Home Cerpen Umum Perjuangan
Perjuangan
Maryani Zailani
9/10/2023 11:46:38
1,843
Kategori: Cerpen
Genre: Umum
Kata mereka, usahaku sia-sia. Ada yang menyuruhku untuk berputus asa sebelum memulakan perjuangan.

 “Orang sekarang mana ada lagi nak main semua tu. Kau ni ketinggalan zaman. Sekarang orang dah beralih kepada e-sport!”

 Aku hanya tersenyum. Aku tidak pernah lelah mengendalikan program permainan tradisional di kampus pengajianku meskipun ramai yang memperlekehkan. Awal-awal dulu pun, program ini mendapat tentangan pihak atasan. Kata mereka, membuang masa sahaja.

 “Siapa lagi mahu memelihara warisan kita kalau bukan kita? Jangan sampai kitalah yang menjadi pembunuh kepada warisan kita,” tegasku semasa mesyuarat persatuan.

 Aku masih ingat ketika itu, aku penuh semangat dan cita-cita. Aku mahu lebih ramai dapat mengenal dan mengetahui tentang permainan tradisional yang diwarisi zaman berzaman. Jangan sampai mereka tidak mengenal akan permainan congkak, tarik upih dan galah panjang.

 Hari ini, saat aku berdiri di depan pintu dewan menyambut kunjungan para pelajar, aku terdengar tawa mengejek usahaku. 

 Biarlah mereka ketawa! Aku tetap dengan perjuanganku!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.