Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
43,808
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 3

BAB 3: NAJWA SI WONDER PET

 

“Asslamualaikum Bro...sudah-sudah la bersihkan girlfriend kau tu. Nipis dah lense,”dengan tak malunya Jay masuk ke dalam bilik DS sebelum sempat DS menjawab.

“Waalaikummussalam...Girlfriend ni bagi duit jadi kena jaga elok-elok, kalau tak mana nak dapat girlfriend yang perabih duit. Wujud plak ko kat asrama, bukan kau penunggu studio ke?,” pelik DS, biasanya lepas Isyak sahaja Jay dah hilang bertapa di studio.

“Malam ni aku bagi MC pada diri sendiri, nak maraton Naruto. Cakap orang, kau apa hal kat bilik lagi?,” malam ni  Jay nak layan tengok anime, letih hari-hari mengadap projek dan tugasan.

“Lambat sikit la,petang tadi meeting pasal Photograpy Showcase, dekat maghrib baru settle kot.Kau nak cakap pasal siang tadi ke bro? Weh budak perempuan tu bukan awek kau kan, aku tak langgar code of ethics blok H15 kan?,” sudah menjadi satu peraturan yang difahami antara pelajar lelaki di blok asrama H15, Kolej Rahman Putra untuk tidak mencaras kekasih atau crush penghuni yang lain, tak seronok pula hidup bermasam muka dalam satu blok yang cuma mengadungi 12 bilik itu.

“Choiii bukanlah...Najwa tu best friend aku la ngok,”naya pulak kalau DS salah faham,sampai ke telinga Aida memang perang dunia. Aida memang bukan berkenan dia bergaul dengan geng empat serangkai Najwa, Seri, Aina dan Eka. Paling dia cemburu dengan Najwa.

“Dah tu apa hal macam tak puas hati? Dari siang tadi mata kau macam ada laser tengok aku. Kau nak buat stock simpan tepi ke?,”setahu DS, Jay ni spesies pencinta setia.

“Kau ingat aku ni spesis buaya Sungai Seget ke apa? Najwa dengan geng-geng dia tu adalah cinta platonik aku. Purely siblings love. She is my saviour and a cute little sister that you simply can’t resist to adore,”Najwa adalah penyatu dalam geng mereka.Dia yang paling muda dari segi umur namun dia cukup matang untuk menjadi penyelamat kawan-kawan yang hampir lemas dalam cabaran hidup kampus.

“OK. Saviour? Dia selamatkan korang dari apa? Aku selama memang tak pernah perasan pon budak tu wujud. Geng kau biasa aku nampak si Faiee, lepas tu Aina bekas awek Aidil,lepas tu Eka bekas awek Hariz, yang sorang lagi aku tak tau nama tapi lawa.Orang cakap budak planner dia la yang paling lawa,” memang kebanyakkan pelajar FAB kenal antara satu sama lain walaupun berlainan jurusan. Pihak pengurusan fakulti memang menggalakan pelajar untuk mengadakan kerjasama jika ingin mengadakan program luar atau dalam kampus. Malah untuk subjek wajib universiti,pelajar dibenarkan untuk memilih kelas campur yang mengandungi pelajar dari pelbagai jurusan supaya dapat membiasakan diri bekerja dengan mereka yang berlainan disiplin.

“Amboi yang lawa kau nampak. Percaya tak aku cakap kalau sebenarnya Najwa ni macam wonder pet? Tugas dia menyelamatkan kawan dalam kesusahan. Dia ni dari tahun satu sebenarnya memang lone ranger, mula-mula dia dengan Seri ja sebab diorang roomate. Aku ingat masa minggu orientasi Eka pengsan sebab dia ada masalah darah rendah, sanggup tau dia tidur hospital sebab kesian Eka kena admit sorang-sorang. Kawan-kawan lain buat buat bodoh je, almaklum minggu orientasi mana kenal sangat. Kes Aina lagi pelik. Aina ni dulu geng anak orang kaya yang popular, semua nak kawan dia sebab senang nak ampu. Memang personaliti clash la kalau dengan Najwa si lone ranger, Seri pulak memang jenis pendiam. Kalau dengan Eka tu OK sikit kot pasal Eka tu mesra terlebih. Nak dijadikan cerita Najwa masa tu class rep untuk subjek dengan Prof. Razak, masa dia kutip final projek kita orang dia perasan projek Aina sebiji dengan projek Adila roomate dia, nama jer lain. Dia pinjam projek Aina katanya nak tengok contoh tapi rupanya copy sebijik-sebiji.Tup tup Adilla tuduh Aina yang curi projek tu, jadi terpaksa la Aina buat balik projek dengan tajuk berbeza, kalau tak memang confirm failed. Kau tau diorang tu semua satu malam tak tido tolong Aina siapkan projek. Sejak tu Najwa bertukar jadi personaliti coach, habis brain wash Aina supaya buang perangai terlebih baik tu. Sekarang Aina tu jadi one of the tough girl dalam kelas kitaorang,” Jay ingat lagi masa Najwa, Seri dan Eka mula rapat dengan Aina, ramai yang tuduh Najwa bawa pengaruh buruk kerana sejak itu Aina tak biarkan orang ambik kesempatan.

“Girls alway shave other girls back what, macam kita brothers la. Kau dengan Faiee pon kena selamat juga ke?,”DS tertanya hebat sangat ke Najwa ni, atau Jay yang melebih-lebih.

“Hal aku dengan Faiee  ni tak da la sampai macam kes Najwa jadi shining armor ke apa, tapi konsistensi dia lah yang selamatkan aku dengan Faiee dari kantoi subjek Studio semester empat.Kau kan tau kalau failed studio kena repeat satu semester. Masa tu aku dengan Faiee  jadi MPP, aktif melampau sampai lupa belajar kot. Aida sendiri pun angkat bendera putih nak nasihat aku. Kat studio memang jadi passenger je dalam team.Nak dijadikan cerita, ketua kumpulan aku Najwa. Mula-mula dia buat bodoh je tapi bila Dr.Nora bagitau untuk sem tu dia kan gagalkan studio untuk student yang jadi passanger dan markah kumpulan turut sama terjejas, memang kaw-kaw dia kejar aku dengan Faiee suruh buat kerja. Kau tau sampai tahap duduk sebelah ala-ala mak tunggu anak buat homework. Tiap-tiap pagi Isnin dengan Jumaat memang la berpuluh kali miss call kalau tak datang studio. Memang tak da pilihan dah selain buat sehabis baik. Sebab dah terlampau banyak habiskan masa dengan Najwa & the gang, entah macam mana aku dengan Faiee terjoint study group diorang. Buat pertama kali dalam sejarah pointer cecah 3.5 weh, terharu jangan cakap la,”sungguh Jay rasa terhutang budi dengan geng empat serangkai itu.

“Ye ke, macam tak percaya je...you are exaggerate right bro?Weird je aku tengok budak tu” terlalu hebat cerita mengenai Najwa.

“Ok Bro sekarang aku tanya kau, ape first impression kau masa kali pertama kau nampak dia dekat bus stop tu? What do you see throught your lens?”Jay bertanya kepada DS.

“Innocence. They way her eyes glow playing in the rain, just like a child lost in her own world.Bila dia muncul dekat kamera, ringan je tangan aku tekan butang” DS teringat saat kali pertama melihat Najwa.

“Well your first impression were good. Jadi kenapa berubah jadi budak pelik pulak?,”Jay bertanya lagi.

“Kalau jadi aku tak rasa pelik ke? Perempuan yang sebelum tu senyum punya manis macam masuk gula satu kilo tiba-tiba datang serang kau macam samseng kampung pisang. Her impression was so savage when she treatened me. Memang gugup jap aku, sebab  muka dia memang serius nak pergi buat laporan. Tup tup dalam serius tiba-tiba buat muka comel ala Puss in Boots, lima minit lepas tu jadi savage balik. Dah sudah dengan muka tak berperasaan dia blah jer macam tu. Wei aku rasa macam  jumpa empat orang manusia yang berbeza,”keliru DS dengan personaliti gadis bernama Najwa itu.

“Hahaha...tu la  charming budak sorang tu. Dia manusia lapan dimensi, tapi kan dalam perangai  dia macam tu tak da pulak rasa macam dia ni split personalities ke apa. Tapisatu benda je yang aku boleh jamin, dia baik. So kalau ada terlintas niat nak main-mainkan dia, nak test power ke, baik kau lupakan kalau tak nak hilang kawan,”sungguh Jay serius dengan peringatannya.

“Tak la bro. Kau ingat aku jahat sangat ke. Saja ja aku nak usik-usik budak tu, tengok dia  setuju ke tidak. Tak sangka dia cakap OK. Tapi bila kau cerita macam ni macam tertarik nak buat kawan budak ni. Tapi you got my word bro, I’m not a predatorand she will not be the prey. Tapi kenapa kau macam overprotective pada Najwa je, how about other three girls?”pada pandangan DS, Najwa adalah gadis tegas  yang mampu melindungi diri sendiri dari lelaki hidung belang.

“Memang la aku  protect Najwa lebih sikit, she is the baby of the group tau tak walaupun  kadang-kadang perangai kadang-kadang serupa gangster kampung pisang. Najwa tu keras di luar lembut di dalam. Sometimes people tend to hurt her because of the misconception. Dia ni jenis manusia yang susah nak buka hati dia pada orang,tapi kalau dia sayang memang dia jadi kawan yang baik,” mungkin bagi orang luar  melihat Najwa sebagai seorang yang dingin, namun bagi teman-teman rapat Najwa adalah seorang yang mesra.

“OK bro, akujanji la aku takkan main-mainkan baby sister kau tu. Kau tu pikir lebih, aku  tak da la nak mulakan epik cinta ke apa, she is so not my type bro. Budak tu ada aura alien yang kau rasa macam bila nampak je, rasa macam terus nak angkat kemera,” DS bukan la serius pun nak mulakan persahabatan dengan Najwa, tapi cerita Jay menambah minat mengamati gadis itu.

“Don’t be so sure  bro, you may fall to her charm. OK la Bro aku dah menjalankan tanggunjawab  sebagai big brother yang baik. Ape pun hati-hati ade yang memerhati,” Jay menepuk bahu DS dan berlalu.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.