Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,601
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 3

-CALON-

Kahwin ye?

Nur Husna melihat beberapa keping gambar yang sengaja ditinggalkan Rozaimahdalam biliknya sambil menjahit seluar yang terkoyak di kekangkangnya. KataAlongnya, kepingan gambar itu adalah sepuluh yang teratas setelah ditapisbersama Puan Senah dengan kerjasama Fawwaz dan Maisarah. Tak kurang juga Faiz,suami Maisarah yang juga terpengaruh dengan misi cari jodoh untuk Nur Husna yangdilancarkan Rozaimah.

“Auch!”

Pantas Nur Husna memasukkan jari tengahnya ke dalam mulut. Menghisap danmengurangkan rasa sakit tusukan jarum. Setelah itu dikibas-kibas tangannyasebelum hujung jari tengahnya dipicit dan dimasukkan semula ke dalam mulut.Sudah hilang rasa sakitnya, Nur Husna menolak ke tepi longgokan pakaian yangperlu dijahit koyakan dan carikan pada pakaian. Jarum yang terlepas dari pegangannyatadi dicari dan dimasukkan semula ke dalam kotak jahit.

Menjahit. Misi kedua Maisarah terhadap Nur Husna setelah Nur Husna gagalmengawal api ketika menggoreng ikan bawal untuk makan tengahari mereka minggulalu. Sudahnya hitam legam ikan tersebut kerana rentung dikerjakan Nur Husna.Kerana Nur Husna tidak berjaya menunjukkan sebarang kemajuan dalam menguruskanhal dapur –percayalah, menyiang ikan sahaja hancur isinya- Maisarah cubamenyerahkan batang jarum dan benang kepada Nur Husna untuk diasah bakat adiknyadalam bidang itu. Itupun puas menyuruh, ada sahaja jawaban Nur Husna mahumembalas. Kepetahan mulutnya dalam menjawab memang membuatkan orang yang mendengarmahu tangan-tangankan Nur Husna sampai lumat.

“Kenapa susahkan diri menjahit segala, kalau terkoyak hantar ke kedai. Apafungsinya Kak Batrisya bukak butik dekat kampung ni kalau tak ada orang yanggunakan perkhidmatan dia. Jadi, tak payahlah jahit segala. Bakal suami Ateh punbukan nak makan benang jarum ni pun kalau lapar. Entah dia pun setuju hantar kekedai. Tak pun buang sajalah baju rosak tu, beli baru.”

Dan Nur Husna kena kuarantin dari menyentuh setitik air mahupun sebutirnasi. Apatah lagi secubit lauk atau sesenduk sup. Perintah berkurung keatas NurHusna akan terus berlangsung hingga Nur Husna mahu belajar menjahit daripadaMaisarah.

 Jadi, dengan separuh hati Nur Husna menurutuntuk belajar menjahit ketika Angahnya itu sekali lagi berkunjung ke rumah PuanSenah hujung minggu ini. Diajar asas-asas menjahit kepada Nur Husna sepertimenjahit cara jahitan mengundur, jelujur, silang pangkah dan insang pari.

Pesan Maisarah, walaupun zaman kini sudah banyak kedai-kedai yangmenawarkan khidmat untuk menjahit, tetapi dalam hal-hal remeh seperti seluarterkoyak, butang tercabut dan koyakan pada poket saku tidak perlu dibazirkanwang untuk dikeluarkan. Jika punya kemahiran asas, masalah yang kecil sepertiitu boleh diselesai di rumah. Tidak perlu berhabis wang membayar upah menjahitmahupun membeli pakaian baru sedangkan pakaian yang lama masih boleh dipakaijika dibaiki. Pembaziran juga dapat dihindarkan.

Benar, jarum dan benang tak mampu mengenyangkan perut suami. Tapi andaisuami perlu segera membaiki pakaiannya yang rosak, bagaimana seorang isteridapat menawarkan khidmatnya untuk mengurangkan beban seorang suami jika diatidak tahu? Walaupun kecil, tapi urusan seperti ini dapat mengeratkan kasihsayang antara pasangan. Suami akan lebih menghargai isterinya kerana membantumengurangkan hal remeh yang terkadang mereka tidak sempat untuk fikirkan.Kadang-kadang itu, bukan para lelaki tidak tahu menjahit, tapi kesibukan merekamengharapkan ada yang sudi membantu. Apa salahnya seorang isteri juga punyakemahiran dalam urusan seperti ini?

Mendengarkan nasihat Maisarah yang panjang lebar sambil menjadi mentorkepada Nur Husna dalam meningkatnya kemahiran asasnya dalam menjahit denganlebih kemas dan cantik, Nur Husna mula lebih terbuka dan rela hati untukmemahirkan diri. Benar kata Puan Senah. Nur Husna jika Maisarah yang bercakapdan beri nasihat, Nur Husna akan lebih patuh mendengar. Mungkin bicara Maisarahlebih lembut dan berhikmah daripada Puan Senah dan Rozaimah. Bukan kedua-duamak dan kakak sulungnya itu tidak pernah berlembut, tapi sudah biasa suarakedua-duanya akan sentiasa tinggi setiap kali bercakap. Bicara biasa sahajasudah seluruh pelosok rumah boleh dengar, apatah lagi kalau marah dan meninggi suara.Memang bingit telinga yang mendengar.

Nur Husna mengurut-ngurut hujung jari tengahnya yang sudah penuh denganlubang-lubang kecil luka kerana banyak kali gagal mengawal daripada tertusuk jarumdek tangannya yang masih keras mengendalikan alatan kecil itu. Bukan Nur Husnatidak cuba menggunakan jidal, sejenis logam yang berfungsi melindungi jari daripadajarum yang tajam seperti yang disarankan Maisarah. Tapi Nur Husna lebih selesakalau tidak memakainya.

Kepingan gambar kembali dilihat sepuluh wajah calon terakhir yang perluditentukan lima yang terpilih daripada mereka. Kerana daripada lima yangdipilihnya itu, keluarganya akan bermesyuarat mana yang perlu diputuskansebagai bakal suami Nur Husna. Selepas itu, calonnya akan ditemukan dengan NurHusna muka ke muka untuk berbual dan mengenali jika ada keserasian antaramereka. Jika Nur Husna suka, dan calonnya juga sudah ada lampu hijau makamajlis dan perjalanan yang lebih jauh akan dibincangkan kedua-dua pihak.

Bagaimana kalau tak ada keserasian?

Mudah kata Puan Senah. Cara yang sama akan dicuba dengan empat calon yanglainnya. Jika tidak ada pada empat calon itu, diteruskan pula pada lima calonyang tidak dipilih Nur Husna. Jika semua tak ada, Puan Senah sendiri akanmenggunakan kuasa vetonya. Tahu benar kedegilan anak daranya seorang itu.

Kertas-kertas yang mengandungi segala maklumat calon-calonnya dibacaberkali-kali. Tidak dinafikan, masing-masing mempunyai latar belakang kerjayayang sangat baik walaupun berbeza. Ada yang bekerjaya guru, sebahagiannyamengusahakan premis sendiri, jurutera, pensyarah, doktor, ustaz dan ada jugayang masih belajar dan bekerja sambilan.

Masing-masing juga mempunyai pendidikan tinggi, ada juga yang sudah ketahap berpangkat doktor falsafah. Jika dilihat wajah-wajah mereka pula, tidakada cacat celanya. Walaupun tidaklah terlalu kacak hingga boleh menjadi modeldunia. Tapi mereka semua mempunyai air muka yang sedap mata memandang. Kacakyang biasa-biasa juga ada. Ada yang berkulit putih, sawa matang dan hitammanis. Mungkin yang hitam manis itu selalu berjemur kerana kerjanyamengusahakan bergulung sawah padi milik keluarganya.

Menurut apa yang tertulis, sikap mereka baik-baik belaka. Kelemahan merekajuga disertakan bersama. Rozaimah berkata, dia tidak meneka tapi dia dansuaminya Fawwaz sendiri menyiasat dan bertanyakan keluarga dan kenalan rapatcalon-calonnya. Jadi Nur Husna tidak perlu ragu-ragu andai ada yang dusta disitu.

Memikirkan dari segi paras rupa, kerjaya, pendidikan, kelebihan dankekurangan, Nur Husna pilih sahaja semua. Hehe, tamak anak dara seorang ni! Tapijika mahu dibandingkan dengan dirinya yang penuh dengan kekurangan memang takmungkin pipit dan enggan terbang bersama. Nur Husna sedar diri, dirinya tiadaapa-apa kelebihan untuk menyenangkan bakal suamianya. Calon-calonnya serbaboleh segalanya. Nur Husna hanya tinggal masuk dalam kehidupan bakal suaminyadan lain-lain akan diuruskan bakal suaminya. Tidakkah seperti Nur Husna sedangmengupah seorang orang gaji untuk menyara hidupnya?

Give and take.

Prinsip itu lebih suka diaplikasikan dalam hidupnya. Jika semuanyadiberikan bakal suaminya kepada Nur Husna, apa pula yang Nur Husna harusberikan kepada bakal suaminya. Sudahlah calon-calonnya semua bekerjaya.Pastilah sibuk belaka dengan kerja sendiri. Lepas itu, perlu memikirkan NurHusna pula yang perlu dijaga. Nur Husna tak suka itu.

Pembantu rumah?

Nur Husna menggumam dengan persoalan itu. Nahh, tak perlu. Kalau nakpembantu rumah, baik kahwin sahaja dengan pembantu rumah. Kenapa nak kahwindengan Nur Husna yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan?

Nur Husna sedar sangat akan kekurangannya sebagai bakal seorang isteriuntuk menguruskan rumah tangganya sendiri. Pesan arwah ayahnya, seorang isteriitu sentiasa memudahkan urusan suaminya. Nur Husna? Mungkin akan lebihmenyusahkan si dia kelak.

Kerana itu, Nur Husna pernah merancang. Setelah habis belajar dia mahu lengkapkandiri dengan semua ini selayaknya seorang isteri. Selepas itu, baru fikirkan halkahwin. Siapa tak mahu kahwin? Nur Husna nak sangat kahwin.

Seronok apa? Tersengih Husna seorang diri setiap kali melihatkan ragamrumah tangga Along dan Angahnya. Masam manis mereka buatkan kasih sayang sangaterat terikat, mengukuhkan lagi hubungan pasangan suami isteri itu. Salingmenghargai dan disayangi. Bagaimanalah Nur Husna tidak berangankan punya suamisendiri sementelah itulah yang dilihatnya pada kehidupan Along dan Angahnya.

Lagi-lagi di usia begini, kerana Nabi SAW juga menamatkan zaman bujangnyaketika berumur 25 tahun. Apatah lagi Nur Husna yang sentiasa mengharapkan kasihsayang daripada Sang Adam. Cuma ketika itu calon tidak ada dan kekurangannyamembuatkan Nur Husna berasa rendah diri sekaligus menghalangnya daripada semuaitu. Kerana itulah Nur Husna merancang.

Tapi lain pula rancang keluarganya yang lain. Belum sempat Nur Husnapersiapkan diri dengan sempurna, keluarganya sudah sibuk mencarikan calon buatNur Husna. Nur Husna tak menghalang, cumanya terlalu tergesa-gesa. Seolah-olahesok juga mahu dinikahkan Nur Husna. Kerana itulah semangatnya mahu persiapkandiri sebagai seorang isteri sudah terbang pergi. Nur Husna rasa terpaksa dankelam-kabut. Sebab itu juga dia banyak mencari alasan dan tidak bersungguh.Cuba melengah-lengahkan kemahuan keluarganya yang berkobar-kobar itu.

Wajah calon-calonnya kembali dilihat dengan keluhan yang entah keberapa.Mahu tidak mahu, itulah juga yang perlu dihadapnya. Sekarang, sudah tibamasanya untuk membuat keputusan. Pilihan harus dibuat. Kalau Nur Husnaterus-terusan membantah dan berdalih, lagi banyak desakan dan paksaan daripadakeluarganya. Kalau mahu terus berkeras, daripada masih punya rasa untukberkahwin, tidak fasal-fasal hilang mahunya untuk berpasangan. Jadi, adabaiknya Nur Husna ikut sahaja apa yang dirancangkan keluarga. Pasti adalah yangterbaik buat Nur Husna.

Sekeping demi sekeping matanya menilai. Senyuman Nur Husna segaris terukirsaat terpandangkan wajah seseorang. Lucu. Badrul, ayah kepada anak asuhannyaturut menjadi calon pilihan. Bagaimanalah Alongnya boleh terjumpa Badrul ni?Entah ya atau tidak lelaki itu mahukan Nur Husna. Menurut penilaian Nur Husna,Badrul kelihatan sangat setia pada arwah isterinya yang meninggal ketikamelahirkan Zaki. Sudah tiga tahun Badrul membujang. Sudah bersediakah lelakiitu untuk membuka ruang di hatinya?

Gambar berikutnya dialih. Razman. Senior sekolah menengahnya turut menjadicalon. Nur Husna sudah ingat-ingat lupa akan lelaki itu. Seingat Nur Husna,Razman itu ketua pelajar ketika Nur Husna di tingkatan tiga sebelum kemalanganngeri tertimpa keatasnya. Tidak pula mereka pernah menyapa apatah lagi punyahubungan. Tiba-tiba muncul jadi calon Nur Husna. Berkerut jugalah Nur Husnamemikirkan kemungkinan itu. Mungkin aturan keluarga juga barangkali. Terimakahlelaki itu akan Nur Husna ini kalau dia yang menjadi pilihan?

Nur Husna melihat pula gambar yang lain. Rata-ratanya Nur Husna tidakkenal. Nur Husna hanya mengenali empat orang daripada sepuluh calon itu. SelainBadrul dan Razman, Nur Husna juga mengenali Ammar, anak tok imam kampung yang barupulang dari timur tengah tahun lalu. Kini berjawatan ustaz di sekolah menengahberhampiran dan imam di Masjid Negeri. Selain itu, Muiz, jejaka berkulit hitammanis. Agak terkenal di kampung ini kerana dia pemilik kilang padi danpengusaha berekar-ekar sawah padi milik keluarganya. Sering datang ke rumahketika arwah Tuan Yusof masih hidup kerana Tuan Yusof menggunakan khidmatsyarikat Muiz untuk mengimarahkan tanah sawahnya yang hanya empat petak dibelakang rumah.

Mereka itu Nur Husna pernah bersua muka, berbual dan mengenali tentangmereka depan matanya sendiri. Memang semuanya Nur Husna kenal sangatberkelakuan baik, sopan santun dan berbudi. Sangat sesuai untuk dijadikan calonsuami. Jadi empat gambar dan helaian biodata mereka disatukan tanda merekamenjadi pilihan Nur Husna. Nur Husna fikir, kalau yang kenal itu mungkinmemudahkan lagi suai kenal mereka nanti. Tidaklah Nur Husna rasa terlalujanggal jika proses keserasian terjadi antara salah seorang daripada mereka.Nur Husna sebenarnya tidak kisah siapapun bakal suaminya nanti. Lagi pula, NurHusna masih ingat pesan Tuan Yusof. Persiapkan hati hanya untuk suami, janganmudah berkasih terhadap lelaki lain. Kerana itu, Nur Husna masih tidaktersangkut pada mana-mana lelaki. Pesan ayahnya masih terpahat kemas disukmanya.

“Hurmm.. tinggal seorang sahaja lagi.”

Enam keping gambar silih berganti dilihat berulang kali. Butiran biodatamereka juga sudah berkali-kali dibaca. Namun semuanya serba salah mahu dipilih.Lakunya terus diulang-ulang hinggalah terhenti pada satu gambar. Walaupungambar itu sudah berkali-kali dilihat, tapi entah kenapa matanya tiba-tibatertarik pada gambar itu. Raut wajah lelaki muda itu seperti pernah dilihatsetelah diperhatikan betul-betul. Kertas biodatanya dilihat kembali.

“Azami Norhakim. Umur 32. Bekas pensyarah selama tiga tahun. Kinimenguruskan premis sendiri yang telah bermula dari waktu ijazah. Tarafpendidikan Phd in Business Management. Bla.. bla.. bla..”

Kening Nur Husna terjungkit membacakan biodata lelaki itu. Terlalu sempurnauntuknya.

“Azami Norhakim.”

Nama itu kembali meniti di bibir Nur Husna. Tiba-tiba raut wajah kelat lelakiyang dikenalkan Puan Iffah di Darul Sakinah menerpa mindanya. Tak silap NurHusna, Azam namanya. Mungkinkah Azam itu adalah Azami? Gambar dilihat dan cubamembandingkan persamaan wajah itu dengan memori wajah Azam yang samar-samardiingatan. Orang yang samakah? Nur Husna menggeleng-geleng kepalanya tiba-tiba.Kenapa pula lelaki itu yang perlu dikaitkan pula. Mustahillah. Lelaki dalamgambar ini lebih muda daripada wajah Azam yang ditemui Nur Husna tiga minggulalu. Jadi sangat tak masuk akal. Husna! Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan.

Tanpa berfikir panjang, tangan Nur Husna meletakkan kepingan kertas berisimaklumat Azami Norhakim bersama empat calon pilihannya tadi. Dia tak tahu,walaupun rasa sangat mustahil Nur Husna layak untuk dipasangkan dengan lelakisesempurna itu tapi tangannya ringan mahu memilih Azami Norhakim. Lagi pun, NurHusna sudah malas mahu fikir. Sudah tiga hari dia berfikir dan ditemani kepilankertas serta gambar-gambar itu hingga ke tidurnya. Ada baik hatinya tergerakmahu memilih. Kalau tak, bertambah hari lagilah Nur Husna harus tidur dengansemua itu. Istikharah juga sudah berkali-kali dilakukan. Entah apalah petunjukkepada pilihannya, Nur Husna belum nampak jawapannya. Jadi, hanya bersangkabaik dan bertawakkal dengan pilihannya.

“Ateh!”

“Ye, Ateh dekat bilik.”

Nur Husna menyahut saat namanya dipanggil abang iparnya, Fawwaz. Pintubilik dihampiri, dibawa bersama kepilan kertas dan gambar yang sudah diasingkan.Niatnya mahu serahkan pada Rozaimah nanti. Pintu bilik dibuka, tersembul wajahFawwaz yang sedang berdiri di depan pintu menghulurkan Xperia milik Nur Husnadi tangannya.

“Kenapa Abang Long?”

Soalan ditanya sambil menyambut huluran Fawwaz. Skrin Xperia dihidupkan danterpandangkan tiga panggilan yang tidak dijawab daripada nombor tidak dikenali.

“Ada orang telefon dari tadi. Tengok nombor tak ada nama. Cuba telefon atauhantar mesej semula. Mana tahu penting.”

“Okey, nanti Ateh telefon balik. Terima kasih Abang Long – Eh, sebelumterlupa. Nah, kasi ke Along. Ateh dah pilih macam mana yang Along nak. Limacalon kan? Boleh lah bincang dengan mak. Ateh insyaAllah terima mana yang baikdaripada keputusan semua.”

Tersenyum lebar Fawwaz menyambut huluran adik iparnya itu. Tersengih diapenuh usikan terhadap Nur Husna.

“Eh, tak sangka kawan abang pun Ateh pilih. Macam mana tahu dia kawanabang?”

Fawwaz bertanya saat terpandang gambar dan kertas maklumat temannya.Kepilan kertas paling atas yang dikatakan kawannya itu diambil. Nur Husnamenjengket sedikit cuba melihat siapa yang dimaksudkan Fawwaz.

“Azami Norhakim ni kawan abang ke?” Persoalan dilontar dengan kerutan takpercaya.

“Haah. Kacak kan dia?” Soalan bernada usikan itu sengaja ditanya. Keningnyadiangkat berkali-kali terhadap Nur Husna.

“Dia terlalu sempurnalah Abang Long. Tak setaraf dengan Ateh.”

“Habis tu kenapa pilih?”

“Entah!”

Jawaban mudah daripada mulut Nur Husna itu mengundang ketawa lepas daripadaFawwaz. Mulalah idea nakal dimindanya mahu mengusik.

“Jatuh cinta pandang pertamakah?”

“Jangan nak merepeklah abang. Apa benda cinta tu pun Ateh tak tahu. Pandangpertama konon.”

“Eleh, tak kenal cinta konon–”

Xperia yang kembali berbunyi memotong usikan Fawwaz yang semakin rancakmahu kenakan Nur Husna. Serentak dua pasang mata itu memandang skrin Xperiayang menyala dan melalak minta diangkat. Angka yang sama tertera di skrintelefon bimbitnya. Wajah abang iparnya yang masih dengan senyuman sumbingdijeling tidak puas hati.

“Dah sana pergi. Jangan lupa bagi tu dekat Along.”

Tangannya dikibas-kibas, mengusir Fawwaz supaya pergi jauh darinya. Kalausemakin dilayan, semakin sakit hati jadinya. Setelah kedatangan Fawwaz dalamkeluarganya, sememangnya abang iparnya seorang itu sangat gemar mengusik semuaorang. Terutamanya Nur Husna yang selalu kalah bertikam lidah dengan Fawwaz.

“~Ku rasa ku telah jatuh cinta. Pada pandangan yangpertama~”

Sempat lagi Fawwaz mendendangkan lagu Pandang Pertama yang dinyanyikan Ran,kumpulan penyanyi dari Indonesia. Sengaja lagu itu ditujukan kepada Nur Husnameninggalkan adik iparnya sambil mencari-cari kelibat isterinya di belakangrumah. Rasanya sedang melayur dua ekor itik yang baru disembelih tadi. Mahudijadikan kari malam nanti.

Nur Husna mencebik tidak puas hati. Mujur ada yang hubungi, kalau taksampai ke sudah Nur Husna akan bertekak dengan Fawwaz yang terlalu kuatmengusik. Telefon yang berbunyi segera dijawab, tidak mahu si pemanggilnyaternanti-nanti lagi.

“Hello, Assalamualaikum.”

Uik, suara lelaki. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ