum kakaknya terbang ke London. Dia selalu bertemu dengan lelaki itu apabila along sering membawanya bersama bila bertemu dengan Fuad Hanafi. Lelaki tinggi lampai itu memang dikategorikan lelaki yang sedap mata memandang. Apabila sudah sering bertemu dengan Fuad, dalam hatinya mula tumbuh sesuatu yang indah. Rindu mula bertamu. Boleh dikatakan Fuad Hanafi adalah cinta pertamanya. Cinta monyet. Amanda menggeleng perlahan dengan senyuman yang tidak lekang pada bibirnya. Namun semuanya berubah apabila along ke London. Along hilang, Fuad Hanafi turut hilang tanpa khabar. Dia tahu, lelaki itu sebenarnya menyimpan rasa pada alongnya. Tengok dari cara sahaja, lelaki itu memang sangat sayangkan alongnya. Bagaimana dengan along? Dia sendiri tidak faham dengan alongnya. Nak kata suka, macam tak. Nak kata tak suka, macam suka pula. Amanda menggeleng lagi. Dia pula? Fuad Hanafi hanya cinta monyetnya. Tak ada masalah sekiranya dia bertepuk sebelah tangan. Amanda menarik nafas perlahan. Ke mana agaknya Fuad Hanafi? Kakaknya sebentar tadi tiba-tiba sakit perut bila soalan itu keluar dari bibirnya. Nak larikan dirilah tu.

"Buat apa seorang kat luar ni Amanda," tegur satu suara. Amanda tersenyum.

"Dad, tak tidur lagi ke? Esok tak masuk office?" soalnya pula. Datuk Razman duduk bersebelahan dengan gadis itu. Amanda melentokkan kepalanya pada bahu papanya.

"Kerja. Cuma dad tak dapat tidur. Rasa tak sedap hati," jawab Datuk Razman perlahan. Dia memandang ke sisi apabila tidak ada jawapan daripada gadis itu.

"Lah, dah terlelap budak ni." Dia menggeleng perlahan. Boleh pula Amanda terlelap. Datuk Razman memandang langit. Apa sebenarnya yang mengganggu hatinya?

                                  *****

"Hana! Tunggulah dulu," jerit Farisha sambil berlari anak menghampiri Shafiqah Hana. Langkah Hana terhenti. Dia menunggu sahaja gadis itu sampai di tempatnya.

"Kau ni pekak ke? Tekak aku ini macam dah nak terkeluar panggil kau," marah Farisha dengan nafas yang tersekat-sekat. Hana hanya tergelak kecil.

"Kenapa? Kau ni macam tak boleh beritahu aku kat kelas," balasnya.

"Sebap cerita hangat lah aku tak sabar nak beritahu!" kata Farisha. Berkerut dahi Hana. Apa pula kali ini.

"Pasal apa?"

"Arfad! Kau tahu tak minah baru form 6 tu? Arfad tengah sibuk mengurat minah itu. Kau tak takut ke?" beritahu Farisha.

"Budak baru? Aimy Nadia anak Tan sri tu?" soal Hana lagi. Farisha mengangguk pantas. Hana terdiam sejenak.

"Kau okay ke?" tanya Farisha apabila melihat gadis itu agak lama membisu. Hana tergelak kecil melihat wajah bimbang sahabat baiknya itu.

"Kau ni, macamlah Arfad tu dah sah jadi boyfriend aku. Tak apa, budak Romeo itu ada hak. Lagipun Aimy Nadia bukan orang sembarangan. Sepadanlah dengan Arfad. Jika nak dibandingkan dengan aku. Makan habuklah aku Isha," jawabnya.

"Jangan nak baik sangatlah Hana. Kau dah lama memendam rasa pada budak Romeo tu. Bila nak beritahu dia? Kau tak rasa sakit ke?" soal Farisha sambil mendengus geram. Hana menarik nafas perlahan.

"Akak!" Hana mengangkat wajah. Dia tersenyum memandang Danny yang sedang berjalan menghampiri mereka. Melihat cara jalan satu-satunya adik lelakinya, dia tidak pernah merasa kecewa apatah lagi malu. Adik lelakinya itu istimewa.

"Balik nanti jangan lupa jumpa Danny tau. Ambil kunci rumah. Hari ini nek Jah sehari suntuk kat kedai," ingat Danny. Hana mengangguk tersenyum. Dia menyambut tangan yang dihulurkan oleh Danny.

"Danny pergi dulu .Jangan lupa tau," Danny mengingatkan lagi.

"Hati-hati," balas Hana.

"Jomlah tak lama lagi kelas nak mula," ajak Farisha apabila melihat sahabatnya itu larat memandang Danny yang semakin jauh. Hana mengangguk lagi. Dia hanya menurut langkah sahabatnya itu.

                                    *****

Nama aku Shafiqah Hana. Tahun ini aku akan ambil Spm. Nervous? Tak lah. Aku yakin gelaran pelajar terbaik tahun ini akan tetap jadi milik aku. Percaya atau tidak. Kita tengok aje. Aku hanya ada seorang adik, Danny Aswal dan nenda iaitu Nek Jah. Mama dan papa dah lama meninggal dunia akibat kemalangan sejak aku berumur 15 tahun. Aku dan adik taklah hidup susah sangat. Tapi tak juga hidup senang. Aku berhasrat nak jadi seorang ahli perniagaan berjaya. Macam arwah papa aku. Walaupun papa tak sempat menerima gelaran Datuk, namun beliau adalah salah satu usahawan yang berjaya dalam bidang pertanian, penternakan dan perladangan. Selepas papa pergi, semua urusan niaga papa diuruskan oleh pakcik aku. Satu-satunya adik kepada arwah papa. Pakcik Jainol memang baik hati. Hana menarik nafas panjang. Dia teringat apa yang Farisha beritahu pagi tadi. Betul kata gadis itu. Sampai bila aku nak bertepuk sebelah tangan? Aku cemburu bila lelaki idaman aku sering didekati oleh pelajar perempuan yang cantik dan kaya. Aku rasa rendah diri. Dia (Arfad Fazley) tak pernah pun pandang aku. Aku aje yang terhegeh-hegeh. Hana mengeluh pula. Dia berhenti menaip. Oleh sebab rasa sakit hati dengan perkhabaran Farisha pagi tadi, malam ini dia menulis diari buat pertama kalinya.

                                  *****

"Aku nak beritahu kau sesuatu ini." Ersad menerpa Arfad yang baru sahaja keluar dari Hyundai putih. Arfad membetulkan rambutnya yang ditiup oleh angin.

"Apa," soalnya lalu mula melangkah tenang selepas menyandang beg galasnya. Beberapa pelajar perempuan berkumpul kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk memandang wajah kacaknya. Tersenyum-senyum Arfad melepasi kumpulan tersebut. Ersad berdehem perlahan. Dah biasa dah.

"Semalam aku terserempak dengan Farisha," beritahunya.

"Budak mana pula ni. Aku tak kenallah. Girlfriend kau ke?" soal Arfad menjeling sahabatnya.

"Bestfriend budak ulat buku itu. Kau tak tahu ke? Student perempuan yang asyik dapat anugerah pelajar terbaik. Kau nama aje budak famous. Benda ni pun tak tahu. Hampeh!" balas Ersad separuh menyindir. Arfad mendengus geram mendengar sindiran kawan baiknya itu.

"Dah tu kenapa? Ada kaitan ke dengan aku?" soalnya berang.

"Budak ulat buku itu dah tangkap cintan dengan kau. Farisha yang beritahu aku. Dia beritahu aku sebap kau dah mula mengurat budak Aimy. Farisha kesiankan si ulat buku tu. Dia kata dah lama si ulat buku suka kat kau. Sejak dia form 3 lagi. Masuk tahun ini kira dah 2 tahunlah. Kesian aku dengar," cerita Ersad. Arfad tergelak besar. Ersad menggeleng. Dah agak dah.

"Kesiannya. Nak nangis pun ada," jawab Arfad masih tergelak.

"Kau dah nampak ke gadis ulat buku tu? Jangan dah jumpa nanti terus jatuh hati pula. Giliran aku nak gelakkan kau," kata Ersad sambil melangkah berlalu.

"Wei! Tunggulah aku. Kau ini, lain yang aku gelakkan kau pula yang terasa." Arfad mengejar langkah Ersad. Dia memeluk bahu sahabatnya itu.

"Lepaslah! Geli tahu tak!" Ersad menolak. Arfad ketawa geli hati. Masuk sahaja dalam kelas semua pelajar terdiam. Arfad menarik nafas perlahan. Semua mata hanya terarah pada 4 orang pelajar lelaki yang berdiri di sudut kelas. Ersad menarik lengan sahabatnya itu apabila cuba untuk campur tangan.

"Fad, jangan. Itu bukan masalah kita. Lagipun Daniel bukan kawan kita," ingat Ersad. Arfad menarik nafas lagi. Cuba meredahkan api amarahnya.

"Cikgu datang!" satu suara berteriak. Masing-masing sibuk kembali ke tepat duduk. Daniel melangkah tenang ke mejanya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

                               *****

Amanda melambai ke arah gadis itu. Fazura membalas sambil datang menghampiri. Dia duduk berdepan dengan rakan satu kepalanya itu.

"Ingatkan tak datang macam selalu," kata Fazura.

"Mana boleh. Cafe kau ini dah jadi rumah nombor 2 aku. Aku lupa bawa pengecas laptop. Pinjam," Amanda buat muka comel.

"Kau ni belum tua dah kerepot. Kejap," Fazura berdiri lantas berlalu ke belakang. Amanda hanya tersengih. Untungnya ada kawan orang kaya ini. Boleh lepak dengan percuma. Amanda meliarkan pandangannya di sekeliling cafe tersebut. Berubah lagi tema cafe ini. Fazura memang high taste.

"Nah. Aku sediakan juga minuman kegemaran kau ini," Fazura meletakkan jus oren di depan gadis itu.

"Thanks sayang," ucap Amanda riang.

"Yelah tu. Ni aku nak beritahu. Aku dapat pekerja baru semalam. Comel gila," beritahu Fazura teruja. Amanda membuka laptop.

"Siapa? Ada kat sini ke?" soalnya tanpa memandang Fazura.

"Kau ni buta ke. Yang kat kaunter itulah. Cuba tengok betul-betul. Nasib baik aku bos. Kalau tak dah lama aku urat," balas Fazura sambil tergelak kecil. Amanda memandang ke kaunter pembayaran. Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai sedang sibuk melayan pelanggan.

"Handsome. Dah itu muka ala-ala pelakon korea. Bibir merah, tinggi pula tu. Alahai anak siapalah ini," Fazura turut memandang lelaki itu. Amanda menoleh ke arah rakannya itu sambil melastik dahinya.

"Ouchh! Sakitlah!" Fazura menyentuh dahinya yang kelihatan merah.

"Tahu tak apa. Muda dari kita itu makcik. Takkan kau nak tackle adik kut," balas Amanda sambil menggeleng. Fazura hanya mencebik. Salah ke?

                                   *****

Daniel mencapai beg galasnya sebelum menghampiri Fazura yang berada di kaunter pembayaran.

"Saya balik dulu," katanya. Fazura mengangkat wajah.

"Oh, dah nak balik? Okay. Esok jangan tak datang pula. Thanks for today," balasnya dengan senyuman.

"Tak nak balik ke? Dah lewat ni," soal Daniel pula.

"Tuh, saya tunggu dia," kata Fazura. Daniel berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh gadis itu. Kelihatan seorang gadis sedang duduk membelakangi mereka leka dengan laptopnya. Daniel mengangguk lantas berlalu. Berkerut dahi Fazura.

"Hissy, langsung tak nak balas senyuman aku. Kedekut," dia mencebik. Fazura menyambung semula kerjanya menyusun beberapa dokumen penting. Dia ada alasan kukuh untuk tidak menyambung pengajiannya. Fazura mahu uruskan sendiri cafe hadiah daripada papanya ini. Malas belajar inilah kerjanya. Jadi bos di cafe sendiri. Selakan Fazura terhenti apabila sampai pada resume ringkas Daniel. Terangkat keningnya.

Nama: Erfan Daniel

Umur: 18

"Manda!" jeritnya sambil berlari menghampiri Amanda.

"Kau tau tak. Pekerja baru aku itu seumur dengan kitalah! 18 tahun!" beritahunya teruja.

"So?" soal Amanda tanpa memandangnya.

"Haissh. Malas aku nak cakap dengan kau," Fazura berdiri semula. Amanda hanya tersenyum melihat telatah rakannya itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.