-sayang, I will be a little bit late- Hubby.
Nampak tak? Nama sudah ditukar. Yeap, Danny memang sudah mula rasa dekat di jiwanya.
-kerja?- Min soal balas.
Text sudah tidak dijawab, seperti dijangka panggilan pula yang diterima.
“ada meeting dengan ketua kursus, dalam setengah jam je ni, atau nak balik terus? Nanti I fetch you kat rumah?”
Min berfikir. Hmm…
“mana-mana yang senang…,” Min jawab kemudian.
“sayang balik dulu. I datang kemudian,”
“hmmmm or I tunggu je di office. Takpe kut,”
“sure?”
Min angguk. “yeap,”
“okey, tunggu tau, love you sweetheart,”
Min menggumam perlahan mendengar ucapan itu. Ada tawa kecil dari suaminya di hujung sana. Talian dimatikan.
Dia memang tidak pernah ditinggalkan keseorangan, tidak kira apa jua yang dilakukan terhadap lelaki itu. Kadang-kadang ingin saja dia tanya, apa yang dia jangkakan dari perhubungan yang pelik ini?
Tetapi dia takut untuk mendengar realiti.
Danny memang seorang yang berbeza, untuk bandingkan dengan Izha buat kali terakhir, suaminya ini memang jarang tinggi kan suara. Samada dia akan memandang tajam atau dia akan soal dengan sepatah perkataan yang makan dalam.
Suka berkebun. Pokok bunga dan segala tanaman ibu kini subur menghijau, gebu-gebu dan cantik mekar.
Tidak lokek, semua makan minum dan belanja dapur Min tidak pernah keluar duitnya sendiri lagi.
Berpegang pada janji. Lelaki itu masih tidak mungkir. Kalau nasib kena bermalam di rumah Min, Danny hanya lelap di sofa ruang menonton. Kalau ibu ada, dia akan balik sebaik sahaja ibu masuk ke bilik. Senang cerita, Danny tidak pernah memberikan headache kepadanya.
Ibu ibaratkan Danny- ketengah boleh ketepi pun boleh. Flexible. Mudah. Simple.
Min akui.
Text masuk.
-I dah sampai, I tunggu kat bawah ni- Hubby
Dan Min bergegas laju, tidak mahu buat Danny lama menunggu. Mereka menurut antara satu sama lain, kereta Min di depan, Danny dibelakang, seperti biasa, café menjadi singgahan sebelum pulang.