Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
32,374
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 9

Ketika itu dia di sebuah kedai buku yang agak besar di sebuah pasaraya seminggu selepas bukunya dilancarkan itu. Dia tercari-cari karya agungnya. Tapi tidak kelihatan…kata penerbit dah dua kali restock tak mungkin tak ada sebiji pun dekat rak kedai ini, fikirnya.


Dalam dia merayau mencari rak buku itu sekumpulan gadis remaja masuk. Dia mengagak mereka hampir sebaya dengan kedua-dua anak gadisnya. Mereka kelihatan berpusing-pusing di rak buku seperti mencari-cari sesuatu. Setelah beberapa ketika mereka bergerak ke arah kaunter. Dia menoleh ke arah kumpulan gadis-gadis itu. Dari riak wajah mereka yang tersipu-sipu sambil ketawa kecil sesama mereka, dan bertolak-tolak satu sama lain.

“Buku My Handsome Prince ada tak?” akhirnya kedengaran suara salah seorang gadis remaja kepada wanita di kaunter itu.

“Hmm buku tu baru saja sold out.” jawab wanita itu.

“Lahhh semalam ada lagi!!” kedengaran salah seorang remaja itu bersuara di belakang kawannya.

“Ye la semalam tu last kopek dek.Kejap lagi ownernya datang. Dia dah buat bayaran secara dalam talian tapi dia belum pick up.”

Keadaan agak kecoh seketika.

“Bagi saya saja lah kak.” kata suara remaja tadi. “dia tunggu stok baru.”

“Eh tak boleh dek…Kami memang dah preorder lama dulu. Sekarang belum dapat restok sebab penerbitnya tak ada reprint untuk seketika…kami beli 100 buah masa preorder tu semua pun dah habis…”kata wanita itu. “Adik beli buku ni, new release juga. Tu…nampak yang banyak kat depan tu.”

“Melopong?” tanya gadis remaja itu.

“Ha ah…best buku tu…cuba awak baca.” Kata wanita di cash register itu lagi. “Banyak orang beli. Penulisnya dah banyak tulis buku…”

“Cerita pasal apa kak?” tanyasatu suara.

“Nama penulis tu biasa tengok tapi…tak minat nak baca…” kata seorang remaja itu.

“Pasal orang mental. Banyak pengajarannya yang baik-baik…” kata cashier itu lagi. “Carva Arbella tu kira dah tahap lejend jugak tau…”

Wanita itu kelihatan menyuakan senaskah buku yang berbalut.

“Alaaa….tak nak lah…” rungut gadis pertama yang bertanya tadi setelah dia membelek kulit belakang buku itu.Tidak memperdulikan anjuran cashier itu. “Handsome Prince tu dah habis lah nyahhh…” dia mengadu kepada rakan yang di luar kedai.

Mereka beredar pergi.



“Hurm…er adik…buku yang budak perempuan tu hendak tak ade lagi ke”” tanyanya kepada wanita di kaunter.

“Saya dah buat reorder tapi malangnya belum dapat puan. Mungkin tak dapat dah sebab penerbit kata reprintt ak ada untuk masa ini…” keluh wanita itu. “ tapi…buku tu sebenarnya dua kali saya order, asyik habis aje..”

Perempuan itu menggelengkan kepala.

“Hmm bagus lah kalau macam tu kan…orang kata masyukkk” dia cuba mengusik

“Tetapi buku tu tak senonoh …er…”perempuan itu terhenti berkata-kata. “puan tak pernah baca ke?”tanya nya tanpa menghabiskan ayatnya.

Hilda menggelengkan kepala.

“Saya kurang membaca buku sejak dah berkeluarga ni…sibuk memanjang…” dia memaksa sebuah senyum.

“Eh…entahlah buku tu saya baru order total jumlahnya 100 minggu lepas. Semalam dah habis… byk remaja yang singgah bertanya. Biasanya jualan buku sekarang ni agak slow…tapi yang ni banyak pulak orang beli.”

“Sekurangnya kita menggalakkan remaja membaca kan cik? Dan bisnes cik pun maju dengan kehadiran buku-buku yang menjadi dambaan pembaca.” Dia tersenyum.

Perempuan itu senyum tipis.

“Melopong itu pasal apa ya?” tanya Hilda tiba-tiba.

“Ohh buku karya penulis Carva Arbellatu…tentang orang mental… not bad.” Kata wanita itu lagi.

“Laku keras ke?” tanya Hilda takut-takut berani. Manalah tahu cashier itu tahu dia adalah penulis buku My Handsome Prince pula sedang merisik tentang buku lain di pasaran.

“Okay juga kak, buku penulis lama, tapi karya terbaru dia kan. Daripada saya promote buku Handsome Prince yang banyak adegan tak senonoh tu baik saya promote buku ini, kan puan? Ada juga ilmu yang bermanafaat yang mereka dapat...”  ramah mulut wanita itu. Tak disangkanya penulis buku yang dikondem itu di depan mata.

Apabila melihat Hilda tidak bersetuju dengannya, dia meminta maaf, mengubah topik. “Hmm puan ada cari apa ya, boleh saya bantu ke? Atau puan nak buat bayaran ke?” tanyanya.

Hilda mengangguk sambil meletakkan peralatan stationary yang dibelinya di kaunter untuk buat bayaran. Wanita itu dengan pantasnya scan bar di label dan menyerahkan resit serta barang kepada Hilda.

“Dah tak ada plastik beg ke…”tanya Hilda, perasaan membuak mendengar kata-kata wanita itu bercampur aduk dengan melihat cara perempuan itu melayaninya.

“Kami memang dah tak bagi plastik beg puan…”

Hilda menyentap barang-barang dari tangan wanita itu dan terus beredar.

“Huh sombong,” rungut Hilda sebaik dia sampai dekat keretanya. Berlagak nak mampus, suka hati kau aje nak promote buku orang lain dan kondem buku aku… mujurlah ada buku aku bagi kau untung sikit dan terus jual buku. Kalau tak entah-entah dah tutup kedai buku kau ni.

Dia mencebik. Perasaan takbur kian menyelinap dalam jiwanya.
Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou