Home Novelet Cinta Dia Bukan Arissa 'Raya'
Dia Bukan Arissa 'Raya'
Syaida Ilmuna Ismail
18/7/2014 22:10:11
48,106
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
PART 2

2

MAJLIS berbuka puasa di kediaman Datuk Zahari dan Datin Halimah, ibu dan bapa kepada Sofea berjalan dengan lancar. Pelbagai juadah yang menyelerakan disediakan di majlis tersebut sehingga ada di antara tetamu yang hadir mula terasa culas untuk mendirikan solat maghrib setelah menikmati makanan yang berat.

Namun perkara ini tidak berjangkit kepada Adam Farhan dan Dr. Zufri. Masing-masing hanya memilih untuk berbuka dengan sebiji tamar dan air kosong segelas. Sesudah itu mereka pantas mengerjakan solat secara berjemaah bersama seorang ustaz yang telah dijemput khas untuk menyempurnakan majlis berbuka dan tahlil arwah di kediaman tersebut.

Fida dan Puan Murni juga turut serta bersama Adam Farhan dan Dr. Zufri. Mereka tidak mahu menjadi salah satu jemaah kolestrol yang makan sampai tak ingat dunia. Setelah selesai solat maghrib, mereka menjamu selera semula.

Sofea yang manis berjubah biru terintai-intai Adam Farhan sekeluarga menjamu selera di bawah khemah kuning hadapan rumahnya. Arlisa tiada! Sah rancangannya untuk bermesra-mesraan bersama Adam Farhan pada malam ini bakal berjalan lancar. Abaikanlah Fida dan Puan Murni. Apa yang mereka boleh katakan kepadanya di hadapan abah dan mama? Dia orang berkedudukan kalau nak dibandingkan dengan Puan Murni yang tidak berpangkat itu.

“Hai Adam!” Sofea memberanikan diri menegur Adam Farhan yang sedang khusyuk menikmati nasi kerabunya.

Puan Murni dan Fida mendongakkan kepala. Tak sangka betul, desis hati mereka. Berani pula si Sofea ni buat perangai depan mereka. Mentang-mentanglah Arlisa tak ada!

“Hmm…” Adam buat-buat tak endah. Pandangannya menjurus kepada nasi kerabu yang hampir separuh habis.

“Dah nak habis makan ke? Puan Murni, Fida and… doctor? Sedap makanan catering ni? My parents order dengan catering terbaik kat KL ni tau…” bicara Sofea sambil tangannya menggeletis ke bahu dan tengkuk Adam.

Puan Murni mula menunjukkan protesnya. Wajahnya masam kelat dan dia langsung tidak mahu memandang tepat ke wajah Sofea. Manakala Fida pula hanya mampu menelan air liur. Sabar… sabar! Kalau dialah Arlisa, dah lama dah dia berguling-guling tarik rambut si Sofea ni.

You all tambahlah lagi. Kalau nak apa-apa beritahu I okay?” Wajah Sofea memerah menahan malu. Puan Murni dan Fida mahupun Dr. Zufri langsung tidak memberi sebarang respon kepadanya. Sayang sangat kau orang dengan si Arlisa tu ya!

“Tak apalah Sofea… I nak balik ni. Tak boleh nak tinggal Lisa lama-lama kat rumah. Dia tengah pantang lagi tu. Anyway dia kirim salam dengan you.” Adam pantas bangun dari kerusinya. Dah makin geli pula lehernya diusap-usap begitu.

“Oh really?Waalaikumussalam… Sofea mencemikkan muka. Ish! Tak habis-habis dengan Arlisa. Dulu Arissa, sekarang adik kembar dia pulak. Menyampah! “You nak balik awal sangatlah… duduk-duduk sembang dulu dengan my abah. Dia cakap dia teringin nak kenal-kenal dengan you dan cakap pasal bisnes.”

Puan Murni memberi isyarat mata pada Adam. ‘Abaikan! Balik tengok isteri dan anak yang baru lahir tu,’ gerutu hatinya.

Adam jadi serba salah. Hatinya teringat kepada Arlisa dan Anissa. Namun dari kejauhan dia terlihat kelibat Datuk Zahari melambai-lambai ke arahnya. Mahu tidak mahu terpaksalah dia menurut kata Sofea dan mengingkari kata mama.

***

SUARA lembut Arlisa kedengaran mendayu-dayu mendodoikan Anissa dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ameera yang berada di sisinya pun ikut terlelap sama. Komen Ameera sebelum tidur tadi katanya suara mama macam Dato’ Siti Nurhaliza!

Arlisa terasa sedikit lega melihat kedua-dua orang puterinya lena dibuai mimpi. Dalam kepayahan, Arlisa bangun dan berjalan perlahan-lahan mendekati jendela kamarnya. Langsir kuning cair itu ditarik lembut menutupi cermin jendela. Malam sudah semakin kelam tetapi Adam kesayangannya masih belum pulang.

Dia tidak mahu terus-terusan memikirkan keadaan Adam di luar sana bersama Sofea. Apa yang Arlisa yakin ialah Puan Murni, ibu mentuanya ada bersama. Jadi tak mungkinlah Sofea nak jadi ulat bulu buat yang tak senonoh pada Adam. Walau bagaimanapun, jauh di sudut hatinya Arlisa masih lagi bimbang.

Teringat lagi dia pada tragedi dua bulan lepas saat dia masih lagi sarat mengandungkan Anissa. Sofea dengan selambanya boleh mengajak Adam Farhan keluar makan tengahari bersama tanpa mengendahkan keberadaan dia di dalam pejabat Adam! Nasib baiklah Adam itu setia orangnya. Ajakan Sofea tidak diendahkan.

Arlisa kembali berjalan ke katil. Badannya perlahan-lahan dibaringkan. Matanya pula dilelapkan sekejap untuk merehatkan lelah sepanjang hari.

Bam!

Arlisa membuka matanya kembali. Badannya perlahan-lahan dibangunkan semula. Arlisa menjenguk ke luar pintu kamar.

“Mak Jah? Siti?” panggil Arlisa curiga. Jantungnya berdetak kencang. Ada sesuatu yang tidak kena. Bunyi tersebut seakan-akan ada yang menceroboh ke dalam rumah.

Arlisa mengambil keputusan untuk menapak keluar dari kamarnya dan turun dengan berhati-hati ke tingkat bawah. Saat dia menjejakkkan kaki ke dapur, alangkah terkejutnya Arlisa melihat tubuh Mak Jah dan Siti diikat bersama di sudut ruangan tersebut. Mulut mereka berdua juga digam pelekat hitam.

“Ya ALLAH… Mak Jah!” jerit Arlisa.

Mak Jah dan Siti kedua-duanya menggeleng-geleng laju terhadap Arlisa yang sedang mendekati mereka. Ia bagaikan suatu amaran untuk jangan terus mendekat. Ia adalah perangkap!

“Lisa! Oh Lisa!”

Tubuh tegap seorang lelaki yang menghalangi langkah Arlisa dari mendekati pembantu rumahnya itu menolak badan Arlisa ke dinding dapur. Wajahnya yang sedikit berserabut akibat ditumbuhi anak-anak rambut itu menyeringai garang. Pipi lembut Arlisa dicekaknya kasar!

“Kau…” Arlisa menarik nafasnya tinggi. Bagaikan tidak percaya Arlisa melihat wajah lelaki yang berada di hadapannya ini. Setelah sekian lama, akhirnya dia muncul kembali!

“Iya Lisa… awak ingat lagi tak nama saya?” bicara lelaki itu lembut. Pipi Arlisa yang dicengkamnya itu dilepaskan.

Arlisa menelan air liurnya perit. “Kamal? Kenapa kau datang sini? Apa yang kau nak lagi?!”

***

“I memang suka anak muda yang bijak macam you ni, Adam!” seloroh Datuk Zahari yang tersandar selesa di salah satu kerusi berdekatan dengan meja makan.

Lelaki yang berusia 60an ini mengeluarkan kotak rokok dari koceknya. Sebatang rokok dikeluarkan dan selebihnya dihulurkan ke Adam Farhan. Namun dengan sopannya Adam menolak pelawaan Datuk Zahari.

“So you dah lamalah kenal Sofea? I heard yang Sofea memang rapat dengan you dulu.” Datuk Zahari mula mengorek rahsia diri Adam. Sofea tiap-tiap hari merengek kepadanya dengan mengatakan yang dia memang gila akan Adam yang sudah beristeri itu.

Adam tersentak mendengar pertanyaan Datuk Zahari. Tadi cakap pasal bisnes. Tup-tup sekarang cakap pasal Sofea? Mesti ada udang di sebalik batu ni!

“Ah ya, dulu ajelah… sekarang kami kawan. Lagipun saya dah ‘kahwin’ kan…” Sengaja Adam menekankan perkataan kahwin kepada Datuk Zahari. Dia tidak mahu terjebak dalam masalah cinta tiga segi. Kan sudah terang lagi bersuluh, dia suami orang. Apa yang si Sofea ni nak lagi?

“Oh… Sofea ada beritahu, isteri you baru bersalin minggu lepas. Baby girl is it?”

Adam mengulum senyuman. Terbayang wajah Anissa dan Arlisa di rumah. “Yes, a girl. Anissa.”

Datuk Zahari mengetap bibirnya kuat. Memang anaknya Sofea gila bayang dan bertepuk sebelah tangan. Sah-sah Adam amat menyayangi isteri dan anaknya. Takkanlah dia nak bersubahat meruntuhkan rumah tangga orang.

“Tahniah Adam! Kirim salam pada isteri you. Is your mom here too? I teringin nak berjumpa dengan dia. Dulu-dulu masa Fashionista baru naik, I kagum tengok karisma dia dan bapa you uruskan syarikat.” Datuk Zahari pantas mengubah topik perbualan. Matanya tertinjau-tinjau ke halaman rumah mencari batang tubuh Puan Murni.

“Thanks datuk… Sure, boleh. Dia ada di luar. Mari saya bawakan datuk berjumpa dengan dia,” ajak Adam Farhan. Huh, lega hatinya. Nasib baiklah Datuk Zahari faham akan situasi dia sebagai suami orang.

***

Previous: PART 1
Next: PART 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.