Home Novel Umum Mr. Bae, Imamku!
Mr. Bae, Imamku!
merpatiputih
20/5/2018 18:03:10
18,564
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab 5
Pagi yang indah, tidur yang panjang telah diburukkan dengan kedatangan tak diduga. Huwaaaaa, kenapa perlu dia tengok muka aku yang tak semengah tu! Dahlah siap dengan pakej perli lagi. Kot ya pun, kasi lah chance aku nak pamer muka diva divana aku ni. Heh! Ada beza ke muka mandi dengan tak mandi kau tu? Tadi, dengan kelajuan Usian Bolt dia berlari ke tandas selepas insiden dia ditegur secara 'halus' oleh si pembuli itu. Ya, sekarang si Adam itu digelarnya pembuli dan bukan lagi pemuda yang disanjungnya kerana berani menegur atau bahasa yang difahami Inara sebagai memperli kaw kaw. 


Tok! Tok! Tok!


"Hah! Tu siapa pulak tu, jangan kau bilang si pembuli tu lagi. Dah tak sanggup aku nak hadap muka dia lagi." monolog Inara sendirian diselitkan dengan harapan bukan si Adam itu lagi yang perlu dijumpanya lagi. Penelitian muka di cermin dilakukan sebelum Inara mengatur langkah berhati-hati menuju ke pintu depan rumahnya yang semakin rancak di ketuk. "Ish! Tak menyabar betul lah, kang roboh pintu rumah aku tu kang"gumam Inara dengan penuh rasa sebal tetapi langkah kakinya sengaja diperlahankan. 

"Nur Inara Irdina! Anak bertuah, nak bengkak dah tangan emak kau ni ketuk pintu, tak dibuka-bukannya!"jerit mak Salmah dengan nada suara yang marah. Inara sepertinya dapat menghidu bau hangit sebuah hati yang sedang terbakar dengan api maha marak dan visual seorang ibu yang penyanyang bertukar menjadi serigala jadian yang menyasarkan dia sebagai makanan pada hari ini. Langkahnya dipercepatkan dan dia segera membuka pintu.


"Abang, guna sahajalah kunci pintu rumah tu, saya rasa budak Inara ni sedang sedap bermimpi lagi. Siap dia saya kerjakan nanti."tambah Mak Salmah berserta arahan kepada suaminya.Belum sempat pak Manan mengeluarkan kunci dari poket seluarnya. 


Pap! 

Pintu rumah terbuka. "Assalamualaikum, haa mak abah, mari sini Inara tolong angkat barang, banyak ni"ucap Inara sambil tangannya ligat mengangkat barang dengan harapan dia akan terlepas dari azab seksaan telinganya yang mungkin akan berdarah sebentar lagi. "Mak, dah habis quota air liur nak membebel dekat kamu hari ini, jadi sila angkat semua barang ni letak dekat tempat yang sepatutnya. Mak nak masuk berehat."kata mak Salmah."Ya Allah, terima kasih kerana telah menyelamatkan ku! Nikmat mana yang aku mau dustakan Tuhan."Inara bermonolog sendiri sambil tersengih lebar. Pak Manan hanya tersenyum melihat telatah anak dan isterinya itu.


Ehh, haah lah aku kan nak tanya pasal si Adam tu pada mak dan abah. Hmm, nanti malam lah, baik aku jangan cari pasal berhadapan dengan mak sekarang. Hehe, silap hari bulan kena terkam!



------- Sila tinggalkan komen di bawah :D -------

Previous: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.