Home Novelet Islamik Ustaz Razif
Ustaz Razif
Nik Zah
21/1/2018 16:44:32
17,060
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 3

“Raz, betul ke kau nak pindah?” soal Hakim kepada Razif ketika mereka sama-sama makan di kantin sekolah.

Pada waktu rehat, mereka adakalanya lebih suka melepak sahaja dan adakalanya mengusik pelajar-pelajar lain yang melintas di hadapan mereka terutamanya pelajar perempuan. Pelajar perempuan pula apabila diusik ada yang hanya menunduk dan ada pula yang membalasnya dengan menunjukkan penumbuk tetapi hanya dibalas dengan kekekan ketawa Razif dan rakan-rakannya.

            “Ye,betul. Lagipun ayah aku kan polis. Memang la selalu pindah.” Balas Razif yang cuba menyembunyikan perasaan sayunya untuk meninggalkan sekolah yang banyak meninggalkan pengalaman pahit manis kepadanya.

            “Bukan sebab kau nakal ke?” soal Faiz pula disambut hilai tawa Hakim dan Hariz.

            “Sorry sikit. Kan aku dah cakap tadi ayah aku tu polis. Korang tak dengar ke?” Razif mengetap bibir menahan geram dengan sindiran rakan-rakannya itu.

            “Alaa,jangan marah. Gurau saja.” Hakim tersengih-sengih.

            “Bila lagi nak jumpa kau kan..Hmm, habis awek kau tu nak letak kat mana?” kali ini Hariz pula yang bertanya dan Razif mengerut dahi. Awek?

            “Nina…Nina..”Hakim sengaja menyebut nama itu supaya Razif tidak tertanya-tanya.

            “Oh,perempuan tu ke? Sejak bila pulak dia jadi awek aku?” tanya Razif bersahaja.Setahunya Nina iaitu rakan sekelasnya itu  memang bukan gadis idamannya. Kehadiran gadis itu hanya untuk membawa kepentingan tertentu kepada dirinya.

            “Kejam kau kan. Awek sendiri pun tak kenal. Sadis..” Faiz bersiul-siul kecil kerana dia tahu pasti Razif melenting lagi.

            “Alah,kau suka dia kan. Kau ambik je la..Macam aku tak tahu. Lagipun dia pandai kan. Bolehla dia tolong kau siapkan kerja sekolah kan.” Kali ini Razif memulangkan paku buah keras kepada Faiz.

            “Pandaila kau. Baru sekarang nak bagi aku kan.“ dan mereka sama-sama ketawa dengan jawapan Faiz.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.