Home Novelet Seram/Misteri Makhluk
Makhluk
TEN
27/3/2020 23:57:02
21,949
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 3

Kini masuk minggu kedua tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 Mac. Stok makanan semakin berkurangan. Dinaz yang sebelum ini ada membeli spaghetti dan kuah bolognese mula merasakan mahu makan makanan lain. 


"Hari-hari makan spaghetti je aku ni..bosan gile". 


Ahad 4 petang, Dinaz memanggil "Grab" untuk ke pasaraya berdekatan rumahnya. Tidak lama kemudian, keretanya tiba. Ada seseorang yang duduk disebelah tempat duduk pemandu. "Bila masa pulak aku ni order "Grabshare"?" detik hati Dinaz. Dia merasa sedikit kecewa dengan pemandu Grab ini kerana padanya dia memanggil "Grab" biasa sahaja. Mahukan lebih privacy.


Di dalam perjalanan, mereka berbual ringkas.


"Yang sebelah saya ni.. assistant saya. maklumlah..semenjak tak bole jalan sorang-sorang lepas waktu Maghrib ni..saya bawak la assistant saya". 


Dinaz keliru dan ingin tahu apakah maksud kata-kata pemandu ni. "Haaa.. kenapa jangan sampai waktu Maghrib sorang-sorang? Bukan ke kerajaan tak benarkan sesiapa berkumpul-kumpul?". 


"Ehhh..cik tak tahu ke? Sekarang ni semua orang kat area ni dah tak jalan sorang-sorang.. takut kene kacau katanya"


"Kene kacau?" balas Dinaz.


"Haa.. cik ni keluar sorang petang-petang mcm ni..jgn lupa balik before Maghrib tau!"


Dinaz keliru. Namun sebagai seorang yang "introvert", dia malas bertanya lebih lanjut. Pasaraya pun dah nak sampai. Kalau jauh lagi mungkin dia akan tanya lebih lanjut.


Turun dari kereta, Dinaz terus menghantar mesej ke dalam "Whatsapp" groupnya tentang apa yang terjadi..


"Kenapa driver tu kata takleh jalan sorang-sorang lepas maghrib weh??"


"Aku pun tak sure, tapi memang kitorang satu family pun sekarang keluar berdua. Malam tak keluar lagi dah" balas Zul.


Firdaus pun mengiyakan.


"Mengarut je la.. ke ni effect duduk rumah lama sangat?" balas Dinaz cuba untuk tidak serious. Sebenarnya dia ingin meyakinkan dirinya yang masih terkesan atas peristiwa yang berlaku beberapa minggu lalu.


Sewaktu membeli-belah barangan keperluan di pasaraya, Dinaz tidak dapat mengelak dari merasakan bahawa semua orang yang berada di pasaraya itu tidak keseorangan. Ya, tidak ada seorang pun yang berjalan seorang diri kecuali dirinya.


Mereka jalan berpasangan. Dan yang anehnya lagi, tidak ada seorang anak kecil pun. Semua orang dewasa dan paling kurang mereka berjalan berduaan.


"Peliknya, kata tak boleh keluar secara beramai-ramai.." detik hati Dinaz.


Jam menunjukkan pukul 6 petang. Kini Dinaz siap sedia untuk menunggu "Grab"nya untuk mengambil dia pulang. Dia telah menetapkan destinasi di kawasan berdekatan rumahnya. Di sebuah taman. Dinaz membuat keputusan untuk meluangkan sedikit masa yang ada untuk melihat-lihat matahari terbenam. Rasanya sudah sekian lama dia tak keluar dari rumahnya.


Tiba di kawasan taman, Dinaz berjalan-jalan di tepi tasik sambil melihat kearah matahari yang hampir terbenam. Dia berhenti di satu jalan dimana disitu pernah menjadi tempat yang penuh dengan orang bersenam dan berjogging. Kini sunyi sepi. Hanya dia seorang. Cahaya matahari yang malap hampir terbenam itu menyuluh ke arah tasik dan ke pipinya, terasa tenang sekali. Dinaz menghirup nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Rasa tenang menusuk hatinya. Kedengaran bunyi burung penuh di satu pokok menjadikan suasana senja itu indah sekali.


"Prappppp..." terdengar bunyi seperti kayu patah dari arah belakang Dinaz. Dinaz menoleh. Di belakangnya tidak ada apa apa kecuali sekelompok pokok buluh. Keadaan senja yang agak gelap membuatkannya sukar untuk melihat ke dalam semak dikawasan berbuluh itu.


"Kreekkkk..." kedengaran bunyi gigi gemeratap di dengarnya tempoh hari.


Tanpa berfikir panjang. Dinaz terus berlari. Berlari keluar dari kawasan taman. Berlari ke arah kawasan perumahan. Berlari sehingga nafasnya sesak. Dia berhenti seketika, tangannya memegang lututnya dan mukanya melihat kebawah. Peluh menitik dari dahinya membasahi seluar jeans yang dipakainya. "Hahhh.. hahhh.." Dinaz menoleh ke arah taman sambil tercungap-cungap... 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.