BAB 2: GUNUNG LAMBAK DAN PETANDA AWAL
Pagi itu, langit Kluang kelihatan cerah. Selepas sarapanroti bakar dan Milo di rumah inap, mereka berlima bersiap untuk aktiviti luaranjuran pihak persidangan. Program hari ini ialah mendaki Gunung Lambak, satuaktiviti riadah yang dikatakan wajib bagi pelawat luar. Encik Azmi, sepertibiasa, memberi taklimat dengan gaya ceramahnya yang penuh semangat walaupuntiada siapa benar-benar fokus.
“Aktiviti kita hari ini mendaki gunung ya, janganmain-main. Pakai kasut sesuai, jangan pakai selipar! Jangan tinggal kumpulanmasing-masing, dan... jangan panjat ikut suka hati,” pesannya sambilmembetulkan topi.
Liam mencuit Aiman. “Macam tengah bagi taklimatperkhemahan Pokemon Go.”
Aiman senyum sipi. Zara geleng kepala. “Ini bukanpermainan video
Risa tidak banyak bercakap pagi itu. Matanya asyikmemandang ke arah puncak Gunung Lambak. Ada sesuatu dalam pandangannya yangmembuat Aiman perasan. “Awak okey?” tanya Aiman ketika mereka sama-samamemeriksa botol air dan bekalan.
Risa hanya menjawab perlahan, “Gunung ini... rasa macamsedang tengok kita balik.”
*****
Pendakian dimulakan kira-kira pukul 9.30 pagi. Laluandenai agak licin kerana hujan malam sebelumnya, namun cuaca pagi itu membantusedikit. Udara segar, dipenuhi bau hutan dan tanah basah. Mereka bergerak dalamkumpulan kecil, dan mereka berlima sudah tentu dalam satu pasukan.
“Siapa sampai puncak dulu, dia belanja Mamee Monster,”jerit Nico sambil melajukan langkah. Zara mengejar dengan senyuman mencabar.
“Mana aci! Kau mula dulu!” balas Zara.
Liam, Aiman, dan Risa pula mendaki dengan lebih tenang,menikmati suasana hutan yang sepi. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik danunggas. Namun, selepas lebih kurang setengah jam mendaki, suasana itu mulaberubah.
Langit yang tadi cerah, tiba-tiba dilitupi awan gelap.Angin mula bertiup kuat, dan bunyi mesin halus kedengaran dari arah kananlaluan. Bunyi itu seperti dengungan elektrik bercampur getaran logam.
“Dengar apa yang aku dengar?” Tanya Aiman, memperlahankanlangkah.
Liam mengangguk. “Macam bunyi... generator? Siapa pulayang letak generator dalam hutan?”
Mereka berhenti seketika. Risa tunduk, memerhatikanlantai hutan. Dia menjumpai sesuatu, sehelai kain lusuh dengan kesan minyakhitam dan cebisan wayar yang terputus.
“Nampak macam dari alat elektronik,” gumam Risa.
Tiba-tiba, dari celah-celah pokok, muncul cahayakehijauan yang berkelip perlahan. Cahaya itu berdenyut, seolah-olah bernafas.Aiman spontan mengeluarkan kamera digital kecilnya dan mengambil gambar.
Nico dan Zara yang kembali turun dari puncak selepasmendengar bunyi pelik itu turut berkumpul bersama mereka.
“Aku nampak benda itu tadi,” kata Nico sambil menunjukkantelefon flip miliknya yang ada kamera VGA. “Aku rakam dari jauh, tapi gambarkabur betul.”
“Apa itu?” Tanya Zara, berbisik.
“Entah. Tapi aku rasa kita patut ikut cahaya itu,” cadangLiam.
Aiman menggeleng. “Kita tak tahu tempatnya selamat atautidak.”
“Dan itu sebabnya kita patut tengok. Kita datang siniuntuk cari jawapan, bukan?” balas Risa dengan nada lebih tegas daripada biasa.
Akhirnya, mereka sepakat untuk menjejak cahaya itu,tetapi dengan langkah berhati-hati. Mereka berjalan ke arah kanan laluan utama,meredah sedikit semak dan pokok kecil. Semakin mereka menghampiri, cahaya itusemakin samar... sehinggalah cahaya itu hilang tiba-tiba, seolah-olah disedutmasuk ke bumi.
Di hadapan mereka kini ada satu kawasan tanah lapang yangbersih, terlalu bersih untuk sebuah hutan. Seperti ada orang yang menyapu daundan membersihkan tempat itu. Di bahagian tengah, ada sebuah batu besarberbentuk segi empat tepat yang nampak seperti pintu.
Mereka terdiam.
Aiman melangkah ke depan dan menepuk permukaan batu itu.Tiba-tiba, keluar bunyi klik. Batu tersebut bergetar perlahan dan membukasedikit, menampakkan struktur logam di sebaliknya. Namun sebelum mereka sempatbertindak, satu suara bergema dari walkie-talkie Encik Azmi yang dibawa olehZara.
“Semua pelajar diminta turun segera ke tempat berkumpul.Aktiviti mendaki dihentikan kerana cuaca tidak menentu.”
Mereka terpaksa berundur, tetapi Aiman sempat mengambilgambar pintu logam itu sebelum meninggalkannya. Dalam perjalanan turun, tiadasiapa banyak bercakap. Namun hati mereka, terutama Aiman, sudah mula dipenuhipersoalan.
Malam itu, di rumah inap, Aiman memindahkan gambar kedalam komputernya. Dalam gambar terakhir yang dia ambil sebelum meninggalkankawasan batu itu, ada satu kelibat samar berdiri di balik pokok. Kelibat itutidak bergerak, tetapi seolah-olah sedang memerhati mereka.
Aiman membesarkan gambar. Kelibat itu berbentuk sepertimanusia, tetapi ada sesuatu yang tidak kena.