Keesokan paginya, sebaik tersedar segera Min capai handphone. Ada beberapa miscalled dan text. Dia tidak peduli yang lain, hanya daripada Danny yang menarik perhatiannya. Namun kosong. Dia menarik nafas. Menaip sesuatu di ruangan.
-Should we meet again?- Send.
Lama dia merenung handphone tersebut. Text masuk beberapa minit kemudian.
-No, if you returning the ring- Danny
Sesak nafas rasanya, tetapi dia perlu respon.
-Boleh bagi masa?- Send.
Tunggu lagi. Text masuk.
-Okay- Danny
Dia menahan nafas sebelum menaip ayat selanjutnya - tak lama. Taip. Laju. No turning back.
-I agree to marry you ASAP.- Send.
Senyap.
Handphone tiba-tiba berdering. Danny.
Suara lelaki itu bergetar di hujung talian. Berterima kasih. Min meyakinkan dirinya yang inilah keputusan terbaik. Tak ada gunanya untuk berdiskusi lebih, kerana segalanya mungkin sudah tertulis di loh mahfuz.
Min serahkan kepada Danny, mama dan ibunya untuk menguruskan pernikahan itu. Sekaligus sempat untuk highlight beberapa perkara PENTING yang Min mahukan demi menyetujui perkahwinan ini.
Sekarang, Min tinggal berdoa.