Dia sakit.
Semalam, Amani terlihat komen-komen di bawah gambar pada pos instragram
gadis itu.
“May Allah ease your struggle. XOXO.”
“Let alone the pain, ia takkan menguasai
kau.”
“Nasra, kami
cintakan kamu!”
Selepas itu juga, Amani
termanggu-manggu sama ada dia patut pulang atau tidak. Dia fikir, kerjanya
sekarang ini perlukan lebih perhatian berbanding masalah di sana. Lantas
sehingga ke petang ini dia masih lagi di pejabat yang sesak dengan kertas
pembentangan dan lukisan-lukisan. Ada sesetengah kertas mahjong berlakaran peta
minda tentang konsep jati diri, kekuatan minda dan kepercayaan.
Sudah lima tahun dia di sini. Dihadapan pejabatnya ialah pejabat Munir,
rakan kongsinya. Di sebelah kanan bilik Munir ialah bilik pasangan Faizol dan
Aliah. Suami isteri itu berkongsi pejabat kerana pejabat Aliah sudah dijadikan
bilik mesyuarat. Syarikat mereka bereempat itu sudah tujuh tahun usianya.
Selepas Amani tamat belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) lagi, dia sudah
sertai tiga sahabat itu. Munir sahabatnya sejak di tahun dua lagi manakala
Faizol dan Aliah dikenali saat mula-mula mengendalikan kem Master Your Mind
(MYM); [mi:m]. Faizol dan Aliah yang
mengasaskan MYM sejak mereka di tahun ketiga lagi. Masing-masing daripada Pusat
Pengajian Komunikasi. Munir pula sama jurusan dengannya, Literasi Bahasa
Inggeris.
MYM sudah membawanya ke merata-rata tempat. Daripada utara, dia ke
selatan ke sekolah lamanya di Melaka. Kemudian, ke sekolah lama Munir dan Aliah
di Shah Alam. Pernah juga team MYM ke Sabah dan Brunei. Kalau orang tanyakan
padanya adakah dia sudah berjaya, Amani akan jawab “YA!” dengan tanda seru.
Munir, Faizol dan Aliah ialah hidupnya. Dia hidup dengan mereka ini.
Namun, minggu lepas, Amani bertekak dengan Munir. Faizol dan Aliah pula
memilih untuk bersikap neutral. Kesnya mudah. Amani mahu MYM ke Indonesia,
namun Munir mahu menunggu lagi.
“Nak tunggu apa
lagi!”, bentak Amani tengah hari itu.
Sebaik sahaja wakil NGO dari
Padang menelefon mempelawa MYM datang ke sana, Munir menulis pada kertas atas
meja Amani, ‘We are sorry. Not now. Maybe
next time.’
“Kita belum
sedia! MYM is not ready, yet. Kau
faham tak!”, Munir menghempas tubuh atas kerusi.
“Don’t be chicken la...kau boleh langgar
Brunei bulan lepas, pasal Indonesia tak boleh?”
Munir meraup mukanya
berkali-kali.
“Kau tahu
diorang tengah panas dengan kita kan? Kau tahu hubungan negara kita tak baik. Plus, our facis are new. New! Do you have
any idea what happened if we let a baby bird fly in thunder? Burnt! Burnt! And
you. Look at you!Kau macam hidup tapi tak hidup sekarang ni. Apa masalah
kau? Fokuslah sikit. Kalau setakat masalah peribadi pun tak boleh handle,kau jangan berangan nak bawa
MYM sampai Padang!”
Munir menengking Amani kasar.
Amani hanya membatu ditempatnya berdiri. Dadanya turun naik. Buat seketika,
suasana dirundung sepi. Munir diam di tempat duduknya. Amani merenung tajam
lelaki di hadapannya itu. Sinis dia tersenyum.
“Kau.”
Munir membulat matanya. Dia
tidak mengerti.
“Aku apa?”
“Kau yang tak
sedia.”, Amani menuding jari telunjuknya tepat pada wajah Munir.
“Bukan MYM!”
Meja di hadapan Munir dihentak
kuat membuat lelaki itu terlompat. Amani mengutip beg tangannya dan menghilang
di sebalik pintu.
“Tak perlu masuk
campur dengan masalah aku. Ok!”
Dari luar pejabat Amani menjerit. Munir bungkam. Bersendirian.
Amani mengemas
mejanya sebaik terlihat kelibat Munir meninggalkan pejabatnya. Bayang lelaki
itu kelihatan dari dalam pejabatnya. Munir seakan-akan sedang merenung dia dari
luar, kemudian lelaki itu berlalu. ‘Masanya dah tiba, let’s go home’.
Sewaktu hendak mematikan komputer
riba, ada pop-up mesej daripada
Facebook naik di toolbar windows.
Amani duduk semula. Jarinya mencari tetikus. Diklik mesej itu. Beberapa saat
berlalu. Mesej itu terbuka. Datangnya daripada Rani Lukman. ‘Rani budak kelas
matrik dulu.’
Ringkas bunyi mesej itu.
Assalam Amani. Jom balik JB. Nasra sakit.
Amani menelan air liurnya. ‘Nasra.’ Dibiarkan mesej itu tanpa balasan.
Amani mencari butang pangkah di sebelah kanan. Pop-up naik semula. ‘Rani lagi.’
Our class rep. Dying.
Wonderwoman perlu kita.
Amani pejam matanya. Memorinya
tentang Nasra, Rani, class rep, dan wonderwoman datang bertubi-tubi. ‘Kenapa
datang waktu aku tengah ada masalah berat, korang?’. Bagai mesin wayang gambar
orang dahulu kala, cerita zaman tuk kaduknya itu berulang-ulang tayang dalam
fikiran. Gambar itu lama kelamaan membawa bunyi dan gelak tawa bersama.
Munir muncul tiba-tiba. Dia
teringat herdikan Munir padanya. Dia teringat pada keadaan dirinya
sekarang ini. Dia hilang sedangkan
jasadnya masih ada. Dalam diam Amani akui kata-kata Munir padanya.
“Kau macam hidup tapi tak hidup sekarang ni.
Apa masalah kau?”
Amani menangis. Dia terasa amat
letih. Dia terlalu memaksa dirinya selama ini. Dia memaksa dirinya nampak hebat
di hadapan Munir sedangkan dia sudah hampir menangis diherdik begitu. ‘Apa yang
tak kena? Kenapa aku rasa aku dah bosan dengan kerja ni?’ Tanpa dia sedar,
Amani sudah membongkok keseorangan sambil menangis menghadap bilik Munir yang
sudah gelap. ‘Munir, maaf.’ Pop-up
dari komputer riba berbunyi. Amani merenung mesej baru itu dengan pandangan
berbalam.
Amani...
Rani menaip. Diseka air mata
dengan lengan baju kurung yang dipakainya. ‘Baiklah. Aku dah buat keputusan.’
Amani membawa jari-jemarinya pada papan kekunci. Ditaip perlahan balasannya
pada Rani.
Ok. Aku balik.