Home Novel Umum Mr. Bae, Imamku!
Mr. Bae, Imamku!
merpatiputih
20/5/2018 18:03:10
18,558
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab 2
Di sebalik pintu masuk masjid, Adam sedang galak memerhatikan sekumpulan lelaki dan seorang perempuan yang menarik perhatiannya itu. "Berani betul perempuan ni tak tahu takut!" gumam Adam di dalam hatinya. Ada terselit rasa risau sebab bayangkanlah seorang lelaki yang ditemani 10 orang lelaki geng motornya bagai bertikam lidah dengan seorang perempuan yang bersendirian. Disebabkan hakikat itulah dia bagaikan penunggu berdiri di depan pintu masuk masjid ini sedari tadi.

Geli hatinya apabila mendengar jawapan balas daripada mulut pedas si gadis yang menolak mentah-mentah si jejaki poyo itu. Bukan sahaja menolak tetapi terselit juga kata-kata berbaur hinaan. Dalam tidak sedar dia tersenyum suka melihat si gadis melangkah laju mememasuki pintu masjid dan berjalan melintasi dia meninggalkan si jejaka dibelakang yang sangat cemberut wajahnya.

"Adam! Adam!" terhenti senyumnya apabila terdengarkan suatu suara yang memanggilnya. Dari kejauhan di lihatnya Pak Majid, imam masjid At-Taqwa itu terlambai-lambai memanggilnya. Dengan segera, dia melangkah merapati Pak Majid.

"Hah, Adam apa yang kamu pikirkan tu sampai berkali Pak Majid panggil kamu tak didengarnya" soal Pak Majid dengan wajah penuh pertanyaan.

"Eh takde apalah Pak Majid, saya cuma tengok tengok je kawasan depan masjid ni maklumlah macam dah banyak yang berubah sejak saya tinggalkan kampung ni" jawab Adam dengan senyuman yang tak lekang di bibir

"Hah kalau macam itu marilah kita masuk ke dalam tunaikan apa yang wajib dulu. Jangan risau nanti Pak Majid kenalkan kamu dengan semua orang kampung ni dan minta budak budak ni bawa kamu keliling kampung, ya" bicara Pak Majid penuh prihatin. Dia kenal si Adam ni sedari kecil lagi, tambahan lagi arwah ayahnya si Adam, rakan baiknya suatu ketika dahulu...

"Terima kasih, Pak Majid. Marilah kita beransur ke dalam, nak masuk waktu isya' dah ni" ajak Adam lalu dia biarkan Pak Majid jalan mendahuluinya sebagai tanda hormat. 

Inara... seorang wanita yang amat dikenalinya.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.