Home Novelet Cinta Takdir Cinta Tercipta
Takdir Cinta Tercipta
Myea Miko
16/4/2020 18:21:16
41,975
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 8

Episod 8 


Tiga bulan telah berlalu, Humaira selesa bekerja di rumah keluarga Dato Arman. Datin Shafina juga melayaninya dengan baik begitu juga dengan Arfan. Hubunganya dengan Arfan mulai rapat, dalam diam dia menyimpan perasaan suka terhadap anak majikanya itu, tetapi hanya dipendam kerana dia merasa dirinya tidak layak buat Arfan. Siapalah dirinya berbanding Arfan.


Sikap Ariq yang semakin melampau membuatkan dia kurang selesa, Perangai Ariq dan Arfan sangat berbeza pada pandanganya, Arfan lebih menghormati wanita berbanding Ariq yang selalu sahaja ingin mengambil kesempatan terhadapnya, setiap kali Ariq ingin menggangunya Arfan selalu muncul membantunya membuatkan hatinya bertambah suka pada lelaki itu.


Setelah selesai sarapan pagi, Humaira mula mengemas apa yang patut, sedang dia sibuk mengemas ada satu suara menegurnya membuatkan dia tersenyum kerana cukup dia kenali dengan suara itu.


"Humaira Khadeeja." Tegur Arfan.


Humaira menoleh memandang Arfan yang sudah berdiri di belakangnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.


"Alahai Arfan jangan bagi saya cair boleh tak? Apasal handsome sangat bila senyum." Omelnya dalam hati.


"Ya Arfan awak  nak air ke? Saya buatkan." Tanya Humaira rasa kekok pula memanggil Arfan dengan nama dia lebih selesa memanggil Arfan Tuan, disebabkan Arfan suruh memanggilnya dengan nama sahaja maka dia ikutkan sahaja.


"Tak nak lah air, nak tengok awak je." Gurau Arfan sambil matanya tidak lekang dari memandang Humaira, dia merasa tenang apabila melihat wajah itu.


"Main-main lah awak ni." Muka Humaira sudah merah menahan malu.


Arfan hanya tersenyum apabila melihat muka Humaira yang kemerahan.


"Wooww sweet betul korang berdua ni ya." Tegur Arfan yang baru yang melangkah menghampiri Humaira dan Arfan sedari tadi dia ada di tepi tangga mendengar bualan antara mereka. Mula timbul rasa sakit hatinya.


"Kau ingat kau boleh lepas dari aku, Humaira jangan harap." Omelanya dalam hati.


"Kau memang dari tadi ya kat situ." Kata Arfan, memang dia sudah tahu abangnya berada di tepi tangga mendengar setiap butir bicaranya dengan Humaira.


"Ya, ada masalah dengan kau ke?" Tanya Ariq sambil matanya tidak lepas dari memandang Humaira, Humaira mula gelisah dengan pandangan Ariq. 


"Saya minta diri ke dapur dulu ya." Katanya terus dia melangkah berlalu dari siti. Tidak ingin dia menunggu lama di situ melihat pandangan Ariq yang penuh makna terhadapnya membuatkan peristiwa pahit yang terjadi pada malam itu berlayar di fikiranya.


"Kenapa kau pandang Deeja macam tu." Tanya Arfan. Dia cukup tidak suka pandangan menggoda abangnya terhadap perempuan sebaik Humaira Khadeeja. Memang dia tahu semua yang berlaku terhadap Humaira. Tetapi hatinya tetap mengatakan Humaira Khadeeja adalah wanita yang baik.


"Kau siapa nak panggil orang gaji kita tu macam tu, dia tak layaklah dipanggil dengan nama, dah nama pun orang gaji panggil je lah bibik tak perlu nak panggil nama."


"Mulut kau jangan kurang ajar sangat bang, memang dia tu orang gaji dalam rumah ni, tapi dia tak layak dilayan oleh majikan dia macam sampah." Kata Arfan menekankan perkataan sampah dekat dengan muka abangnya.


'Kau!" Ariq ingin memegang baju Arfan tapi sempat dielak olehnya.


"Aku tak nak gaduh dengan kaulah bang, jangan buat kacau kat sini."


"Ok kali ni kau terlepas Humaira Khadeeja, ingat tu aku takkan berdiam diri." Ariq memberi amaran sambil jari ditunding ke arah Humaira. Ariq terus melangkah berlalu dari situ.


Arfan memandang Humaira cuba meminta penjelasan apa yang sebenarnya terjadi antara dia dan abangnya sampai abangnya boleh beri amaran kepada Humaira.


"Ada apa-apa ke yang awak nak jelaskan pada saya?" Tanya Arfan.


Humaira hanya diam, tak tahu ingin menjelaskan apa yang terjadi pada Arfan. Memang pada mulanya dia menceritakan semua apa yang telah terjadi pada Arfan, Tapi setelah dia mendapat tahu bahawa lelaki yang telah menjatuhkan maruahnya adalah Ariq abang Arfan. Humaira memilih untuk sembunyikan sahaja semua itu.


"Humaira Khadeeja! Saya tanya awak ni kenapa diam je." Tanya Arfan cuba menyedarkan lamunan Humaira.


"Takde apa." Jawab Humaira.


"Kalau takde apa, kenapa dia selalu ganggu awak, dan apa maksud yang dikatakan pada awak tadi." Tanya Arfan cuba untuk mengorek rahsia dari Humaira, hatinya tidak tenang selagi dia tidak tahu apa yang disembunyikan oleh Humaira.


"Takpelah saya pergi belakang dulu banyak kerja yang saya kena buat." Humaira meminta diri cuba mengelak pertanyaan Arfan, terus dia melangkah pergi dari situ meninggalkan Arfan yang masih tertanya-tanya.


"Maafkan saya Arfan, saya tak boleh beritahu awak." Bisik hatinya.


Arfan hanya memandang belakang Humaira hingga hilang dari pandanganya.


"Apa yang sebenarnya awak sembuyikan ni Humaira Khadeeja." Omelnya perlahan.














Previous: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.