Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,615
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 12i
12:BERTEGANG URAT

Klip klip cahaya dari rumah-rumah yang dilihat dari atasmenjadikan permandangan itu sangat cantik di matanya. Disimbahi pula cahayabulan dan sinaran bintang-bintang di atas hamparan pekat malam. Cantik danindah! Warna-warna cahaya yang dia kagumi sedari pertama kali dibawa oleh TuanYusuf. Tempat lepak ayahnya pada waktu-waktu tertentu. Kadang-kadang ituberkhemah di sini. Kata ayahnya, kadang-kadang itu manusia perlukan ruang untukbersendiri dan berfikir tanpa campur tangan orang lain. Kalau ikut cara Nabi,perbuatan ini dipanggil uzlah[1].Kalau ikut cara moden, orang panggil meditasi.

Rindu. Jujur Nur Husna sangat rindu akan suasana itu. Rindukanwaktu yang dihabiskan bersama ayahnya di sini. Dia sangat sukakan pendekatanayahnya yang satu itu. Setelah Tuan Yusuf pergi, tempat ini tetap menjaditempat kegemarannya jika mahu menyendiri. Dua orang kakaknya itu sudah lamatidak jejakkan kami ke sini. Maklumlah, masing-masing sudah sibuk dengan halrumah tangga sendiri.

Biarpun sudah lewat malam, Nur Husna tidak kisah kerana sudahterbiasa. Kalau dia pulang lewat, tahulah Puan Senah ke mana pergi anakgadisnya itu. Lagi pula, ibunya itu akan dimaklumkan juga jika dia ke siniwalaupun ibunya itu sudah tahu dan tidak kisah. Mahu bagaimana lagi, rutinsuaminya sudah sebati dengan anak bongsunya. Orang kampung juga sudah terbiasajika melihatnya sendirian di sini. Faham sangat jika terlihat kelibat di atasbukit kecil di tengah-tengah kampung mereka ini.

Keselamatan pula tidak dirisau sangat, kerana memang rutinaktiviti rukun tetangga mereka akan ada yang bertugas untuk meronda di malamhari. Walaupun kampungnya itu jarang ada kes rompakan atau lain-lain, tapirutin itu tetap diteruskan sebagai langkah berhati-hati. Kalau berkesempatan,adalah juga yang datang menegur Nur Husna berbual kosong sebelum menyambungtugas mereka. Lagipun, tidak jauh pun rumah Nur Husna dari sini. Kalau dijeritPuan Rosnah suruh pulang, Nur Husna dapat dengar dengan jelas. Apatah lagisuara ibunya itu lantangnya luar biasa daripada manusia normal. Haha. Itulahibunya yang tersayang.

Bunyi ranting dipijak mengalihkan Nur Husna daripadalamunannya. Segera dicari siapa gerangan itu sebelum perasankan satu cahayayang kelihatan seperti cahaya telefon bimbit diguna buat menyuluh jalan.Semakin dekat figura itu, sedarlah Nur Husna rupanya Bella yang datang. Dengansenyuman manisnya, Bella menyapa lalu mengambil tempat di penjuru pangkinsetelah dipelawa Nur Husna.

“Mana Bella tahu akak ada dekat sini?”

Nur Husna memulakan perbualan apabila melihatkan wajah itutertoleh-toleh ke belakang. Entah apa yang dicari.

“Hehe.. Mak Cik Senah bagitahu akak dekat sini. Belladatanglah. Nak tahu juga akak buat apa. Cantik sangat permandangan dari sini.Patutlah Mak Cik Senah cakap akak suka datang sini. Tempat pun best,macam pondok. Nak tidur pun boleh.”

Kata gadis bertubuh kecil itu sambil kepalanya memerhatikansekeliling kawasan itu. Selain pangkin, ayahnya juga membina pondok kecil untukberteduh. Dalam pondok itu juga terdapat bantal, selimut dan tilam jika adayang mahu melelapkan mata. Kadang-kadang pondok ini digunakan juga oleh orangkampung yang ditugaskan untuk meronda. Alhamdulillah, tidak sia-siausaha ayahnya bina pondok ini di sini. Bermanfaat untuk sesiapa yang mahuberteduh. Moga pahalanya sampai ke ayahnya sebagai berkalan di sana.

“Cantik kan? Tempat kegemaran akak dengan ayah. Pondok niayah yang bina sebab dulu-dulu waktu akak kecil kalau akak ikut ayah ke sini,akak selalu tertidur. Jadi ayah binalah pondok ni. Saja-saja. Kata ayah,peganti khemah ayah yang dah terkoyak. Tak payah beli baru, dan tak payahsusah-susah nak bawa khemah dah lepas tu.”

“Cara akak panggil ayah, macam arwah masih hidup.”

Nur Husna senyum mendengar komen Bella.

“Bagi akak, ayah tak pernah pergi. Walaupun jasadnya dah takada, tapi ayah tetap hidup dalam diri akak. Kata-kata nasihatnya, gelaktawanya, gurau-senda dan usikan ayah, tak pernah satu pun akak lupa. Dimana-mana saja, di rumah, di kampung ni, di sini.. kelibat ayah di mana-mana.Walaupun dah lama ayah tak ada, akak boleh nampak lagi susuk tubuh dia ke huluke hilir seperti nyata. Tapi Bella jangan salah sangka akak tak waras pula, akaksedar ayah dah lama tak ada. Dan akak sangat redha. Tapi itulah, kalaudah teringat semua nampak jelas di mata. Bayang-bayang pun disangka orang.Hehe..”

“Mesti akak rapat dengan arwah kan?”

“Rapat sangat. Ayahlah orang yang paling banyak bagi semangatdekat akak waktu akak putus asa untuk hidup lepas akak kemalangan. – Belladatang seorang je kan. Kenapa tertoleh-toleh ke belakang? Ke ada orang lainikut juga.”

Nur Husna turut mengalihkan pandangannya ke arah yang dilihatBella. Melihatkan tiada siapa-siapa, wajah Bella dipandang. Gadis itu hanyatersengih menggaru kepala yang tidak gatal sambil menjeling-jeling ke belakangNur Husna. Baru sahaja Nur Husna mahu pandang sekali lagi, terasa kehadiransatu susuk mengambil tempat di belakangnya. Nur Husna berpaling melihatgerangan tersebut. Dia tak dapat memastikan siapa kerana susuk yang diagaknyalelaki; daripada apa yang dilihat mata kasarnya, memakai hoodie menutupkepala dan wajahnya. Apatah lagi lelaki itu membelakangi Nur Husna, lebih sukarbuatnya untuk mengenalinya.

Wajah Bella yang sedang tersengih dipandang sekali lagi.Gadis itu seperti tidak kisah dengan kehadiran lelaki itu seperti sudahmengenalinya. Agaknya yang tercari-cari tadi merupakan lelaki ini barangkali,kerana itu tiada riak terkejut dan gelisah.

Nur Husna pula yang cuak. Yelah, sudah berpakaian hoodiebertutup semua, warna gelap lagi, macam manalah Nur Husna tidak cuak. Sudahlahdatangnya tanpa bunyi, tahu-tahu sahaja sudah duduk di belakangnya. Tambahanlagi, Nur Husna agak lelaki itu baru keluar dari pondok di belakang pelantar.Entah berapa lama lelaki itu di situ Nur Husna tidak tahu. Mujur ada Bella,meremang pula bulu romanya memikirkan sekiranya dia disergah begitu sendirian.

“Si-siapa?”

“Azami.”

Nur Husna tertahan nafas, matanya membulat, mulutnya terbukaluas. Tidak percaya orang yang dinanti sedang duduk di depannya. Sejenak bagaidunianya hanya dia dan susuk berhoodie di belakangnya. Nur Husna tidakberkutik hatta nafasnya juga tidak kedengaran. Walaupun wajahnya disorokkannamun Nur Husna bagai diawangan. Dia mahu menjerit. Orang di depannya ini AzamiNorhakim. Oh my Arrrhhhhhhh..

Breath girl. Kalau pengsan I tinggal.”

Oh, dia lupa nafasnya. Fuhh! Terus nafas yang tertahan tadidilepas kuat bilamana ditegur lelaki itu. Cepat-cepat dia tutup mulut sendirimengingatkan hatinya sedang menggila dengan jeritan teruja sebentar tadi. Risauterlepas di bibir, dilabel sewel pula oleh si pujaan hati. Acececeee.. dahpandai dah Nur Husna berpujaan hati. Sedaya upaya Nur Husna menyembunyikansenyuman yang semakin tidak tertahan lagi hingga kebas mulutnya. Mujur sahajahanya ditemani samar cahaya lampu pelita dan mujur juga Azami Norhakim statikbegitu, tidak perpaling melainkan hanya pegun pada satu arah menghadap hutanyang gelap-gelita.

“Tak payah nak seronok sangat. Ingat I nak sangatjumpa you.”

Senyum yang tertahan terus kejung mendengarkan kedinginandaripada nada suaranya. Bella di sebelah dipandang seperti memohon penjelasansedangkan yang bereaksi dingin dengannya lelaki itu. Seperti tidak mahu masukcampur, Bella hanya jungkitkan bahunya lalu sibukkan diri skrol media sosial ditelefon pintarnya. Seperti tugasnya hanya sebagai peneman bisu untuk merekaberdua. Dan baru dia sedar, sudah susuk yang dinanti terpacak di sini pastilahada yang ingin disuarakan.

“Awak sihat..?”

Nur Husna rasa nak terjun gaung sekarang juga. Dalambanyak-banyak soalan, kenapa itu yang dia tanya. Perlahan lukunya menepuk dahisendiri. Sesal. Lebih sesalnya, lelaki itu tetap begitu. Berselubung tak mahutunjukkan muka. Di ‘hurmm’ kan saja pertanyaan Nur Husna. Mujur dibalas juga,kalau diam je memang Nur Husna sendiri tolak dia masuk gaung.

“Errmm.. saya rasa awak mesti nak bincang sesuatu. Atau awaksebenarnya tak puas hati dengan keputusan keluarga kita petang tadi? Awak nakpanjangkan lagi tempoh pertunangan kita? Atau awak na–”

“Okay. Daripada you buat andaian yang bukan-bukan, Iterus terang je lah ye dengan you. Ni, baca. Then, tandatangan.”

Sebuah fail seperti dikeluarkan dari dadanya, Bella sebagai perantaramenyambut lalu menghulurnya kepada Nur Husna sebelum kembali sibuk dengantelefon pintarnya. Dengan dahi yang berkerut, fail biru itu disambut. Lampupelita didekatkan supaya lebih jelas kandungannya untuk dibaca. Helaian kertasdiperiksa sepintas lalu bilangannya. Hanya dua keping kertas. Entah apa isinya.

“Kertas apa ni?”

“Bacalah. Macam mana nak tahu kalau tak baca.”

Sinis. Nur Husna mula menajamkan matanya. Jelingan geramdiberikan walaupun Nur Husna tahu, lelaki itu tak kisah pun dengan reaksi NurHusna. Sudah kenapa sedingin ais kutub sikap dia ni? Lebih dahsyat daripadaEncik Azam. Aduh Husna, lelaki macam ni ke kau nak buat suami. Kekesalan yangmula bertunas segera dicantas. Risau pula semakin subur rasa itu, hubungan yangbaru saja terikat, terputus di tengah jalan. Nur Husna tak mahu hingga ke situjadinya. Sekali dia buat keputusan, itu putusnya sampai bila-bila. Lagipunmungkin ini ujiannya. Alam pertunangan, macam-macam yang perlu dihadapi.Bergantung pada penerimaan pasangan yang teruji, menang atau kalah?

Kandungan kertas dibaca dengan teliti walaupun agak sukar.Nur Husna ada rabun malam, kaca matanya tidak dibawa kerana tidak menyangka diaperlu membaca di suasana gelap begini. Dahi yang licin semakin berlapis saatmulai memahami isi kandungannya. Setelah semuanya selesai dibaca, Nur Husnaberpaling memandang susuk yang masih membelakanginya. Matanya membulat tidakpercaya.

“What is this Mr. Azami Norhakim?”

You dah baca kan. Tak kanlah lepas baca dua kepingkertas tak faham pula. Kata belajar dah sampai diploma.”

Nur Husna mengetap bibirnya, menahan hatinya sedaya mampu. Jujur,rasa terhinanya tak dapat selindung lagi jika dilihat pada air mukanya. Lelakiini, lidahnya.. mengapa berbisa sekali. Inikah diri yang terhijab selama ini. Orangyang dibayang, indah khabar dari rupa.

You tunggu apa lagi? Dah baca kan, dah faham kan? Yoursignature, please. Rimas I duduk sini, dengan banyak nyamuknya.Dengan perempuan macam you lagi. Oh god –Hey, cepatlah. Younak kena I panggil penterjemah ke dekat you baru nak faham? Baru younak tandatangan?”



[1] memencilkan diriatau mengasingkan diri dari kelompok majoriti manusia

Previous: 11 iii
Next: Bab12ii

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ