Arfan yang sedang terbaring lemah di atas katil, ditatap dengan penuh kasih, tangan suaminya dingengam erat sebelum bibirnya mengucup tangan suaminya lama.
"Abang, sayang rindu sangat dekat abang. Abang cepat sedar ya." Kata Humaira, wajah suaminya diusap lembut. Arfan dimasukkan ke dalam hospital setelah pengsan di tempat kerja. Doktor menyatakan bahawa Arfan tidak cukup rehat membuatkan badanya lemah, setelah diperiksa Arfan kembali stabil cuma belum sedarkan diri lagi.
Humaira setia menunggu suaminya untuk sedar, pintu yang dibuka dari luar membuatkan Humaira menoleh memandang seseorang yang melangkah masuk ke dalam bilik di mana Arfan ditempatkan.
"Kau tak perlu tunjuk baik sangatlah dengan nak tunggu dia untuk sedar." Kata Ariq sinis, dengan selamba dia duduk di sofa yang disediakan tanpa ada rasa serba salah, bukanya dia nak melawat Arfan sangat, dia datang pun sebab nak tengok Humaira je.
"Awak nak apa datang sini?" Tanya Humaira.
"Arfan kan adik aku, aku datang nak melawat dialah. Kenapa tak boleh ke?"
"Boleh tapi awak tak perlu nak perli saya." Kata Humaira tegas.
"Berlagak kau ya." Katanya, Arfan terus bangun dan melangkah menghampiri Humaira.
Humaira menjauh dan merapat di sisi Arfan apabila Ariq semakin mendekat, tangan Arfan dibawa ke dada dan memeluknya erat.
Ariq mendekatkan bibirnya di telinga Humaira dan membisik perlahan.
"Kau tahu tak bila Arfan sedar nanti mungkin dia takkan layan kau baik dah." Kata Ariq sambil mengukir senyuman sinis.
"Apa maksud awak?" Tanya Humaira dia menjauhkan diri dari Ariq.
"Arfan pengsan sebab aku dah tunjuk video kau dengan aku dalam hotel." Katanya tanpa ada rasa serba salah.
Terkejut Humaira mendengarnya, mula perasaan tidak sedap hati muncul dalam hatinya.
"Kenapa awak buat saya macam ni, awak tak boleh ke tengok saya dengan Arfan bahagia."
"Aku takkan puas selagi aku tak tengok kau dengan Arfan berpisah."
"Apa awak nak sebenarnya."
Belum sempat Ariq menjawab Arfan tersedar dan memanggil Humaira.
"Sayang..sayang." Panggil Arfan perlahan.
"Ya abang, sayang ada kat sini." Humaira menjawab dan mengusap kepala suaminya perlahan.
"Arfanshah, baguslah kau dah sedar, aku saje je datang jenguk kau." Kata Ariq selamba.
"Saya rasa abang dah boleh balik, saya ok je abang tak perlu risau pasal saya." Kata Arfan lemah.
"Ok, aku pun malas nak lama kat sini." Ariq terus melangkah keluar dari situ, dia tidak terus pergi sebaliknya masih ada di situ untuk mendengar apa yang terjadi.
Arfan memandang Humaira lama terus fikirannya terpikir akan gambar Humaira dengan abangnya di dalam hotel. Hatinya mula rasa sakit. Apabila melihat muka tenang isterinya langsung hilang sakit hatinya.
"Sayang gembira sangat abang dah sedar." Kata Humaira gembira tangan Arfan dikucup perlahan.
"I miss you so much sayang." Arfan membalas dengan mengusap pipi isterinya perlahan.
Menitis airmata di pipi Humaira, Arfan mengusap airamata di pipi isterinya.
"Jangan menangis sayang, kan abang dah sedar." Perlaham dia menarik Humaira ke dadanya dan memeluknya erat, Humaira merasa tenang apabila berada dalam dakapan suaminya. Dia membalas pelukan suaminya erat.
Ariq yang masih berada di luar melihat segalanya dengan menyembunyikan diri di sebalik pintu. Hatinya mula geram, kenapa semuanya terjadi tak seperti dirancangnya. Arfan langsung tidak memarahi Humaira walaupun dia sudah menghantar gambarnya tidur bersama Humaira di hotel.
"Kenapa dia tak marah ha! apasal baik sangat. Takpe aku ada plan lain jangan ingat kau boleh terlepas Humaira." Omelnya sendiri terus dia melangkah pergi dari situ.
Arfan sedar akan kehadiran abangnya yang masih ada di situ, kerana itulah dia menahan dirinya dari amarah dia tahu segala yang terjadi semua berpunca dari abangnya yang sengaja ingin merosakkan hubunganya dengan Humaira.
Apabila teringatkan gambar Humaira dan abangnya yang tidur bersama di hotel membuatkan hatinya menjadi sakit, tetapi dia yakin dan percaya pada isterinya, dia tahu abangnya memang tak suka akan dirinya dan perkahwinanya dengan Humaira dan cuba untuk memisahkan dia dan isterinya.