5
“MAMA!”
Adam Farhan yang berada di hadapan
pintu utama rumah menanggalkan kasutnya buka dan berjalan masuk ke ruang tamu.
“Adam! Kamu dah sampai office ke tadi masa mama call?” soal Puan Murni menjemput anaknya
masuk ke ruang tamu. Di situ Arman dan juga Arlisa menantinya dengan sabar di
sofa ruang tamu.
Melihatkan
keberadaan Arman di situ, Adam jadi keliru. Macam ada hal penting je ni? Kenapa
pula wajah Arlisa kelihatan sugul? Ada yang tak kena di mana-mana ke ni?
“Tak
sempat. Kat Jalan Duta tadi. Kenapa sebenarnya ni mama? Arman pun ada sekali… Anything happen to you ke?” Adam
mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Arlisa. Hujung matanya menjeling
wajah kelat si isteri. Dari pagi tadi sampailah sekarang, Arlisa diam tak
bercakap sepatahpun dengan dia.
“Not me.
But… something actually happen yesterday.” Puan Murni bermain kata. Dia
tidak tahu hendak bermula dari mana. Adalah lebih baik jikalau Arlisa yang
menyatakan hal ini sendiri kepada suaminya.
“What? Arman? Apa dia ni sebenarnya?”
soal Adam cuba meminta penjelasan dari abangnya pula.
Arman
menghela nafas berat. Pandangannya berkalih pada Arlisa. “I rasa lebih baik
Arlisa yang nyatakan kepada you. Dia lebih mengerti dengan apa yang sedang
menimpa kita sekarang ni.”
Adam
menatap wajah Arlisa yang lemah. Mata Arlisa berkaca. Ada sesuatu yang
mengganggu fikiran isterinya. Namun Arlisa seakan-akan tidak mahu meluahkan ia
kepada Adam.
“Lisa…
kenapa? I tak faham.” Adam mengusap jejari Arlisa yang terasa dingin bak salju
itu. Wajah isterinya pucat lesi.
“Adam…
semalam Kamal datang. Dia… ugut I,” ujar Arlisa perlahan dan tersekat-sekat.
Hatinya berat untuk menyatakan hal sebenar. Bimbang dia memeningkan Adam. Bimbang
dia hanya menyusahkan cinta hatinya ini.
Terbeliak
mata Adam sebaik sahaja mendengarkan kata-kata Arlisa. Kamal keparat tu? Apa
yang dia nak lagi? Dan kenapa… “Kenapa you tak beritahu I semalam? Kenapa you tak
callI Lisa?!” bentak Adam marah.
“Tak
Adam… I tak nak susahkan you…”
Adam
pantas bangun dari sofa. Tangan Arlisa dilepaskannya kasar. “You tahu tak apa
yang you buat ni membahayakan nyawa Anissa? You
should have told me earlier! I boleh call
polis dan suruh dia orang buat siasatan. Terus sumbatkan dia ke jel!”
Tersentak
Arlisa mendengar bicara Adam yang kasar terhadapnya. Amarah Adam memang sukar
dikawal! Dan memang dia bersalah… dan menyusahkan hidup Adam sahaja.
“Adam!
Dah… bawa bertenang!” Arman memegang bahu Adam kuat. Cepat sangat naik angin.
“You
suruh I bawa bertenang? You sedar tak apa yang boleh terjadi kalau Lisa dan
anak-anak I ni tak bernasib baik? Kalau Kamal tu buat apa-apa kat dia orang
macam mana?” tingkah Adam.
“Astaghfirullah…
Adam! Sudahlah… sekarang ni bukannya masa nak mengamuk dan marah-marah. Kesian
Lisa ni… dia dahlah masih trauma tentang hal semalam. Lagipun tak baik kamu
marah-marah dia. Kan Lisa ni masih berpantang,” celah Puan Murni yang sudah
tidak tahan melihat perilaku Adam.
“Mama
cakap senang ajelah…” gumam Adam sambil menjeling tajam pada Arlisa. “You supposed to tell me!Sekarang ni
beritahu I apa yang dia ugut you?”
Air
mata Arlisa mula menitis lebat. Tak pernah langsung Adam cuba bertenang dan
fahami isi hatinya. Mudahnya hati Adam tercarik dan memarahinya sesuka hati!
“Lisa! I’m talking to you!”
tengking Adam. Kesabarannya sudah sampai di puncak.
“Adam…
Bulan puasa ni kan… cuba bawa bertenang. ” Puan Murni menggeleng laju.
Melihatkan diri Arlisa yang masih diam seribu bicara, Puan Murni terpaksa
menceritakan hal yang selebihnya kerana bimbang masalah lain pula yang timbul.
“Kamal ugut RM 1 juta yang kamu tak berikan dia masa dulu tu. Dia beri tempoh
tiga hari aje. Kalau tak dia nak culik Anissa dan jual budak tu untuk dapatkan
duit.”
“Gila!”
bentak Adam. Dia mundar mandir sambil pandangannya dipicingkan ke Arlisa. Diam?
Dia boleh diam tak bercakap dengan aku! Bila aku tanya dia diam lagi? Ya ALLAH,
berikanlah aku kesabaran…
“Arman, you ikut I. Kita pergi balai sekarang.
Mama, tengokkan anak-anak saya,” putus Adam. Kakinya melangkah laju keluar dari
ruang tamu. Manakala Arman pula tergesa-gesa mengikut langkah adiknya dari
belakang.
Arlisa
sedar yang Adam tidak mengendahkannya lagi. Marah sungguh dia akan apa yang
terjadi. Ya, memang wajarlah dia naik angin. Ia melibatkan nyawa anak-anaknya.
Anak-anaknya saja…
“Lisa…
sudahlah. Jangan menangis. Pergi berehat kat atas ya?” pujuk Puan Murni.
Belakang Arlisa diurut-urut dan dipeluk erat.
Pelukan
Puan Murni dirungkaikan Arlisa. Kepalanya menggeleng laju. Air matanya pula
masih berlinangan tanpa henti.
“Adam
memang marah dengan Lisakan? Lisa memang menyusahkan hidup diakan?” rintih
Arlisa. Hatinya sesak dengan rasa duka.
“Lisa…
tak baik berfikir macam tu. Adam tu stress
aje,” kata Puan Murni cuba memujuk.
“Tak!
Dia memang… memang marah. Lisa ni tak patut kahwin dengan dia. Lisa ni banyak
menyusahkan dia aje.” Air mata yang mengalir diseka Arlisa pantas. Sakit
hatinya! Sakit dengan sikap Adam yang tak pernah cuba memahami isi hatinya.
Mudah saja menuduh dan membuat kesimpulan sesuka hatinya!
“Lisa!
Sudahlah tu… jangan difikir benda-benda tak elok macam tu…”
“Dia
fikir risau dia aje. Risau Lisa? Dia tak fikir…” lirih Arlisa lagi. Tangan Puan
Murni yang mengusap bahunya ditepis perlahan. Seraya Arlisa bangun dari sofa
yang didudukinya dan berjalan naik ke tingkat atas meninggalkan Puan Murni
sendirian.
***
PAP!
Beg tangan Gucci merah milik Sofea
dihempaskan ke atas meja. Kamal yang sedang khusyuk meneliti telefon bimbitnya
terlompat. Hah! Dah sampaipun minah ni!
“Lama tunggu?” kata Sofea sambil
melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Lobi One World Hotel itu kelihatan
sedikit sunyi dari kebiasaan. Lagi sunyi lagi bagus, fikir Sofea. Tak adalah
oang yang menjadi mata-mata kepada perjumpaan dia dan Kamal.
“Tak juga. Baru sampai. Kenapa nak
jumpa sangat dengan I ni?” soal Kamal curiga. Takut-takut Sofea memasang
jerangkap samar kepadanya. Almaklumlah, dia sekarang dalam buruan polis.
“Jangan takut… tak payah nak buat
muka cuak tu sangat. I datang sini sebab nak beri you tugasan yang berlipat
ganda habuannya dari apa yang you ugut ke Adam Farhan,” ujar Sofea selamba. Zip
beg tangannya ditarik dan sepucuk surat yang bertulisan tangan Kamal
ditayangkan.
“Eh! Macam mana benda tu boleh jatuh
ke tangan you? I kirim surat tu personally
ke Adam. Arlisa pun tak tahu!” Tak semena-mena jantung Kamal berdetak kencang.
Sofea ni bukan boleh percaya sangat. Kadang-kadang otaknya memang sewel!
Sofea tersenyum sinis. Surat
tersebut dimasukkan semula ke dalam beg tangannya. “Macam mana I dapat surat ni
tak penting. Adam masihpun belum baca surat ni lagi. Yang penting apa yang I
nak tawarkan kepada you.”
“Apa dia? Apa tawaran you tu yang
lagi hebat daripada duit ugutan I ke Adam?” Kamal tidak senang dengan sikap
Sofea. Suka sangat campur tangan dalam urusannya kalau ada hal berkaitan Adam.
Takkan tak boleh lupakan Adam lagi sampai sekarang? Macam tak ada lelaki lain
selain Adam.
“I tak nak you ganggu Adam. I beri
you RM 3 juta. Macam mana?”
“Beri RM 3 juta free? You ingat I ni bodoh, Sofea…” Kamal mendengus kencang. Macam
aku tak boleh nak agak pulak apa yang dia fikirkan. Sofea oh Sofea!
“Ada I cakap free? I nak you buat something.
Tapi benda simple je… Pisahkan Adam
dan Arlisa!” ujar Sofea tegas. Matanya mencerlung ke arah Kamal. Ternyata
cemburu dan amarahnya terhadap Arlisa dan Arissa masih lagi bersarang di dalam
hati.
Ternganga mulut Kamal mendengar
bicara Sofea. Sah perempuan ni tak move
on lagi! “Boleh… tapi dengan cara macam mana? Lagi satu I nak separuh dari
duit tu dulu sebelum tugas ni berjalan.”
“Pasal duit you jangan risau! I beri
you cek sekarang jugak. Tentang caranya…” Sofea tersengih. Di matanya sudah
bermain-main adegan mesra dan bahagia di antara dia dan Adam. Walau dengan apa
cara sekalipun, Adam takkan terlepas darinya. Arlisa akan menyesal kerana
berkahwin dengan Adam!
***